Home Novel Cinta Saranghae Bosskurr!
Saranghae Bosskurr!
Liya Waniey
10/8/2019 23:13:06
45,678
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

"Ha nanti dekat simpang depan tu ada rumah,abang berhentikan saya dekat situ."Terangguk angguk pemandu grab itu mendengar arahan dari Camelia.


Camelia kembali menyandarkan tubuhnya ditempat duduk belakang.


Harini merupakan hari pertama Camelia pulang kepangkuan keluarganya setelah hampir 4 tahun menetap di London.


"Okay dik,dah sampai.Tambangnya Rm20.00."Camelia menyerahkan sekeping not berwarna oren kepada si pemandu.Ucapan terima kasih dihadiahkan kepada lelaki itu.


Loceng rumah ditekan dan muncullah Datin Hanina di muka pintu."Iq!!!Balik pun kamu"Jerit Datin Hanina.Terkedek kedek dia berlari kearah pagar untuk membukanya.


Camelia memeluk tubuh mamanya.Melepaskan rindu yang terpendam."Mama,rindunya Iq dekat mama."Ucap Camelia.Bahu Datin Hanina dipaut dan mereka berjalan beriringan masuk kedalam rumah.


"Makin cantik mama tengok Iq ni.Mesti ramai yang minat anak mama dekat London tu."Camelia tergelak kecil mendengar pujian dari mamanya.


Dia?Ramai peminat?


"Ada tu memang ada mama,tapi tu semua yang layak masuk reject list Iq je.Tak ada yang menusuk dalam hati pun."Kata Camelia.


Kadang kadang dia geli hati melihat lelaki yang katanya meminati dirinya kerana mereka menyatakan bahawa dia merupakan gadis asia yang cantik.


Eh cemmon',awek korang takcantik ke siot?


Tapi dia tidak pernah menghalang semua kipasnya untuk berkawan dengan dirinya.Nak tambah member kan?Orang kata berkawan biar beribu bercinta biar satu.


Masalahnya,dah beribu orang dia jadikan kawan sejak dari zaman sekolah.Tapi cinta yang satu tu takpernah pun muncul.


#sedih.


"Iq,Iq mesti penat kan?Apa kata Iq pergi naik bilik Iq dulu.Pergi rest,mandi.13 jam dalam flight mustahillah tak penat,kan?"Arah Datin Hanina lalu meninggalkan anak daranya diruang tamu sementara dia menuju kedapur.


Camelia mendaki anak tangga menuju kebiliknya.Pintu bilik dibuka.Matanya menerawang kesegenap ruang bilik tidurnya.


Rindunya!


Perkara pertama yang dilakukan oleh Camelia didalam biliknya ialah...


"Operasi Serang Katil!"


Dia menghempaskan tubuhnya di atas tilam empuk itu.Camelia membuat aksi berguling guling diatas katilnya yang bersaiz queen.Maklumlah,dekat London dia hanya menggunakan katil bersaiz single sahaja.


Single,macam aku.Huh!


Setelah puas berguling dia mengambil telefonnya di dalam beg.


Fuhh.10 new messages!


Satu satu chat dibuka.Kebanyakannya dari dua rakan sepermainannya,Mikael dan Jill.Mikael merupakan rakannya dikampung yang telah dikenalinya sejak dia berusia 5 tahun dan lelaki itu berusia 7 tahun.Beza 2 tahun.


Jill pula jiran sebelahnya.Duduk dekat pun nak chat.Gedik!


Setelah berasa bosan,Camelia mengambil keputusan untuk membersihkan dirinya.Dia memilih untuk memakai baju tidur bunga bunganya yang separas lutut dan seluar legging getahnya.


Rambut ikalnya dibiar lepas kerana masih basah.Nanti kalau ikat,busuk pulak.


Langkah disusun menuju ke dapur apabila hidungnya menangkap aroma makanan yang lazat.


Mesti mama tengah masak.


Camelia melihat sosok tubuh Datin Hanina yang membelakangkannya amat fokus melakukan tugasnya.Idea nakal muncul di mindanya.


Terjengket jengket Camelia berjalan menuju kearah mamanya.Jari telunjuk dikeluarkan lalu 


"Oh mak ayam kau berpusing terbalik."Terkekek kekek Camelia apabila mendengar latahan dari mamanya."Hesy Iq ni,apa main cucuk cucuk pinggang mama ni?Nasib baik tak terpelanting ikan ni tau."Marah Datin Hanina lalu menyuakan seekor ikan pari pada Camelia.


Camelia yang masih ketawa menghabiskan sisa tawanya apabila air mata mula memenuhi tubir matanya.


"Mama,sorry ma.Iq rindu nak dengar mama melatah.Yelah,4 tahun kan takdengar.Kat London tu mana ada orang melatah."Kata Camelia.Tangan mamanya dicium,meminta ampun.


"Ni,kamu ni tak jetlag ke?"Soal Datin Hanina,pelik.Selalunya dalam drama,orang baru balik dari oversea penatnya lain macam.Tapi sampai dekat budak ni,hyper semacam je


"Jet lag jugak,ma.Iq ni sebenarnya tengah ngantuk ni.Tapi kawan Iq yang dekat sana tu kata,kalau jet lag jangan layankan sangat.Means kalau nak tidur,kena ikut waktu tidur dekat tempat yang kita berada ni."Terang Camelia.


Yang sebenarnya,dia memang berasa amat ngantuk sekarang ni.Tapi sekarang dah pukul 5 petang,takkan nak tidur kan.

Baik dia jalan jalan.


"Apa apa jelah Iq.Ni kamu pergi siapkan meja makan.Kejap lagi papa,along dengan angah balik."Pinggan di dalam kabinet diambil lalu dibawa ke meja makan.


Dan Camelia meneruskan aktiviti menyiapkan meja makannya.


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Liya Waniey