KAU CINTA AKHIR KU (BAB 15)
Tak sangka juga yer, cek abang kita ni boleh menulis
puisi, kalau tengok gaya macam tak boleh saja. Hehehe... Teringat puisi yang di
bacanya tadi. Rasa seperti mahu mengulanginya sekali lagi.
“Liya, tak sedap ke abang masak hari ni?” soal Rayyan.
Sakit hari ini, ada hikmahnya. Makan pun kena suap sebab Rayyan yang nak
suapkan walaupun Aleeya sudah menghalangnya.. Pada hal bukan sakit tangan pun. Cek
abang aku ni kalau marah macam nak telan Liya hidup-hidup, tetapi sebenarnya
hati dia baik sangat.
“Belajar kat mana ni?!” uji Aleeya. Kalau setakat nasi
goreng, bubur nasi tu boleh lah percaya tetapi hari ini lengkap dengan gulai
sotong, ikan bakar lagi. Masak ke beli ni? Soal Aleeya di dalam diri. Rayyan
tersengih.
“Papa ada, jadi boleh suruh papa tolong ajarkan!”
“Agak dah!”
“Mulai esok, Liya boleh lah bercuti yer, berehat kat
rumah. Mungkin minggu nie papa masuk ke ofis semula!”
“Alhamdulillah. Liya memang nak minta cuti pun untuk
sehari dua ni, tak larat lah,” ucapnya. LIya nak tinggal di rumah lah sehari
dua. Kalau papa tak ada pun Liya memang nak mohon cuti juga.
“Sebagai bos kat situ abang benarkan isteri abang nie
bercuti buat sementara waktu,”
“Terima kasih abang!”
“Nak tambah lagi ke?” soal Rayyan melihat Aleeya makan
dengan selera sekali. Malah dia turut makan nasi yang sama. Selalu dah kongsi
makan nasi, minum air satu gelas. Rayyan tak kisah tetapi Aleeya mengelak kalau
di hadapan family masing-masing. Fikiran orang tua tak sama dengan fikiran kita
yang moden ini kan? Tambahan lagi depan mak.
“Kenyang dah. Abang tinggalkan papa seorang diri?”
“Tak. Alvin ada dengan papa. Dia orang tengah makan
juga!”
“Husna??”
“Husna tak nak datang walaupun Alvin dah ajak
berkali-kali!”
“Liya nak turun lah, nak jumpa papa dan Alvin, tentu tak
sopan Liya makan dalam bilik macam ni..” kata Aleeya. Lagipun dah kurang sakit
kepala tu. Cuma sakit perut dan pinggang saja lagi. Tetapi dia boleh
menahannya.
“Tak payah lah. Abang dah cakap kat papa Liya perlu
berehat sebab..,” kata-kata Rayyan terhenti di situ. Rayyan tersenyum simpul.
“Sebab apa ni?” dari tadi aku tengok Rayyan nie perli
sangat. Mesti dia fikir yang bukan-bukan tentang aku.
“Liya pregnat kut!”
“Mengada-ngada lah abang ni!” sebuah cubitan singgah di
lengan Rayyan.
“Hish, sakit lah!”
“Esok kita pi check mana tau Adam dan Ain nak dapat adik
baru!”
“Liya tak pregnat lah. Cuma masuk angin saja tadi. Itu
yang Liya muntah!” tegas Aleeya. Abang
tahu lah sayang, Liya tu isteri abang. Abang bergurau saja. Hahaha...
“Abang mampu lah nak sara Liya dengan anak-anak...,”
“Jangan minta nak tambah anak lah. Adam dan Ain belum pun
setahun..,” Tak kan aku mengandung pula. Anak baru 7 bulan, dah lekat pula ke?
“kata nak jadi suri rumah sepenuh masa, kalau anak
bertambah, Liya tak payah bekerja. Jaga anak-anak di rumah!” Dua tak cukup ke?
Mahu Aleeya menyoal tetapi kalau menyoal sahih perang lagi.
Melihat Rayyan mengangkat pinggan dan cawan yang
digunakan tadi keluar. Hatinya sayu. Ayah tak pernah buat benda ini kat rumah
pun. Kerana ini bukannya kerja ayah tetapi suami Liya, memang ringan tangan
kalau Liya tak sihat. Setiap orang ada keistimewaan dan kelebihan serta
kekurangan masing-masing lah, Liya. Jadi, jangan cari kesempurnaan pada diri Rayyan tu. Awak sendiri pun mempunyai
banyak kekurangan diri sendiri lah.
Aleeya ke bilik sebelah, mahu melihat si kembarnya tetapi
tiada. Suara riuh dan tangisan Ain terdengar di ruang tamu. Mesti bersama tiga
orang lelaki itu. Terdengar juga suara papa sedang memujuk cucu-cucu
kesayangannya. Tiba-tiba hati teringat kepada Fawwaz yang sepatutnya menjadi
cucu sulong keluarga Rayyan. Semenjak Aleeya menglahirkan si kembar ini, khabar
berita tentang Julia dan Fawwaz tak ada siapa
pun tahu. Ke mana lah Julia membawa Fawwaz pergi. Bila fikirkan nasib Fawwaz
hati terasa sebak kembali. Nama yang indah tetapi dimiliki oleh orang beragama
kristian atau budhha. Namanya islam
tetapi agamanya lain. Subhanallah, maha suci ALLAH, selamatkan lah Fawwaz biar
pun di mana anak kecil itu berada.
Aleeya kembali semula ke biliknya. Tanpa izin dari Rayyan,
Aleeya tidak boleh keluar dari bilik ini.
Itu arahan seorang suami. Jadi Aleeya angkur dengan keputusan itu.
Kembali mengurungkan diri, Aleeya menyambung semula membaca novel kegemarannya
itu. Lama membaca, entah pukul berapa Aleeya terlelap semula. Bila sedar jam
sudah pukul sebelas malam, itu pun kerana dikejutkan orang.
“Abang nak keluar dengan Alvin, Liya dah ok ke?” soal
Rayyan sambil menatap wajah ayu isterinya. Aleeya mengangguk.
“Nak ke mana?”
“Ada hal sikit, tetapi sebelum tu papa nak jumpa Liya!”
beritahu Rayyan. Tangan Aleeya digenggam erat.
“Sekarang ke?”
“Sekarang lah sebab papa nak bermalam di rumah Alvin
malam ni. Liya boleh bangun tak?”
“Boleh, tapi abang temankan yer!” ujar Aleeya. Rayyan
mengangguk. Aleeya ini terlalu menjaga diri. Hendak jumpa bapa mentua pun kena
teman juga. Pada hal itu bapa mentua Liya lah, sama dengan ayah kat kampung
juga.
Selepas membasuh muka dan menghias ala kadar, Aleeya
mencapai tudungnya. Disarungkan ke kepala lalu mereka berpimpin tangan keluar
menuju ke ruang tamu. Hanya ada papa saja. Alvin tidak kelihatan. Begitu juga
dengan si kembarnya.
“Assalamualaikum papa!” ucap Aleeya. Dihampirinya papa
dan Aleeya menghulurkan tangannya. Tangan papa diciumnya. Hubungan antara anak
dan bapa tetapi Aleeya tetap perlukan Rayyan di sisi.
“Waalaikummussalam. Liya dah okey ke?” soal Papa. Aleeya
duduk di sebelah suaminya. Anak yang patuh, taat kepada suami, agama dan ibu
bapanya. Bertuah anak aku si Rayyan ni. Apa saja Rayyan lakukan Aleeya sabar
saja. Kena marah depan keluarga pun, dia hanya mendiamkan diri. Perempuan
seperti Aleeya sebenarnya susah hendak dapat. Bukan hendak bandingkan Aleeya
dengan Husna, tetapi alangkah senang di hati, andainya Husna juga seperti
Aleeya.
“Alhamdulillah dah okey papa. Papa sihat?”
“Sihat Liya!”
“Dengar kata Rayyan selalu marah Liya sejak dua mejak
ini, betul ke?” pancing Tuan Mirzal. Rayyan yang cerita sendiri. Rayyan sejak
dari kecil memang rapat dengan dirinya. Manakala Julia pula amat rapat dengan
Puan Sarah. Berbeza dengan si bongsu yang sejak dari kecil kehilangan kasih
sayang papa dan mama. Alvin itu sejak lahir tinggal dengan datuk dan nenek
sebelah mama. Bila umur 12 tahun barulah tinggal dengan kami. Tetapi membawa
haluan sendiri ketika umurnya 15 tahun kerana mama sendiri. Nasib Alvin memang
malang sejak kecil lagi. Sekarang kena uji dengan keluarga mentua pula. Takut
juga Alvin tidak tahan lalu membawa diri sekali lagi.
“Tak ada lah papa. Abang sayangkan Liya lah!” jawab
Aleeya ikhlas. Tuan Mirzal tersenyum mendengarnya. Aleeya tidak akan sesekali
mencemarkan maruah suaminya. Jadi rahsia mereka suami isteri Aleeya akan
genggam sampai mati. Siapa yang tahu keluh kesah antara Rayyan dan Aleeya
kerana apa pun terjadi Aleeya hanya akan meluahkan perasaannya kepada Rayyan
saja. Bukan ayah dan mak di kampung. Bukan juga dengan keluarga mentuanya.
Apatah lagi dengan teman rapatnya.
“Maaf kan papa, kerana masalah keluarga papa, Liya
terpaksa menanggungnya. Alvin dah cerita kepada papa tentang apa yang Husna
lakukan terhadap Liya..,” ucap Tuan Mirzal.
Aleeya hilang kata-kata. Tak sangka papa akan berkata sebegini.
“Begitu juga dengan Ryan, papa minta maaf!”
“Tak ada apa-apa lah, papa. Apa pun terjadi saya akan
melindungi Aleeya, papa!” lafaz Rayyan. Aleeya memandang wajah suaminya. Itu
sudah Rayyan buktikan. Dulu dia mempertahankan Liya dari Mama Sarah. Sekarang abang
juga akan mempertahankan Liya dari orang seperti Husna.
“Papa harap, apa pun terjadi, jangan lah sampai
mengugatkan hubungan kalian berdua. Papa tahu Ryan kuat untuk menghadapi semua
ini..,”
“Insya ALLAH, papa!”
“Liya, kalau ada apa-apa, beritahu papa, jangan segan
atau malu. Papa akan tolong Liya yer. Jangan pedulikan kata-kata orang terutama
kata-kata Husna dan ahli keluarganya. Papa akan tolong Alvin selesaikan masalah
ini secepat mungkin!” pesan papa. Aleeya hanya mampu mengangguk.
Muncul Alvin dari bilik si kembarnya. Ada rupanya.
Perbualan mereka bertiga terus berhenti.
“Jom!” ajak Alvin
“Abang keluar sekejap, nanti abang balik!” beritahu
Rayyan sebaik melihat wajah Alvin.
“Lama tak?” soalnya bimbang. Tinggal sorang-sorang??
Sedangkan sejak ada baby dia tidak pernah berpisah dengan Rayyan. Mereka tidak
pernah berenggang.
“Setengah jam abang balik lah. Jangan lah bimbang!”
“Liya takut!” Takut macam-macam sebab semua itu pernah
berlaku ke atas dirinya
“Abang dah suruh pengawal abang jaga Liya dan anak-anak
malam nih!” Tentu pengawal peribadi Rayyan yang selalu mengekori mama sarah.
“Okey lah, kalau macam tu!”
Rayyan tersenyum sambil mengenyitkan matanya kepada
Aleeya.