Home Novel Komedi/Romantik Komedi MY LOVELY TENGKU
MY LOVELY TENGKU
pitteriah abdullah
5/3/2014 11:02:50
1,123,639
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 14

ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 14)

Esoknya Sharifah Madziah tidak datang ke chaletnya. Zara Irdina hanya menunggu seharian di restoran kepunyaan Sharifah Madziah. Sehingga ke malam, bayangan wajah perempuan tidak pun menjelma. Ke mana dia pergi?

Sedangkan dalam hati ini, teringin sangat untuk berjumpa dengan Sharifah Madziah kerana dia adalah penunjuk arah untuk bertemu dengan ibu kandungnya. Dia hanya mahu bertanya, kalau boleh berjumpa dengan Sharifah Kamariah dan seterusnya menghulurkan kad kahwinnya ini. Itu saja. Tiada niat lain. Tiada niat untuk menganggu kehidupan ibu kandungnya itu. Sebagai anak, dia hanya mahu melihat orang yang telah menglahirkan dia ke dunia ini.

Teringin melihat wajahnya, teringin benar mahu mendengar suaranya dan kalau boleh memeluknya dengan sepenuh hati. Tetapi..,

Rupanya bukan hari itu saja, malah seminggu Sharifah Madziah tidak ada di sini. Entah ke mana dia pergi membawa diri. Atau mahu menghilangkan diri terus darinya. Entah lah. Meneka dalam kesamaran ini membuatkan hati Zara Irdina sakit teramat.

“Tunggu Mak Teh Ziah ke?” soal Eka ketika lewat malam. Restoran sudah lama ditutup. Dia saja masih setia menanti. Malam ini dia duduk di restoran di tepi pantai ini lagi. Tak tahu nak buat apa lagi kat dalam bilik tu. Sudah lah seorang diri. Novel-novel yang di bawanya sudah habis dibacanya. Huwaa.. sudah seminggu tak mendengar suara Cik Suami, kerana dia tidak menghubungi cik abang sayangnya itu. Merajuk jugak barangkali.

“Hmm...,”

“Mak teh pergi bercuti...,”

“Ooo..,” Tertiba saja pergi. Hendak melarikan diri dari aku barangkali.

“Minggu depan balik lah kut!”

“Pergi cuti kat mana?”

“Australia!”

“Jauhnya pergi!”

“He he he.. orang berduit. Kebetulan anak Mak Alang Kamariah belajar kat sana. Jadi dia orang pergi jengguk Zahlia di sana..,” cerita Eka. Hati terasa apabila menyebut nama Sharifah Kamariah.

“Mak Alang Kamariah tu ada berapa orang anak?”

“3 Orang, dua lelaki dan seorang perempuan. Yang Perempuan tu nombor dua!” Tiga orang, kalau campur dengan aku, empat lah kan. Tetapi siapa lah aku?

“Eka rapat dengan keluarga Sharifah Kamariah?”

“Tak berapa rapat lah Zara, biasa-biasa saja!”jawabnya.

Perbualan semakin rancak. Dari Eka, dia dapat tahu banyak maklumat. Si Sulong, Zarul namanya, bekerja sebagai pegawai kerajaan. Yang kedua masih belajar, manakala yang bongsu, masih dalam latihan sebagai pegawai TUDM. Suami Sharifah Kamariah, Mejar Bersara Hamidin bin Datuk Hassan, lengkap nama yang diberi oleh Eka, dan tentu bukan tuan mejar ini yang mempunyai angkara sehingga aku lahir ke dunia ini. Siapa ayahku? Gerunnya fikir tentang ini. Ayah yang tidak sah taraf kepada aku. Aku tidak boleh panggil dia, ayah. Kerana antara kami tiada ikatan yang sah.

“Kalau nak tengok wajah Alang Kamariah, tengok wajah Zara, sebab banyak persamaan. Anak-anak Alang pun tak mewarisi wajah Alang Kamariah, tetapi Zara banyak persamaannya..,” tutur Eka membuatkan Zara lemah semangat jadinya.

“Yer ker? Macam tak percaya pulak?”

“Kebetulan yang tidak disangka kan!”

“Ha, ah. Mungkin inilah kehendak ALLAH untuk saya..,” ucap Zara Irdina perlahan. Supaya Sharifah Kamariah tahu, aku adalah anaknya. Darah dagingnya yang membawa kepada peristiwa yang pahit dalam hidupnya.

Malam ini hati cepatnya merasa sayu. Teringat perbualan tadi. Teringat buah hati yang sudah seminggu tidak mendengar khabar berita. Sihat kah dia? Sedang buat apa sekarang? Apa khabar mu di sana sayang? Rasa rindu dan sayu itu mengheret dia untuk menghubungi suaminya malam ini.

Dan baru pertama kali menelefon, sudah ada orang mengangkatnya. Buat pertama kali dia terkejut dan rasa hiba. Sepantas dia mendengar suara suaminya, hatinya tiba-tiba menjadi sebak dan sayu.

“Dina, kenapa ni?” soal Tengku Izraf Akif apabila Zara Irdina memdiamkan diri.

Lama mereka berdua tidak bersuara. Zara Irdina membiarkan suaminya mendengar nafasnya saja. Suara tiada. Ini tentu ada masalah! Zara Irdina andainya bermasalah atau pun sedang marah, mesti tidak bercakap atau bersuara, hanya membisu seribu bahasa.

Dua puluh tahun mengenali Zara Irdina, dia sudah arif benar dengan perangai Zara Irdina. Diam itu tandanya apa? Tandanya hati Zara Irdina sedang keresahan. Sedang kegelisahan dan perlukan dia di sisi. Tahu lah tentang itu.

“Shah buat apa kat mama ni? Sampaikan mama membisu dengan papa..,” usik Tengku Izraf Akif. Sudah tiga minggu kami berkahwin, dan Tengku Izraf Akif terlalu yakin dengan kehadiran Tengku Iskandar Shah. Zara Irdina menyentuhnya perutnya. Setiap kali suaminya berkata begitu, dia merasakan seakan benar-benar wujud zuriat mereka berdua ini.

“Shah ganggu mama ke? Atau pun Shah dah buat mama sedih...,” sambungnya lagi. Zara Irdina tersenyum kembali. Shah saja yang temankan mama di sini. Papa Shah tak teringin pun nak datang jengguk kita yer. Macam lah sibuk sangat.

“Tengku Akif dah makan ke?” hilang rasa sedih tadi. Dia mahu mengubah topik perbualan dari terus berperang dengan perasaan sendiri.

“Call aku nak tanya bab makan tak makan saja ke? Kalau setakat nak tanya makan tak makan, baik tak payah call...,” jawab Tengku Izraf Akif selamba saja.

“Habis nak tanya apa? Rindu?? Kau mesti tak rindu kat aku...,”

“Yer ker? Tak sempat nak rindu pun.. he he he..,”

“Sudah lah bukan tanya khabar berita kita pun, tapi tanya anak dia saja...,”

“Ha ha ha ha..,” ketawa itu membuatkan hatinya semakin rindu. Rindu untuk menatap wajah suaminya yang sedang ketawa. Ah, sudah tidak tahan menanggung rindu. Macam mana yer? Nak teruskan di sini atau pulang saja di sisi dia yang menyayangiku setulus hatinya?

Tetapi kad kahwin nie macam mana? Alang-alang kita pun teringin nak jemput dia menghadiri perkahwinan kita nanti. Teringin nak tengok mak hadir di majlis perkahwinan kita nanti.

“Dua puluh tahun papa sayang mama tau tak, Shah. Shah baru ada kat perut mama tu dua minggu, itu pun mama dah kecoh satu Malaysia. Mama Shah memang teruk lah!” sambung Tengku Izraf Akif lagi.

“Sebab papa shah lagi teruk, asyik ingatkan Shah dari mama saja...,” keluh Zara Irdina. Dah betul. Dia asyik ingat benda ni jadi saja. Lepas tu yakin pula, si anak sulongnya ini dah wujud. Kepala otak dia memang susah nak ramalkan.

“Sabar lah, nanti jumpa lah dengan Sharifah Kamariah tu. Ada jodoh tak ke mana lah. Macam kita juga kan? Jodoh kita kuat, jodoh kau dengan Sharifah Kamariah pun kuat,” pujuk Tengku Izraf Akif tiba-tiba. Tentu kesedihan itu disebabkan Sharifah Kamariah. Tak kan kerana aku, sebab aku dah jadi kepunyaan dia pun. Nak susah hati apa lagi?

“Macam mana tahu, kita tak jumpa lagi dengan Sharifah Kamariah?”

“Orang dengar nada suara pun orang dah tahu lah. Kalau dah tak sanggup, dah tak sabar, balik saja kat sini, boleh aku peluk kau puas-puas. Atau kau pun dah tak sabar nak peluk aku?” uji Tengku Izraf Akif lagi. Hati Zara Irdina semakin terbuai dengan pertanyaan suaminya itu.

“Huwaaa... memang nak balik, tapi kita pun teringin nak jemput mak kandung kita kat majlis kahwin kita nanti, macam mana ni?” rungutnya. Biarlah aku bersama dia, dari terus tinggal di sini.

“Balik saja lah!”perintah Tengku Izraf Akif.

“Datang lah jemput!” pinta Zara Irdina. Macam dah tak mampu nak pulang ke sana semula

“Pandai pergi, pandai lah balik. Nak jemput apanya. Bukan tak boleh balik sendiri. Lain lah kalau perut tengah sarat ke, anak berduyun ke, baru aku jemput. Ini sihat walafiat, balik sendiri, jangan mengada-ngada..,” kata Tengku Izraf Akif.

“Kau memang kijammm..,” tuduhnya. Memang tak ada hati perut langsung. Kalau orang lain tentu suaminya datang ke sini. Sebab tengah mabuk berbulan madu. Dia??? Tak kisah pun semua itu. Rindu pun tak, apa pun tak. Telefon pun kita yang telefon, kalau tak nak mendengar suara pun susah.

“Pulak??? Buat lah kerja sehingga selesai, dah pergi dekat sana dah. Berdoa dengan seikhlas hati, nanti jumpa lah dengan Sharifah Madziah, selepas tu tanya lah pasal Sharifah Kamariah..,”pujuk Tengku Izraf Akif. Dia memang pandai beri nasihat. Ini yang buat hati semakin terpaut.

“Sharifah Madziah lari sebaik nampak orang, Eka cakap muka kita nie seiras dengan Sharifah Kamariah...,” adunya manja. Tahu kasih sayang Tengku Izraf Akif setinggi langit, seluas lautan biru.

“Jangan cepat buruk sangka, kat orang, tak baik lah!” tegur Tengku izraf Akif. Kita bukan tahu hati budi orang.

“Kita boleh rasa lah..,”tepisnya. Dah betul Sharifah Madziah itu melarikan diri darinya.

“Kuat semangat demi abang, demi anak-anak kita, demi Shah kat dalam perut tu.., Bukan abang tak sayang kat Dina, bukan abang tak ambil berat kat Dina, tetapi abang dah tinggal kat sesuatu sebagai peneman Dina..,” pujuknya membuatkan hati Zara Irdina tersentuh. Mamat sengal ini ada keistimewaan yang membuatkan hati rela mendengar leterannya.

“Tengku Iskandar Shah.. “

“Anggap itu kekuatan kita berdua untuk tempuh segala rintangan dan ujian. Jangan cepat mengalah. Abang kenal Dina, Dina seorang yang kuat semangat!” kata-kata ini memberi peransang untuknya.

“okey lah selagi tak selesai, Dina tak akan balik kat abang!” janjinya.

“Jaga Shah, Jaga diri elok-elok!”pesan Tengku Izraf Akif lagi.

“Shah lagi....,”

“Abang gurau saja lah. Tetapi abang tahu Dina pun suka nama tu kan?”

Yup.. aku sudah jatuh sayang dengan nama anak sulong kami itu.

Previous: BAB 13
Next: BAB 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.