Home Alternatif Cinta Orang Tidak Menulis Sajak Rindu Lagi, Adikku
Orang Tidak Menulis Sajak Rindu Lagi, Adikku
che'
10/9/2021 20:53:41
58,567
Kategori: Alternatif
Genre: Cinta
XIV


Rumah ibu menanti riuh

bersimpuh diam di balik kebun getah yang lusuh

jendela tua mengintai harap pada kelibat yang lalu

garis – garis cahaya menjenguk penuh kasihan

memperlihat putaran hari pada dinding kamar yang usang

basah pekat usang itu dengan tinggalan kasih ibu

menanti dikuak diraup dahaga anak – anak


sesekali sunyi yang dingin mengadu kecewa

“rumah ibu, anak – anak mu sudah tidak mahu pulang lagi”


tinggallah rumah ibu tinggallah sendiri

ditemani sepi menghitung hari kembali ke bumi.



Previous: XIII
Next: XV

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.