ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA
(BAB 25)
“Tak nak makan?” soal
Tengku Izraf Akif apabila melihat Zara Irdina hanya memesan minuman. Jus jambu
batu saja.
“Nak termuntah!” jawabnya.
Rasa mual itu datang pula pagi. Entah lah, kalau stress, mual ini lah yang akan
terlebih dahulu dari rasa sakit kepala. Tetapi mual ini tentunya kerana sedih
sangat. Jauh dari tempat berkasih sayang membuatkan hatinya masih bersedih.
Kasih sayang seorang kekasih, seorang suami, tak akan sama dengan kasih sayang
keluarga kita.
“Buat dah!” Diletakkan sudu
terus disentuh dahi Zara Irdina. Tak panas pun! Alah barangkali. Zara Irdina
memegang tangan suaminya yang berada di atas dahinya.
“Dina kan mengandung, sebab
tu macam nie..,” pujuk Tengku Izraf Akif. Tahu lah kau nie bersedih hati tetapi
tolong lah jangan menangis di sini. Aku tak sanggup melihat titisan air mata
kau atas pergorbanan cinta kau yang satu itu.
“Alahan lah ni..,” ucap
Zara Irdina turut memujuk hatinya sendiri. Dia sudah meninggalkan segala-galanya
untuk kami, jadi aku tak sanggup melihat dia menangis bersama ku atas nama
cinta kami.
Semua ini kerana cinta. Atas nama cinta yang membawa
kami di sini. Dia sanggup melakukan satu dosa untuk mendapatkan aku. Aku tahu
dia menyentuh ku tempoh hari kerana cintanya terhadapku. Kerana cinta juga lah
dia mengajak aku kahwin lari, kerana dia takut aku tinggalkan dia setelah aku
tahu cinta kami tidak direstui. Dan kerana cinta jugak lah dia meninggalkan
bonda kesayangannya itu. Kerana cinta kami dia telah melukakan sekeping hati
seorang ibu.
Habis tidak cukup lagikah
pergorbanannya untuk aku yang sejak kecil dipinggirkan oleh ibu kandung
sendiri?
Zara Irdina menghirup
minumannya. Mee goreng disuap perlahan-lahan, manakala suaminya sedang
melihatnya dengan sebuah senyuman. Aku lebih rela kehilangan segalanya dari
kehilangan dia dalam hidup ku. Aku rela tinggalkan syarikat, tinggalkan istana
dan hilang harta demi untuk cinta kami. Walaupun aku berat hati untuk meninggalkan
bonda tetapi keputusan telah pun dibuat. Aku nekad demi cinta ku.
Memang aku dan dia sudah
dihalau dari halaman kami, dari tempat kami bermanja dan berkasih sayang tetapi
aku pergi bukanlah kerana disingkirkan dari situ. Apa aku kisah walaupun dihalau
oleh kaum kerabat bonda sebab bonda merestui perkahwinan kami berdua. Malah
bonda mahu kami berdua terus tinggal di situ. Jadi kalau aku nak, aku boleh
terus menetap di disitu bersama bonda.
Sebenarnya sudah sampai
masanya untuk aku pergi dari situ kerana ada perkara yang lebih penting
untuk aku lakukan. Itu yang sebenarnya.
“Letih ke? Kalau macam tu
kita singgah lah kat hotel mana-mana dulu, berehat. Nanti dah okey baru kita
bertolak,” tuturnya. Nampak sangat dia susah hati apabila melihat keadaan aku
begini.
“Biasa lah. Dina okey lah!”
tepis Zara Irdina. Nak kena makan jugak lah sebab tak nak suami kita susah
hati. Aku kena melawan segala perasaan yang datang.
“Lapar lah!”
“Hah?”
“kita orang nak makan. Baby
dah lapar ni..,”
“Nak makan apa, abang
tolong ambilkan!”
“Mee goreng udang!” jawab
Zara Irdina, sebab tengok mee goreng dia sedap sangat.
“Okey lah, tuan puteri!”
“He he he..,”
Selesai makan, perjalanan
kembali diteruskan. Selamat tinggal bumi Pahang, ada jodoh kita berjumpa lagi.
Rupanya kami hanya
meninggalkan daerah kami dan berhijrah ke Pulau Tioman. Dekat saja lah.
Ingatkan nak bawa pergi luar negara, rupanya ke pulau saja. Buat apa ke sini? Tengku Izraf Akif ini ada saudara mara yang
lain lagi ke? Selama ini tak pernah dengar pun ada saudara mara yang lain?
Tiba-tiba ke Pulau Tioman. Berbagai persoalan bermain di fikirannya. Hati Zara
Irdina berbunga riang. Tak jauh sangat dengan mama dan papa. Jadi, angin
boleh salam rindu kami kepada keluarga
kami nanti. He he he..
“Tu, rumah kita!” kata
Tengku Izraf Akif sambil menunjukkan ke arah sebuah rumah besar yang semuanya
berukiran kayu. Cantik! Rumah yang tidak
jauh dengan pantai dan laut. Jauh di belakang
rumah, kelihatan bukit tinggi yang
terpacak teguh kelihatan. Kawasan rumah pula luas dan dikelilingi oleh bermacam
jenis pokok-pokok tumbuhan. Senang hati memandangnya. Zara Irdina tersenyum
dengan rasa puas hati yang amat sangat.
“Tuan Puteri, tak suka ke
tempat ini?” soal Tengku Izraf Akif apabila melihat isterinya hanya mendiamkan
diri. Kalau tak suka kita balik tinggal di istana lah.
“suka sangat!” jawab Zara
Irdina sambil memegang lengan kanan Tengku Izraf Akif.
“Ingat tak suka, kalau tak
suka kena masuk istana lah!”
“Hey, tak nak, tak nak..
nak tinggal di sini,” tak mahu lah tinggal di istana yang banyak sangat
protokolnya itu.
“Tapi kalau nak hidup macam
dalam istana pun boleh jugak. Abang boleh carikan dayang-dayang untuk Dina kat
sini..,”
“Apa?” terbeliak mata Zara
Irdina. Lagi lah tak nak!
“Carikan dayang-dayang lah,
dayang untuk memasak, untuk kemas rumah dan layan anak raja!” oo.. teringat
juga lah kat istana dia tu.
“Cuih, lagi lah tak suka!”
“Ha ha ha...,”
Tengku Izraf Akif
meninggalkan Zara Irdina bersendirian kerana mahu mengangkut barang-barang yang
di bawa oleh mereka berdua. Zara Irdina hanya melihat suaminya membawa masuk
segala beg yang mereka bawa bersama.
“Ini rumah siapa?” soal
Zara Irdina apabila Tengku Izraf Akif melintas di hadapannya dan terus berdiri
dekat dengannya.
“Rumah kita lah!” kata
Tengku Izraf Akif sambil menarik tangan Zara Irdina duduk di atas bangku
panjang di bawah pohon rambutan yang rendang.
“Tak pernah cakap pun ada
rumah ni..,”
“Tak kan semua benda abang
nak kena cakap kat Dina..,”
“Dina nie isteri abang tau,
bukan kawan abang masa zaman sekolah dulu!”
“Aik, tahu pun. Jadi isteri
abang, jangan mengada-gada..,” pesan Tengku Izraf Akif, aku mengada-ngada ke?
Rasanya tidak. Dia yang lebih-lebih nie.
“Bila masa lah kita buat
perangai macam tu?” Perangai gedik kut yang dia maksudkan. Tengku Izraf Akif
merangkul bahu Zara Irdina dengan kedua belah tangannya.
“Ini rumah aruah ayahanda
dan bonda. Abangkan seorang saja anak dia orang, jadi segala yang dia orang
jadi milik abang seorang saja. Itu sebabnya aku nak suruh kau beranak banyak
sikit, tak lah jadi macam kita nanti,” ujar Tengku Izraf Akif sengaja
meletakkan hidungnya dekat dengan hidung Zara Irdina.
“Pandai abang berahsia yer,
tak pernah cakap pun semua ini kat Dina?” Tak tahu menahu langsung bab-bab ini.
Tiba-tiba saja semua ini.
“Tak payah cakap nanti Dina
akan tahu jugak,” kita akan tinggal bersama-sama, nanti semua itu akan menjadi
milik kau juga.
“Lepas ni nak kerja apa?”
soal Zara Irdina. Dia sudah lepaskan jawatannya di syarikat kepunyaan Tengku
Cempaka, aku pula dah ambil keputusan untuk berhenti awal lagi dari dia. Lepas
ini nak kerja apa untuk menyara kehidupan kami anak beranak.
“Hmmm...”
“Kerja lah dengan bonda tu,
sayang lah tinggalkan syarikat,” kami bukan pergi jauh pun.
“Abang tak akan pulang ke
sana lagi lah, Dina!”
“Kenapa?” tak boleh lah aku
berjumpa dengan keluarga aku lagi.
“Orang dah halau kita, dah
benci kita, buat apa lah kita ke sana lagi,”
“Tapi bonda tak benci kita
lah!”
“Selagi Tengku Bakar tak
minta maaf dengan abang, dengan Dina, abang tak ajak jejak kan kaki abang di
sana lagi...,”
Memang hatiku juga
tersentuh, kerana dihina dan dicaci tetapi tidak lah berdendam seperti dia. Aku
boleh menerima cacian dan penghinaan itu tetapi rupanya dia menyimpan dalam
hati.
“Tak baik berdendam lah.
Kita akui kesalahan kita dan sebenarnya kita bersalah kerana melanggar
peraturan orang istana. Abang sepatutnya memilih isteri dari kalangan kerabat
bangsawan jugak..,” uji Zara Irdina. Aku sedar siapa aku.
“Pandai lah cakap. Dina dah
curi hati abang, dah sentuh jiwa abang, mana boleh kahwin dengan perempuan lain
lagi..,”
“Curi hati abang, tak lah.
Kita orang baik-baik, bukan pencuri pun!”balas Zara Irdina. Tengku Izraf Akif meletakkan tangan Zara
Irdina di atas dadanya. Dekat dengan jantungnya.
“Apa pulak ni?” tanya Zara
Irdina yang tidak mengerti akan sikap suaminya.
“Dua puluh tahun aku pendam
perasaan, dan rasanya berbaloi lah sekarang dengan perkahwinan kita, dengan
boleh buat Dina mengandung lagi, rasa puas hati sangat sekarang. Jadi tak
sia-sia abang buat semua ini untuk seorang perempuan yang bernama Zara Irdina,”
kata Tengku Izraf Akif sambil memeluk erat Zara Irdina.
“Anak ada dalam perut kita
lah, jadi tolong lah cakap bahasa yang indah-indah sikit. Anak nie dah boleh
dengar perbualan mama dan papanya!” pesan Zara Irdina.
“Shah, esok jadi seperti
ayahanda, jadi lelaki yang boleh melindungi perempuan yang Shah cintai dan
sayangi. Jangan jadi lembik seperti bonda!” Tak kan nak suruh anak panggil
gelaran macam itu kut. Aku yang rakyat jelata ini rasa janggal lah pulak.
“Mama dan papa cukuplah!”
tegur Zara Irdina.
“Apa salahnya sesekali
panggil macam tu. Lagipun dia anak abang lah!” Anak abang itu sengaja ditekankan
dengan tegas dan keras sekali. Zara Irdina tidak kecil hati pun dengan sikap
suaminya.
Abang tak boleh beri kasih
sayang seorang ibu, atau pun kasih sayang seorang ayah. Tetapi terima lah kasih
sayang abang sebagai seorang teman, kekasih dan suami untuk Zara Irdina seorang
saja. Itu kasih sayang seorang lelaki itu seorang perempuan yang amat dia
sayangi selama ini.
“Selamat datang Tuan
Puteri, izinkan hamba untuk menghiburkan hati tuan puteri nanti. Izinkan hamba
untuk memberi sepenuh kasih sayang untuk tuan puteri yang hamba sayangi selami
ini..,” lafaz Tengku Izraf Akif.
“Jangan buat lawak, boleh
tak?” walaupun rasa lucu dengan bait-bait ayat tersebut tetapi sebenarnya hati
Zara Irdina tersentuh dengan bicara yang diucapkan oleh suaminya.
“Hamba tahu hamba sebatang
kara, hamba tak boleh beri kasih sayang seperti Ibu tuan puteri iaitu Wan
Aisyah, hamba juga tak mampu memberi kasih sayang seorang ayah seperti Wan
Yusuf, tetapi.... haaaa.. lupa pulak ayat-ayat seterusnya..,” lupa kerana mata
Zara Irdina bertentangan dengan matanya membuatkan lidahnya kelu dan terkedu.
“Ha ha ha...” pecah ketawa
Zara Irdina di buatnya.
“He he he..,” Tengku Izraf
Akif turut mengekek. Rasa bahagia sekali.
“Tengku Izraf Akif,
tanggungjawab Tengku Izraf Akif semakin berat sekarang. Bukan Zara Irdina saja
yang perlu tengku kisahkan sekarang, tetapi...,” terus diletakkan bibirnya di
atas bibir isterinya.
“Faham, tuan puteri!”
“Elok lah tu, sekarang nak
masuk dalam rumah lah, boleh?” kata Zara Irdina dan terus bangun dari situ.
Tengku Izraf Akif turut bangun juga.
“Marilah abang dukungkan
Dina, sebelum perut tu bonyot ke depan!”
“Ha ha ha.. Dina nak suruh
abang dukung waktu perut besar macam tu, tetapi sekarang tak payah lah, Dina boleh
jalan sendiri lah!” kata Zara Irdina.
Aku peduli ke kata-kata kau
selama ini. Ada aku kisah? Ada aku turutkan kata-kata kau? Tak ada kan? Jadi,
sekarang aku nak dukung kau masuk ke rumah baru kita.
Selamat datang sayang. Semuga
ALLAH memayungi kita berdua dengan kasih sayang dari NYA. AMIN.