Dushhhh!Kata-kata Haji Hanif benar-benar buat pipi aku kena tampar! Rasa macam barutersedar dari tidur yang lena. Mendalam semua ayat dia. Aku mengeluh. Aku keyang masih tak sedar? Atau aku ni sedang mengabaikan nikmat yang Allah bagi?
Aku mengeluh. “Terima kasih. In SyaAllah, saya cuba.”
“Err.. Kak Zirah.. Kak Zi.. Zirahdah kahwin?” Tiba-tiba Amina bersuara.mungkin dia dengar perbualan kami tadi.mukanya agak terkejut.
Aku hanya tersenyum. Sambilmengangguk mengiyakan. Amina memelukku dengan tiba-tiba.
“Maafkan Mina. Mina ingat akak belumkahwin. Maafkan Mina sebab nak jodohkan akak dengan abang.” Amina mula serbasalah. Rasa berdosa sangat dengan sikapnya.
Aku merenggangkan pelukan sambilmemegang pipinya. “Eh, tak apa. Akak tahu Mina tak tahu yang akak dah kahwin.Akak bangga dengan Mina, Mina cuba sedaya upaya nak bahagiakan orang lain.”
Amina hanya diam. Dia masih rasabersalah. Haji Hanif menghampiri, ditarik tangan adiknya. Dan dipeluk. “Lainkali tanya dulu. nasib baik Zirah tak marah. Kalau tak, dia dah report kat suamidia.” Giat Haji Hanif, sengaja mahu membuatkan Amina bertambah serba salah.
“Abang ni! jahat lah!” Marah Amina.
Aku ketawa. Bahagia melihat adikberadik itu. Ya Allah terima kasih sebab termukan aku dengan keluarga kecilini. Keluarga yang banyak memperlihatkan aku nikmat yang Kau beri.Alhamdulillah.