Home Novel Cinta Pandang Hanya Aku, Okay?
Pandang Hanya Aku, Okay?
F.Ain.K
23/7/2019 03:28:10
31,509
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
3.0

Lemah gemalai lenggok wanita bertiga tersebut berjalan ke arah Muhammad dan Fakhrul. Wanita yang pertama agak kenit orangnya. Muhammad anggarkan lebih  kurang 158 cm. Boleh dilihat kasut tumit tinggi yang disarung wanita ini agak tinggi, yang membuatkan dirinya nampak tidak berapa rendah. Rambutnya hitam keperangan lurus jatuh ke bahu. Dari kening, mata hingga ke bibir jelas lengkap ditata rias secara professional. Bibirnya yang kemerahan tersenyum manis dari jauh. Wanita ini juga mampu berfesyen secara ringkas namun elegan. Tapi apa yang lebih menonjol adalah di bahagian dada. 


‘Nampaknya dia terlebih kalsium di bahagian dada. Hmm. 6 markah.’ kiraan  Muhammad di dalam hati. 


Muhammad sebenarnya tidak berapa gemar untuk menilai penampilan orang. Kerana bagi Muhammad luaran dan dalaman seseorang berbeza. Namun demi Fakhrul, Muhammad harus membuat penilaian teliti. Muhammad tak mahu Fakhrul salah memilih masa hadapan. 


“Maaf lambat. Kami tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Selamat sampai juga. Ada kemalangan ditengah jalan tadi,” wanita kedua menerangkan sebab sambil memandang Fakhrul. Mereka berbalas senyuman. 


‘Owh. Wanita kedua awal-awal dah tertarik dengan Fakhrul. Bagus-bagus,’ ulas Muhammad di dalam hati.


“Tak apa. Silakan duduk. Kami pun baru je sampai,” balas Fakhrul sekadar bersopan.


Inilah detiknya yang ditunggu Muhammad. Proses pemilihan tempat duduk. Meja mereka adalah meja untuk enam orang. Tiga di sebelah kiri, tiga di sebelah kanan. Fakhrul memilih untuk duduk di sebelah kiri paling hujung ke luar, yang memudahkan dia untuk keluar masuk. Mungkin juga memudahkan Fakhrul untuk lari jika ada apa-apa yang tak disangka terjadi nanti. 


Muhammad pula duduk di sebelah kiri Fakhrul, yang boleh dianggarkan sebagai tempat duduk tengah di barisan kiri meja. Bagi Muhammad ini memudahkan Muhammad memerhati dengan lebih jelas, juga mudah untuk bertindak membantu Fakhrul lari, jika perlu. 


Wanita kedua dengan selesa terus menarik kerusi berhadapan Fakhrul. Wanita kedua memilih untuk bertentangan mata dengan Fakhrul.


‘Menarik. Straight to the point sungguh,’ catitan Muhammad di dalam hati.


Tapi Muhammad dapat melihat dengan jelas reaksi wajah dari wanita ketiga. Nampaknya wanita ketiga juga tertarik kepada Fakhrul. Walau wanita ketiga hanya tersenyum, namun Muhammad dapat membaca pergerakan mata dan riak wajahnya. Hampa dan tidak bersetuju kerana wanita kedua telah memilih tempat duduk tersebut. 


Pandangan mereka tiba-tiba bertemu. Di antara Muhammad dan wanita ketiga. Muhammad terus memberikan senyuman 1000 kg gula kepada wanita ketiga. Menyedari bahawa Muhammad dapat membaca situasi, wanita ketiga memberikan senyuman pura-pura ikan masin gelama jeruk RM 3.90 kepada Muhammad, lalu memilih untuk duduk di hadapan Muhammad. 


‘Haha kelakar betul.. Okay, wanita ketiga kurang agresif. Tapi nampak jujur dan senang dibaca. Mungkin lebih sesuai dengan personaliti Fakhrul. Fakhrul jenis yang tak suka dikejar, dia suka mengejar. Fakhrul juga agak bebal membaca situasi antara lelaki dan wanita. Biasa lah kan. Lelaki, ‘ fikir Muhammad menyambung catatan dalam hatinya. 


Tiba-tiba kerusi di sebelah Muhammad ditarik lembut. Muhammad pantas memandang ke sebelah kirinya. Wanita pertama memilih untuk duduk di sebelah Muhammad, di barisan kiri paling hujung ke dalam. Jelas Muhammad memaparkan rasa pelik di wajahnya sambil memandang wanita pertama. Wanita pertama hanya membalas pandangan Muhammad dengan senyuman ikhlas. 


‘Jadi wanita pertama tak minat dengan Fakhrul ke? Tak kan minat aku pula,’ tingkah Muhammad didalam hati. Selepas membalas senyuman wanita pertama, Muhammad segera memandang semula ke hadapan. Pandangan mata wanita ketiga dan Muhammad bertemu lagi. Kali ini Muhammad dapat rasakan wanita ketiga pula dapat membaca situasi antara Muhammad dan wanita pertama. Wanita ketiga memberikan pula senyuman semanis madu beserta kening Ziana Zain kepada Muhammad. 


‘What… senyuman ni maknanya… ‘tak sangka ada orang minat kat kau juga??’... hmm nampaknya wanita ketiga memandang rendah kekacakan aku. Jangan pandang sebelah mata okay,’ hipotesis Muhammad di dalam dirinya.


Muhammad membalas semula senyuman wanita ketiga beserta hadiah kening Ziana Zain kuasa dua. 


Ketawa kecil tercetus dari bibir wanita ketiga. 


Previous: 2.0
Next: 4.0

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.