Xiao Felix atau Xiao Firdaus yang sudah berjaya menemui tujuan hidupnya, akhirnya memutuskan untuk bernikah dengan bidadari syurganya yang solehah Jannah Rabiatul. Dek kerana kebencian yang tersembunyi di dalam keluarga sendiri, satu insiden buruk berlaku kepada isteri kesayangannya. Bagimanakah Felix mengharungi ujian yang sangat berat di dalam hidupnya? Adakah dia masih kekal dengan pegangan iman dan amal Islam?
Felix tetap tidak berputus asa dan mencari kebenaran atas musibah kehilangan isterinya. Ujian menimpa lagi tatkala dirinya dipertemukan dengan Suzi. Hatinya berasa sangat dekat dengan Suzi tetapi kehidupan Suzi juga sangat jauh dari simpang kebenaran itu sendiri. Dalam pada Felix berusaha untuk menarik Suzi keluar dari lumpur jahiliah, Felix sedikit mengharapkan keajaiban yang diberikan tuhan.
"She's mine...", senyum Lee sambil menarik Suzi.
Felix hampa, namun tidak berhenti dia meletakkan pengharapan kepada Allah.
"Ya Allah, jika ujian ini membersihkan tujuan aku menjadi Islam. Maka aku redha ya Allah. Kau tunjukilah aku jalan yang benar untukku tuju".
Apakah yang terjadi kepada Felix?Bagaimanakah dia tetap dalam menjadi Muslim? Adakah Felix akan menemui jawapan atas segala apa yang menimpa dirinya?