“Ler, macam nie pun menangis ke?” usai Rayyan menyanyi
itulah soalan yang muncul dari bibirnya. Esakan Aleeya bergetar di dadanya
sejak dari tadi. Dia mencuit dagu Aleeya lalu dikesatnya air mata yang
membasahi pipi Aleeya.
“Terharu nih!”
“Terharu apanya? Abang tak buat apa-apa pun kat Liya lah.
Tak payah lah menangis..,” pujuk Rayyan. Tetapi kalau Liya tak tersentuh di
jiwa tu, memang pelik lah. Sebab bait-bait lagu tu terasa lah sangat di dalam
hati tadi. Pandai sungguh penulis lirik lagu ini.
“Sedih lah!”
“Sudah lah. Liya kena kuat tak tau, banyak lagi yang Liya
kena hadapi dengan abang,” beritahu Rayyan.
“Apa maksud
abang?” soal Aleeya sebaik saja perjalanan diteruskan. Kena cari tempat yang
sesuai untuk bercerita panjang dengan Aleeya.
Tak kan nak berbual dalam kereta kut.
Cadang nak cari sebuah taman dekat-dekat area Tanah Merah
atau pun Jitra, tetapi telefon kepunyaan Rayyan berbunyi nyaring. Rayyan
mengambil telefonnya lalu dihulurkan kepada Aleeya.
“Mak!”
“Liya kat mana?”
“Kat Tanah Merah!”
“Balik sekarang boleh tak, Adam menangis lah. Dengan
semua orang dia tak suka. Cepat sikit!” tegasnya suara mak memberi arahan. Mak
guna perkataan tak suka tu yang membuatkan Aleeya mahu ketawa saja. Adam tak
suka semua orang?? Itukan tabiat semula jadi Adam. Suka pada orang yang
tertentu saja. Dengan orang yang tak pernah jumpa memang dia tak berkenan lah.
Atau mungkin mak naik rimas dengan tangisan Adam sehingga menyebabkan mak mahu
marah saja kepada Aleeya. Aleeya tersenyum memandang ke arah Rayyan.
“Kenapa?”
“Rancangan kita kat sini saja lah yer..,”
“Kenapa pula?”
“Buah hati abang menangis kat rumah. Dengan semua orang
dia tak suka, kata mak tadi!”
“Adam nie..., tak bagi peluang kat papa lah!” runggut
Rayyan. Faham benar dengan sikap si anak. Sahih terjaga dari tidur, dan mahu
papa atau ibunya saja. Kereta berpatah semula ke anak bukit.
“Adam tu ikut perangai abang sebiji yer..,” gurau Aleeya.
Dia lebih suka papa dari ibunya sendiri. Atau Rayyan nie lebih sayangkan si
Adam tu. Tapi tak nampak pun Rayyan pilih kasih.
“Hahaha, anak papa tu!”
“Manja lebih pada si adik. Tengok Ain, boleh berdikari
saja!” puji Aleeya. Senang sangat dengan sikap Ain.
“Rasanya Adam tu ikut perangai Liya lah. Manja!”
“Liya manja? Mana ada!”
“Mana ada apa? Asyik menangis saja!” Hahaha, kan dah kena
balik!
Memang si Adam tu sedang menunjukkan taringnya kat rumah.
Sampai habis semua orang tidak boleh tidur. Ketika Rayyan dan Aleeya sampai
pun, tangisan anak itu kuat kedengaran. Mujurlah tak pergi jauh. Kalau tidak macam mana lah jadinya.
“Pergi mana?” soal mak. Geram . Waktu mana dia orang
keluar sampai semua orang tak sedar tadi.
“Saja. Makan angin kat luar tadi!” jawab Aleeya. Rayyan
terus mengambil Adam di tangan ayah. Nampak muka papanya, dan dengan pujukan
papanya, terus si anak, diam. Jadi baik serta merta. Anak bertuah sungguh!
“Tahu dah anak tu macam mana, boleh tinggalkan anak macam
tu saja. Tak kasihan kat anak ke?” leter mak sambil mengelengkan kepala. Aleeya
tersenyum saja. Idea suami, kenalah ikut tadi.
“Bagus anak kau yer dengan semua orang tak nak. Dengan
kau dengar suara saja terus diam!” celah Tuan Mirzal. Alvin terus masuk ke bilik. Mengantuk!
“Ikut perangai Liya dulu lah tu. Liya dulu dengan semua
orang tak nak. Kecuali dengan ayahnya,” sambung mak pula. Rayyan tersenggih
saja. Betul lah tekaannya tadi.
Di dalam bilik terdengar pula renggekan Nurul Ain. Nama
mudah saja yang Adam berikan kepada anak-anaknya. Muhammad Adam dan Nurul Ain.
Aleeya memeriksa lampin anaknya, tidak basah pun. Tidak
anak itu merenggek, mahu Aleeya meribanya. Diambilnya Ain, lalu disusuinya
sambil menepuk bahu Ain dengan manja sekali.
“Buatkan susu untuk Adam. Botol susu ada kat atas meja
solek tu!” beritahu Aleeya apabila si Adam turut merenggek kelaparan.
“Hai, Liya pilih kasih ke? Ain liya beri susu, Adam minum
botol saja? Apa ni?” runggut Rayyan. Ber kasih sayang sama adil lah Liya, biar
Adam ni rapat dengan abang.
“Takut dia menangis nanti,”
“Alasan lah tu,”
“Okey lah,” kalau
Adam menyusu, pukul berapa lah nak tidur. Adam menyusu mengambil masa yang
panjang. Itu yang tak tahan. Terpaksa lah dia berjaga apabila giliran Adam
menyusu. Rayyan pula berbual di luar bersama Alvin, papa dan Ayah. Entah pukul
berapa Rayyan masuk semula, dia tidak sedar. Dia sedar apabila Rayyan memeluk
pinggangnya.
“Tak nak!” jawabnya dalam keadaan separuh sedar.
“Tak nak apa ni? Liyakan masih ‘bercuti’,” ujar Rayyan
tetapi pegangan tangannya di pinggang Aleeya tidak dilepaskan.
“Liya nak tidur lah, tadi dengan anak-anaknya, ini
papanya pula!” runggut Aleeya perlahan.
“Tidur lah sayang. Abang tak buat apa-apa lah!” sukanya
tengok wajah Aleeya bila sedang beradu. Seperti seorang puteri saja. Aku kan
sayang isteri, jadi suka semuanya yang berkaitan dengan isteri aku.
“Cuba lepaskan Liya, biar Liya bebas bergerak malam ni,”
pinta Aleeya. Rayyan melepaskan pegangan tangannya dan beralih ke arah
lain. Alamak, merajuk ke? Aleeya
merapatkan tubuhnya dan merangkul suaminya dari belakang dan terus tidur.
Subuh yang indah dan mempersonakan. Rasa lama tidak balik
ke kampung. Sebelum kahwin dulu, pantang ada cuti panjang sikit, memang dia
akan pulang ke kampung untuk menjenguk ayah dan mak. Rasa rindu itu terubat
kini. Kalau boleh hari ini nak melingkar atas katil saja, tidur seperti zaman
anak dara dulu. Hehehe.. bestnya.
Rayyan bersama ayah ke surau sebaik azan subuh
kedengaran. Tinggal di kampung, kena rajin lah ke surau. Kalau tak rajin pun
kena pergi juga, takut ayah bising. Patut lah dulu, Rayyan tak nak pulang ke
kampung, mungkin salah satu sebabnya kerana inilah. Tetapi itu sebelum Rayyan
kenal islam, bukan seperti sekarang. Kerana sekarang Rayyan sudah cintakan
islam.
Mungkin papa dan Alvin ikut sekali ke surau pagi ini.
Bagus lah, supaya hati Alvin yang sedang berdolak dalik itu kembali kepada
islam. Agama yang suci.
“Liya, tak
bangun lagi ke? Nanti suami kamu balik dari surau nak bersarapan lah!” jerit
mak di bilik bawah. Abang-abang semua dah balik, tinggal Aleeya dan Rayyan,
papa dan Alvin saja tidur di sini malam ini. Petang nanti dah nak bertolak
semula ke KL.
“Awal lagi lah
mak. Baru enam setengah!” jawab Liya. Malasnya nak bangun. Bagilah peluang Liya
berehat pagi ini.
“Awal kamu
kata, nak tunggu mata hari naik dulu ke, baru nak bangun?” sambung mak lagi.
“Kejap lah
mak!” jawab Aleeya. Liatnya nak bangun. Nak mandi telaga, lagi lah sejuk. Tapi
dalam biliknya dah ada biliknya. Walaupun rumah ayah tak ada penghawa dingin,
tapi tetap sejuk. Mungin kerana pohon-pohon hijau masih menebal di kampung,
bukan seperti bandar. Bangunan lebih banyak dari pohon-pohon hijau, sebab
itulah panas mengbahang sampai ke dalam hati.
Dicapainya
handset di dalam beg tangan lalu dia menghantar mesej saja kat Rayyan, supaya
ajak ayah, papa dan Alvin singgah makan kat warung Pak Mat tepi jalan yang
tidak jauh dari surau. Ada roti canai, nasi lemak dan pulut kering kering.
Musim durian ini, pulut durian pun ada lah.
‘Abang,
makan sajalah kat situ!” Rayyan tidak membalas mesejnya tetapi terus menghubunginya.
Rayyan ke mana pergi mesti bawa handset sebab Rina dan pengawal peribadinya
selalu menghubunginya setiap masa untuk memaklumkan keadaan dan syarikat dan
hal mama sarah. Bukan seperti Liya.
“Boleh, tak ada
masalah. Tetapi tak takut mak marah Liya ke?” soal Rayyan seperti tahu perangai
mak mentuanya.
“Tak. Mak mesti
tak marah punya!” yakin Aleeya. Sedangkan terdengar sekali lagi suara mak
memanggil namanya.
“Kejap mak,
abang call!” beritahu Aleeya.
“Oo.. pandai.
Abang call atau Liya yang ganggu abang tadi? Dah lah tak solat siap hantar
mesej kat abang pula. Pergi lah masak apa yang patut, tak baik lah buat mak
macam tu,” pujuk Rayyan. Singgah kedai apanya dah nak sampai rumah lah, sayang.
Tadi tak cakap awal-awal, sebab si Alvin ni teringin sangat nak makan pulut
bersama ikan kering kat situ, tetapi memandangkan, seorangpun tidak membawa
duit terpaksa lah balik ke rumah terlebih dahulu.
“ok lah, Liya
bangun ni!”ujar Aleeya terus bangun dan mencapai kain tuala untuk mandi
terlebih dahulu.
Siap ala kadar,
Liya terus ke dapur. Mak sedang mengupas ikan bilis. Aleeya tersenyum memandang
wajah mak yang bahagia itu. Dihampirinya mak, lalu dicuim pipi mak seperti
selalu. Dia selalu buat macam tu kalau berada di kampung.
“Macam
budak-budak. Anak dua dah tapi masih malas nak bangun tidur. Tak malu ke kat
suami, kat bapa mentua dan adik ipar kamu, Liya?” tegur mak. Tengok ikan bilis,
cabai kering, kelapa, dah tahu nak masak apa. Mesti mak nak buat nasi lemak
pagi ini.
“Abang tu ok
lah mak,”ujar Aleeya, sambil mengambil beras dan dimasukkan ke dalam periuk.
Dibasuhnya beras.
“Tapi kamu
tetap ada tanggungjawab lah, Liya. Jangan ingat Rayyan ok, tak kisah kamu boleh
buat sambil lewa kat dia. Rayyan tu suami Liya, bukannya kawan Liya pun..,”
sambung mak sebelum terdengar suara ayah memberi salam dari luar rumah. Kerap
sangat mak cakap ni kat Liya, tapi Liya terima teguran dan nasihat itu tanpa
jemu dan bosan pun.
“masak cepat
sikit, dia orang dah balik, tentu nak sarapan pagi,” gesa mak selepas memjawab
salam. Mak tinggalkan kerja-kerja dapur kat Liya dan terus ke ruang tamu.
“Alvin nak
makan pulut dan ikan kering kat kedai tu, suruh lah Liya masak pulut sekali.
Ikan kering ada kan?” soal ayah kat mak. Liya dengar dengan jelas. Sebab ruang
tamu tak jauh pun dari dapur.
“Tak mengapa ayah,
Alvin boleh makan kat kedai!” tolak Alvin yang turut memanggil Haji Mohsin
dengan panggilan ayah.
“Tak payah,
suruh kak liya kau masak. Liya masak pulut sama, ikan kering ada dalam peti
sejuk!” beritahu mak.
“Baik, mak!”
“Nak abang
tolong ke?” soal Rayyan yang baru masuk ke dapur. Aleeya mengelengkan
kepalanya. Kalau rayyan tolong, lagilah mak bising.
“Hahaha, tau
pun takut mak marah kalau abang tolong. Padan muka. Masak cepat sikit abang dah
lapar nih!” ujar Rayyan. Sengaja mengusik hati Aleeya.
“Itu lah Liya
suruh beli kat kedai, abang tak nak. Tidak boleh terus makan saja,”
“Beli apanya,
semua tak bawa duit!”
“Abang tunggu
lah sejam lagi, baru boleh makan!
“Sejam?? Liya
nak dera abang ke, sayang?” tangan Rayyan sudah melingkar di pinggang Aleeya.
“Abang nak
makan cepat ke lambat ni?” soal Aleeya, kalau macam ni, aku nak masak macam
mana? Lagi lambat lah jawabnya.
“Cepat lah!”
“Kalau asyik
berasmara dgn isteri ni, pukul 10 lah baru boleh makan!” celah Alvin. Waktu
mana dia datang ke dapur, tak sedar pun. Aleeya tersenyum.
“Betul tu,
dik!”
“Yang kau masuk
kat sini kenapa?” soal Rayyan. Bengang dengan kedatangan Alvin.
“Yang abang
kacau Kak Liya tu apa kes? Asyik berkepit dengan isteri saja?”runggut Alvin.
Kena cari isteri barulah kalau macam ni, cari gadis kampung yg taat kepada
agama seperti kak liya. Baru patuh cakap suami. Selalunya Kak Liya lah yang
mengoda perasaan. Bertuah Abang!
“Kak, ada
adik-beradik perempuan yg tak kahwin lagi tak kat sini?” soal Alvin.
“Nak buat apa?”
pintas Rayyan.
“Nak kahwin
lah,”
“Husna?”soal
Aleeya terkejut dengan jawapan Alvin sebentar tadi. Rayyan mengelengkan
kepalanya. Isteri satu pun tak mampu nak jaga, nak kahwin lagi satu? Biar
berbetul nih?
“Hmm..,” keluh
Alvin membuatkan Rayyan berasa simpati.
“Pergi jumpa ayah,
minta nasihat dan petua, tentu ayah boleh beri ilmu!” beritahu Rayyan. Ayah tu
banyak ilmu agama dan panduan hidup. Dia pun dah banyak minta nasihat dari Ayah
juga.
“Betul ke?”
“Betul. Pergi
lah!” gesa Rayyan lagi. Terus Alvin mendapatkan ayah di ruang tamu. Harap-harap ayah boleh lah menolong Alvin
yang dalam kesusahan itu.
Bab memasak memang serah kat Liya. Cuma hari ini
malas sikit. Itu saja. Tetapi dia berjaya memasak apa yang mak suruh. Nasi
lemak, sambal ikan bilis dan pulut bersama ikan kering. Air kopi hidangan
istimewa pagi ini. Selesai ayah,papa, Alvin dan Rayyan makan baru lah dia
bersarapan pagi bersama mak. Tetapi Rayyan masih bersama mereka berdua. Bukan
senang hendak bermesra dengan mak mentua.
“Liya buat apa
sekarang, Rayyan?” soal mak kepada Rayyan.
“Dulu tolong
saya kat ofis, sekarang ni cuti lah kut sebab papa dah balik!” jawab Rayyan
jujur. Aleeya membiarkan suaminya berbual dengan mak.
“Anak kamu dah
nak masuk setahun dah kan, suruh dia beranak lah Rayyan. Muda-muda elok
dapatkan anak ramai,”cadang mak. Membuatkan Aleeya tersedak.
“Glup!” air
kopi tersekat di kerongkong. Rayyan mengosok belakang Aleeya dengan perlahan.
“Kenapa? Tunggu
apa lagi??” sambung mak. Anak perempuan seorang saja. Tetapi tahap degilnya
mengalahkan anak-anak lelaki aku. Dia suka buat apa yang dia suka saja.
“Abangg..”
panggil Aleeya memohon bantuan. Mak tentu akan mendengar cakap Rayyan dari
cakap Aleeya. Betul tak?
“Kenapa pula?”
soal Rayyan kembali.
“Adam dan Ain
tu masih perlukan perhatian Liya lah, mak. Dia orang kecil lagi..,” dulu masa
tak ada anak, nak ada anak. Dah ada si kembar tu, ingatkan selesailah masalah.
Rupanya tak juga. Kat kenduri semalam tu, ramai yang bertanya bila nak tambah
lagi anak. Bila anak nombor 2, 3 dan seterusnya. Tambahan lagi mak, kalau
nampak muka Liya saja mesti tanya bila nak tambah lagi.
“Rayyan kau tak
nak tambah anak ke?” soal mak, masih belum berpuas hati dengan jawapan dari
Aleeya. Aleeya memandang wajah suaminya. Aku tidak berbincang dengannya tentang
soal anak. Dia nak anak berapa orang? Langsung tak pernah sebut pun. Adam dan
Ain cukuplah kut.
“Nak lah tapi
Liya tak bersedia lagi lah!” jawab Rayyan. Aleeya menjeling tajam. Abang tak
pernah cakap pun kat Liya.
“Paksa saja lah
Liya tu, Rayyan,” cadang Mak sebelum berlalu. Paksa?? Mak ni ke situ lah pula.
Rayyan tersenyum penuh makna. Sedangkan Aleeya sudah menarik muka masam.
“Apa
senyum-senyum ni?” soal Aleeya sambil mahu bangun dari kerusi. Hendak tambah pulut lagi lah. Sedap!
“Betul kata
mak, kena paksa lah Liya ni!” jawab Rayyan. Dicuitnya pipi Aleeya.
“Paksa??”
“Ha, ah. Liya
kan nak tinggal di rumah. Lepas ni jaga anak-anak abang kat rumah jadilah!”
ucap Rayyan sambil meninggalkan Aleeya.
“Abangg!” jerit
Aleeya perlahan. Rayyan buat tidak peduli saja.
Aleeya
mengetapkan bibirnya. Geram!!!