Home Novel Cinta Hatiku Hanya Satu
Hatiku Hanya Satu
Fatina Mudz
13/8/2018 21:54:59
4,503
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

Sesi kedua sudah bermula, kelibat Kayla dengan kawannya belum kelihatan lagi. Sebenarnya dari bermulanya kursus, hati Zarul sudah tidak dapat digambarkan betapa berdebarnya kerana dapat berjumpa lagi dengan Kayla selepas kejadian semalam di kedai serbaneka. Sungguh, hatinya begitu gembira melihatkan Kayla berada didepan mata. Wajahnya, tidak pernah luput daripada kotak fikirannya.

Tidak sangka pertemuan tidak sengaja antara dirinya dengan Kayla berlangsung hingga ke harini. Gembira betul hatinya bila ternampak Kayla masuk ke dewan pagi tadi. Harapnya Kayla sudi bertegur sapa dengannya. Getus Zarul dalam hati.

“Weh Zarul, kau ni dari tadi aku perasan tak reti duduk diam. Kejap – kejap kau pandang sana kejap-kejap kau pandang situ…kau cari siapa sebenarnya? Tengah usha gadis-gadis dalam dewan ni ke weh?” Tanya Hakimi yang cukup hairan dengan telatah kawannya yang seorang ni sejak semalam lagi.

“Eh, mana ada! Tolong eh, tak kuasa aku nak mengusha gadia-gadis eh!” Bentak Zarul dengan kuat sehingga orang sekeliling ada yang memandang ke arah mereka berdua.

“Amboi! Garangnya kau tiba-tiba ni apahal? Mesti ada benda ni kan?”

“Ish tak adalah. Tak ada apa…” Aduh macam mana aku boleh cakap dengan kuat sangat ni. Tuh lah sibuk sangat mencari Kayla. Ish, tak boleh jadi ni.

“Tak percaya aku. Bukannya aku kenal kau semalam pun. Cerita jelah dengan aku, bro! Jangan disimpan-simpan, nanti menangis ditepi katil, nanti ada benda lain pulak yang cuba memujuk..” Terkekeh-kekeh Hakimi dengan lawak dia yang tak berapa nak lawak. Apa punya kawanlah ni.

“Tak lawak lah weh! Ada yang kena tumbuk karang…dahlah, sesi kedua nak bermula, banyak kerja kita nak buat ni. Nanti jelah aku cerita.” Hakimi mengangkat ibu jarinya tanda setuju dan Zarul hanya membalasnya dengan senyuman sahaja.

Lima minit sebelum sesi kedua kursus bermula, baru Kayla dan Aimi muncul di dewan. Masing-masing kelihatan agak termengah-mengah, berlari mungkin.

“Kan aku dah suruh kau cepat tadi, nasib baik belum mula lagi kau tau. Tak memasal je semua orang akan tengok kita. Jadi artis pula sebab datang lambat punya pasal. Ishh..kau ni..” Geram sungguh aku dengan Aimi ni. Bersiap pun terhegeh-hegeh.

“Janganlah marah, kakak manis oiii. Yang penting dah sampai, belum mula pun lagi. Nanti adik belanja, kakak aiskrim cornetto eh…” Nak pujuk aku guna aiskrim, boleh saja, rezeki jangan ditolak. Tersengih kegembiraan aku bila dengar aiskrim cornetto kegemaran aku. Paaapp! Aimi menepuk kuat tangan aku. Terkejut aku dibuatnya. Terjegil mata aku melihat Aimi yang seronok mengekek ketawa selepas menampar tangan aku tadi.

Khusyuk Zarul memandang Kayla yang seronok bergurau senda dengan kawannya. Semakin cantik Kayla dilihatnya kini. Kelihatan manis sangat sekarang. Sudah berpunyakah dia? Sedang elok, meneliti Kayla, Hakimi menyergah Zarul. Terkejut Zarul mujur tak tertolak botol air tadi, kalau tak memang malu dia.

“Kau apahal sergah aku macam tu? Tegur elok-elok tak boleh ke?” Geram betul Zarul dengan kawannya seorang ni. Dah lah seronok tengok Kayla, dia pula mengacau macam tuh. Bengang betul Zarul dengan kawan baik dia.

“Relax lah, bro! Janganlah marah…bukan apa, aku tengok khusyuk benar kau tengok perempuan sana tuh. Cantik, not bad, pandai kau pilih nak usha awek yang mana eh..” Ditegurnya Zarul sambil memandang arah wanita cantik yang asyik sekali dipandang Zarul.

“Menyibuklah kau ni, Kimi! Dahlah, fokuslah. Aku malas nak layan kau.” Dipandang sekilas pada Kayla yang sudah mulai fokus.

Tepat jam 5 petang, kursus pada hari ini sudah pun selesai. Walaupun letih badan, hanya duduk didalam dewan tapi banyak info yang dia dapat pada hari ini. Terasa seronok sekali bila menghadiri kursus begini lebih lagi dapat berjumpa dengan semua golangan muda yang baru sama-sama melangkah masuk ke syarikat ini. Jadi, untuk itu, syarikat menganjurkan satu kursus serta mesyuarat tahunan untuk kami semua daripada pelbagai department untuk bersama-sama menghadiri kursus ini, mempelajari dan mengenali lebih mendalam tentang syarikat sekaligus berkenalan di antara satu sama lain. Aktiviti pada esok hari adalah lebih kepada aktiviti santai seperti aktiviti perbincangan daripada setiap department untuk mengeluarkan idea-idea bernas tentang syarikat dan membentangkan masalah dan sambil tu boleh mengemukakan cara penyelesaiannya.

Mana pula Aimi ni pergi, tadi katanya nak jumpa kawan lamanya yang kebetulan mengikuti kursus yang sama pada hari ini. Dah lebih 30 minit aku terpacak kat depan dewan ni, dia tak muncul-muncul lagi. Orang ramai dah mula beransur pulang ke bilik hotel masing-masing dan aku masih disini menunggu. Lebih baik, suruh aku balik bilik je tadi. Sakitnya hati aku dengan Aimi ni. Dia tak tahu ke aku pun penat ni? Membebel aku seorang-seorang kat sini. Peduli apa aku orang tengok. Menyibuk hal orang saja dia orang ni!

“Kayla..” Tengah sibuk membebel..tiba-tiba suara itu..Jangan kata..dia?

“Kayla Melissa…” Zarul cuba memanggil Kayla sekali lagi agar dia memandang kearahnya. Zarul berharap Kayla tidak akan lari daripadanya lagi.

Tapi Kayla tidak sanggup nak memandang dia. Argh! Kenapa dia ni sibuk nak menegur aku pulak? Dah lah aku tak ingin nak menegur dia! Apa masalah dia ni? Dia tak ingat ke apa yang berlaku dulu? Menyakitkan hati betul lah!

Ish! Nak tak nak aku harus pandang dia daripada mendengar dia memanggil nama penuh aku dengan nada yang sangat menyeksakan jiwa aku. Ya Allah, kau kuatkanlah hatiku.

“Yes? What can I help you? Ada apa-apa nak tanya ke?Rasanya tiada apa yang boleh bertanya pada saya lagipun saya pekerja baru. Maaf ye. Terima kasih.” Aku hanya menjawab dengan nada yang mendatar bagaikan orang yang tiada ada perasaan. Kelihatan Zarul agak kecewa bila aku menjawab sebegitu. Kenapa dia perlu memberi reaksi begitu?

“Kayla, you tak ingat I ke?”

Lega bila hati aku bila melihat Aimi yang baru keluar dari dewan. “Sorry lah encik I penat. Assalamualaikum..” Laju aku tinggalkan Zarul yang terpinga-pinga memandang aku. Sungguh aku tidak sanggup nak berhadapan dengan dia.

“Kau ni apa yang lama sangat? Kata kejap! Lebih baik aku balik bilik dulu je tadi tau tak!” Aku melempiaskan amarah aku pada Aimi.

“Yang kau marah-marah ni kenapa, Kayla? Cuba bawa bertenang. Tak kan baru berborak dengan ex-boyfriend dah sedih macam ni?’

“Eeeeii, Aimi! Aku serius ni. Annoying lah kau ni. Tak ada maknanya lah! Menyakitkan hati je ada lah.” Baru Aimi nak bersuara sekali lagi, aku dah tarik dia cepat-cepat ke bilik, malas aku nak bertekak dengan dia dekat depan bilik ni.

Selesai letak barang aku atas meja, melompat aku katil. Ahhh! Seronoknya dapat baring! Selesa sungguh. Tengah seronok menikmati keselesaan atas katil, melayang bantal tepat atas muka aku. Tak lain tak bukan, tak ada siapa dalam bilik ni melainkan Aimi punya kerja!

“Aimi Syuhada Kamaruzzaman!” Jeritan aku bergema satu bilik. Bantal yang dicampak pada aku, aku membalingnya kembali pada tuannya yang seronok bergelak ketawa. Tak ada kerja betul lah minah seorang ni, tak membuli aku satu hari memang tak sah!

Mujur teman lelaki dia cukup sayangkan dia. “Kau nak apa Aimi?” Kacau daun punya kawan!

“Garangnya kakak kita yang manis ni…gurau pun tak boleh..sejak sampai Penang ni, garangnya bukan main. PMS ke kak?” Tak habis gelak lagi si Aimi ni.

“Eh, suka hati aku lah, nak garang ke tidak..angin Penang dah bagi tempias kegarangan yang mendadak dalam dada aku sejak semalam lagi! Kau apa tau?” Aimi bangun duduk berhadapan aku memandang muka aku dengan penuh serius.

“Lelaki tu kan ex-boyfriend kau? Yang kau borak tadi?”

Aimi ni dah kenapa? “Yang kau nak serius sangat ni kenapa? Kau kenal dia ke? By the way, aku tak berbual dengan dia eh. Dia yang tiba-tiba je nak tegur aku..”

“Tak adalah aku nak confirm kan je. Hmm boleh tahan handsome juga mamat tu, kan? Kalau aku, tiap-tiap hari aku kacau dia tau...tak adalah dia lari..ish ish rugi kau ni…” Perlahan Aimi bangun nak melarikan diri daripada menjadi mangsa cubitan berbisa aku. Mata aku dah terjegil tahap nak terkeluar biji mata aku bila dengar Aimi kata begitu. Geram memang nak kena Aimi kali ni!

“Eeeeiii!!! Aimi Syuhada!! Berhenti!! Jangan kau nak lari daripada aku eh!” Bermulalah episod baling-membaling bantal diantara satu sama lain sehingga masing-masing akhirnya terbaring kepenatan dan Kayla menyambung termenung memikirkan hari esok yang perlu ditempuhinya lagi dan Aimi sibuk bergayut telefon dengan kekasih hatinya. Terbit rasa cemburu dihati Kayla tapi laju-laju ditepisnya pergi perasan itu.

“Bro, sorry biarkan kau tunggu..jomlah kita pi pekena roti canai kat restoran depan ni” Hakimi menepuk perlahan bahu Zarul. Lama betul mamat ni kat dalam entah apa yang dia buat pun aku tak tahu.

“Kau buat apa kat dalam lama sangat? Letih kaki aku berdiri menunggu kau tadi..”

“Hah, aku jumpa kawan lama aku tadi..maklumlah lama tak jumpa, tak sangka pula terserempak dengan dia kat sini..tu yang lama sikit kat dalam tadi..biasalah bertukar khabar semua.”

Selesai membuat pesanan masing-masing, Hakimi bersuara, “Zarul, aku tanya sikit boleh? Kau kenal ke perempuan tadi yang kau sibuk tenung tak berkelip dalam dewan tadi tu?”

Zarul dah agak memang Hakimi akan bertanya tentang perkara ini. Nak tak nak dia kena jawablah. “Aku…aku kenal dia..”

“Kau kenal? Kenapa kau tak tegur dia tadi?”

“Aku kenal dia dah lama dah..aku tegur tapi dia lari daripada aku.”

“Lama? Lari? Apa yang kau dah buat dekat dia, Zarul? Tak kan lah perempuan nak lari bila kau tegur. Pelik aku.”

Pesanan makanan mereka sudah pun tiba. Terasa sebu pula perut dia nak makan roti canai bila teringatkan apa yang berlaku tadi. Kecewa sungguh hati Zarul. “Entahlah Kimi…panjang cerita dia. Aku tak tahu nak mulakan dari mana.”

“Tak pelah Zarul, makanlah dulu. Nanti kau dah ready nak cerita, kau cerita..aku kan pendengar kau yang setia..” Zarul hanya mengangguk sahaja.

Perit untuk dia ceritakan pada Hakimi. Tindakan yang dia buat dahulu, dirasakan terbaik buat semuanya. Bertahun dia larikan, menyorok daripada semua termasuk ahli keluarganya sendiri. Hatinya terasa bagaikan ditoreh-toreh dengan pisau setiap kali dia terkenang kenangan lalu. Dia sedar, satu hari nanti perkara itu akan terbongkar jua. Apa yang akan berlaku dia tidak pasti.


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fatina Mudz