Home Novel Cinta STAY
STAY
RUMIÈ AL-HADI
19/2/2020 02:19:01
162,714
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 2

“Menjadi gelandangan di dalam hati sendiri, jauh lebih merasa mati berbanding hidup” – Alya


LANTAI kerja yang baru ini bagi Alya bagai tapak untuk mencari nafas baru setelah nafas lama yang dihela dahulu semakin sarat dan kemudiannya runtuh. Di sini diharapkan mampu bagi hati sepinya bernyanyi dan ketawa setelah sekian lama lemas, tenggelam dek airmata. Ya, di sini adalah harapan untuk dia lari daripada segala kisah silam; bertatih mencari jiwanya yang hilang. Sesekali Alya termangu sendiri mengenang peristiwa dahulu. Ada ketika pandangannya tumpah melihat dunia luar dari balik dinding kaca. Dan selalunya... dia tidak pasti bagaimana untuk mentafsir perasaannya sendiri.

“Jauh mengelamun... ketuk pintu tak diendah, beri salam tak bersambut...” tiba-tiba suara lelaki menerpa ke gegendang telinga Alya.

Hati Alya bagai runtuh mendengar tegur suara itu dan pantas berpaling. Susuk tubuh Adib tegap berdiri diambang pintu memerhatikannya. Pandangan yang penuh dengan persoalan. Detik jantung Alya bagai terhenti. Dia hanya mampu terpaku melihat susuk tubuh itu masuk, menutup pintu dan duduk selesa di hadapannya dengan senyuman yang tidak pernah lekang, bagaikan ianya perkara biasa sedangkan dia masih terkaku di situ tanpa kata.

“Are you okay?” soal Adib.

“Oh Encik Adib... I’m so sorry. My manners. I’m... I’m okay,” jawab Alya yang masih dalam rasa gugup.

“Panggil Adib sajalah. Lebih mesra. I knocked just now... you’re too deep in your thoughts. I beri salam pun you tak sedar.

“Sorry... Sometime I am like that. So, what can I do for you?”

“Can we not talk pasal kerja? I thought getting to know you properly is the best since kita pun akan selalu bekerjasama lepas ni. If it’s okay with you,” ujar Adib bersahaja.

“Why wouldn’t it be okay?”

“I dengar repo tentang you, not bad. Your previous project... I am amaze, really,” sekali lagi diamati lenggok bahasa lelaki di hadapannya ini.

“Thank you. It’s obviously kerja berpasukan. Bukan hasil kerja I seorang and you are not bad too. Heard a lot.”

“Harapnya yang you dengar tu hanya yang baik-baik saja. So, if you don’t mind maybe we could have lunch together. I mean with few of the other boys too. It’s a tradition,” pelawa Adib bersahaja.

“With all the boys... sure, why not.”

“Okay than. I need to settle few things. Will come down by twelve. Then, we all shoot off”.

“Okay,” jawabnya ringkas.

Susuk tubuh sasa itu kemudian bangkit daripada duduk, sambil melirik senyuman manis. Dibalas senyuman itu walaupun terasa canggung.

“Oh, before I forget... did anyone ever mentioned to you that you have gorgeous dreamy eyes?” Alya hanya mampu menggeleng dan terasa wajahnya membahang panas. Ah! Inilah rasa yang tidak ingin diundangnya. Dia hanya mampu diam dan melihat susuk tubuh itu berlalu. Ingin dia menyumpah akan reaksinya sendiri sebentar tadi. Ah! Perempuan, semudah inikah hati kau mencair?

Alya kembali larut dalam lamunan. Antara geram, marah dan gundah. Hatinya berbisik sendiri... “Di sini adalah nafas baru kau, Alya. Hirup ia perlahan-lahan. Untuk apa kau melarikan diri ke sini jika masih mahu melayan umpan lelaki yang sebegitu lagi? Belum cukupkah hati kau dipermainkan dan kemudian remuk? Apa perlunya kau melayan perasaan manusia? Lupakah kau kerana perasaan, ada jiwa yang terpaksa kau tinggalkan dan jiwa kau sendiri parah menjadi mangsa tamak haloba?”

Sesekali diusap loket berbentuk hati di dada. Loket yang masih gagal untuk dinyahkan daripada hidupnya hingga saat ini. Entah kenapa walau seribu kali dikhianati, dia masih tegar menyimpannya. Entah kenapa walaupun setiap kali melihatnya, hati Alya bakal robek kembali, dia masih tetap mengalungkannya ke leher.

“Kenapa kau masih pakai rantai pemberian dia? Kau tak rasa kau ni macam tak boleh move on ke?” masih terngiang-ngiang tegur Izra, teman baiknya. Alya tidak mengia atau menidakkan bentak temannya itu. Ah! Jika semua orang punya kekuatan yang sama dan begitu mudah membuang kenangan, apakah yang membezakan kita semua?

“Orang dah buat macam sampah pun, kau masih nak kenang. Masih nak simpan segala kenangan. Sampai bila-bila pun kau tak akan nampak orang lain di hadapan kau yang mungkin lebih tahu menghargai kau,” dan kemudian kata-kata Izra kembali menusuk ruang ingatannya.

Waktu itu kata-kata temannya itu hanya sekadar nasihat tanpa motif lain bagi Alya Izra yang sejak awal tidak pernah merestui hubungan cintanya dahulu. Izra yang bagi Alya adakala terlalu berprasangka. Izra yang baginya layak untuk rasa seperti itu atas sifat sahabat. Sahabat yang telah dikenali sejak sekian lama. Sahabat yang sentiasa ada waktu susah dan senang. Walau apa pun bentak Izra, diterimanya dengan hati terbuka tanpa prasangka. Kepercayaan yang akhirnya diragut atas alasan perasaan. Tiba-tiba ketukan di pintu menyedarkan Alya daripada larut terus dalam kenangan.

“Assalamualikum, Cik Alya,” seorang gadis bertudung menyapanya di ambang pintu.

“Wala’alaikumusalam, ya saya... Sila masuk,” gadis itu segera masuk dan menutup pintu.

“Saya Safia Salahuddin, setiausaha baru Cik Alya menggantikan Puan Isma. Saya dapat arahan daripada Jabatan Sumber Manusia dan Puan Zahara untuk lapor diri kepada Cik Alya hari ni,” ujar Safia sambil menghulurkan tangannya tanda perkenalan. Alya segera bangun dan menyambut tangan Safia dan mempersilakan gadis itu duduk.

“Alhamdulillah, saya memang perlukan pembantu sebab banyak dokumen-dokumen penting yang saya perlu semak dan perlukan salinan tapi tak tercari. I’m still not well verse with the system too. Pening juga,” ujarnya sambil tersenyum.

“Cik Alya senaraikan saja keperluan kerja Cik Alya nanti saya uruskan. Dulu pun saya pernah gantikan Puan Isma semasa dia cuti bersalin. Saya dah tahu sistem kerja Puan Isma, tak jadi masalah untuk saya uruskan,” balas Safia lembut tapi penuh yakin.

“Cuma saya perlu kemaskan barang-barang saya ke meja baru...” sambung Safia menjelaskan situasi dirinya.

“Tak mengapa, urus dulu ruang kerja awak. Sebelum saya balik nanti saya akan letakkan senarai dokumen yang saya perlukan. Esok awak boleh uruskan”

“Terima kasih, Cik Alya. Ada apa-apa yang boleh saya bantu sebelum saya uruskan ruang kerja saya? Coffee maybe?” ujar Safia bersahaja.

“That sounds nice, coffee will do. Thanks Safia. Saya harap awak selesa bekerja dengan saya,” ujar Alya lembut, cuba mengecilkan jurang hubungan antara seorang ketua dan pekerja. Safia meminta izin untuk keluar. Selang beberapa minit, dia kembali membawa bersama secawan kopi panas dan sedikit chocolate cookies.

“Terima kasih, Safia,” Safia hanya mengangguk dan keluar untuk menguruskan barang-barang di ruang kerjanya.

Diperhatikan langkah gadis itu berlalu dan dia kembali meniliti dokumen-dokumen di hadapannya yang perlu disemak. Ya, ada baiknya dia tenggelam dalam kerja daripada tenggelam dalam perasaan yang tidak memberi apa-apa faedah untuk dirinya.

“Sedarlah Alya...” bisiknya sendiri dan dia kembali meneliti kerja-kerja yang perlu diberikan perhatian. Fokus. Larut jauh.

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh RUMIÈ AL-HADI