Home Novel Cinta DIA YANG KUCINTA
DIA YANG KUCINTA
Indah Hairani
28/12/2012 19:38:06
81,377
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
BAB 2

LUQMANbersiul mengikut irama lagu yang berkumandang. Lagu-lagu k-pop yang menjadi kegilaan remaja masa kini dan dia sebahagian daripada remaja. Uwek! Macam nak termuntah. Remaja ke aku ni dah 26 tahun. Kau sedar tak Luqman? Tiba-tiba dia tersengih sendiri. Umur  masuk 26 tahun. Masih remaja lagi, apa? Tapi akhir-akhir ini mama dah membising. Suruh kawin.

“ Cepat kawin, cepat mama dapat cucu.” Kata-kata mama terngiang-ngiang di telinga.

“Isy, mama ni…”Bentak hatinya.

“Apa?”

“Mama ni macam tau je apa yang bermain di kepala Luq?” Soalnya pada mamanya Puan Maria pada suatu hari. Mama kesayangan hanya tersengih merenungnya.

“Hai! Awak tu anak mama. Apa yang ada dalam kepala awak tu ada dalam kepala mama.” Balas Puan Maria sambil menjeling.

“Ya lah mama. Anak mama ni akan kawin bila ada bidadari turun dari langit.” Jawab Luqman ringkas sambil tersenyum memandang ke arah mamanya Puan Maria. Mama menjeling.

“Pandai menjawab pulak. Ingat, papa kamu dulupun kawin masa muda tau. Baya-baya Luq.”Ujar mama dengan wajah serius.

“Itu zaman dululah mama. Jangan nak samakan zaman sekarang dengan zaman dulu.”

“Yalah tu! Kerana nak tahan-tahan kawinlah tu, sini buang anak, situ buang anak.” Leter Puan Maria. Luqman memandang mamanya dengan dahi berkerut.

“Mama, buang anak tu tak ada kena mengena dengan usia Luq ni mama. Itu masalah sosiallah ma.”Dia mempertahankan diri. Mama merenungnya tanpa senyum.

“Habis? Nak tunggu bila? Nak tunggu si Zara tu keriput?” Luqman tersentak mendengar kata-kata ibunya. Darimana mama tahu tentang Zara? Dia sendiri tidak pernah bercerita.

“Mama…”

“Kenapa?”

“Apa yang mama cakap ni. Zara? Siapa Zara?” Luqman sekadar menutup kegelisahan. Dia hairan macamana mamanya tahu, dia sedang asyik masyuk dengan Zara? Pelik betul! Wajah Zara menerjah ingatannya. Zara gadis lincah yang dikenali semenjak di kolej sering menjadi sasaran curi pandang teman-teman sekolej. Bila dia bersama Zara ada saja yang menjeling. Tetapi dia belum pernah memperkenalkan pada mama atau papa. Biarlah ia menjadi rahsia. Dia masih banyak waktu untuk membuat pilihan. Di pejabat, ramai gadis yang cantik dan menarik. Apa kurangnya Melisa? Liana? Dia lelaki, kuasa memilih lelaki lebih besar berbanding perempuan. Bisiknya. Mengenang Zara pula, hatinya berbisik Zara bukan gadis yang memenuhi citarasanya. Gadis itu kadang-kadang kasar. Lalu nama Zara dicantasnya dari list. Bagaimana dengan Melisa? Liana? Owh..Tidak! Katakan no!pada mereka. Hehehe..ternyata Luqman ni lelaki pemilih. Tapi dia ada sebab sendiri. Mama dan papa mesti setuju. Ingat semua, mereka tu aku keluarkan dari list.

Hahaha….kauorang jangan ketawa. Ketiga mereka kasar, percakapanpun kadang-kala kasar. Lebih-lebih Zara, suara diapun berskala besar. Tersangat jauh bezanya berbanding dengan mama. Mama lemah lembut. Setiap lelaki suka wanita yang lemah lembut. Luqman jugak! Hehehe Dia nakkan perempuan yang lembut, bukan lemah. Paling tidak boleh menyamai kelembutan mama. Taklah semestinya dia inginkan selembut Tuan Puteri Lindungan Bulan. Tuan Puteri Lindungan Bulan? Hehehe, Luqman tertawa sendiri. Ada angan-angan nak awek secantik Puteri Lindungan Bulan seperti dalam Hikayat Raja Muda. Kelakar juga, kau ni Luq. Bisiknya lagi sambil tertawa. Dia bersiul lagi. Sebuah kereta tiba-tiba muncul dari arah belakang dan tanpa memberi signal kenderaan itu membelok ke kiri. Hampir-hampir kenderaan yang dipandunya mencium bontot kereta di hadapannya itu. Dia tersentak.

“Wey! Wey!! Shittt!”Oh! Luqman sudah hilang sopan gara-gara pemandu kurang “hajar” itu. Dia menekan pedal brek sekuat-kuat hati.

Kreeeeeeek!!!

Satu jeritan panjang kedengaran di celah-celah lagu yang berkumandang. Suara jeritan itu datang dari tempat duduk belakang. Luqman tersentak. Nasib baik stering tidak terlepas dari tangannya. Kalau tidak usahkan mama nak berangan cucu, berangan menantupun mama tak sempat. Meremang bulu tengkok Luqman.

Ya ALLAH! Ya ALLAH!!

Bismillah. Bismillah!

Ulangnya beberapa kali. Dan sekali lagi kalimah itu diulanginya. Dibiarkan kereta bergerak sambil menahan perasaan seramnya. Beberapa meter dia menekan pedal brek dengan penuh tawakal. Dikuatkan perasaan hatinya lantas menoleh ke tempat duduk belakang. Pandangan Luqman tertancap pada susuk seorang gadis yang sedang memeluk sebuah beg. Gadis itu turut memandang ke arahnya.

“Eh! Siapa Kau? Siapa kau?” Soalnya dengan suara cemas tetapi disembunyikan.

Gadis itu masih mendiamkan diri. Dari celah-celah cahaya lampu jalan, dia dapat melihat wajah cerah gadis itu dengan sorotan mata yang tajam merenungnya. Apakah ini amarah Tuan Puteri Lindungan Bulan? Dia hanya menyebut dalam hati. Tak keluarkanpun kata-kata itu dari bibirnya. Tak kan itupun membangkitkan kemarahan tuan puteri? Dia memandang sekeliling. Tidak ada satu bangunanpun, kecuali sebuah petrol pam yang mungkin satu-satunya menjalankan servis 24 jam di situ. Itupun dia telah melepasinya. Dalam hatinya berbagai ayat-ayat Quran yang dibaca, termasuk alif, ba’, ta’ dan semua huruf yang diingat, namun gadis itu tetap terpaku di tempat duduk belakang. Cepat-cepat dia memandang ke depan. Tak sanggup dia melihat wajah itu. Malah untuk melihat dari cermin kecil di atasnyapun dia tak sanggup. Semua anggota badannya menggigil. Tangannya juga berpeluh-peluh. Betullah cerita-cerita kawan-kawan, bila berjalan pada waktu malam hari, berseorangan, mulut jangan celupar. Malah hatipun jangan bercakap sembarangan.

“Nenek, nenek maafkan cucu nek. Keluar dari kereta ni. Pleasenek. Cucu tak akan sebut lagi nama nenek. Cucu janji.” Ucapnya entah apa-apa. Ya ALLAH kenapa Luqman mesti takut. Luqman, manusia, Luqman lebih hebat dari makluk ini. Berkali-kali diucapnya.

“Cucu kira sampai tiga kali, kalau tidak cucu akan baca ayat kerusi. Eh, silap! Ayat Kursi. Keluar nenek..” Ulangnya beberapa kali. Ketakutan sudah hampir tidak dapat dibendung lagi.

“Encik, tolong saya encik.” Tiba-tiba suara lembut mencecah telinganya.

“Saya bukan nenek, encik.” Sambung suara itu. Dada Luqman berdetak. Dia menoleh sekali lagi perlahan ke belakang sambil tangan kanannya menekan punat lampu. Wajah seorang gadis kelihatan jelas. Rasa seramnya bertukar menjadi marah. Macamana gadis ini boleh menceroboh keretanya.

“Hei, siapa kamu? Kenapa kamu masuk kereta aku ha? Kamu ni manusia ke apa?” Soal Luqman bertalu-talu masih ragu dengan makhluk di dalam kenderaannya itu.

“Saya manusia encik. Saya orang.” Jawab gadis itu tergagap. Orang? Betul ke manusia ni? Kalau ya, bila pulak perempuan itu masuk ke kenderaannya itu.

“Tunjukkan kaki kamu pada aku.” Arah Luqman sebaik sahaja teringat kata orang-orang tua. Hantu sebenarnya tidak berkaki. Gadis itu menunjukkan kedua kakinya. Ada kaki. Ada kaki, maknanya bukan hantu. Dia masih belum puas. Satu lagi yang perlu ditengok, lekuk di atas bibir. Makhluk halus atau orang bunian tidak ada lekuk di atas bibir.

“Dekat sikit muka kamu, aku nak tengok.” Tinggi suaranya mengatasi soalan-soalan sebelumnya. Patuh, gadis itu mendekat sedikit wajahnya hampir melekat dengan kusyennya. Ada lekuk. Dah sah, gadis ini seorang manusia biasa. Kata orang kalau malam-malam atau di dalam hutan, terjumpa orang pelik-pelik, perkara pertama nak tengok kaki dia, kalau hantu memang tak ada kaki, kata orang hantu takut pada tanah. Itu kata orang, bukan kata Luqman. Bisiknya. Keduanya tengok bawah hidung, kalau tak ada lekuk, orang tu bukan manusia biasa tetapi makluk halus. Bunian! Pernah dengar Bunian? Suara dari dalam benak menyoalnya. Tak! Luqman tak nak tengok makhluk-makhluk halus tu. Dan sekarang dah sah gadis ini bukan makhluk halus atau bunian. Gadis itu manusia biasa. Lega hatinya.

“Macamana kamu ceroboh kereta saya, kamu boleh didakwa kerana kamu ceroboh kereta saya tau?”Kuat suaranya memecah kesunyian malam. Dia ingin gadis itu tahu perbuatan itu merbahaya. Boleh menyebabkan kemalangan.

“Saya…saya menumpang aje, encik.” Balas gadis itu dengan nada tersekat-sekat.

“Ya ALLAH, kamu bukan menumpang, tapi kamu buat saya hampir mati. Sakit jantung saya ni.” Luqman mengurut-urut dadanya dengan nada suaranya sedikit berubah berbanding sebelumnya.

“Saya minta maaf encik. Mintak maaf encik.”Ulang gadis itu lagi.

“Maaf? “ Luqman membeliakkan biji matanya.

“Senangnya kamu minta maaf?Bila kamu masuk kereta saya?”Tambah Luqman dengan geram.

“Masa encik, encik…”Balas gadis itu tergagap-gagap.

“Masa apa?” Jerkah Luqman.

“Masa encik buang air.” Jawab gadis itu terkejut bila dijerkah.

“Ha?”Luqman tergaman. Hah? Dia masuk kereta semasa aku melepas hajat? Apakah dia nampak ‘tuttt’ aku? Tak mungkin! Tak mungkin! Desis hatinya.

“Ya..ya..encik.”

“Habis? Awak nampak?”

“Ya, saya nampak.” Luqman tersentak mendengar jawapan gadis itu. Panas wajahnya, darahnya terasa menyirap ke wajah, antara marah dan malu.

“Owh? Jadi awak bukan sahaja menceroboh, tapi awak juga mengintip. Maknanya, awak boleh dakwa terhadap dua kesalahan.” Ujarnya dengan nada tinggi.

“Saya nampak kereta encik, terus saya buka dan masuk ke dalam. Itu saja encik. Sumpah.” Terang gadis asing itu. Owh…sungguh kurang sopan gadis ini.

“Awak dari mana?”Soal Luqman lagi.

“Dari ..dari..”

“Dari, dari, dari mana?” Jerkah Luqman yang mula memasukkan gear pertama.

“Kamu lari dari rumah majikan kamu, ya? Kamu ni pembantu rumah? Kamu ni orang warga asing? Warga asing yang selalu buat masalah?” Luqman menyoal dengan pantas tanpa sempat dijawab oleh gadis itu.

“Saya tak boleh bantu kamu, saya akan hantar kamu ke balai polis.”Sambungnya pantas.

“Tolong, tolong encik jangan hantarkan saya ke balai polis. Tolong encik. Matilah saya.”

Rayu gadis itu mula sebak.

Apa aku peduli! Kalau ada sekatan jalan polis, aku akan ditangkap dan didakwa. Owh..jangan..jangan dalam keluarga aku belum ada yang masuk lokap dalam apa juga kesalahan.

“Sama ada awak suka atau tak suka, saya akan hantar awak ke balai polis dan awak bercerita di balai.” Kata Luqman dengan nada tegas.

Kedengaran gadis itu teresak. Biarkan! Yang penting, aku harus buat laporan polis. Itu saja. Tekad Luqman. Kereta bergerak. Tidak sampai lima meter, tiba-tiba kedengaran pintu belakang dibuka. Dan dia ternampak sesuatu jatuh dan bergolek-golek dari keretanya. Ia berlaku dengan pantas.

“Masya-ALLAH! “Jerit Luqman.

Terus dia menekan pedal brek dan kereta itu berhenti secara mengejut, dengan pantas dia menolak daun pintu dan terus berlari ke arah tubuh yang tergolek itu.

“Ya ALLAH! Apa kamu buat ni, bodoh?” Jerit Luqman. Gadis itu terlangkup di bahu jalan.

“Masya-ALLAH. Kamu nak bunuh diri? Jahil kamu ni!! Mak kamu tak ajar ke. Bunuh diri tu haram. Berdosa besar!” Soalnya dengan marah sambil merangkul tubuh kecil gadis itu.

Kelihatan darah keluar dari calar-calar pada lengan dan sedikit kelihatan pada pipi sebelah kanan. Gadis itu sudah tidak sedarkan diri. Luqman mula menggelabah. Rasa seram, takut dan cemas menyerang perasaannya. Apa yang harus aku buat ni, ya ALLAH. Kaki mana aku melangkah tadi…aduh! Desisnya dengan gelisah. Sebelum ada kenderaan lain yang datang dia menyorong tangannya di bawah badan gadis itu dengan pantas dia mengangkat tubuh gadis itu lalu dimasukkan semula ke dalam keretanya. Beberapa kali pipi gadis itu ditepuknya mengharapkan gadis itu kembali sedar, sayangnya usaha Luqman sia-sia. Gadis itu tetap tidak membuka matanya dan darah semakin keluar semakin banyak. Dia semakin panik. Pelbagai bayangan bermain di benaknya. Bayangkan kalau perempuan itu tiba-tiba meninggal dunia di dalam keretanya.

Astagfirullah… tolonglah!!

Dia masuk ke kereta dan terus menukarkan gear dari ke natural ‘N’ ke ‘D” dan kereta itu bergerak. Dia menuju ke pusat bandar. Masalah makhluk asing di belakang perlu diselesaikan. Bisiknya sendirian. Hampir dua puluh minit memandu, tercari-cari rumah sakit. Setahunya kawasan ini ada sebuah rumah sakit. Tiba-tiba ternampak bangunan hospital di sebelah kirinya. Dia terus membelok dan memandu ke arah pintu masuk ke sebuah hospital. Dia terus keluar dan berlari ke arah seorang petugas. Luqman bercakap beberapa minit kemudian dengan pantas lelaki itu berlari mendapatkan sebuah troli. Ditariknya salah sebuah troli yang terdapat di kawasan lapang itu dan dengan pantas berlari menuju ke kereta. Luqman membuka pintu kereta dan mengangkat gadis itu ke atas troli. Seorang lelaki beruniform putih cemas mengekorinya ke kereta. Sebaik sahaja selesai, dengan pantas lelaki yang beruniform putih itu menolak troli ke dalam bangunan. Luqman terhenti langkah sejenak kemudian menoleh ke keretanya.

“Siapa sebenarnya budak ni?”

Dia kembali melangkah ke kereta dan menjenguk ke dalamnya. Ya! sebuah beg kelihatan tersadai di atas tempat duduk belakang. Dengan pantas dia mencapai dan membukanya. Sebuah dompet merah dikeluarkan. Mencari sesuatu. Ya, kad pengenalan. Bisiknya lagi sambil membelek-belek dompet. Dia menggeleng-eleng. Hanya beberapa saat matanya mula ternampak apa yang dicari terselit pada satu ruang. Dengan pantas juga dikeluarkan dan direnungnya tajam. Chempaka Amna. Chempaka Amna binti Amiruddin! Ucapnya separuh menjerit. Cepat-cepat dia menolak daun pintu dan berlari-lari anak ke dalam bahagian kecemasan. Seorang jururawat mendekatinya.

“Encik ke yang bersama pesakit yang baru dibawa masuk?” Luqman berhenti melangkah. Wajah jurarawat yang cantik dan mungil itu ditatapnya sesaat.

“Ya, saya. Kenapa cik?”Tanya pantas.

“Kami nak ambil maklumat pribadi beliau.”

“Baik…baik cik.” Cepat-cepat Luqman menjawab sambil tangannya mengeluarkan kad pengenalan Chempaka Amna lantas dihulurkan pada jururawat itu. Jururawat itu mencatat butirannya di sekeping kad berwarna hijau. Luqman berdiri menunggunya. Sebaik sahaja selesai urusan, jururawat menghulurkannya semula pada Luqman. Luqman menyambutnya kemudian memasukkannya semula ke dalam dompet di tangannya. Sempat dijeling pada isi kandungan dompet. Hanya ada sekeping not bernilai limapuluh ringgit. Luqman menutupnya semula. Tiba-tiba dia membukanya semula dan merenung pada nama yang tercatat pada kad pengenalan sekali lagi. Kemudian dia tersenyum. Cantik namanya. Bisiknya di dalam hati. Jururawat di depannya tersenyum memandang ke arah Luqman. Dia membalas senyum itu.

“Encik ni siapa dengan cik ni?” Soalan yang dijangka akan ditanya namun Luqman tidak bersedia dengan jawapan. Luqman cuba-cuba mengerutkan keningnya. Buat-buat tidak mendengarnya sementara berfikir untuk mencari jawapan.

“Apa cik tanya tadi? Saya tak dengar. Telinga saya masuk air.” Luqman menyoal kemudian menjawab pada soalan yang tidak ditanya. Jururawat itu yang masih tersenyum itu semakin lebar senyumnya.

“Saya tanya encik, apa hubungan encik dengan Cik Chem…”

“Chempaka Amna?” Belum habis soalan tu ditanya, dia mendahuluinya dengan soalan lagi.

“Ya, betul. Dia siapa?” Sekali lagi juruawat itu mengajukan soalan. Luqman mengerutkan wajah.

“Maksud saya, isteri? Adik? Kakak? mak?”Muka jururawat kelihatan kelat. Luqman tahu, jururawat itu sudah tidak senang.

“Isteri! Ya, isteri saya!” Ha ha ha Luqman ketawa di dalam hati bila melihat wajah jururawat merenungnya melalui atas kacamatanya.

“Cik, berapa lama agaknya saya kena tunggu?”

“Encik tunggu saja, nanti kalau ada apa-apa kami akan beritahu.” Balas juruawat itu yang mula melangkah meninggalkan Luqman sendirian yang masih berdiri di tepi kaunter. Melihat kerusi kosong yang masih banyak di belakangnya, Luqman melangkah lantas melabuh punggungnya. Jam di dinding di depannya menunjukkan tepat ke angka 2.00 pagi. Luqman mengeluh dan memicit-micit kepala yang tidak sakit. Besok dia kena masuk pejabat. Kata orang putih, by hook or by crook, dia kena ke pejabat. Besok ada mesyuarat penting bersama jurutera-jurutera perunding yang dilantik Gammuda untuk projek lebuhraya baru di Pantai Timur dan dia antara yang harus membentang proposal. Aduh!

Hah! Luqman melepaskan keluhan berat kuat-kuat. Keluhan itu kedengaran di telinganya sendiri. Luqman menyandarkan badannya di kerusi. Luqman memejamkan matanya. Macam-macam bermain di fikirannya. Macamana besok? Macamana dengan budak perempuan tu? Isy! Macamana kalau dia tinggalkan saja budak tu kat hospital ni?

Isy! Bahaya! Bahaya!

Nanti siapa nak bayar bil budak tu? Budak tu jatuh dari keretanya. Dialah yang harus bertanggung jawab. Persoalan itu berlegar di kepala Luqman. Entah berapa minit dia fikirannya bersimpang siur, bila dia membuka mata seorang jururawat berdiri di depannya.

“Isteri encik dah sedar. Encik boleh jumpa dia di bilik rawatan kecemasan.” Beritahu jururawat itu. Luqman terbangun. Dicapainya beg Chempaka Amna dan dibawanya mengekori jururawat itu. Ketika Luqman melangkah masuk, dadanya bergetar pertama kali melihat wajah mulus yang sedang terpejam dengan lengan dan kepala berbalut. Luqman melangkah mendekati katil itu dan berdiri sejenak sambil merenung wajah mulus itu.

Hai….cantiknya mak ai…anak siapalah gamaknya? Bisiknya dalam hati.

Jururawat berlalu meninggalkan dia yang masih berdiri merenung gadis di depannya itu. Tiba-tiba gadis itu membuka mata dan memandang ke arahnya dengan dahi berkerut. Luqman mendekatinya.

“Saya..saya di mana?”Bisik gadis itu. Luqman merenung dengan senyum.

“Encik siapa?” Soal gadis itu sekali lagi. Baru saja dia ingin menjawab, jururawat tadi muncul di depan mereka.

“Encik siapa?” Sekali lagi gadis itu bertanya. Jururawat itu memandang ke arahnya kemudian beralih ke arah gadis di depannya itu. Jantung Luqman berdegup. Tanpa berfikir panjang dia terus mendekati katil lantas melabuh duduk di sebelah gadis itu.

“Laa..kenapa dengan sayang ni…sayang pening ya?” Soal Luqman sambil memegang lembut kepala Chempaka Amna yang berbalut itu sambil matanya melirik ke arah jururawat itu. Jururawat itu tersengih dan melangkah keluar. Luqman menghembus nafas lega. Sebaik sahaja jururawat hilang di sebalik pintu, Luqman kembali bangkit.

“Encik siapa?” Ini kali ketiga gadis itu bertanya. Nada suara gadis itu kedengaran meninggi.

“Awak, awaklah yang menceroboh kereta saya. Awak lupa?” Soalnya sambil membutangkan sedikit matanya. Menunjukkan ketegasan!

Hehehe..Luqman tertawa sendirian.

“Saya nak balik KL ni. Ni beg awak. Saya dah lewat sangat ni.” Beritahu Luqman sambil meletakkan beg yang berisi pakaian dan satu dompet di dalamnya.

“Siapa nama awak?” Luqman sengaja ingin mendengar dari mulut gadis itu sendiri.

“Chempaka. Chempaka Amna.” Jawab gadis itu sambil mengerutkan keningnya ketika lengannya diangkat. Suasana diam. Luqman masih menunggu reaksi gadis itu. Namun gadis itu terus diam. Luqman menjeling. Chempaka Amna memejamkan matanya.

So?Saya nak panggil awak apa ni?” Soalan Luqman menyebabkan Chempaka Amna kembali membuka mata.

“Suka hati enciklah nak panggil saya apa.”

“Hai? Macam tu pulak?” Berkerut wajah Chempaka Amna mendengar kata-katanya.

“Ibu saya panggil saya Chempaka. Papa saya panggil saya Amna. Papa Khalid panggil saya Chempaka, macam mama.” Balas Chempaka Amna sambil memejamkan matanya. Luqman agak tersentak mendengar jawapan Chempaka Amna.

“Owh? Ada mak dan bapak? Kenapa awak lari dari rumah? Atau awak memang nak ikut saya?” Luqman memarahi Chempaka Amna. Kenapa gadis ini harus menyusahkannya. Masuk kereta. Terjun kereta. Isy!

“Encik, saya mintak maaf menyusahkan encik.” Perlahan suara gadis yang terbaring itu.

“Taupun awak menyusahkan saya? Kenapalah awak tak naik lori minyak ke, atau lori balak ke? Kalau awak terjun macam tadi, terus mati.” Semakin menjadi kemarahan Luqman.

Wajah Chempaka Amna redup. Gadis itu memandang ke arah tingkap yang tertutup rapat di hadapannya.

“Sudahlah! Awak jangan nak tunjuk muka sedih depan saya, kalau awak ni adik saya, dah saya tempeleng awak.” Ujar Luqman sambil mengeluar dompet dari saku seluarnya. Dikeluarkannya tiga keping not limapuluh dari dompetnya lantas diletaknya di tepi bantal Chempaka Amna. Chempaka Amna merenungnya dengan mata yang sedikit berkaca.

“Saya harap duit ni cukup untuk kegunaan awak. Selepas tu saya harap awak balik semula ke rumah. Jangan susahkan mak bapak awak.” Luqman terus melangkah keluar dari bilik rawatan kecemasan dan memanjangkan langkah ke kereta. Dia ingin segera tiba di rumah, mandi, tukar pakaian dan terus masuk opis. Sebaik sahaja memasuki kereta, dia melepaskan satu keluhan kuat sebelum keretanya bergerak meninggalkan perkarangan hospital dan meluncur terus menghala ke Kuala Lumpur.

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Indah Hairani