Home Novel Cinta ku akan menjagamu cinta
ku akan menjagamu cinta
aisyahannuar
5/4/2014 21:24:16
55,577
Kategori: Novel
Genre: Cinta
bab 1

Aiman ashraff duduk tenang disebuah taman, hatinya tenang melihat kanak kanak melihat gembira bermain hilang rasa tekanannya dengan bebelan ibunya pagi tadi, “aiman bila lagi awak nak berkahwin ni umur dah meningkat mama teringin nak menimang cucu.”itulah saban hari didengarnya setiap kali dia pulang ke kampungnya.bukan dia tak nak bernikah tetapi buat masa sekarang ni dia sukar menerima seorang wanita dihatinya , belum ada lagi yang membuat hati dia bergetar dan membuat dia tersenyum setiap hari .aiman ashraff bukan mahu yang cantik bagai miss world tetapi dia mahukan yang dapat menjaga dia ketika susah dan senang ketika ribut melanda dia yang menenangkan jiwa hati dia.

Matanya tertancap pada seorang gadis yang sedang asyik mengurai rambutnya .tangannya cekap menaip mesej kepada seseorang. Tidak lama kemudian aiman ashraff melihat gadis tersebut menangis gadis tersebut mengelap matanya dengan tisu yang penuh ditangan.aiman hanya memerhati dari jauh gadis tersebut.mungkin dia baru putus cinta agaknya atau dia baru bergaduh dengan suaminya, aiman hanya memerhati “boleh tahan orangnya, cantik” sempat pula aiman memuji kecantikan gadis tersebut tapi sayang airmatanya mencacatkan wajah gadis tersebut

Hujan rintik sudah mula menitis dilangit bumi aiman ashraff cepat cepat berlari kesebuah kedai berdekatan tetapi gadis tersebut hanya duduk disitu kasihan pula dilihatnya “cik, awak ok ke tak , boleh saya bantu?” aiman ashraff menghulurkan sekaki payung yang diambilnya dikeretanya .gadis tersebut hanya terdiam tidak bersuara . “awak kalau ada masalah mungkin saya boleh bantu .”tetapi gadis tersebut masih juga begitu “saya aiman ashraff,”dihulurkan tangannya sebagai tanda persahabatan. “saya mastura, terima kasih bagi saya payung ni, saya ada masalah sedikit dengan kekasih saya dia minta putus , saya tidak tahu masalah dia apa salah saya apa kurangnya saya?” dilap airmatanya dengan tisu yang masih berbaki

Di kedai tersebut sempat juga aiman ashraff melihat gadis tersebut makan dengan berselera sekali “awak kalau lapar lagi saya order lagi.”gadis tersebut hanya makan dan makan “ kuat betul juga dia makan.”ashraff hanya terkedu , terdiam apabila gadis tersebut memandang wajahnya “awak, saya minta maaf saya lapar sangat .”aiman ashraff hanya tersenyum . “awak kalau tidak keberatan boleh awak cerita tentangkekasih awak tu dan apa masalahnya sampai awak menangis teruk sampai begini cuba cerita mungkin saya boleh bantu ?”

Aiman ashraff terasa hampir tergelak mendengar cerita gadis tersebut mereka bergaduh hanya kerana kerana sebiji kek tiramisu yang dibuat tidak menjadi “awak sampai hati gelak awak tidak tahu bermakna kek tu, itu satu satunya kek yang menjadi kegemaran tunang saya tahu.” Marah gadis tersebut sambil memuncungkan mulutnya “awak, kalau tidak keberatan boleh kita berjumpa lagi .” gadis tersebut hanya tersenyum “insyallah .”

“awak kalau nak belajar kek tiramisu tersedap, saya ada seseorang boleh ajar awak, mungkin satu hari nanti awak boleh buatkan untuk saya juga .” gadis tersebut hanya tersenyum “betul ni, awak jangan tipu saya , saya tidak suka orang menipu.” Ashraff hanya tersengih “baik jom saya bawakan awak jumpa chef kek terbaik .”

Anita menjeling tajam pada aiman ashraff “hampeh betul aku ingatkan dia puji aku pasal kek yang aku buat tadi rupanya hendak kenalkan bakal anak murid aku sejak bila aku buka kelas memasak kek ni.”bebel anita tetapi disabarkan hatinya kalau tidak kerana sayang .

“mehlah masuk , saya kebetulan tiada apa nak dibuat petang ni”pelawa anita apabila melihat gadis tersebut tercegat di muka pintu .rasa cemburu ditahan “awak kalau nak buat masak sesuatu perlu ada perasaan kasih sayang tahu, baru rasa sedap ada tu.”

Mastura hanya memerhati anita menunjukkan satu persatu bahan bahan membuat kek “wah cekap betul dia membuat kek tak hairanlah aiman ashraff memberitahu gadis tersebut master of cake

“awak terima kasih ye mengajar saya buat kek ni esok kalau tidak keberatan boleh tak saya datang lagi.”anita hanya tersenyum “boleh , tetapi awak kena janji awak kena bayar lebih tahu .”sempat juga anita bergurau dalam hatinya umpama bom “banyak cantik , takpe sabar aiman kenapa kau bawa gadis lain jumpa aku , aku sukakan kaulah .”tapi hanya terluah dihati

Anita tahu aiman suka menguji kesabaran hatinya mana tidaknya luahan cintanya pada satu petang ditolak mentah mentah “awak saya tidak boleh terima cinta awak saya dah ada orang lain satu hari nanti saya kenalkan dia pada awak dia yang istimewa.” lukanya masih disini

aiman hanya terdiam melihat kelakuan anita dia tahu anita marah tetapi ada yang membuat dia tertarik pada mastura sesuatu yang dicari selama ini walau dia tahu mastura sudah ada kekasih  "belum cuba belum tahu."

Previous: sinopsis
Next: bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.