Hawa Hawani meneliti helaian kertas di buku Sejarah. Gadis yang berumur 17 tahun itu sangat khusyuk belajar. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang doktor gigi yang gigih membantu merawat pesakit. Dia tak kisah kalau disuruh baca buku setebal pokok, dia akan buat. Gadis itu memang gemar membaca semua jenis bahan bacaan. Malah, dia memang fast reader. Jadi senang sangat. Buku tu akan dibaca dengan laju.
"Assalamualaikum, Hawa. Ibu masuk boleh?" Lembut sahaja ibu Hawa, Puan Mazni menegur anak dara tunggalnya. Kepala menjengah ke pintu. Dia sedang melihat anaknya membaca buku sebelum menunggu waktu untuk ke kelas. Jam sudah berdetik pukul 6 pagi.
"Waalaikummussalam, ibu. Masukla. Tak perlu la nak minta izin. Bilik ni bilik ibu jugak. Ada dalam rumah ibu. Atas tanah ibu."
"Haih budak ni. Panjang pula dia berleter. Ibu ni risau tau Hawa ni nak masuk sekolah baru. Boleh ke Hawa?"
"Ibu..." Hawa bangun di kerusi belajar lalu mendapatkan ibunya yang sedang duduk di atas katil. Gadis itu memegang tangan ibunya.
"Ibu, jangan risau lah. Hawa tahu bawa diri Hawa. Ni anak Inspektor Idham Baba lah! Kalau dorang tahu, tak berani kacau Hawa lah."
"Itula... ibu bukan apa, Hawa ni banyak cakap dan banyak melawan. Ada je benda nak cakap. Dengan ibu tak pela sebab ibu faham perangai anak ibu ni. Ni kalau jumpa kawan baru, macam mana? Nak ibu teman?"
Hawa menggeleng kepala laju. Mulut dimuncungkan. "Ibu... Hawa ni dah tua tau. Dah berumur 17 tahun. Kalau tambah tiga tahun umur Hawa ni dah cecah 20 tahun."
"Heeee yelah, yelah. Kamu ni banyak sangat membebel. Tapi betul ke keputusan Hawa ni? Kenapa dengan sekolah dulu tu? Ibu tak faham. Its a good school. Kawan pun baik. Tapi apa yang tak kenanya? Bila ibu tanya babah kamu, dia tak cakap apa-apa pun. Dia kata dia pun tak tahu. Jadi macam mana ni? Hawa tolongla sedapkan hati ibu ni."
Hawa mencuit dagu ibunya. "Ibu ni. Cuba banyakkan istighfar dan banyak berdoa pada Tuhan. Doa yang anak ibu ni sentiasa dipermudahkan urusan. Kan doa ibu tu cepat termakbul."
"Hawa..."
"Ye? Apa lagi ibu ni... dah dah! Hawa nak solat lepas tu Hawa turun bawah breakfast. Babah mana?" Hawa menarik tangan ibunya. Sengaja mahu menghalau. Matanya melirik pada ibunya.
"Babah tengah bersiap. Hawa dah siap turun bawah cepat. Ibu buat nasi goreng kampung dan air oren favourite Hawa."
Anak mata Hawa membulat. Dia telan air liur. Perut terus berkeroncong. "Ibu... sedapnya."
"Dah! Dah! Kalau bercakap dengan kamu ni, memang tak habis kerja ibu dekat dapur tu. Cepat!"
"Heee sayang ibu!" Hawa terus memeluk ibunya erat.
Apabila usai berbual, Hawa berlari ke arah toilet. Dia mengambil air wuduk. Air itu ditadah pada tangan. Bacaan bismillah didahului pergerakan tangan. Air bersih itu menyeka mukanya. Terasa tenang kembali. Hawa yang sudah selesai di tandas, terus keluar. Dia ambil telekungnya dan sarung dengan cermat. Dia perhati wajahnya pada cermin. Rambutnya yang lurus telah diikat sanggul diselebungi telekung. Dia pastikan tiada sehelai rambut pun yang terkeluar. Anak keningnya yang lebat itu diseka dengan jari. Bulu matanya yang panjang dan melentik menampakkn anak mata hitamnya membulat. Senyuman Hawa sangat manis. Kata dirinya, setiap pagi, kau kena bagi salam dan senyum pada diri sendiri. Roh yang hadir kadang kala merindui salam pada diri.
Hawa menadah tangan. Masih khusyuk bersimpuh di atas sejadah. Air mata yang mengalir menjadi kekuatan dirinya. "Ya Allah yang maha pengasih, aku bermohon padaMu akan kekuatan diri dan ketenangan jiwa. Aku mohon agar apa yang berlaku di sekolah lama hanya tinggal sejarah. Aku tak nak kisah lama diungkit. Aku sungguh tak kuat. Jangan jadikan apa yang berlaku dulu menyebabkan aku gagal dalam hidup. Ya Allah, kau ampunkan dosa aku ini ya Allah. Lindungi aku yang hina ini. Amin."
****
Hawa menarik kerusi di sebelah Inspektor Idham Baba. Orang tua pencen itu merenung ke arah anak mata Hawa yang kemerahan. Dia tahu anak dia menangis. Tapi kenapa?
"Hawa? Kenapa ni?"
"Tak ada apa babah. Mata masuk habuk. Tengah gosok-gosok semut pula lalu. Tu yang makin gatal. Hawa gosok kuat-kuat sampai jadi... haa jadi merahlah." Tipu Hawa. Sengaja ditipu kerana tidak mahu risaukan ibu dan babah.
"Betul ni?" Babah dia meletakkan garpu di pinggan secara perlahan. Dia capai tangan anak dia.
"Ehem... betul lah." Hawa menyumbat satu sudu nasi goreng ke dalam mulut. Kerangupan ikan bilik dan sayur kangkung sangat mengasyikkan. Sedapnya terangkat!
"Ok, fine. Babah percaya. Tapi babah nak hantar Hawa terus masuk jumpa ketua kelas. I dont know what happen during your previous school, so this would not happen again. Babah nak ambil tahu segala benda yang berlaku di sekolah."
"Alah, babah. Chill lah. U know im super duper independent kan? Ibu, please, help me out?" Hawa mengeluh di sebelah babahnya.
"Hawa, this one im not going to interfere. Nasib baik abah bagi pindah sekolah. Kalau tak sebab babah, Hawa still going to old school." Kata Ibunya cuba memihak bapanya.
"Ala ibu ni. Ok fine. Babah teman Hawa sampai jumpa cikgu kelas. Selepas tu, please terus balik rumah. I dont want anyone to think that im manja. Na ah! Hawa dont like it."
"Eh kenapa? Dekat sekolah lama ada orang cakap Hawa manja?" Dahi Puan Mazni mengerut tajam. Suri rumah itu mula susah hati. Macam-macam budak zaman sekarang. Kalau tak kacau anak orang, tak boleh ke?
Hawa tersengih. "Heh, no! Hawa rasa la yang dorang akan rasa apa yang Hawa rasa lah." Berbelit lidah Hawa berbicara.
****
Hawa melangkah masuk ke dalam bilik guru. Dibelakangnya babah setia menunggu dan ikut masuk. Babahnya menghampiri guru kelas, Teacher Jasnita yang nampak cantik memakai baju kurung kuning itu. Cikgu yang mengajar bahasa inggeris itu terus menghulurkan tangan kepada Hawa. Hawa menyambut salam. Inspektor Idham hanya tersenyum melihat kemesraan dua orang perempuan di hadapannya.
"Teacher, my name is Hawa Hawani. And this is my father. As you can see, hes quite concern about me. Im sorry teacher for bothering you." Hawa kemudian memaling pada babahnya.
"Babah, balik la. Hawa ok. Promise. Kalau ada apa-apa Hawa call babah. Please, go, go! Balik eh? Nanti habis kelas Hawa balik jalan kaki."
"La, tak nak babah ambik?"
"Ala babah ni. Tahu la dah pencen. Tade apa nak buat. Tapi rumah kita kan dekat sangat dengan sekolah. I can walk."
"Ok Hawa. Please take care!" Babahnya mencium dahi anaknya. Hawa malu-malu apabila ada beberapa orang pelajar melihat Hawa yang cantik itu dicium babahnya.
Hawa melambai tangannya apabila dia melihat Babahnya sudah jauh daripada penglihatan.
"Hawa, i will assign someone to bring you to your classroom. Is it ok? I will ask him to teach you anything regarding our school."
"Him?"
"Yes, him. A boy."
"Ahaa..." Hawa menggaru anak tudungnya yang tidak gatal. Yer la aku tahu Him tu lelaki. Tapi malasnya nak cakap dengan budak lelaki!
"Sorry Teacher Jasnita. I was helping Ustaz Farhan just now." Senada aja suara budak lelaki yang berada di belakang Hawa. Gadis itu menoleh. Dia nampak seorang budak lelaki tampan sedang memandangnya.
"Hawa!" Budak itu memanggil namanya.
"Yes?"
"Jom ikut aku. Kau ni kalau tahu nak datang sekolah baru, datang la awal-awal sikit. Aku baru nak tidur waktu rehat." Firwan Airil menjeling ke arah Hawa. Penatnya tak habis. Dah la jadi ketua kelas. Banyak benda nak buat. Waktu rehat tak sempat pun nak tidur.
"Baik! baik!" Hawa cepat-cepat berlari dan mengikut budak lelaki itu.
"Kau pmr berapa A?" Tanya Firwan tiba-tiba.
"Eh apesal kau nak tahu?"
"Aku nak tahu la sebab kenapa kau duduk kelas belakang. Kalau betul kau ni budak pandai, aku nak letak kau sebelah Amira, budak rajin. Kalau aku letak kau sebelah Sodiqin habis la kau."
"Sodiq what? Ter-sedaq-in?" Hawa buat loya buruk.
"Sodiqin. Israk. Azad. Tiga nama ni kau jangan berani pandang mata dorang. Kau ni dah la lawa. Aku harap kau tak jadi mangsa buli dorang."
"Eish! Lawa? Tak lawa la macam ni."
"Ah, suka hati kau lah." Firwan mengeluh.
Hawa mencebik. Tak geng la kau ni!
"Ok iya. Suka hati aku lah ni." Kata Hawa sambil melangkah masuk ke kelas.
"Geng! Geng! Ada budak baru. Layan diri lah. Kau duduk sebelah... eh, mana meja sebelah meja Amira?" Firwan menunjuk telunjuknya pada kawasan kosong. Pelik.
Tiba-tiba pintu kelas itu ditendang oleh seseorang. Pintu berdetang! Tiga kelibat yang sangat digeruni itu nampak segak memasuki bilik kelas. Hawa yang sedang mengelamun terus mengurut dadanya yang terkejut. Kenapa sampai nak tendang pintu ni? Bukak elok-elok tak boleh? Pulas tombol pintu tu kemudian jengah kepala masuk dalam. Bagi salam! Dah masuk tutupla pintu elok-elok!
Israk menghampiri Hawa. Dia menghidu tudung yang dipakai Hawa.
"Eh, apa ni! Lepasla tudung aku ni!" Hawa naik hantu. Dia rentap tudung yang dipegang Israk.
"My lady, you smell so good. Rose is it?"
"Well, you smell like tahi ayam!" Hawa meneriak.
"Bahahaha!" Rakan-rakan baru itu mengekek ketawa. Dia tidak pernah lihat mana-mana gadis menjawab semula apabila diganggu tiga budak nakal ini.
"Woah! Garang!" Azad pula mula nak menyakat. Dia tepuk bahu Sodiqin. Disebabkan mulut perempuan ini macam puaka, terus termati niat Sodiqin nak mengganggu. Macam biasalah dia benci perempuan yang kuat menjawab.
"Awak ni kenapa ya? Siapa suruh pegang-pegang perempuan? Ini aurat tahu tak!" Hawa menengking. Firwan cuba menenangkan hati gadis yang sedang bergelora.
"Ish, Firwan! Im not finish yet!"
"Saya seorang perempuan dan awak tu lelaki. Tak tahu ke batas pergaulan? Nak saya mengaji depan awak ke!" Hawa mengejek Israk.
Israk rasa geram. Dia tendang kerusi dan kerusi itu bergolek di hadapannya. Murid yang lain menjerit kecil apabila melihat Israk marah.
"Ish, kau ni! Memang nak kena kan? Kau nak aku sentuh kau betul-betul? Itu yang kau nak kan!" Israk membeliakkan anak mata. Tangannya mula nak capai badan Hawa.
Tiba-tiba tangan lelaki itu ditahan seseorang. Mereka menoleh. Sodiqin!
"Qi...Qin!" Israk menjeling pada rakannya.
"Dah. Cikgu nak sampai dah. Jom. Aku tengok perempuan ni tak selera." Sodiqin menarik tangan Israk. Israk tidak mengalih pandangannya pada Hawa. Masih merenung wajah Hawa yang jelita tetapi macam pontianak apabila marah.
"You better explain Qin. Asal kau halang aku?"
"Kau ni biul kan? Kau nak kena gantung sekolah ke? Habis tu kalau kau puas pegang dia depan orang ramai, apa kau dapat? Lagi sedap perempuan tu hina kita. Ingat kita ni syaitan sangat? Nak tunjuk ke perangai sebenar kita?"
"Huh... apa-apalah. Dah la. Aku nak tidur." Israk terus meletakkan kepalanya ke atas meja. Dia tidak menghiraukan apa yang berlaku. Dia malas! Hati dia tercalar! Ego dia makin menggunung!
"Siap kau perempuan!" Israk terus melelapkan mata. Namun, fikirannya merancang sesuatu.