Home Alternatif Cinta Orang Tidak Menulis Sajak Rindu Lagi, Adikku
Orang Tidak Menulis Sajak Rindu Lagi, Adikku
che'
10/9/2021 20:53:41
45,697
Kategori: Alternatif
Genre: Cinta
X


siapakah wanita berselendang putih itu

sugul wajahnya memperlihat jernih seribu hampa

mata yang cantik direntap selaut tenangnya

di tengah kerumun asing pandangannya merayu

mencari raut yang pasti

menggagahi wajah – wajah sedih airmata di tepi

di bahunya terpikul segala yang hilang segala binasa

menatap jatuhnya wira yang perkasa


siapakah wanita berselendang putih ini

datangnya seribu persoalan terbuka

dan pada kematian ini cintanya bukan lagi rahsia.




Previous: IX
Next: XI

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.