Home Novel Cinta TAUBAT
TAUBAT
Encik Bintang
2/5/2020 17:24:40
4,159
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

    "Arrrrrggggggghhhhhhhh" jerit aku kuat. Aku pun terus terjaga dari tidurku yang di dalamnya aku diganggu oleh satu mimpi yang cukup aneh bagi aku. Aku segera bangun dari perbaringanku dan duduk menghadap kiblat. Lalu, aku terus membaca surah 3 qul (iaitu surah al ikhlas, al falaq dan an nas) seperti yang telah diajarkan oleh guruku ketika aku dibangku sekolah dahulu. Aku melihat disisiku, isteriku masih dibuai mimpi. Disebabkan tidak mahu menganggu tidurnya yang nyeyak itu, aku pun bergerak perlahan-perlahan dari atas katil. Aku bergerak menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk serta selepas itu aku berhajat untuk melakukan solat sunat tahajjud dan solat sunat taubat. 

    Selesai memberi salam, aku duduk sambil bertasbih memuji kebesaran Allah di atas sejadah dan dalam masa yang sama mimpi yang aku alami tadi kembali datang ke dalam kotak fikiran ku sedikit demi sedikit sehingga mimpi itu menjadi lengkap dan akhirnya aku menangis teresak-esak di atas sejadah itu. "Bang kenapa bang?" tanya isteriku kepadaku sambil menggosok-gosok matanya. Namun, tidak kujawab pertanyaaan tersebut disebabkan air mata yang jatuh ini terlalu deras mengalir dari kelopak mataku membasahi pipiku yang sudah dimamah usia ini dan hidung ku yang berair menambahkan lagi kesukaran untuk ku menjawab pertanyaaan isteriku tersebut. "Abang okay ke tak ni" isteriku bertanya lagi kepadaku lalu turun dari perbaringannya lalu terus memeluk ku erat, sambil berkata " abang jangan nangis lagi bang, saya ada untuk abang ni". Aku pun berhenti menangis dan memandang wajah isteriku yang sungguh rupawan bagiku walaupun dirinya juga sama sepertiku yang sudah dimamah usia. "Maafkan abang sayang, maafkan abang sayang" kataku pada isteriku. Isteriku tersenyum manis padaku dan berkata " sayang dah lama maafkan abang dan sekarang ni abang dah tak buat apa-apa kesalahan pun pada sayang". Aku tersenyum selepas mendengar kata-kata pujukan isteriku kepadaku. Hatiku menjadi tenang seketika disebabkan kata-kata yang diungkapkan oleh isteriku itu amat memberi kesan yang mendalam buat diriku yang diselebungi dosa-dosa lalu yang sentiasa bermain di fikiranku ini. 

    Tanpa aku sedar, aku terus memeluk isteriku kembali seraya berkata "terima kasih sayang kerana sudi menerima abang kembali walaupun kesalahan yang dilakukan abang kepada sayang dulu sangat besar" isteriku hanya diam tanpa bicara kerana dia benar-benar sudah memaafkan aku sepenuh hatinya yang murni itu. Setelah beberapa minit kami berpelukan, kami pun meregangkan pelukan yang erat tersebut. 

    Aku mengajak isteriku kembali menyambung tidur yang tergendala akibat drama air mata yang dipersembahkan oleh aku sebentar tadi. Isteriku menyahut ajakanku selepas dia selesai menunaikan dua rakaat solat sunat tahajjud. Sebelum aku dapat melelapkan mataku, aku menyimpulkan mimpi yang aku alami tadi adalah sebahagian kecil cebisan-cebisan dari masa silamku yang lalu.

.........................................................................


    Sudah sebulan berlalu, namun aku masih lagi tidak dapat melupakan mimpi yang telah membuka kembali jendela masa silamku. Bermacam-macam cara yang aku lakukan untuk melupakan mimpi tersebut namun semuanya menemui jalan buntu. Kerja-kerja yang aku lakukan kebanyakannya menjadi kurang berkualiti kerana mindaku ini sering dipenuhi dengan mimpi tersebut. Oleh itu, aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan seorang yang alim dalam bidang penafsiran mimpi untuk mendapatkan khidmat nasihat daripadanya. Aku mengetahui mengenai insan alim ini daripada seorang kenalan aku yang dulunya pernah berguru dengan insan alim tersebut. Aku bercadang untuk menemui insan alim itu pada hari esok. 

    Aku telah tiba di alamat yang telah diberikan oleh kenalanku. Perkara pertama yang aku boleh katakan sebaik sahaja aku tiba di sini adalah "Subhana Allah" kerana aku cukup terpesona dengan keindahan kediaman yang dimiliki oleh orang alim ini. Rumah tersebut adalah rumah kampung yang sederhana saiznya tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Di sekeliling kediaman tersebut terdapat pokok-pokok yang rendang yang dijadikan tempat berteduh ketika cuaca panas. Apa yang menjadikannya cantik dimata aku adalah seni bina rumah tersebut tampak seperti gabungan antara cita rasa melayu dan arab. 

    Setelah agak lama jugak aku terpegun dengan keindahan tersebut aku pun membuka pintu keretaku untuk keluar darinya. Sampai sahaja aku di pintu rumah tersebut aku pun memberi ucapan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW iaitu "Assalamu 'Alaikum Warahmatu Allahi Wabarakatuh", selepas sekali cubaan sahaja tuan rumah yang berada di dalam telah menyahut salam aku dengan menjawabnya "Wa'alaikumussalam Warahmatu Allahi Wabarakatuh". Sekarang ini di depan aku terdapat seorang insan yang tubuhnya lebih rendah dari aku dan kelihatan sudah berumur lanjut mungkin sekitar 60 tahun agaknya. Sebelum sempat aku melontarkan kata-kata aku, dia sudah bersuara seraya berkata "Apa hajatnya anta datang kemari?". Aku tanpa berfikir panjang terus melontarkan hasrat aku datang menemuinya ini. 

    Tanpa banyak bicara lagi aku dijemput untuk masuk ke dalam rumahnya itu. Beliau menyuruhku untuk tunggu sebentar diatas sofa yang berada di ruang tamu rumahnya  ini sementara beliau ingin membuat air untuk dihidangkan kepada aku. Selepas beberapa minit, beliau datang dari suatu ruang yang ku rasa bahawa itu adalah dapur rumahnya dengan membawa dulang yang di dalamnya ada air manis dan beberapa juadah yang lain di dalamnya. Melihat umurnya yang sudah lanjut itu aku bergegas untuk membantunya membawa dulang tersebut untuk diletakkan di atas meja. 

    Selepas itu, aku dijemput olehnya untuk menikmati hidangan yang telah tersedia tersebut. Aku mengetepikan rasa seganku dan terus sahaja mencapai juadah tersebut dan menikmatinya dengan penuh rasa syukur. Selepas aku selesai menikmati sedikit daripada juadah tersebut beliau pun memulakan pertanyaaannya mengenai mimpi yang aku lalui tersebut. Aku menceritakannya dengan penuh teliti agar beliau jelas mengenai mimpi aku tersebut. Beliau diam seketika selepas aku selesai menceritakan mimpiku tersebut. Setelah beberapa minit berlalu, dia meminta izinku untuk dia menunaikan solat sunat dua rakaat sebelum menafsirkan mimpi aku tersebut. 

    Setelah selesai menunaikan solat sunat tersebut, beliau datang kepadaku dan menafsirkan mimpi aku tersebut. Setelah selesai menafsirkan mimpi aku tersebut beliau berkata kepadaku bahawa apa yang dikatakannya itu adalah berdasarkan ilmu yang beliau miliki sahaja dan ilham daripada Allah kepadanya. Beliau berkata kepadaku untuk tidak terlalu berpegang pada penafsirannya dan menasihati aku apa yang perlu aku lakukan. Aku pun mengangguk tanda yang aku faham apa yang dikatakan oleh beliau. Selepas dua jam berlalu aku pun meminta izin untuk pulang daripada beliau. Sebelum pulang aku sempat memberikan sedikit sebanyak sumbangan kepadanya walaupun beberapa kali ditolak oleh beliau dan aku tidak lupa juga untuk bersalam dan mengucapkan terima kasih kepadanya. 

    Aku tiba di rumahku setelah beberapa jam perjalanan di atas jalan raya. Tiba sahaja aku dihadapan rumahku aku melihat rumahku sudah hangus dijilat api. Aku terkejut dan bermacam-macam soalan muncul di dalam kotak fikiranku. Di manakah isteri dan anak-anakku? Adakah mereka selamat? Apa yang sudah terjadi ni....... .


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Encik Bintang