Home Buku Cinta Uncle Bos Mama
Uncle Bos Mama
19/3/2020 15:46:58
51,341
Kategori: Buku
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 5

JOSHUA berkerut dahi ketika melihat Fish di pejabat pagi itu. Dia melirik jam di tangan. Pukul 8.45 pagi. Buat kali pertama dalam sejarah, bukan sahaja Fish sampai di pejabat lebih awal daripadanya, tetapi muncul sebelum pukul 9.00 pagi. 

“Morning.” Joshua menegur si gadis.

“Morning,” balas Fish, sekalipun tidak ada senyuman di bibir.

Joshua yakin dia nampak bengkak di bawah mata gadis itu. Sama ada itu bengkak tanda tidak cukup tidur atau bengkak menangis, dia tidak pasti.

“Kopi you mungkin dah sejuk sikit sebab dah lama I letak atas meja. Kalau nak panaskan, beritahu,” ujar Fish ketika Joshua membuka pintu biliknya.

“Pukul berapa you masuk?” soal Joshua.

“Pukul 8.30.”

“Then the coffee should be okay.”

Fish mengangguk, masih tidak memandang si majikan.

“Fara…”

Fish mengangkat muka.

“Good job,” ujar Joshua.

Fish mengangguk perlahan, lantas menyambung kerjanya.

Joshua meletakkan beg di atas rak berhampiran meja kerja. Komputer ribanya dihidupkan dan sementara dia menunggu skrin memaparkan logo Kuaci Media, Joshua menikmati salmon quiche yang sudah tersedia di atas meja. Di tengah-tengah meja, Fish sudah asingkan kolum surat khabar ke beberapa bahagian.

Ping! 

Kotak dialog di taskbar menyala, menandakan ada emel yang belum dibaca. 

Ping! Ping! Ping! Ping!

Ada empat lagi notifikasi emel. Joshua membuka satu per satu. Satu daripada rakan kongsi berpotensi dari Brunei, satu daripada Razman dan satu lagi daripada bapanya. Joshua berkerut dahi melihat notifikasi terakhir itu. Sudah lama dia tidak menerima sebarang khabar berita daripada Jeremy dan dia tidak fikir hari ini hari yang baik untuk dia mendengar khabar daripada sang diktator. 

Tetikus yang dipegang diklikkan pada kotak kecil di sebelah nama Jeremy dan kemudian dilarikan ke arah folder TRASH. Kemudian, dia berhenti. Tidak pasti sama ada dia patut membuang emel bapanya atau tidak tanpa membacanya terlebih dahulu. Joshua mengeluh panjang sebelum menekan klik pada nama itu, akhirnya memilih untuk membaca emel itu.


Joshua, what is this I hear about you not going to Sarawak with your intended?


Itu permulaan emel Jeremy. Tidak ada ‘How are you?’ atau sebarang kata-kata yang indah. Hanya ayat menuduh, ayat menegur, ayat menyalahkan.

I was told that Elanne’s father was ill and she had to leave KL on her own without you with her. Did I raise you to be such an impolite man? You are not a young man anymore and this family needs an heir to the company. I want you to grow up and be the man you were supposed to be. Call her and say you are sorry. - Your father.


Your father. Joshua hendak ketawa membaca dua perkataan itu. Adakah dia masih berusia sepuluh tahun dan harus menghadap kemarahan si bapa selepas menarik tocang budak perempuan di sekolahnya? Mengapakah Jeremy perlu menyibuk dengan hal peribadinya? Atau dari mana lelaki tua itu tahu yang Joshua masih belum membalas mesej Elanne mahupun menghubungi teman wanitanya itu? 

Tetapi Joshua sedar, sekalipun dia tidak suka dengan apa yang Jeremy lakukan, dia tidak mampu menidakkan si bapa. Ya, dia bukan lagi berada di Pulau Pinang, tapi entah kenapa, adakalanya Joshua terasa seperti dirinya masih dikongkong bapanya.

Dan entah kenapa, sekalipun dia benci, dia tetap patuh pada arahan Jeremy untuk menghubungi Elanne.

Elanne menjawab panggilan selepas deringan keempat.

“Hello?” Suaranya serak basah tanda baru bangun.

“How are you, babe? How’s your dad?” 

“Sayang…” Tiba-tiba suara yang mengantuk tadi cergas kembali. “I thought you wouldn’t call me.”

“Sorry, I was too tired last night. How’s your dad?” soal Joshua sekali lagi.

“He’s okay. False alarm. It was something he ate,” balas gadis itu sebelum menguap. “You okey tak?”

“I’m okay. Sorry, I tak dapat join you pergi Sarawak. I ada banyak meeting minggu ni.”

“It’s okay, sayang. I’ll see you next week, okay?”

“Okay. Bye...”

“No, wait...”

Joshua matikan panggilan sebelum sempat Elanne menyambung ceritanya. Dia tahu kalau diteruskan, pasti gadis itu akan berceloteh sampai tengah hari. 

Usai membuang emel Jeremy ke dalam ‘bakul sampah’, Jeremy mengklik pula emel-emel lain yang diterimanya. Satu daripada Razman yang mahu berbincang tentang mesyuarat mereka di Brunei tidak lama lagi. Ada emel daripada beberapa studio produksi dan jemputan syarikat event management ke acara mereka, selain emel daripada bakal rakan kongsi berpotensi dari Brunei yang mahukan idea yang lebih bernas untuk meyakinkan mereka agar Kuaci Media dapat diperluaskan ke negara itu.

Joshua mengeluh panjang.

Ping! 

Satu lagi emel masuk. Nama Jeremy sekali lagi.


Did you call her yet?


Kenapakah bapanya itu tidak boleh menggunakan telefon pintar dan aplikasi WhatsApp seperti manusia normal? Mengapakah semuanya harus melalui cara yang formal?

Joshua tekan klik pada kotak di sebelah nama Jeremy, lantas menekan gambar tong sampah yang berada di bahagian atas kotak emel. Dia banyak kerja lain nak dibuat. 




“YOU nak I ketepikan ke, you masih nak makan?” soal Fish yang muncul di pintu.

Jam menunjukkan pukul 9.15 pagi. Pejabat Kuaci Media yang menempatkan hanya 35 orang pekerja itu masih lengang. Hanya Taufiq dan beberapa orang staf bahagian grafik dan IT yang telah muncul untuk memulakan hari mereka. 

“Ambiklah. Tinggalkan kopi tu,” ujar Joshua sambil mengurut-urut dahi.

Fish melangkah ke hadapan, lantas mengutip pinggan yang masih bersisa suku salmon quiche yang tidak berusik. Dia mengerling ke arah si majikan yang kini mengurut pangkal hidung pula. Mata Joshua tertutup, nafasnya perlahan.

“Nak Panadol? Minyak angin? I ada dua-dua,” soal Fish.

Sebagai seorang ‘ibu’ kepada empat orang anak tanggungan yang salah seorangnya mungkin disampuk roh seorang Ninja, dia sentiasa menyimpan pelbagai jenis ubat di dalam beg tangan. Orang lain ada pembayang mata SEPHORA, Fish ada minyak za’faran. Orang lain ada compact highlighter, Fish ada pain killer. Orang lain simpan Shiseido, Fish simpan Ammeltz Yoko Yoko.  

“No, thank you.”

Fish mengangguk perlahan, lantas mengorak langkah untuk ke pantri.

“Fara.”

Dia menoleh. 

“Kalau you jadi investor Brunei, apa pembaharuan yang you nak dalam kuaci.com supaya orang Brunei tertarik nak lawat website kita?” soal Joshua.

“You tanya I?” soal Fish sambil menuding jari pada dirinya sendiri. Joshua tidak pernah minta sebarang pendapat daripadanya selama ini.

Lelaki itu mengangguk.

Fish bersandar di pintu, cuba memikirkan jawapan bagi soalan itu.

“I tak tahulah apa yang orang Brunei nak. Tapi kalau I, mungkin I nak banyak content about the country. Makanan dia orang, tempat-tempat menarik, even stories about their celebrities and benda-benda viral yang berkaitan Brunei,” ujar gadis itu.

Joshua mengusap-usap rahangnya yang sudah mula terasa kesat tanda sudah tiba masanya dia kembali bercukur.

“I memang nak suggest semua tu. Tapi untuk kita buat content solely for Brunei, kita kena ada staf kat Brunei, and I cannot afford to have another office outside the country. Not right now,” ujar Joshua.

“Kalau macam tu, ambil freelance writer from Brunei ajelah.”

“Freelance?”

Fish mengangguk.

“Sekarang senang nak cari freelancer, Josh. Budak-budak sekarang lebih suka kerja yang macam tul. Kalau you ambil freelancer Brunei, you just setkan jadual, contohnya berapa artikel you nak dalam seminggu atau hantar hari apa untuk upload hari apa. Then you bayar per article. Mudah pun mudah, sebab then you tak payah fikir benda-benda lain yang comes with permanent staff. Mungkin setiap dua atau tiga bulan, you hantar Taufiq atau budak-budak editorial lain untuk turun sana dan collaborate dengan dia orang.”

Freelance writer…. Joshua terasa bodoh pula kerana tidak terfikirkan hal itu sebelum ini. Mungkin kerana dia terlalu sibuk memikirkan logistik dan hal-hal lain berkaitan Kuaci Media.

“Lepas tu pulak, kita tak bolehlah buat content Brunei just untuk orang Brunei. Kita kena fikir daripada sudut promosi. Like, promoting Brunei to Kuaci readers while at the same time, attracting new Kuaci readers from Brunei. Contohnya, I yakin Brunei punya celebs dan Instafamous stars would LOVE to get more exposure untuk pasaran Malaysia. We could do that for them. Sebagai balasan, dia orang boleh promote Kuaci to all of their followers,” jelas Fish lagi secara panjang lebar.

Joshua mengangguk-angguk.

“Satu lagi. I rasa Kuaci Media should have its own mascot, macam Cinema Online. Dia orang ada Cinnamon the Lion. Kalau pergi mana-mana, semua orang tahu itu maskot CO. We should have one as well. Contohnya kita…”

Penjelasan Fish terhenti separuh jalan apabila dia menyedari Joshua sedang merenungnya.

“Sorry. I tahu idea tu agak bodoh. I terbawa-bawa pulak…” Fish berdehem.

Joshua masih merenung selama beberapa saat sebelum membalas, “No, no. It was fine. Mungkin perlukan sedikit tweaking, tapi idea yang boleh diterima.”

Fish memandang wajah lelaki itu sejenak sebelum mengangguk perlahan.

“Apa you buat pukul 11.00 pagi nanti?” soal Joshua.

Fish agak terkejut mendengar soalan itu.

“Kerja macam biasa. It depends pada apa dokumen yang team marketing dan grafik nak I tolong buatkan,” jawab Fish.

Joshua mengetuk jari-jemari di atas komputer riba.

“No need to do that. Pukul 11.00 nanti you ikut I pergi jumpa those Bruneians kat 1 Utama. I nak you explain apa yang you suggest kat I tadi pada dia orang,” ujar Joshua.

“I? Tapi I tak tahu…”

“Dia orang manusia biasa aje, Fara. Tak perlu nak nervous sangat. You cuma perlu ulang aje apa yang you cakap kat I tadi. Okey?”

Fish berasa berat hati. Tapi apabila dilihat wajah majikannya itu begitu bersungguh-sungguh mahu dia menyertainya, dia mengangguk bersetuju.

Senyuman lebar terukir di bibir Joshua.

“Good. You can go now,” ujar lelaki itu, kembali menghadap komputer riba.

Fish kembali mengorak langkah.

“Oh, one more thing, Fara.”

“Ya?”

“Please put some eye make-up. You look like a haunted panda.”


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.