Home Buku Alternatif Silence: Menari dalam Fikiran
Silence: Menari dalam Fikiran
Kid Haider
28/10/2018 00:35:55
9,562
Kategori: Buku
Genre: Alternatif
Kata 13

Mimpi Yang Bukan Milikmu

Bermimpilah, terbang tinggi,
dalam dunia yang bukan kau cipta,
menjadi watak dalam cerita orang,
tanpa suara, tanpa makna.

Kau kejar bayang yang tak bernyawa,
kau genggam kosong dalam tangan,
mimpi indah yang bukan milikmu,
akhirnya hilang tanpa pesan.

Tiada mula, tiada akhir,
tiada makna dalam khayalan,
kosong bertemu kosong,
dan kau masih sendirian.

Previous: Kata 12
Next: Kata 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.