Home Alternatif Fantasi Alamria
Alamria
Iqbal Rafiuddin
12/7/2018 19:59:17
43,235
Kategori: Alternatif
Genre: Fantasi
Bab 9

Kali ini Kak Merah, Rancho, Lica dan Aku sama-sama menaiki kuda menuju ke Kampung Jaya. Aku tak pandai menunggang, jadi aku duduk di belakang Lica sahaja. Suatu hari nanti aku nak belajar naik kuda, oh aku nak belajar naik windwalker sekali. Mesti bergaya, balik kampung tunjuk dekat orang kampung aku naik windwalker. Mesti diorang jeles.

Dari kejauhan kami lihat asap tebal berkepul-kepul datang dari kampung Jaya. Aku pandang muka Kak Merah.

"Kak, kampung terbakar." kata aku.

"Aku tahu, aku ada mata jugak." jawab Kak Merah.

"Ada sesuatu jadi kat kampung. Hyeah!" Kuda Rancho mula berlari meninggalkan kami. Kemudian kuda Kak Merah pula berlari sama menuruti dari belakang. Kuda kami?

"Lica, diorang dah laju ke depan tu." kata aku dekat Lica. Lica selamba je melayan lenggok kuda ni.

"Rilek, dua orang terhebat pergi dah cukup dah. Lagipun aku dah janji ngan Kak Merah, aku kena lindung kau. Kau dah la tak boleh berlawan. Pergi sana nak buat apa je?"

Aku gigit bibir. Ee, tak syok la macam ni. Aku nak tengok Kak Merah dan Rancho berlawan. Tak adventure la kalau macam ni. Apa yang aku nak cerita dekat orang kampung nanti?

Aku hentak perut kuda dengan kaki aku. Kuda kami terus berlari.

"Akiiddd!!!!" jerit Lica. Ini baru betul.

<><><><>

Kami sampai sahaja di Kampung Jaya, kami lihat semuanya sudah musnah. Kami dah terlambat. Rumah sana sini terbakar, bangkai binatang ternak merata -rata. Mayat orang kampung bergelimpangan di sekitar jalan. Aku gigit bibir. Aku hampir menangis melihat keadaan semua ini. Satu pemandangan yang surreal. Kami cuba mencari kalau-kalau ada mangsa yang masih terselamat. Kami menemukan seorang lelaki. Keadaannya sangat parah, tapi masih lagi hidup. Kami membawanya masuk ke dalam sebuah rumah yang masih lagi terpelihara baik. Lica mula merawatnya. Lica ni macam-macam jugak dia tahu.

"Lica, terer kau ni. Merawat orang pun tahu. " puji aku. Lica sedang membaluti luka lelaki tersebut. Lelaki itu sejak dari tadi tidak sedarkan diri.

"Ini aku belajar masa tinggal di Kapital Diraja. Ngerr.."

"Oh, nampaknya kaum fenix dekat sana tak adalah dilayan dengan teruk. Kau masih boleh belajar macam-macam." ujar aku.

Lica berhenti daripada membalut luka. "Kau tak tahu apa-apa. Ngaw." nada Lica bertukar. Nampaknya kata-kata aku dah lukakan dia.

"Lica aku mintak maaf."

Lica pandang aku. Matanya bergenang. Aku jadi serba salah pulak buat dia marah.

"Tolong jangan cakap macam kau tahu pasal kaum fenix dan lepas ni tolong jangan cakap apa-apa lagi pasal kaum fenix, kau cuma akan buat aku jadi marah. Ngaw." Lica bagi amaran. Aku mintak maaf lagi sekali, aku terus keluar dari bilik meninggalkan Lica dengan lelaki itu. Diluar bilik aku lihat Rancho dan Kak Merah berbual sambil itu mereka bergelak tawa di kawasan ruang tamu. Riang pulak diorang ni. Macam tak ada apa-apa berlaku.

"Waktu aku tinggal di Guerreria, aku agak nakal tahu. Aku tak suka belajar. Ada satu masa di akademi. Dalam kelas cikgu Camila. Berggh, that big fat ass. Oh kau takkan tau yang betapa aku benci dia sangat. Satu hari tu kan waktu dia mengajar, dia tanya semua murid dalam kelas dia. Ok, kelas, apa yang buah kelapa boleh bagi kamu. Semua murid jawab. Santan! OKey bagus, seekor ayam yang gebu? Semua murid jawab Telur! Macam mana pula dengan seekor lembu gemuk, apa dia bagi kamu? Aku laju jawab, Kerja sekolah!!! Semua murid ketawa. Cikgu itu muka merah. Lepas tu aku kena denda. Hahaha." Rancho berseloroh. Kak Merah ketawa besar.

Cis aku pernah baca jenaka ni dalam sebuah buku milik ayah. Dasar ciplak.

"Hei budak." Rancho panggil aku bila dia tengok aku berdiri sahaja di hadapan pintu bilik. Kak Merah sudah bangun dan pergi ke dapur.

"Ya." jawab aku.

"Apasal?" tanya dia. Perasan sesuatu jadi. Mungkin air muka aku yang tak gembira nampak begitu jelas.

"Saya buat Lica marah."

Rancho panggil duduk di sebelahnya. Aku segera duduk di atas kerusi bersebelahan dengannya.

"Kau tahu hati orang perempuan ni ibaratkan kaca. Ia mudah pecah kalau kau tak menjaganya dengan baik. Kau pernah tengok macam mana diorang uruskan barangan kaca? Mereka balutnya dengan baik. Malah balut banyak kali. Hati perempuan macam tu la. Kau kena belai dia, pegang elok-elok. Kau tak boleh berkasar dengannya. Kalau tak ia akan pecah." nasihat Rancho.

Aku angguk sahaja kepala.

"Abang Rancho mesti dah kenal sangat dengan orang perempuan kan?" tanya aku.

Rancho ketawa. "Boleh la."

"Abang Rancho tahu saya dah mula suka.."

Krek.

Pintu bilik dibuka laju. Lica keluar daripada bilik. Dia lihat kami. Matanya bulat besar. Aku telan air liur. Dia dengar ke?

"Ngaw! Lelaki tu dah bangun!" kata Lica. Aku melepaskan nafas lega. Lica tengok aku. "Kau dah kenapaw?" tanya dia.

Aku sengih je.

<><><><>

"Mereka menyerang kami dengan tiba-tiba. Ia berlaku dengan begitu laju..huk. Ada sesuatu yang aku nak bagitahu.." ungkapan lelaki itu terhenti, dia terbatuk-batuk. "..Tolong bagitahu kampung lain..(batuk)...lari! Dia dah datang!" Lelaki itu genggam bahagia hadapan baju Rancho dengan kedua tangannya. Wajahnya kelihatan sangat takut dan pucat. Bola matanya bergerak-gerak, seolah-olah terbayangkan peristiwa yang berlaku siang tadi.

"Siapa dia?" tanya Kak Merah, dia bersandar pada dinding sambil tangan bersilang.

"Wanita itu..(batuk). Dia lah memimpin sekumpulan maras." Lelaki itu kemudiannya menekup muka dan mula menangis. "Jarina... maafkan ayah." Dia menangis teresak-esak. Rancho menyentuh belakang lelaki itu, cuba menenangkan dia.

"Masa kami ke sini, tak ramai mayat wanita." Kak Merah cuba mengorek maklumat lagi.

"Mereka... menangkap setiap.. orang perempuan. Termasuklah Jarina.." jawab lelaki itu. Suara masih lagi kedengaran sangkut-sangkut.

Pranggg!

Bunyi yang kuat datang dari luar mengejutkan semua yang berada dalam bilik. Kami masing-masing berlari keluar. Aku terkejut melihat manusia berkepala serigala sedang mengeram. Seekor maras sedang berdiri di hadapan kami. Dia berpakaian lengkap.

"Jadi memang betullah masih ada orang kat sini." kata maras tersebut.

Kak Merah capai keris besar yang disandarkan pada tepi pintu. Tangan kirinya mengeluarkan kilat, maras itu terpelanting keluar dari rumah. Dinding rumah yang dibina dari kayu habis berlubang. Kak Merah terus melompat keluar, dia terus melibas maras tersebut namun mengejutkan bila maras itu mampu menahan libasan keris Kak Merah tanpa mencederakan dirinya.

"Walaupun bukan bulan purnama. Tapi bulan masih lagi dikira penuh." ujar Rancho. Ini bermakna maras masih boleh memperoleh kuasa luar biasa daripada bulan.

"Budak kau nak tengok tak kuasa aku? Hari ni kau bertuah budak." Rancho mula mengangkat busurnya. Terdapat lima anak panah. Dia menarik tali busur. Tiba-tiba dihadapannya muncul beberapa lubang magik kecil. Aku lihat berhampiran dengan maras pun muncul lubang yang sama. Rancho melepaskan panahannya. Anak panahnya masuk setiap dari lubang tersebut, dan muncul pada lubang sebelah sana. Ia mengenai tubuh maras dengan tepat. Maras itu menjerit kesakitan. Baru aku tahu, magik Rancho berbentuk portal.

Sejenis vortex muncul di hadapan maras. Ia cuba menyedut maras tersebut namun maras itu melawan, satu pusaran angin besar muncul sekitarnya membuatkan semua yang berada berdekatan tercampak. Kak Merah tercampak jauh. Vortex tersebut hilang.

Kali ini portal milik Rancho muncul lagi. Rancho cepat-cepat mengeluarkan pisaunya lalu menikam ke dalam portal. Aku boleh nampak disebelah sana muncul tangan milik abang Rancho menusuk belakang maras tersebut.

Maras tersebut terduduk. Belum sempat maras itu berehat, tanah-tanah dibawahnya terangkat lalu menumbuk dia sehingga dia melambung dan jatuh bergulingan. Aku segera mendekati dinding berlubang itu. Aku nak lihat apa yang berlaku padanya dengan lebih jelas.

Maras itu bangun lalu dia memekik keras ke arah Kak Merah. Senjata keris Kak Merah bertukar warna. Warna keunguan. Terus mereka bertembung dan berlaga. Pertempuran mereka menjahanamkan kawasan sekitar. Akak Merah kelihatan tenang menghayunkan kerisnya. Setiap kali maras cuba datang, ia melibas dan maras itu kembali tercampak dan mengenai salah satu rumah disitu.

Bamm!!!

Asap debu berkepul-kepul naik ke udara.

"Kuatnya Kak Merah. Ngaw. " puji Lica yang tiba-tiba berada disebelah aku.

Kak Merah menarik keluar maras tersebut, kelihatan dia sudah lunyai dibelasah Kak Merah. Rancho cepat-cepat keluar dari rumah.

"Kita tak boleh bunuh dia. Kita kena integorasi dia terlebih dulu." nasihat Rancho. Kak Merah bersetuju.

<><><><>

Maras telah diikat dan dirantai pada kerusi. Wajahnya sudah bertukar menjadi wajah manusia kembali. Wajah seorang wanita. Dia melihat kami dengan wajah amarah yang meluap-luap. Kak Merah menyentuh dahi maras. Sejenis cahaya kehijauan muncul di telapak tangan sebelum hilang. Dia telah meletakkan sesuatu pada maras itu.

"Sekarang bagitahu aku siapa dalang disebalik serangan ini? Siapa yang suruh kau dan rakan kau yang lain menyerang kampung-kampung ni semua?" soal Kak Merah. Maras tidak menjawab. Kak Merah petik jari, muncul corak hijau dan bercahaya pada dahi Maras. Dia mengerang kesakitan. Timbul urat-urat sekitar dahinya. Dia mula berpeluh-peluh menahan kesakitan.

"Ruby!!! Nama dia Ruby!! Arghhh... Berhenti ..cukup berhenti!!" rayu maras itu. Cahaya hijau itu hilang. Maras itu tercungap-cungap.

"Siapa Ruby?" tanya Kak Merah lagi. Maras itu keberatan hendak menjawab tetapi bila dia nampak Kak Merah hendak petik jarinya sekali lagi terus dia bersuara.

"Kalau aku cakap aku akan mati."

"Jadi maksudnya kau nak mati dengan lebih cepat? Baik."

"Dia ahli kumpulan Voice Overhaul. Tolong lah. Jangan buat itu lagi dekat aku." Dia mula menitiskan air mata. Timbul kasihan pada dia. Voice Overhaul, kumpulan yang sama yang menyerang kampung aku.

"Ruby adalah maras seperti kami juga, tapi semenjak dia masuk kumpulan itu. Dia berbeza. Dia seperti lebih bijak. Dia punya cita-cita, dan mula mengumpulkan kami semua. Sekumpulan maras betina. Katanya dia ingin kembalikan kami seperti zaman dulu. Zaman Raja Buana Gelap, dimana maras diberi pangkat yang tinggi tak macam sekarang. Hidup dalam ketakutan."

"Sebabnya maras makan manusia, makan kaum jadian. Kalau kamu boleh jalani hidup macam kaum lain takda la semua ini jadi." Kak Merah mula menaikkan suara.

"Aku dah bagitahu kau semuanya. Boleh kau lepaskan aku?" tanya maras itu.

Kak Merah menumbuk wajah maras itu. "Kau dah bunuh setiap orang kampung, kau fikir kau boleh selamat?"

"Ta..tapi kau dah janji!" Maras itu jadi semakin cemas.

Kak Merah tak melayan, dia terus petik jarinya. Sekali lagi cahaya hijau muncul pada dahi maras itu. Dia menjerit-jerit mengadu kesakitan. Kami semua keluar dari rumah itu. Membiarkan maras itu dengan kesakitannya. Rasa kesian tapi itu lah balasannya yang patut mereka terima.

"Kau kenal Voice Overhaul tu Merah? Mereka.." belum sempat Rancho menghabiskan kata-kata Merah dah memotong.

"Diorang kumpulan yang memuja Raja Buana Gelap. Diorang la yang menyerang kampung aku tempoh hari. Diorang fikir baetylus ada kat situ."

"Macam mana diorang boleh fikir baetylus ada kat situ?" tanya Rancho.

"Ayah dan mak saya ada kaitan dengan baetylus tuh." aku menyampuk. "Diorang mesti tahu sesuatu."

Rancho terkejut. "Mak ayah kau sekarang kat mana budak?"

"Diorang tinggalkan dia waktu kecik." ujar Kak Merah.

Aku diam saja. Rancho pun diam. Keesokan harinya kami pergi ke kedua-dua buah kampung. Mendengar kampung Jogo dan Jaya diserang. Mereka laju je bersetuju untuk memberikan kerja sama. Orang kampung yang tidak mampu bertempur semuanya di bawa pergi ke Pekan Jogkoba untuk perlindungan. Bagi yang mampu bertempur mereka akan berkumpul di kampung Ujuj dan membuat persediaan untuk menyerang kampung Jogo. Seramai 300 orang semuanya bersedia untuk bertempur.Tapi aku tak pasti sekiranya kami mampu menang kerana maras itu kekuatannya sahaja lebih hebat dari manusia. Tapi rasanya tak perlu risau sebabnya kami ada Kak Merah dan Rancho. Dua-dua ini sangat hebat.

Malam itu kami berehat secukupnya kerana esok akan jadi hari yang paling lama dan meletihkan buat kami semua.

Previous: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Iqbal Rafiuddin