Dia hadir ketika aku dalam kegelapan. Di saat semua orang memandang aku lelaki yang
hanya ada harta, wajah tetapi tiada agama dan didikan. Saat jiwa ku kosong, dia
menerima aku dengan sepenuh jiwanya dan meletakkan darjat yang paling tinggi
untuk diriku, iaitu bergelar suami kepadanya. Itu adalah sebuah pergorbanan
yang terlalu besar di dalam kehidupan seorang gadis yang teguh akidah seperti
isteriku, Aleeya.
Antara dia dan mama kandungku, aku memilih dia bukan
kerana mama ku bukan muslim. Apa pun agama, dia tetap mamaku. Tetapi kerana
dia, telah membawa aku ke jalan ilahi. Maka, aku engkar dengan larangan mamaku,
agar meninggalkan dia. Derhaka kah aku yang memilih isteri beragama islam
sehingga sanggup meninggalkan mama kandungku sendiri sedangkan kalau boleh aku
mahu membawa sama mamaku ke jalan yang benar ini tetapi hati mama tetap keras.
Sekeras-keras nasi boleh lagi dilentur dengan air tetapi hati mama kerasnya
umpama batu. Tidak mampu dilenturkan dengan kata-kata dan pujuk rayu. Hmm..
Hari ini sudah boleh balik ke rumah setelah dua hari
tinggal di hospital. Dua hari pun mcm
dua tahun, tak sanggupnya nak tinggal lama-lama di hospital. Bosan!
Rayyan memimpin tangan Aleeya masuk ke dalam rumah. Husna
dan Alvin tersenyum mendengar celoteh Rayyan dan Aleeya. Ada saja gurauan senda
dari mereka berdua. Sekejap bergaduh, nanti baik kembali. Kami pun kena jadi
seperti mereka berdua juga lah lepas ni, baru lah rumah tangga kami akan pulih
kembali.
Rayyan bukanlah
lelaki yang pentingkan kekayaan. Itu lah kata papa semalam, kalau papa dulu,
dia tak akan balik ke rumah selagi tidak dapatkan projek yang dia idamkan,
bezanya Rayyan. Tinggalkan kerja semata-mata kerana Aleeya pula. dan ini
membuat urusniaga dibatalkan kerana pengarah dan timbalan pengarah melarikan
diri sebelum mesyuarat selesai.
Antara syarikat dan Aleeya, mesti lah pilih Aleeya tetapi
selepas ini kena banyak berusaha lah, sebab nasib orang lain di tangannya.
Semuga keputusan tepatnya ini diberkati oleh ALLAH dan hanya ALLAH saja yang
berhak memberi rezeki.
“Maaf!” ucap Aleeya sepatah ketika sampai di biliknya.
Adam dan Ain sedang terlena di atas katil. Rindunya kepada si kembar ini.
“Untuk apa?”
“Kerana Liya, syarikat mengalami kerugian!”
“Hahaha...,”
“Jujur ni..,”
“Kalau ada rezeki tak ke mana lah, sayang!”
Dua hari Liya di hospital, dua hari juga lah Rayyan
menjaganya. Sehinggakan mak mahu bergilir pun Rayyan tak benarkan. Mujur lah
mak tak kisah tentang itu.
Waw, apa cerita tentang Razman dan Nany hah? Tak dengar
pun apa-apa tentang dia orang. Aku nak tuntut keadilan untuk aku lah. Mana adil
datang serang orang saat pembela tak ada di rumah.
“Abang dah cari Razman? “ soal Aleeya. Rayyan memandang
wajah isterinya. Apa kes cari Razman pula ni?
“Kenapa?”
“Abang tak rasa nak cari Razman ke?” Aik, penumbuk
handalan ni tak rasa apa-apa ke orang pukul isteri dia? Pelik lah pula perangai
cek abang aku. Tak kan jadi baik sampai tak kisah orang buli isteri dia kut.
Kalau baik sangat macam ni, Liya tak nak lah!
“Jawab dulu kenapa perlu abang cari si Razman tu?” tekan
Rayyan.
“Liya nak tuntut keadilan lah, datang serbu rumah orang,
ugut nak bunuh lah, apa lah!” jawab Aleeya berterus terang. Tempat pengaduan
kat dah ada di depan mata, tunggu apa lagi kan? Cakap sajalah!
“Hehehe..,” Rayyan hanya ketawa saja. Aku bukan lelaki
pengecut. Kau sentuh Aleeya, memang kau sengaja menempah maut.
“Abang!” jerit Aleeya. Geram dengan sikap Rayyan yang
buat tidak peduli dengan kata-katanya.
“Tak payah lah susah hati, abang tahu lah kerja abang!”
pujuk Rayyan.
Razman dibelasah cukup-cukup oleh Rayyan petang semalam.
Mujur ada ayah dan papa, kalau tidak tak tahu lah nasib Razman macam mana
semalam. Teruk dia dikerjakan oleh Rayyan. Sekarang Razman dan Nany sedang
merengkok di dalam penjara. Sedang makan
angin di situ. Biarlah, Razman dan Nany
perlu diberi pengajaran. Itu yang penting.
“Liya nak tidur?” soal Rayyan apabila melihat Aleeya
seperti keletihan saja.
“Tak nak lah. Boring dah. Asyik tidur saja dua hari ni,”
jawabnya.
“Bukan Liya kena berehat ke?” balas Rayyan kembali.
Aleeya mengelengkan kepalanya. Hendak buat kerja rumah seperti biasa lah. Tak
ada masalah rasanya setakat nak lipat kain baju yang menimbun tu.
“Ikut suka hati Liya lah, abang nak keluar sekejap lagi.
Nak masuk ofis!” Budak Alvin ni masuk ofis ke, berkepit dengan Husna, sejak
hubungan mereka berdua pulih kembali ni, bukan main mesra lagi Alvin dan Husna
tu. Alhamdulillah.
Rayyan baru saja mahu keluar, tetapi mak pula yang muncul
di depan muka pintu. Kedua-duanya terkejut dengan kedatangan mak.
“Kenapa Rayyan? Apa yang dikecohkan sejak dari tadi mak
dengar..” soal mak. Rayyan duduk di kerusi berdekatan manakala Aleeya masih
terbaring di atas katil sambil membelai Ain yang tidur di sebelahnya.
“Tak ada apa lah, mak!” jawab Rayyan sambil mengenyitkan
anak mata kanannya ke arah Aleeya. Aleeya tersenyum. Dua hari berlalu, Rayyan
tidak ungkit hal anak atau isu Aleeya keguguran. Tak disentuh langsung-langsung
hal-hal itu, kerana Rayyan tahu, semua itu akan melukakan hati Aleeya. Bukankah
dengan melukakan hati Aleeya, dia seperti melukakan hatinya sendiri.
“Ingatkan ada apa-apa tadi..,” balas mak sambil duduk di
sebelah Aleeya.
“Tak lah, mak! “ balas Aleeya pula.
Hmm.. sejak dari kecil lagi aku tidak pernah manjakan
sangat si Aleeya ini walaupun sebenarnya aku paling sayangkan dia. Cuba tidak
kutunjukkan kasih sayang itu, tidak seperti suamiku, Haji Mohsin, yang seluruh
dunia tahu, dia paling sayangkan si bongsu, dan anak perempuan tunggal ini.
Haji Mohsin, kalau Liya minta bulan dan bintang pun dia sanggup carikan, kalau
bulan dan bintang itu berada di atas bumi. Ini mujur jauh dari pandangan.
Sejak dari kecil sehingga dewasa dimanjakan ayah,
sekarang bila kahwin, dimanjakan pula oleh sang suami. Aku tahu Rayyan
terlampau manjakan Liya dan aku takut semua ini akan memakan diri Liya sendiri.
Aku takut sifat kemanjaan yang diberikan oleh Rayyan akan membuatkan Aleeya
melanggar batas-batasnya sebagai seorang isteri. Aku takut kerana terlalu
manja, Liya jadi isteri derhaka pula. Astagfirullahalazim!
Jadi, kerana niat aku baik, aku perlu berterus terang di
hadapan mereka berdua. Lagipun aku ibunya, dan sebagai ibu, aku mahu melihat
anakku bahagia di dunia dan di akhirat.
“Mak nak tanya ni, Liya ada buat apa-apa salah ke kat
Rayyan?” soal mak kepada Rayyan.. Aleeya melihat wajah suaminya tidak berkelip.
Kenapa mak tanya soalan macam ini.
“Tak ada, mak!” jawab Rayyan ikhlas. Apa yang berlaku
antara kami suami isteri, aku redha dengan sikap Aleeya.
“Liya, jawab terus terang dengan mak? Liya ada buat benda
tak elok ke di belakang suami?” tanya kepada Aleeya pula. Aleeya sedikit
terkejut.
“Tak!” jawab Aleeya sepatah sambil berfikir sikapnya
selama ini. Sikapnya melayan Rayyan selama beberapa tahu mereka berkahwin.
“Liya, jangan main-main pula, biarpun keengkaran Liya
pada Rayyan dalam keadaan gurauan sekali pun, tetapi kalau benda tu berdosa,
liya tetap berdosa, tau tak?” ucap mak sebelum melangkah keluar meninggalkan
keadaan Aleeya dalam keadaan terpinga-pinga.
Apa maksub mak ni? Liya kurang jelas lah. Maka Aleeya
berfikir semula apa yang berlaku baru-baru ini. Bila sudah temui jawapannya,
dia merenung ke arah Rayyan yang sedang berkemas untuk ke ofis.
Baru selangkah mahu berjalan keluar, Rayyan sendu dari
Aleeya. Segera dia menoleh dan menghampiri Aleeya yang dalam kesedihan.
“Aik, kenapa pula ni? Niat mak tu baik lah, sayang. Yang
Liya sedih ni apa hal?”
“Liya..,” kan banyak kali Rayyan suruh aku pergi buat
pemeriksaan tetapi aku yang menolak dan menyangkal kenyataan.
“Jadikan pengalaman ini sebagai pengajaran,”
“Tapi..,”
“Cuba kuat semangat sikit, jangan lemah sangat. Liya
bukan macam ni tau tak? Abang kenal Liya yang kental. Bukan yang lembik macam
agar-agar saja. Tu, Adam, Ain, perlukan
perhatian Liya lah,” tegas suara Rayyan membuatkan air mata aleeya mula
mengalir keluar. Tengok, marah sedikit
dah menangis.
“Abang memang tak sayangkan Liya!” rajuk Aleeya. Lagilah
sensitif sekarang. Rayyan mengambil tangan kanan Aleeya lalu digenggamnya erat.
Lalu Rayyan tersenyum. Tambahan lagi apabila Adam pula terjaga.
“Adam, tengok ibu. Ibu tak malu. Menangis mengalahkan
Adam saja. Hahaha..,”gurau Rayyan. Aleeya melepaskan pegangan tangan suaminya.
Diambilnya Adam lalu diletakkan di atas riba. Air mata dikesatnya. Sudah tidak
mahu menangis. Betul kata Rayyan, tak malu ke kat anak-anak asyik menangis
saja. Tapi sejak aku keguguran ni, entah kenapa air mata terlalu murah.
Sensitif satu hal lah.
“Manja sangat lebih dari anak-anak sendiri. Cuba kuat
sikit semangat tu. Abang tahulah liya sakit, tak kan nak abang berkepit dengan
Liya siang dan malam kut. Malam tu lainlah kalau berkepit pun, ini siang orang
nak pergi kerja lah, sayang!” sambung Rayyan sebelum sebuah kucupan singgah di
dahi Aleeya. Aleeya mencium tangan kanan
Rayyan. Aku perlu ke ofis kerana masih banyak lagi tanggungjawab yang perlu
dilunaskan. Tidak boleh lepas tangan kepada papa dan Alvin saja. Lagipun papa
sudah meninggalkan syarikat itu kepadaku.
“nanti kalau rindu, call abang yer!”pesan Rayyan lagi.
Sengaja mahu menyakat isterinya. Aleeya tersenyum saja
Perempuan, kadang-kadang dia tidak tahu haknya sebagai
seorang isteri. Kadang-kadang dia tidak menjaga batas-batas larangan sebagai
seorang isteri dan memandang remeh kepada hukam hakam agama. Suami itu ketua
keluarga, jadi wajib dihormati selagi dia berada di jalan yang benar. Lainlah
kalau suami itu orangnya jahat, dan menyuruh melakukan perkara-perkara yang
jahat pula. Suami seperti itu, tidak layak lagi dipatuhi.
Betul kata Rayyan, jadikan pengalaman ini sebagai satu
pengajaran dan kita belajar dari kesilapan. Perjalanan hidup kami masih lagi
panjang. Kalau dulu segala cabaran boleh aku atasi tak kan sekarang tak boleh
pula? Ini baru salah satu ujian, dan tentunya banyak lagi yang kami akan hadapi
di masa-masa akan datang.
Aleeya tersenyum penuh makna apatah lagi apabila melihat
nama Rayyan tertera di skrin telefonnya. Baru keluar tak sampai 10 minit dah
call, siapa rindu siapa nih?
“Rindu abang tak? “ soal Rayyan membuat aleeya mahu
ketawa saja. Aku tak sempat pun rindu.
“Liya!” panggil Rayyan lagi, kerana Aleeya tidak menjawab
soalannya.
“Aleeya...,” jerit Rayyan. Pecah anak telinga lah.
“hahaha..,” ketawa Aleeya pecah juga.
“Abang tanya lah, bukan suruh ketawa pun!” kata Rayyan.
Sebenarnya dia sengaja menelefon untuk mengetahui keadaan isterinya. Itu saja.
“Baru sepuluh minit dah cari orang, abang memang teruk!”
ulas Aleeya. Aleeya yang ini yang aku mahukan. Yang boleh membalas segala
kata-kata ku. Bukan yang lembik seperti tadi.
“Teruk apa pula, abang call isteri abang lah, bukan buat apa
pun!”
“Drive elok-elok, Liya nak buatkan susu untuk Adam nih!”
“Alasan lah tu, jangan lah beri alasan macam tu, abang
tak suka lah!”
“Betul lah!”
“Betul apa sayang?”
“Betul, Liya nak buatkan susu untuk Adam, nanti kalau Ain
pula yang jaga, lagilah susah!”
“Itulah abang nak carikan pembantu, liya tak nak, kalau
tidak kan senang sikit!
“Tak nak lah Liya, nanti tak pasal pembantu rumah
berkenan pula dengan suami liya!”
“Hahahaha... liya memang teruk dari abang!”
Mereka berbual sehingga Rayyan sampai ke ofis, baru
berhenti.