PENGANTIN EKSPRES 2 – BAB 1
“Kau lah segalanya untukku...
Kau lah curahan hati ini..
Tak mungkin ku melupakanmu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang..,”
Aleeya menyanyi perlahan, tangan pula lincah sedang mop
lantai di ruang dapur. Tidak sedar Rayyan sedang mendengar suaranya sambil
tersenyum senang hati. Pejam celik, pejam celik, dah ada anak dua pun. Umur pun
sudah nak masuk tujuh bulan. Kita baru lepas bersalin anak pertama lah tetapi
kebetulan dapat anak kembar, jadi pertama kali bersalin, dah dapat sepasang
lah. Lelaki dan perempuan. Macam tak percaya lah pulak, kita dah ada anak.
Macam baru semalam kami berkahwin saja lah. He he he..,
“Kenapa, sayang?” soal Rayyan. Dekat ada anak nie,
semakin sayang lah kat Liya!
“Abang tahu berapa lama kita dah kahwin?” soal Aleeya
pula. Mop di angkat keluar dari bilik. Rayyan pula membuka peti sejuk, cari air
untuk menghilangkan dahaganya sambil mengira usia perkahwinan mereka berdua. Hari ini Aleeya bercuti lagi, sejak ada baby
nie, kerap sangat lah ambik cuti kecemasan. Orang pun asyik merungut lah dengan
Aleeya sebab kerap sangat ponteng kerja. Kena ambil kena dengan aku nih.
“Lamanya abang fikir yer? Atau abang dah lupa tarikh
perkahwinan kita?” sambung Aleeya lagi. Aku keluar masuk rumah, dia tak beri
pun jawapan. Boleh kira ke tak nih?
“Kalau boleh jawab, abang dapat apa ni, sayang? Ciuman
atau nak tambah anak lagi?” duga Rayyan. Amboi, senangnya cakap. Baru 7 bulan usia anak, dah nak tambah anak
lagi ke? Tetapi cukup setahun memang aku nak tambah lagi pun, sebab usia kami
adik beradik selang setahun saja. Mak di kampung suruh mengandung sekarang,
ikut jejak langkah macam mak. Kata mak
beranak siap-siap, berapa orang nak, lepas tu kerja besarkan dia orang saja.
Mak lain lah, tak kerja, Liya ni ada kerja lah.
“Liya mengandung tu sembilan bulan lebih, sekarang baby
baru usia 7 bulan. Abang dah cakap nak tambah anak lagi? Ingat Liya kilang ke
apa ni?” kalau nak suruh Liya beranak ramai, abang beri Liya berhenti kerja
nak?Gaji abang tu boleh tanggung Liya dengan anak-anak kan?
“Ha ha ha...” Terus disambarnya Aleeya yang sedang
berjalan di hadapannya. Aleeya menutup
mukanya dengan kedua belah tangannya supaya Rayyan tidak dapat menciumnya.
“Apa hal pulak ni?”
“Berapa lama kita kahwin pun abang dah tak ingat kan?”
“Penting sangat ke?”
“Yup!
“Abang tak kisah pun lah!” jawapan itu membuatkan Aleeya
terus melepaskan tangannya dan membiarkan Rayyan melihat wajahnya yang masam
itu. Lama mana kita kahwin pun abang
boleh tak ingat. Abang ni memang lah! Marah Aleeya di dalam hati. Wajah yang
manis sudah bertukar menjadi masam mencuka.
“Sayang sikit!” pinta Rayyan walaupun tahu hati Aleeya
sedang marah kepadanya.
“Jangan harap lah!” balas Aleeya. Walaupun abang ada hak
ke atas Liya tetapi kalau Liya tak benarkan, memang abang tak boleh buat
apa-apa pun.
“Berdosa tu, sayang!” bisik Rayyan sambil terus berlalu
kerana terdengar tangisan anaknya di dalam bilik.
Sakit hati pun kena masak juga sebab itu kan tugas dan
tanggungjawab seorang isteri. Liya ni bukannya berani mana pun. Setakat marah
dan merajuk tu pandai lah. Kalau nak mengamuk, nak memberontak memang tak lah,
Liya memang tak pandai bab-bab macam tu.
“Tak payah lah masak, abang nak makan di luar dengan
kawan-kawan!” beritahu Rayyan. Ler, sekarang baru nak cakap. Cakaplah
awal-awal!
“Liya dah masak lah!”
“Masak apa?”
“Mee kari!”
“Okey juga tu, lepas abang balik nanti, baru abang
makan!” Merajuk tak habis lagi lah tu. He he he..,
Rayyan menjemput kak siti untuk datang menjaga anak-anak
kembarnya kerana mahu membawa Aleeya makan di luar. Anak-anak masih kecil
sangat, jadi nak bawa keluar pun rasanya
belum tiba masanya lagi. Lagipun nak pergi ini sekejap saja lah!
“Tak bersiap lagi?” tanya Rayyan yang sudah berpakaian
kemas.
“Nak pergi mana? Bukan abang nak keluar dengan
kawan-kawan abang ke?” tanya Aleeya kembali.
Tadi tak cakap pun nak bawa Liya. Abang selalu macam nih?
“Yup, tetapi kena bawa isteri lah. Dia orang semua bawa
isteri, tak kan abang tak bawa isteri abang!” jawab Rayyan.
Makan kat hotel saja, tetapi tak ada pun kawan-kawan
abang. Yang ada cuma kami berdua saja. Pasang Lilin, dengar alunan muzik yang
lembut. Rasanya abang kenakan Liya lah. Hati Aleeya kembali sejuk. Abang
sengaja lah nak kenakan Liya hidup-hidup, tetapi sepanjang kami bertahun, cik
abang liya ni memang suka buat kejutan untuk Liya pun.
“Abang apa semua ni?” tanya Aleeya apabila pelayan datang
membawa sebiji kek. Hari lahir Liya
lambat lagi lah. Begitu juga dengan hari lahir abang. Hari lahir Liya bulan Mei,
hari lahir Rayyan bulan Disember.
“Kita kahwin 24 bulan 5 jam 45 saat!” jawab Rayyan,
tersenyum lagi. Ha ha ha...
“Ooh..,” Lidah Aleeya jadi kelu. Sudah dua tahun kami
berkahwin lah. Lapan bulan berkahwin baru mengandung, tahun pertama kami tak
sambut pun ulang perkahwinan kami.
“Sorry, masa cukup setahun hari tu, tak sempat sambut
ulang tahun perkahwinan kita, sebab waktu tu abang tengah alah,” Aleeya yang
mengandung tetapi aku yang alah lebih. Pening kepala lah, muntah lah dan tak
sempat fikir pun tentang ulang tahun perkahwinan kami.
“ha, ah, Liya pun tak sempat fikir lah!” waktu tu tengah
mengandung, ada masalah dengan mama lagi, mana sempat nak fikir semua ini.
Sekarang pun mama macam itu juga, tetapi kata Rayyan apa pun terjadi hidup
perlu diteruskan.
“tahun ni kita sambut dua kali lah”
“tak nak lah. Liya tak penting tentang sambutan ni, yang
penting abang ingat tarikh kita berkahwin!” ujar Aleeya, ditiupnya lilin, lalu
dia membelah kek tersebut. Satu hirisan diambil lalu disuakan ke mulut Rayyan,
yang selebihnya Aleeya masukkan ke mulutnya sendiri.
“Abang ingat semua lah, tentang tarikh perkahwinan kita,
tentang Liya dan anak-anak, semuanya abang ingat, tetapi kesempatan waktu saja
yang tak ada,” jelas Rayyan.
“Yer lah, abang kan sibuk!” Kebetulan mood cik abang kita
tengah baik ni, boleh lah Liya cakap kut.
“Liya nak hadiah apa dari abang, cakaplah. Abang akan
cuba tunaikan!” suara Rayyan. Ha, elok tu. Memang Liya tunggu peluang macam ini
pun. Nak minta apa yer? Rumah?? Kereta?? Barang kemas??? Buat apa lah semua tu.
Sebab semua itu dah ada pun.
“Cakap kat rumah lah, lagi elok kan?” kata Aleeya. Rayyan
mengangguk. Sudah dua jam kat sini. Anak-anak bagaimana kat rumah? Tak pernah
lagi buat macam ni kat mereka berdua. Kasihan kena tinggal dengan ibu dan
papanya.
“Jom lah, abang nak tunjuk sesuatu kat Liya!” kata
Rayyan. Apa lagi ni? Harap-harap adalah pentunjukkan bunga api kat langit ke?
Tak pun ada tulisan, Liya, I Luv U kat udara ke, baru istimewakan? Liya ni
berangan lah sejak berkahwin dengan Rayyan.
Sampai di kereta, Rayyan membuka belakang pintu kereta.
Mula-mula sekali keluarkan sejambak bunga rose, selepas tu keluarkan tiga beg
kertas. Satu ada sepasang baju dan tudung, satu lagi ada barang kemas dan satu
lagi ada beg tangan yang berjenama, sebab kesnya tak tahu nak beli apa untuk
dihadiahkan kepada Aleeya.
“Ini???”
“Ha, ah!”
“Semua ni??”
“Yup!”
“Abang lah, buat membazir saja lah!”
“Hmm..,” aku nie kata saja lah playboy, tetapi dengan
Liya pun boleh tewas. Ini kan kesukaan semua perempuan. Perempuan mesti suka
emas kan? Suka barang-barang berjenama tetapi bukan Aleeya lah!
“Abang ni kata saja lah playboy terkenal, tak kan hadiah
macam ni kat Liya kut!” ujar Aleeya sambil ketawa.
“Liya, semua perempuan suka lah barang-barang macam ni?”
“Tu perempuan-perempuan bukan isteri abang lah!” aduh
kecewanya hati abang dengar Liya cakap macam tu.
“Frust lah, sayang!” ha ha ha. Abang kenal pun erti frust
yer. Buat Liya nak tergelak saja lah.
Playboy ini sudah banyak berubah kerana islam. Dia dah
tinggal semua itu. Kalau nak keluar dengan perempuan lain, mesti bawa Aleeya.
Atau pun dia pernah keluar dengan membawa anak-anaknya sekali. Dengar tangisan
si kembar tu buat perempuan-perempuan yang nak pikat Rayyan pun tak jadi,
tetapi perempuan mana lah yang ada peluang untuk memikat Rayyan, sebab asyik
berkepit dengan Aleeya siang dan malam.
Tapi dia memang sayangkan LIya pun. Itu yang buat orang lain cemburu kat LIya dan
dia. Bayangkan si playboy nie, yang egonya setinggi gunung himalaya berkahwin
dan ada anak dengan perempuan kampung macam Liya saja. Mesti lah ada orang
cemburu dan sakit hati. Betul tak? Tapi tak kisah lah semua itu, sebab antara
kami memang saling percaya dan mempercayai. LIya tak pernah meragukan dia sebab
Liya kenal siapa dia. Dia yang telah banyak berubah akan kehidupannya itu.
Berubah ke arah kebaikan. Bukan senang tu..,
Walaupun dia selalu menyakat Liya, suka bergaduh dengan
Liya tetapi dia sebenarnya seorang suami yang bertanggungjawab, kat isteri dia
nih, dan kat permata hati kami, Mohammad Adam dan Nurul Ain. Dia sebenarnya
suami dan ayah yang baik pun.
Aleeya hanya melihat Rayyan sedang menidurkan Ain selepas
Aleeya menyusukannya. Sekarang giliran Adam pula menyusu. Adam kalau menyusu
lambat sangat, sampai lenguh habis satu badan pun belum tentu boleh berhenti.
Kes ini lah yang membuatkan Aleeya lambat tidur dan letih sangat nak bangun
esok pagi. Kalau letih sangat memang Liya tak pergi kerja lah jawabnya.