Home Novel Cinta REMAKE
REMAKE
Amru
15/7/2023 13:45:57
9,240
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Ep.1

USIA hari sudah merangkak ke angka 8.05 pagi. Khadijahberlari anak menuju ke bangunan di mana letaknya Pena Maya Publication. Tempat di mana dia bekerja. Kerisauan terlukis jelas di wajahnya. Bersama beg galasnya, dia terpaksa bersenam lagi pagi itu. Orang sekeliling sudah dia tidak pedulikan. Wajah sarkastik Encik Rohaizad tergambar jelas di ruang fikirannya. Menambah pekat risau di kolam hatinya.

 

“Sampai dah atlet pecut kita….” Kedatangannya di pintu masuk pejabat Pena Maya Publication disambut Encik Rohaizad, seperti biasa. Persis yang dia bayangkan. Tidak lupa juga dengan riak sarkastik ketuanya itu.

 

“Kejap boss! Ba..bagi saya ambil nafas dulu.” Khadijah berusaha mengatur nafasnya.

 

“Ya silakan cik Khadijah. Ambil nafas dulu. Tapi sementara tu kalau boleh saya tahu apakah bentuk alasan cik kali ini?” Kalau tidak sarkastik bukan Encik Rohaizad namanya.

 

Khadijah tersengih sambil betulkan muncung tudungnya. Mujur dia tidak mudah berpeluh. Kebetulan juga kedinginan subuh masih bersisa banyak pagi itu. Ketika nafasnya sudah beralun agak teratur, dia akhirnya menjawab soalan padu ketuanya itu tadi.

 

“Kereta saya susah nak start boss.” Masih sengih Khadijah kelihatan.

 

“Macam sama aje dengan Isnin lepas?” balas Encik Rohaizad,mencekak pinggang.

 

“Eh!? Tak sama boss…Minggu lepas kan jam loceng saya tak bunyi.” Khadijah menyahut dengan nada yakin.

 

“Tu bukan alasan kamu dua minggu lepas punya Isnin ke?” Encik Rohaizad pula bersuara.

 

“Mana ada boss…Masa tu kalau tak silap saya…er…motor jiran saya tak boleh nak start. Lepas tu dia tumpang saya ke office dia. Sudahnya saya pula yang terlambat sampai kerja.” Khadijah tampak tekun cuba memastikan ingatannya betul.  

 

“Ooo…kalau tak silap awak la ye? Nampak sangat banyak sangat alasan tu kan? Sampai tak berapa nak ingat dah kan?” Encik Rohaizad kekal bernada sarkastik dengan penuh mahir sekali.

 

“Isk boss ni. Jangan la macam tu.  Saya lambat tak sampai 10 minit kan? Takkan la boss saya yang terkenal dengan sikap baik hati,perumah dan berpenampilan elegan ni tak boleh nak maafkan?” Khadijah tersengih sendiri.

 

“Banyak la! Kamu ni, Isnin je mesti lambat. Apa yang kamu buat hujung minggu sebenarnya? Takkan la ke kelab malam pulak kan?” soal Encik Rohaizad.

 

“Isk boss ni…fitnah tu lebih berat dari fitness boss. Takkan la saya nak buat semua tu? Terguris hati saya.” Khadijah buat mukas edih yang penuh kepalsuan.

 

“Dah! Pergi buat kerja! Boleh stroke saya kalau ada 3 staf macam kau ni.  Muka bukan main ayu lagi. Kalau jadi model tudung atau telekung, mesti orang akan cakap Ya Allah…ayunya dia pakai…Tapi realitinya…dah macam saya handle staf lelaki!” bebel Encik Rohaizad.

 

“Gaya saya macam lelaki ke boss?” Khadijah mempamer riak risau berbaur terkejut.

 

“Bukan! Tapi perangai kamu selalu lambat hari Isnin tu! Biasa staf lelaki je yang buat perangai serupa gitu. Tak sepadan betul dengan kamu yang bertudung…berjubah…macam minah arab ni hah!” Encik Rohaizad meningkah.

 

“Terima kasih sebab puji saya cantik dan ayu boss. Saya mohon izin buat kerja dulu boss.” Khadijah berkata sambil tersengih. Cepat-cepat dia bergerak ke mejanya.

 

“Bila masa pula aku puji? Aku bagitahu je.” Encik Rohaizad mengeluh di hujung kata sambil menggaru kepalanya yang sudah botak tengah. 

Next: Ep.2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amru