ANAK RAJA
TENGKU CEMPAKA (BAB 7)
Tak sempat
pun nak merasa alam pertunangan kerana arahan Tengku Izraf Akif. Tak ikut dah
siap ugut nak buat perkara yang sama kat aku, jadi aku turut saja lah.
“Tahniah!”
ucap Cikgu Latifah, guru kelas kami semasa tingkatan lima.
“Saya dah
cup awal-awal lah cikgu, jadi hari ni saya dah tunaikan impian saya!” ucap
Tengku Izraf Akif. Kami buat majlis perkahwinan kami di Pulau Pangkor, semua
kawan sekolah yang rapat dengan kami, dijemput hadir, termasuk guru kelas yang
berkenan sangat dengan Zara Irdina untuk dijadikan calon menantunya. Sampai
berebut dengan aku. Kes ini lah yang aku gigit jari Zara Irdina depan
kawan-kawan sekolah, untuk membuktikan Zara Irdina adalah milikku. Sekarang
gigit jari sajalah, cikgu, Zara Irdina sudah sah menjadi isteri saya hari ini.
Saya sudah merancang semua ini sejak saya ganggu Zara Irdina malam tu.
“Melepaslah
cikgu, kerana Zara dah menjadi milik awak. Apa pun tahniah dari kami
sekeluarga, semuga hubungan ini berkekalan sampai akhir hayat!”ucap Cikgu
Latifah.
“Amin!”
lafaz Tengku Izraf Akif.
“Tahniah,
Zara. Semuga cepat dapat baby!” ucap Hasmidar pula sambil datang ke arah
mereka. Barulah sesuai dan sepadan mereka berdua nih dari Tengku Izraf Akif
memilih Tengku Azlin yang berlagak dan sombong itu.
“Tahniah,
Akif. Selamat bulan madu malam ni,” ujar Shahrizal pula sambil berjabat tangan
dengan Tengku Izraf Akif.
“Memang
lah, sebab nak sambut bulan madu itu lah yang aku perangkap Zara suruh kahwin
cepat ni, Zara nie lembap sangat!”
“Tah, kita
orang dah ada anak pun, kau orang saja asyik tarik tali. Main aci sembunyi ke
apa? Yang Zara nie siap nak kahwin dengan Akmal tu apa kes? Wal hal, Akif sudah
cakap terang-terang, kau tu jodoh dia lah!” hasut Fizly ketua kelas tingkatan
lima sekolah menengah dulu. Zara Irdina buat tidak peduli saja.
“Memang
lah, tu yang aku geram sangat tu!” balas Tengku Izraf Akif.
“Tahniah,
Zara. Kau memang diciptakan untuk Akif. Kami bahagia dengan perkahwinan kau
orang lah!” kata Zaima yang datang bersama Mahayun. Zara Irdina tersenyum saja
sambil mengangguk.
Majlis
berjalan lancar dan secara rahsia. Tiada akan ada sesiapa pun yang akan beritahu
perkahwinan kepada keluarga masing-masing. Itu yang dipinta oeh Tengku Izraf
Akif kepada para tetamu yang hadir. Perkahwinan ini terpaksa dirahsiakan buat
sementara waktu.
“Kau
memang suka kan dia kan?” cungkil Anum ketika itu, Tengku Izraf bersama dengan
kawan-kawan kelas kami sedang makan di meja panjang di hadapan sana. Dia pula
meminta diri untuk ke bilik air. Kebetulan Anum mengikutnya dari belakang.
“Aku
memang ada hati kat dia sejak dulu lagi, tapi bila fikir dia anak raja, aku nie
rakyat biasa saja, aku tolak lah perasaan itu, tetapi siapa sangka, jodoh aku
memang dengan dia!” jelas Zara Irdina.
“Dari
sinar mata kau, aku dah tahu kau cintakan anak raja yang nakal ini, cuma kau
sembunyikan perasaan itu dari pengetahuannya!”
“He he
he..,”
Ya, memang
aku ada hati kepadanya seperti dia juga mempunyai perasaan kepadaku. Cuma, bila
difikirkan dia golongan bangsawan, dan aku hanya ank angkat Wan Yusuf,
terpaksalah aku ketepikan perasaan ini. Aku simpan cinta ku di dalam hati dan
cuba melarikan diri darinya jauh-jauh dengan menerima cinta Akmal. Rupanya aku
hanya merancang dan perancangan yang ALLAH tentukan lagi hebat dari apa yang
aku aturkan.
Kalau dia
menyintaiku secara terang-terangan, aku pula terpaksa menyimpan di dalam hati
kerana aku sedar siapa diri ku, tetapi sekarang aku terpaksa mengaku juga,
sebenarnya aku memang cintakan dia. Sebab itu aku tak boleh benci kan, aku tak
boleh nak marah kan dia, kerana rasa sayangku telah menutup mata hati ku untuk
membenci dia.
“Cepat
lah, tangkap gambar tanda kenangan. Esok-esok kalau perut tu dah ada isi pun
tak takut dah, kita dah kahwin pun hari ni!” kata Tengku Izraf Akif yang
berlari mendapatkannya. Ayat dia cakap macam tak kena saja lah.
“Kau
nie..,”
“Aku nak
anak ramai dengan kau, macam tak sabar nak buat anak malam ni..,”
“Tak malu
ke cakap macam ni depan kawan-kawan kita..”
“Malu apa,
kita buat benda baik lah!”
Kami
kahwin lari sebenarnya. Aku kan kena pakai wali hakim saja sebab aku anak luar
nikah. Dan dia pula sanggup membelakangkan bonda kerana nak sangat meneruskan
perkahwinan ini sedangkan bonda merestui perkahwinan ini. Kena tanya lah kenapa
dia tidak sabar hendak berkahwin dengan aku??? Wal hal bukan ada masalah pun.
Majlis
sampai ke malam baru lah habis. Selepas itu masing-masing masuk bilik, kerana
Tengku Izraf Akif sudah menempah bilik kepada pasangan yang berkeluarga
termasuk dengan guru-guru kelas yang dijemputnya.
“Dah boleh
bulan madu malam ni.. tak sabar lah!” kata Tengku Izraf Akif sengaja mengusik
Zara Irdina.
“Huwaa..
macam mimpi lah pulak. Baru cerai minggu lepas, hari ni dah kahwin dengan kau
pulak,” kata Zara Irdina sambil membuang tudungnya.
“Kau mana
perlu pakai eddah segala, Akmal tu tak sempat sentuh kau pun. Jadi aku nak
sentuh siap-siap malam ni, kalau tidak rugii..,” Perempuan yang berkahwin
tetapi belum sempat disentuh oleh suaminya, andainya bercerai, dia tidak perlu
menunggu eddah sekiranya mahu berkahwin dengan lelaki lain. Dia boleh kahwin
hari itu juga kalau mahu.
“Jangan
lah, tunggu enam bulan boleh tak? Kita nak cari mak kita dulu lah. Lagipun
takut lekat nanti, kita kan kahwin rahsia!” pinta Zara Irdina. Dia sudah mula
mencari ibu kandungnya. Sudah upah pengawai penyiasat pun untuk mencari
Sharifah Kamariah, ibu kandungnya itu.
“Cari
mak??”
“Ha, ah.
Boleh tak?”
“Boleh ke
jumpa dalam masa enam bulan ni? Rasa macam mustahil saja lah!” Dah boleh agak
lah yang ini, Zara Irdina mesti mencari ibu kandungnya setelah dia tahu dia
hanya anak angkat dan dia adalah anak Sharifah Kamariah.
“Kita cari
sama-sama, nak?” selama ini dia yang banyak menolong soal kehidupan aku lah.
Sejak dari kecil lagi, dia memang tempat aku mengadu dan bercerita kisah suka
dan duka.
Tengku
Izraf Akif menghampiri Zara Irdina. Dipeluknya Zara Irdina dengan erat.
Alhamdulillah, ini yang ALLAH redhai.
“Abang
izinkan, tetapi enam bulan saja, lepas tu kita selesaikan segala perkara!”
Bonda dah ahli keluarga memang tak ada masalah. Masalahnya segala protokol dan
peraturan perlu dipatuhi. Itu boleh lagi diselesaikan. Tetapi sebaik dia
mendengar keturunan bonda tidak merestui hubungannya dengan Zara Irdina, itu
yang membuatkan dia melarikan Zara Irdina dan berkahwin tanpa pengetahuan semua
orang.
Golongan
bangsawan tidak merestuinya kerana Zara Irdina bukan golongan bangsawan dan
anak tidak sah taraf. Semua kaum kerabat tidak mahu menerima Zara Irdina
kecuali bonda dan ahli keluarganya saja yang boleh menerima Zara Irdina.
Tengku
Izraf Akif tidak mahu Zara Irdina mencari alasan untuk menolak cintanya lagi.
“Abang...,”
tersentuh hati kala menyebutnya. Ada juga lelaki yang sudi memperisterikan aku
walaupun aku hanya anak luar nikah. Anak haram!
“Tak
menyesal kahwin dengan Dina?” Dina itu hanya panggilan dari Tengku Izraf Akif
saja. Orang lain semua memanggilnya dengan panggilan Zara.
“Abang
akan menyesal seumur hidup abang kalau tak dapat berkahwin dengan Dina
lah!”ucap Tengku Izraf Akif sambil mengucup dahi Zara Irdina.
“Terima
kasih sebab sudi terima anak haram ini menjadi isteri abang!”
“Abang tak
nak Dina cakap macam nie lagi lah. Bukan salah Dina lah!” pujuk Tengku Izraf
Akif.
“Tetapi
abang kena ingat, itu lah latar belakang isteri abang nih!” ingat Zara Irdina.
Kami bukan
selesai masalah rasanya, tetapi timbulkan masalah. Macam mana nak berhadapan
dengan bonda, dengan mama dan papa? Dengan masyarakat lagi lah. Dengan Tengku Azlin tu macam mana? Dengar
kata Tengku Azlin masuk hospital kerana terlalu kecewa putus cinta.
Tak sempat
fikirkan perasaan orang lain rupanya.
“Nie, jadi
apa-apa siapa nak tanggung? Bonda, mama macam mana? Papa lagi lah. Sepatutnya
kita ikut saja rancangan bonda. Bukan lama pun dah bertunang tu, lagi dua bulan
kan?” ujar Zara irdina sambil merungkaikan pelukannya. Dia mahu menyalin baju
dan mengambil air solat dan bersolat saja. Isyak tak solat lagi.
“Boleh nak
ikut rancangan bonda tu, tapi kau nak ke aku buat kau macam malam tu? Aku cakap
terus terang lah, dah tak boleh nak kawal nafsu aku ni bila tengok kat depan
mata..,” jawab Tengku Izraf Akif turut mahu ke bilik air juga. Dia pun tak
solat lagi.
“Boleh
beri jawapan yang bernas tak dari jawapan ni?” katanya sambil masuk ke bilik
air sebelum Tengku Izraf Akif masuk terlebih dahulu. Berebut!
“Terlebih
bernas dah sayang ooi.. cepat lah ambik air solat tu, kita sembahyang jemaah
sekali..,” jerit Tengku Izraf Akif. Sebenarnya ini kali kedua kami akan
berjemaah bersama, tadi selepas akad nikah, kami telah lakukan solat sunat
bersama-sama.
Tengah
pakai kain telekung ketika telefon suaminya berbunyi. Dia biarkan saja. Bunyi
kali kedua. Dia buat tidak peduli saja.
“Dina,
angkat telefon abang!” suruh Tengku Izraf Akif. Dia terus mengambilnya.
Terdengar suara Ehsan di sana.
“Kacau lah
kau orang ni..,” marah Zara Irdina.
“Apa?”
soal Tengku Izraf Akif.
“Dia orang
nak abang jadi iman kat surau sekarang. Semuanya tengah menanti abang termasuk
Cikgu Latifah sekali!” beritahu Zara Irdina sambil menghulurkan telefon kepada
Tengku Izraf Akif.
“He he
he.. macam-macam lah dia orang nih!” ujar Tengku Izraf Akif.
Rupanya
ramai yang sudah menunggu untuk solat jemaah sekali malam ini. Pakat tak
sembahyang isyak lagi. Hu hu hu.. melengahkan waktu solat nie tak baik lah.
“Kau kan
bakal pemimpin, jadi kau kena pimpin rakyat kau juga, bukan setakat Zara isteri
kau tu,” usik Fizly.
“Solat...
solat.. nanti tak sampai doa ke langit..,” balasnya sambil tersenyum.
Panjang
doanya, panjang juga harapannya. Dia memang sudah bersedia untuk memikul
tanggungjawab ini.