Home Alternatif Fantasi Alamria
Alamria
Iqbal Rafiuddin
12/7/2018 19:59:17
43,172
Kategori: Alternatif
Genre: Fantasi
Bab 7

Kampung Jogo

Aku lihat Kak Merah menyalakan api pelitanya, kemudian di sangkutnya pada hujung dinding rumah. Makcik tua, bernama Mak Jab sangat baik hati bila dia menumpangkan kami dirumahnya. Kata Mak Jab dia suka jika rumahnya ada tetamu. Rasa meriah.

Kampung Jogo ini menurut Mak Jab, tidak ramai kaum lelaki satu-satu sebabnya ramai kaum lelaki pergi keluar mengembara mencari rezeki. Betul juga tu, sewaktu kami masuk Kampung Jogo ni, kami hanya nampak perempuan je. Lelaki dewasa langsung tak kelihatan. Memang dah jadi kebiasaan macam tu dari turun temurun, selepas capai umur tertentu, mereka kahwin, kemudian si lelaki keluar mengembara. Beberapa bulan kemudian baru la mereka balik semula ke kampung. Hanya untuk memberikan sejumlah duit untuk keluarga. Kemudian keluar balik.

"Sebab itu dipanggil Jogo. Wanita. Kampung wanita." ujar Mak Jab, ia diambil dari bahasa di belah-belah timur.

Aku senyum saja. Sebenarnya aku tengah tunggu Lica habis guna bilik air. Aku nak mandi cepat-cepat. Badan dah habis melekit. Tapi sebabkan Lica macam lambat je, aku layankan aje Mak Jab ni berbual. Mak Jab ni memang rajin bercakap, semenjak kami sampai sini sampai la malam macam ni mulutnya tak pernah berhenti. Sebab itu Kak Merah dan Lica malas nak layan. Semuanya tak suka dengar celoteh. Lain pulak aku. Aku suka dengar cerita-cerita orang.

Aku lihat Lica sudah pun habis bersiap. Bila Mak Jab tengok Lica ada sekali, terus dia panggil Kak Merah dan Lica menyertai kami. Ada benda penting dia mahu cakap. Sebab nak menjaga hati, Lica dan Kak Merah pun ikut je, Mereka duduk di sebelah aku.

"Baru-baru ni ada satu kejadian pelik yang berlaku dalam kampung ni. Ia berlaku setiap kali bulan penuh." Mak Jab membuka cerita. Aku tengok Lica dan Kak Merah menggosok lengan.

"Apahal korang gosok lengan hah?" tanya aku.

"Diamlah! Kau pun gosok lengan kau! Ngaww!" marah Lica. Ye tak ye, aku pun gosok lengan aku. Rasa bulu roma naik memacak. Ditambah cuaca persekitaran yang dingin, suasana dalam rumah yang malap, keadaan luar yang sunyi. Siapa yang tak meremang oi. Aku sengih je tengok Kak Merah dan Lica. Dua-dua mereka mencebik.

Mak Jab ketawa kemudian dia kembali sambung ceritanya. "Haiwan ternakan, tanaman kami semuanya telah dimakan oleh benda ni. Kami takut tak lama lagi, ia mula menyerang manusia pulak."

"Err..apa benda tu ya Mak Jab?" tanya Kak Merah.

"Kami semua panggil dia sebagai, jembalang tasik. Sebab dia tinggal di tasik. Rupa dia besar, badan bulu lebat. Mata merah! Dan paling penting.." Mak Jab mematikan ayatnya disitu membuatkan jantung aku berdegup-degup.

"Paling penting??" serentak aku, Lica dan Kak Merah tanya.

"Dia suka anak dara." ujar Mak Jab

Kak Merah dan Lica cepat-cepat peluk sama sendiri. Aku ketawa berdekah. Mujur aku bukan anak dara.

"Tak lah, Mak Jab bohong je part tuh." Mak Jab ketawa. Pandai makcik ni bergurau. Kak Merah dan Lica melepaskan nafas lega.

"Makcik tak elok takutkan kami. Ngaw" ekor Lica meliuk laju. Geram pulak aku tengok ekor dia ni.

"Jadi Mak Jab nak kami buat apa je? Bunuh benda tuh?" tanya aku.

Laju je kepala Mak Jab mengangguk. Aku pandang Kak Merah, kalau-kalau dia nak tolong atau tak. Kak Merah angguk kecil tanda setuju. Nampaknya lama sikit la kami berada dalam kampung ni. Ingat nak cepat-cepat sampai ke sungai Tenggiling lebih awal.

Esoknya kami lihat-lihat kawasan. Mula-mula sekali kami pergi ke kawasan kandang lembu. Sebenarnya kami sendiri tak pasti apa yang kami nak cari kat sini. Sekadar tengok-tengok je. Lepas itu kami pergi ke tasik yang berdekatan dengan kampung Jogo. Cantiknya tasik ni. Dekat kampung aku tak ada tasik. Cuma ada pokok besar je. Kalau ada tasik, dah lama aku mandi tasik tiap hari.

Aku ambil seketul batu, lalu aku campak ke tasik. Batu tenggelam. Aku mengeluh.

"Kak, macam buang masa je kita kat sini. Mungkin kita kena tunggu malam. Tunggu dia betul-betul keluar. Jom la balik" cadang aku.

"Kau pergi la balik. Ngaw." Lica membawa keluar sesuatu dari beg miliknya. Ianya kain. Lica mula membentangkan kain ke atas rumput. Kak Merah naik atas kain dan mula baring. Kaca mata hitam di bawa keluar dari beg sandangnya. Ada dua. Satu diberikan kepada Lica. Mereka sama-sama memakainya. Lica membawa keluar buku. Dia membaca dengan santai sambil meniarap dan kaki digoyangkan bersama ekornya. Cilake. Sejak bila Mereka pakat nak berkelah ni?

"Sorry Kid, kaca mata ada dua je." Kak Merah angkat kaca matanya sambil menjeling ke arah aku.

"Hoi! Serius sikit!"

<><><>

Malam itu bulan mengambang. Langit kelihatan begitu cerah. Aku pernah dengar kalau waktu bulan mengambang macam ni, magik kaum jadian akan menjadi sangat berkuasa. Kalau ada siapa-siapa mencabar mereka waktu macam ni memang silap besar.

"Akid, kau tak takut?" tanya Lica yang sama-sama dengan aku mengendap kandang lembu milik Mak Jab dari jauh. Kak Merah entah ke mana.

"Tak. Aku teruja nak tengok jembalang tasik tuh." jawab aku.

Lica mengangguk kepala. "Oh ye, sebelum ni kau cakap kat aku, salah satu matlamat kau keluar mengembara ni cari mak ayah kau kan? Kau tak marah dengan Mereka? Sebab tinggalkan kau dari kecik lagi. Ngaw."

Lica ni ajak berbual pulak dah. Orang tengah sibuk nak tangkap jembalang nih.

"Tak, aku tak rasa apa-apa cumanya nanti bila aku jumpa Mereka aku harap Mereka ada sebab kukuh tinggalkan aku dulu."

"Tapi bukan kau dah dapat ke sebabnyaw. Kau kata Mereka ada kaitan dengan Baetylus. Ngaw."

"Ya, tapi aku masih tak tahu apa kejadahnya baetylus tu. Yang aku tahu benda tu magic stone tapi penting sangat ke benda tu, sampai kena tinggalkan aku? Tinggalkan kampung? Apa tak cukup magik yang Mereka ada sampai kena cari baetylus tu?" entah kenapa nada suara aku jadi naik. Aku rasa seperti tidak puas hati. Yelah, kalau ada mak ayah sejak dari kecik tak ada lah sunyi dan sensara sangat hidup aku. Mungkin life aku akan lebih baik dari apa yang pernah aku alami sebelum ni.

"Kau macam marah je? Ngaw.."

"Ish, kau la ni Lica. Tengok dah emotional dah aku. Oh kau pernah dengar tak Baetylus tu apa?

"Bukan setakat pernah dengar, aku tahu asal usul benda tu. Baetylus tu tercipta waktu zaman Raja Buana Gelap. Ngaw."

Lica mula bercerita asal usul kejadian baetylus. Dahulu Raja Buana Gelap merupakan pemerintah Alamria. Tapi disebabkan kejahatannya, dia tak mampu menyatukan semua bangsa di Alamria dibawah pemerintahannya. Sudahnya, terdapat pecahan-pecahan kuasa. Yang paling kuat menentang Raja Buana Gelap ialah Seri Sang Nilam. Pejuang paling hebat pada zaman itu. Seri Sang Nilam mendapat sokongan kuat dari kebanyakan kaum. Mereka percaya Seri Sang Nilam mampu menamatkan pemerintahan kejam Raja Buana Gelap.

Akhirnya bila kumpulan Seri Sang Nilam menjadi kuat, mereka mula berkempen untuk memerangi Raja Buana Gelap. Perang antara Seri Sang Nilam dan Raja Buana Gelap akhirnya tercetus. Mereka memanggilnya Perang Sepanjang Zaman. Kerana ia bagai tiada kesudahan. Apa yang mereka dapat ialah sensara.

Saban hari, Raja Buana Gelap mendapat berita kemaraan tentera Seri Sang Nilam. Mereka berjaya mengalahkan pasukan Diraja miliknya. Oleh kerana merasakan dia berada di pihak yang kalah, Raja Buana Gelap telah membuka satu kitab lama. Kitab magik gelap yang diturunkan oleh Dewa Kejahatan, Azazil. Maka dari situ dia belajar untuk buat baetylus. Dia memanggil 10 orang tukang magik paling berkuasa dalam kerajaannya lalu membunuh ke semua mereka. Daripada 10 orang itulah terhasilnya baetylus. Kini Raja Buana Gelap memiliki magik yang tiada tolok bandingan. Dengan kuasa yang dia ada dia mampu mengalahkan tentera milik Seri Sang Nilam. Hanya dia seorang sahaja mampu menjahanamkan seluruh batalion Seri Sang Nilam sehinggalah akhirnya Seri Sang Nilam tewas di tangan Raja Buana Gelap dan melarikan diri.

Aku mengangguk kepala. Baru la aku tahu kisahnya. Sebab itu la ramai yang nak baetylus tu. Ia sangat powerful. Sebenarnya dalam hati, aku pun nak jugak. Benda tu boleh buat impian jadi nyata. Aku teringin ada magik macam orang lain.

Telinga Lica bergoyang-goyang . Seperti mengesan sesuatu yang bahaya.

"Kenapa Lica?"

"Akid, ada sesuatu menuju ke kandang. Ngaw." bisik Lica.

Aku dan Lica bersedia untuk mengepungi kandang lembu, kami keluar dari tempat persembunyian kami, cepat-cepat pergi ke arah kandang. Apabila kami sudah mula hampir, tangan aku ditarik ke belakang. Lica juga begitu.

"Jangan pergi dekat." ujar Kak Merah. "Ada sesuatu yang aneh."

"Jembalang Tasik la tu kak." kata aku.

"Tak, aku tak rasa benda tu datang dari tasik." ujar Kak Merah.

"Habis tu apa kak?"

"Maras!" balas Kak Merah.

Aku dan Lica garu kepala.

"Kita kena tinggalkan kampung ni secepat mungkin. Semua orang kampung ni dah takda. Nah barang korang." Kak Merah kelihatan cemas. Dia campakkan beg aku dan Lica. Aku dan Lica cepat-cepat ambil. Kalau tengok Kak Merah cemas, aku pun naik risau.

Tiba-tiba aku dengar seperti haiwan sedang berlari di sekeliling kami. Tapi aku tak nampak sesiapa.

"Kita dah lambat." ujar Kak Merah. "Lica bersedia." arah Kak Merah.

Lica membawa keluar kedua bilah pisaunya. Matanya bernyala biru begitu juga pisaunya.

Bunyi rumput dipijak dari arah belakang. Aku menoleh, alangkah terkejutnya aku melihat satu lembaga bertubuh besar dan berbulu. Mukanya menakutkan, dengan gigi taring yang besar, baris gigi yang tajam dan Rupanya tak ubah seperti serigala. Cumanya mereka berpakaian.

"Kaum jadian?" tanya Lica.

"Tak, mereka jauh lagi liar dari kaum jadian. Mereka ni lah Maras." terang Kak Merah.

Berpuluh-puluh ekor Maras keluar daripada gelap. Kami telah dikepungi oleh mereka.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Iqbal Rafiuddin