Bab 11
Mastura terkejut mana tidaknya keputusan mustakim untuk
bertunang dengan dirinya memang tidak dijangka bagaikan bermimpi
“awak percayalah ini yang terbaik untuk kita.” Pujuk mustakim.
Dia tahu ia tidak wajar bertindak terburu buru.mastura hanya memandang sepi
kotak kecil berbaldu itu . ya allah kenapa hati dia berat untuk terima malam itu dia beristikharah pada allah semoga
pilihannya tidak salah
“baiklah mus, jika itu terbaik saya terima.” Mastura tahu
ini sahaja caranya untuk melupakan aiman ashraff.
“terima kasih sayang.” Tak terkata mastura menerima
lamarannya.mustakim bersyukur kepada allah . “awak jangan kecewakan saya awak
janji.” Itu janjinya pada mastura sekiranya di lofmahfuz mustakim jodohnya dia
redha
Majlis pertunangan yang dinanti tiba semua ahli kerabat mastura berasa gembira
maklumlah mastura satu satunya menjadi kesayangan mereka semua
“selamat bertunang sayang .” Satu ciuman singah di pipinya .
sebagai ibu puan rokiah tentulah berbangga dan diharap anak daranya ini terus
tersenyum seperti dahulu.bukannya tidak tahu mastura berharap pada aiman
ashraff.
“mak jangan risau , ini pilihan mastura mak saya mahu doa
dan restu mak.” Satu senyuman terukir di mastura. bukankah ia sudah berjanji untuk menjadikan aiman ashraff sebagai sejarah hidupnya dulu