9,026
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 3

"Hello, assalamualaikum. Siapa ni?"

Malam itu, sewaktu sedang menyiapkan tutorial bagi subjek Mathematics for Computer Science 1, Alisa mendapat panggilan dari seseorang. 

"Waalaikumussalam. Cuba teka siapa saya? Kita tengok awak ramai pakwe ke tak?"

Suara lelaki di sana cuba main teka-teki. Alisa menggaru kepala yang tidak gatal. 

"Bukan masalah ramai pakwe..tapi sebab memang tak reti nak teka."

"Takut salah teka lah tu. Maklumlah ramai peminat." usik lelaki itu. 

Alisa mengerut dahi, tidak gemar diusik sebegitu. 

"Cakap jelah siapa, kang saya putuskan talian padan muka."

Gertak Alisa pula. Dia tidak suka orang menghabiskan masanya begitu sahaja. 

"Izham."

"Oh, Izham rupanya. Apa cerita? Tiba-tiba je call?"

"Kan..dah lama kan saya tak call, eh bukan ke memang susah nak call awak? Awak tak ada telefon sendiri kan sebelum ni?"

"Ha lah. Lupa pulak. Yelah masa saya kat matriks tu abang saya tak izinkan saya beli telefon bimbit. Katanya takut saya bercinta sampai lupakan pelajaran. Hihihi..awak dapat belajar kat mana? Last kita jumpa masa kat matrikulasi akhir tahun lepas kan. Maknanya lebih kurang 4 bulan juga."

"Saya di UM ni. Ambik Pendidikan Matematik."

"Wah, orang terror kan..saya ni pointer cukup-cukup makan je. Layak ambik Sains Komputer je."

"Tapi bosanlah belajar. Belajar benda sama je macam kat sekolah dulu. Boring.."

"Saya tak bosan, tapi susah. Sebab benda baru. Yelah dulu masa di sekolah rendah dan menengah, manalah kita ni didedahkan sangat dengan komputer ni. I mean..saya..awak tu okey jugalah sebab selalu pergi Cyber Cafe. Ingat tak masa nak kena buat kerja kursus Biologi masa Tingkatan 4. Saya kan minta bantuan awak ajarkan saya guna Microsoft Word. Bayangkan, Microsoft Word pun saya masih 'bongok' masa tu.."

"Hahaha..tak apalah, nanti awak akan pandai lah, bahkan lebih dari saya. Orang perempuan kan rajin. Awak yang saya kenal kan rajin orangnya."

"Eleh..rajin pun kalau otak tak power mana, tak best juga. Awak beruntunglah dihadiahkan dengan otak yang pandai."

"Lisa.."

"Ya.."

"Awak tak rindu saya?"

Alisa terdiam seketika. Sejujurnya dia tidak rindu tetapi haruskah dia menjadi terlalu jujur kepada cinta monyet nya itu? 

"Kenapa? Awak rindu saya ke?"

"Rindu lah, sebab tu saya cari awak, tanya orang tu, tanya orang ni. Susah tau nak cari, awak tak cari pun saya kan.."

"Saya...saya..sibuk..maaf.."

Alasan itu sahaja yang termampu Alisa beri. Selebihnya dia tidak tahu. Apa yang dia tahu, dari zaman sekolah hingga ketika itu, hatinya tidak pernah terbuka untuk lelaki itu.

"Dah lama saya bagi masa pada awak, Lisa. Awak pun tahu kan, dari Tingkatan 2 saya suka awak."

Alisa terdiam lagi. Sukarnya untuk dia berterus-terang untuk menyatakan perasaannya yang tiada langsung untuk lelaki itu. 

"Tak apalah. Selagi saya terdaya, saya akan tunggu jawapan awak. Kalau saya dah jumpa orang lain, anggap jelah kita tak ada jodoh."

"Jodoh bukan kita yang tentukan. Kalau awak dah jumpa jodoh awak, awak terima jelah dia. Tak payah tunggu saya."

"Okey lah Lisa. Saya nak buat kerja sikit ni. Nanti lain kali saya call lagi. Semoga awak berjaya  belajar di situ."

Suara Izham kedengaran sedikit sayu. Alisa memahami tetapi apalah dayanya. Cinta tak boleh dipaksa.

"Awak pun. Semoga awak success di sana. Terima kasih sebab masih ingat saya. Terima kasih sebab call saya."

"Sama-sama. Awak akan sentiasa berada dalam hati saya, Lisa. Bye, assalamualaikum."

"Waalaikumussalam..."





Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.