Home Alternatif Komedi/Romantik Komedi Precious Day
Precious Day
ae0907
4/5/2022 21:26:17
27,206
Kategori: Alternatif
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 7


Hari ini merupakan hari kejohanan merentas desa. Sebelum hari sukan benar-benar berlangsung, acara telah dimulai dengan rehearsal rentas desa beberapa hari lalu. Jam baru sahaja menunjukkan pukul 7.00 pagi, tetapi ramai pelajar sudah memenuhi dataran perhimpunan dengan memakai baju sukan masing-masing.

"Wah, aku nampak pelangi tapi warna fake." Adam berseloroh sambil menyandarkan tubuhnya pada bangku yang terdapat di dataran. Hanya dia, Atiq, Jiyad dan tiga orang rakan sekelas yang baru sahaja tiba kecuali Hafiz dan Wafiy.

"Kau kenal warna pelangi? Cuba sebut satu-satu." Cabar Khairi, rakan sekelas mereka.

"Ala, setakat soalan budak tadika tu siapa je yang tak boleh jawab." Tungkas Adam dengan bangganya.

"Sebut Dam," celah Fitri, rakan Khairi.

"Michael Jackson Kena Halau Balik India Utara," cepat Adam menjawab dengan yakinnya.

"Eleh, setakat teknik tu semua boleh. Cuba sebut satu-satu warna." Ejek Jiyad.

"Eh, kau ni. Nak bersungguh masa exam la. Masa ni kita enjoy-enjoy dulu. Tahun depan baru struggle macam perang dunia." Ujar Adam.

"Haha, macam-macam lah korang ni. By the way Wafiy dan Hafiz mana? Tak pasal-pasal kena potong mata rumah sukan kalau datang lambat." Tanya Farhan.

"Ha, habislah rumah merah nanti. Jangankan dua titik manusia, habis rosak markah sebelanga," sahut Atiq membuatkan mereka semua tertawa kecuali Adam.

"Eleh, ini juara la. Dua tahun berturut-turut, bertingkat-tingkat. Kau ada?" Adam mencebik.

"Uuu, riak!"

Adam terbahak.

"Adam!" terasa namanya dipanggil dari jauh, Adam menoleh dan melihat Mika yang sedang melambai ke arahnya.

"Yow, abang angkat Hafiz dah panggil aku. Gerak lu."

Bicara Adam membuatkan mereka tergelak dengan carutan. Istilah abang angkat sering digunakan mereka untuk mengenakan rakan mereka dengan senior. Kononnya, memerlukan kasih sayang seorang abang di sekolah. Sungguh menggelikan.

****

Acara merentas desa telahpun bermula dan kesemua peserta sudahpun berlepas mengikut tiupan wisel oleh seorang guru. Pelajar lelaki dahulu dilepaskan, kemudian barulah pelajar perempuan. Dan masa itu lah dijadikan oleh kebanyakan pelajar perempuan untuk memakai sunscreen supaya wajah tidak terlalu burn tanpa pengetahuan guru.

Mereka yang menginginkan juara, sudah pecut ke hadapan, manakala yang tidak kisah, sekadar lari-lari anak. Manakala yang tidak peduli, hanya berjalan sembari berlari kecil menikmati keindahan alam. Dan antara pelajar yang tidak kisah itulah Aira, Dhiya, Imani dan Damia. Keempat gadis itu sama-sama dari rumah yang berbeza iaitu Merah dan Hijau. Mereka tidaklah terlalu malas berlari. Hanya berjalan kecil dan berlari anak jika ada guru yang memantau.

Memandangkan keempat-empat orang kecuali Dhiya, mereka mengalami sedikit masalah kesihatan. Aira mengalami anemia, Damia pula asma manakala lutut kanan Imani sakit dek terkena benturan meja dua hari lalu. Dhiya pula tidak suka berlari dan memutuskan untuk menemani Aira.

"Nak coklat?" Aira membuka satu papan coklat Cadbury Dairy Milk  bersaiz besar dan menyuakan kepada tiga rakannya itu.

"Terima kasih!"

"Kaki awak okey tak lagi?" tanya Dhiya. Matanya melirik ke arah kaki kanan Imani yang sedang berjalan dalam keadaan yang agak perlahan.

"Alhamdulilah, okey je. Cuma tak boleh gerak sangat." Balas Imani sembari menepuk pelan lututnya.

"Mesti nak sujud time solat tu sakit kan?" kata Damia setelah selesai mengunyah coklat yang diberi Aira.

"Yang tu terseksa juga. Sebelum pergi klinik okey lagi, tapi lepas sapu dan ikat tu jadi kebas. So, solat duduk atas kerusi." Jelas Imani.

"Kenapa awak tak duduk je kat sekolah? Kan cikgu ada tanya siapa yang sakit duduk kat dewan?" tanya Dhiya.

"Iya, tahu. Tapi bosan lah. Saya nak udara segar," kata Imani terkekeh.

"Haah, bosan." balas Damia tertawa.

"Saya geram la dengan Aisha dan Kaira. Punyalah kata nak berlari sama-sama. Dan, tengok! Dieorang lari dulu daripada saya!" Aira mendengus sambil menikmati coklatnya yang hampir tersisa.

"Janji yang terdusta," Dhiya menepuk bahu Aira dengan dramatik.

"Nak nangis, tapi kena sabar. Nak nangis, tapi kena sabar." sambung Aira lagi.

Damia dan Imani hanya tertawa dengan reaksi Aira yang terlihat begitu menghayati salah satu sound popular di aplikasi terkenal Tiktok.

"Oh, ya. Awak punya rumah sukan dah ada ke idea untuk maskot?"

"Hum, ada tu ada. Tapi ini rahsia negara," jawab Damia.

"Huish, negara Hijau." celetuk Dhiya.

"Iyalah! Tapi geram juga. Awak tahu kan senior form five rumah Hijau tu ramai. Kiteorang seperti tunggul je. Nak buat kerja jugak!" Imani mendengus.

"Untung rumah Merah senior sikit," Aira tersenyum.

"Eh, form five dan form four pun kalau campur tak sampai dua puluh orang," tambah Dhiya.

"Huish, ni semua junior form one sapu bersih ke macam mana?" tanya Damia hairan.

"Entahlah," jawab Aira sambil mengangkat kedua bahunya. "Mungkin sebab senior ramai yang pindah."

"Haah, la. Asal ya? Padahal sekolah ni best kut."

"Maybe ada alasan yang lain. Haih, buat apa cakap pasal orang ni? Fokus pada kita sendiri,"

"Eh, awak semua sedar tak masa cepat je berlalu? Saya masih ingat time form one, saya nak cepat jadi senior sebab dieorang suka buli kita dulu." kata Aira membuatkan semua mata menatapnya.

"Kena buli? Form one?"

"Taklah buli macam pukul tu. Macam suruh-suruh. Entahlah. Saya pun tak tahu nak terangkan macam mana. Masa tu saya ada bawa gelas saya. Gelas saya tu gelas kaca, comel bentuk panda. Masa tu saya guna dan letak dalam loker. Loker saya masa tu tak boleh kunci, x tahu kenapa. Dan kebetulan masa tu minggu balik kampung. Masuk semula asrama, saya punya cawan, dan makanan-makanan saya simpan kena curi!" Aira menghela nafas kasar.

"Serius, sampai sekarang saya tak halalkan siapa yang makan makanan saya! Banyak kut!" sambungnya lagi.

"Haah. Awak ada cerita. Makanan awak beli macam roti coklat, biskut tu. Aa! Saya faham perasaan awak!" balas Dhiya.

"Saya pernah kena marah oleh seorang senior. Sebab dulu saya kan jenis suka mengantuk. So, saya selalu beli kopi paket. Satu hari tu, semerbak bau kopi sampai senior tu marah saya. Saya dalam hati rasa nak maki je!" cerita Damia.

"Lagipun dieorang masak maggi kari senyap-senyap belakang asrama tu ingat tak menusuk hidungke bau? Mentang-mentang warden cuti masa tu,"

"Haah, la. Ada! Kita nak report masa tu memang warden tak percayalah. Sebab diorang pun rapat dengan warden." sokong Aira.

Suasana hening menyelimuti seketika sebelum Dhiya berujar.

"Sekarang ni kita dah senior. Tahun depan tahun last kita,"

"Kan? Sekejap je masa berlalu. Rasa macam... Entahlah, rasa gembira tu ada tapi lebih kepada sedih," gumam Imani.

"Haah. Bila kita masuk U nanti, macam-macam orang kita akan jumpa. Saya ingat lagi pesan Kak Amalia yang dia kata zaman sekolah ni la paling banyak memori berbanding U."

"Saya ada baca kat Twitter, ada seorang pengguna ni tweet yang cikgu dia kata, nak cari jodoh, cari la dekat universiti." Aira terkikik.

"Awak buat apa cari? Calon dah ada depan mata," Dhiya terkekeh diikuti Damia dan Imani yang kini menatap dengan tatapan sengaja menggoda.

"Hei! Mana ada!" Aira mendengus.

"Aira, cuba awak jujur. Awak ni peka tak yang Adam suka dekat awak dari tingkatan satu?" tanya Damia.

"Aish, tak ada pertanyaan lain ke?" Aira mendecak membuatkan Damia, Dhiya dan Imani tergelak. Bukan apa, wajah Aira terlihat merah dan malu.

"Eh, depan tu checkpoint!" Dhiya menunjukkan jarinya ke arah beberapa guru yang sedang menjaga point di sebuah pondok kecil tidak jauh dari situ.

****

"Uish, awal gila kau!"

Adam menolak sisi badan Wafiy yang tampak kelelahan setelah hampir lima kilometer berlari. Suasana sekolah juga terlihat sedikit legang lantaran hanya mereka dan beberapa senior yang baru sahaja tiba.

"Siapa nombor satu, Fiy?" soal Adam sambil meneguk air sirap sejuk yang telahpun disediakan.

"Tu," Wafiy menunjukkan jarinya ke arah seorang senior yang sedang berbual sakan dengan dua rakannya. Mereka masing-masing berbeza rumah.

Adam menghembus nafas kasar. Dia kembali meneguk air sehingga habis kemudian merebahkan badannya pada lantai dewan yang berlapikkan tikar.

"Penat weh, budak junior bawah kita tu berlari macam kena kejar anjing je. Aku kejar dieorang sampai checkpoint empat. Sampai je checkpoint last, aku nampak dieorang cam slow aku terus pecut." Cerita Adam, terdengar jelas suara megah yang terhasil dek kerana terlalu penat.

"Jiyad dengan Atiq mana?" soal Wafiy. Matanya menyipit ke arah beberapa orang pelajar yang sudahpun sampai dan memberi nama kepada guru yang bertugas di sebuah pondok. Dengan terik matahari pagi itu, membuatkan tekaknya berasa haus. Mujurlah dia mengambil dua gelas sebelum datang ke sini. Peluh? Jangan ditanya betapa busuknya, mujurlah dia membawa baju ganti untuk disalin nanti.

"Kau dengar tak cerita aku ni, huh? Hargailah aku kerana korbankan nafas aku semata-mata ceritakan kat kau." Adam melirih.

"Dengarlah. Kau ingat aku pekak ke?"

"Huh, baguslah. Tak bazir air liur aku selama beberapa saat."

"Aku tanya kau mana Jiyad dan Atiq? Dieorang sekali dengan kau ke tadi?"

Adam menggelengkan kepalanya. "Dieorang berdua kan rumah sama. Balik rumah sama-sama kut."

"Seriuslah, bangang. Nak aku sepak ke hah?"

Adam ketawa. "Tak lagi kut sebab aku berlari dengan Hafiz tadi tapi dia dah jalan dulu. Dasar kawan."

"Hafiz? Dia datang dulu sebelum aku." Kata Wafiy membuatkan Adam terbangun dari baringnya.

"Seriusly? Mana chick tu? Takkan ambik upah jaga ayam lepas habis berlari!"

Wafiy hanya menghiraukan celoteh Adam yang tidak akan berkunjung habis jika dilayan. Dia menoleh ke arah pondok yang sudahpun dikerumuni oleh ramai pelajar yang baru tiba. Suasana sekolah yang legang tadi tampaknya sudah riuh dengan gelak tawa para pelajar perempuan yang baru sahaja tiba.

****

Di sinilah Hafiz sekarang. Alih-alih melepak, remaja itu tampak sedang sibuk melakar sesuatu di atas kanvas putih di kelas seni sambil melihat kertas di sebelahnya. Dia antara pelajar yang datang awal dan diminta oleh guru penasihat rumah sukannya untuk ke sini. Meskipun terasa penat, tetapi rasa lega juga kerana guru tersebut memberikannya ais tea peng, membuatkannya segar bukan main.

"Mana Aira? Mika kata dia pun pandai melukis." Soal cikgu Faiz yang baru sahaja tiba.

"Belum sampai lagi kut," ujar Hafiz. "Cikgu, saya pilih design B. Nampak macam rare sikit."

Cikgu Faiz mendekat dan memerhatikah hasil kerja Hafiz. "Hum, menarik. Lukis elok-elok. Biar juri nampak hasil lukisan bendera tu,"

"Beres, cikgu!"

"Bila majlis penutup, cikgu?" tanya Hafiz.

"Pukul 12.30 tengah hari nanti. Ni pun baru separuh pelajar yang datang," balas cikgu Faiz.

Hafiz mengangguk. "Cikgu dah tahu pasal maskot rumah kita?"

"Dah, tapi cikgu pelik kenapa ada dua maskot?" soal cikgu Faiz dengan nada yang bingung.

"Maksud cikgu?"

"Semalam Adam kata kamu semua sepakat nak maskot Mickey dan Minnie. Betulke?"

Hafiz menghela nafas. "Astaga, Adam."

"Kenapa?"

"Maskot kita lain, cikgu. Cikgu jangan percaya kat Adam tu. Suka bagitahu benda bukan-bukan."

Cikgu Faiz ketawa. "Haha, Adam memang macam tu. Lagipun cikgu tak uruskan bahagian tu. Cikgu Cuma uruskan bahagian bendera je."

Hafiz hanya menghela nafas. "Ok, la cikgu. Nanti sikit saya cari Aira sebab saya tak yakin dia sampai sekarang."

"Haha, okey."

****

Aira berjalan ke arah sekumpulan gadis yang tampak memenuhi sebuah meja bangku di sebelah dewan bersama Dhiya, Imani dan Damia. Keempat-empat gadis itu tampak agak kelelahan dan setibanya mereka di sana, terlihat banyak pelajar yang sudah sampai.

"Eh, dah datang dah!" heboh Bella membuatkan beberapa junior  yang lain menoleh ke arah mereka.

Aira hanya tersengih sambil cuba menstabilkan nafasnya. "Nak duduk,"

Bella mengesot ke tepi sedikit dan menyediakan ruang kepada Aira yang tampak lelah. Begitu juga dengan rakan yang lain. Mereka seakan memahami kelelahan yang dialami oleh keempat rakan yang baru sahaja tiba.

"Kenapa lewat sangat sampai?" tanya Kaira. Matanya menatap lurus ke arah Aira yang menyandarkan kepalanya pada sisi bahu Bella.

"Kiteorang menikmati keindahan ciptaan Allah SWT. Segar, weh." Bukan Aira yang menjawab melainkan Dhiya.

"Ni merentas desa! Bukannya bersiar-siar!" Aisha menggelengkan kepalanya.

"Lagipun saya malas dah nak termakan janji palsu awak semua! Kata nak lari sama-sama! Last-last tinggalkan juga," Aira membuka sembari mendengus kasar. Hal itu membuatkan rakannya yang lain hanya terkekeh canggung.

"Ala, bukan apa. Sebab awak kan cepat lelah. Lagipun saya datang cepat pun sebab nak rehat awal," tutur Hayati.

"Haah, betul tu." Sokong rakan-rakannya yang lain.

Aira mendengus. "Yalah tu,"

Keheningan menyelimuti mereka seketika sebelum seseorang membuka perbualan yang mungkin agak panjang bagi mereka.

"Awak semua free tak lepas hari sukan nanti?" tanya Aisha.

"Kenapa?" tanya Kaira. Kini, semua mata menatap Aisha yang sedang membetulkan posisi duduknya daripada menyandar kepada tegak.

"Saya tak ingat berapa hari bulan, tetapi yang saya ingat beberapa hari selepas hari sukan. Keluarga saya nak kena pergi kenduri saudara-mara saya kat Pahang. Saya tak boleh ikut sebab saya kena jaga Nek Wan saya."

"Hum, nanti saya tanya abi saya dulu." Tutur Kaira.

"Saya pun," sahut Amirah.

"Ok, saya tak paksa. Siapa yang boleh pergi, datanglah." Ujar Aisha sembari tersenyum.

"Hum, saya nak pergi..." Aira merungut membuatkan semua mata menoleh ke arahnya.

Siapa yang tidak tahu bahawa di antara mereka, Aira lah yang paling susah untuk diajak keluar. Selain faktor rumahnya yang agak jauh dari area bandar, ibu dan ayahnya juga tidak memberikan kebenaran tanpa sebab kerana dia adalah satu-satunya anak perempuan dan paling bongsu dalam keluarganya.

"Hum, awak memang susah sikit nak ajak keluar." Kata Dhiya.

"Tapi saya nak pergi... tahun ni je boleh nak bebas sikit. Tahun depan kena fokus SPM."

Mereka semua terdiam. Betul apa yang dikatakan oleh Aira. Sepanjang mereka bertapa di sekolah menengah, hanya dua tingkatan sahaja yang tampak lebih jelas santainya. Iaitu ketika mereka di tingkatan dua dan sekarang.

"Hum, macam ni la. Saya cadangkan Aisha je yang cakap direct dengan ibu awak." Cadang Mayra seolah memahami dilema semua.

Aisha menganggukkan kepalanya setuju. "Haah, saya cakap dengan ibu awak nanti."

Aira mengangguk sembari tersenyum. "Harap ibu saya bagi,"

"Ok, yang lain macam mana?" tanya Aisha.

"Saya confem boleh," Bella terkekeh.

"Saya nak pergi dan saya akan paksa mak saya kalau mak saya tak bagi," ucap Safiya membuatkan mereka semua tertawa.

"Balik nanti bagitahu siapa yang boleh pergi dalam group Whatapps!" ujar Aisha.

Mereka semua terdiam seketika sembari memerhati keadaan sekeliling. Namun, satu suara membuyarkan ketenangan mereka yang berlangsung hanya beberapa saat.

"Oi, Aira!"

Aira mencari-cari suara itu begitu juga dengan rakan-rakannya. Pandangannya jatuh kepada sosok tubuh seseorang yang sedang memeluk tubuh dan menatap ke arahnya.

"Kenapa?"

Hafiz memutar bola matanya malas. "Projek Bendera! Cepatlah!"

Aira terdiam sesaat sebelum mula memberi reaksi. "Haahlah! Sorry!"

"Kenapa?"

"Saya kena lakar bendera dengan Hafiz. Cikgu Faiz pun ikut juga. Eum... Dhiya! Teman saya!"

"Ha?" Dhiya sedikit terkejut namun mengiyakan jua.


Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.