ANAK RAJA
TENGKU CEMPAKA (BAB 5)
“Tak
mengandung pun!” ucap Doktor Suraya sebaik saja selesai membuat pemeriksaan ke
atas Zara Irdina. Tengku Izraf Akif tercenggang dengan kata-kata tersebut.
“Tak faham
saya..,” ujar Tengku Izraf Akif sambil menarik tangan Zara Irdina supaya duduk
di sebelahnya.
“Riuh
dalam FB tentang awak berdua lah..”
jelas Doktor Suraya yang merupakan doktor panel syarikat mereka berdua.
“Tak ada
makna lah nak buat kerja terkutuk tu!” balas Zara Irdina sambil menepis tangan
Tengku Izraf Akif.
“Ingatkan
sungguh!” tekan Doktor Suraya. Tahu hubungan antara Tengku Izraf Akif dan Zara
Irdina sejak dari
“Nanti
lah, kalau sungguh kita datang buat pengesahan kat sini!” yakin Tengku Izraf
Akif sambil mengenyitkan matanya kepada Zara Irdina. Aku lepuk kepala kau, nak?
“Ya, ALLAH
dia nie lah, suka cakap macam ni, dan biarkan orang cakap yang bukan-bukan,
kalau doktor nak tahu semua ni berpunca dari anak raja gondang ini lah, suka
sangat cakap merapu!” balas Zara Irdina. Sakit perut pun berganda-ganda hari
ini kes banyak hari tak makan. Apa nak jadi dengan aku agaknya?
“Tengku ni
baik lah, rugi kalau lepaskan peluang. Bukan senang nak cari lelaki seperti
dia!” puji Doktor Suraya membuatkan hati Tengku Izraf Akif kembang setaman.
Zara Irdina mencebik bibirnya. Dia memang baik, cuma aku saja dari keturunan
tidak baik.
Selesai
ambil ubat, Tengku Izraf Akif menarik tangannya masuk ke dalam restoran di
sebelah klinik Doktor Suraya.
“Kau duduk
sini, aku pergi ambil nasi dan lauk untuk kau!” arah Tengku Izraf Akif.
“Tak payah
aku boleh ambil sendiri lah!” tolak Zara Irdina ingin bangun dari kerusi yang
didudukinya tetapi Tengku Izraf Akif menolak tubuhnya untuk kembali duduk di
situ.
“Aku kata
duduk, tak faham ke?” marah Tengku Izraf Akif.
“Okey,
okey, nasi putih dengan tomyam campur, boleh?” pinta Zara Irdina mengalah. Rasa
macam nak makan nasi putih bersama tomyam campur saja.
“Mana
boleh makan macam tu, perut tu dah lama kosong kan? Tak payah makan tomyam
lagi..,” balas Tengku Izraf Akif.
“Ha lah..,”
Tengku
Izraf Akif datang semula bersama nasi putih berlaukkan ayam masak kicap saja.
Sayur campur dan milo panas untuk Zara Irdina. Tengku Izraf Akif memesan bihun
sup untuk dirinya.
“Zara,
Akif!” panggil Tengku Cempaka yang datang ke arah mereka berdua.
“Bonda!”
balas Tengku Izraf Akif.
“Dah okey
ke tak ni?” soal Tengku Cempaka cemas. Dahi Zara Irdina dirasainya. Dia
mendapat maklumat dari Tengku Mawar tentang keadaan Zara Irdina. Kebetulan dia
singgah di pejabat kepunyaan aruah suaminya sekejap tadi.
“Dah okey
lah, mak engku!” balas Zara Irdina. Tentu mak engku marah kan aku yang telah menyebabkan
anak lelakinya putus tunang baru-baru ini.
“Panas
dahi ni..,” ujar Tengku Cempaka.
“Hmm.. kau
sakit orang akan salahkan aku lah. Nanti orang cakap suami kau tak pandai jaga
kau..,” balas Tengku Izraf Akif. Depan mak engku pun berani cakap macam ni?
Mana ada orang sanggup cakap macam tu.
“Lepas
makan nanti hantar Zara balik yer. Panas sangat nih. Zara kena banyak berehat
lah..,” risau Tengku Cempaka membuatkan hati Zara Irdina terharu. Sejak dari
dulu Tengku Cempaka memang sayangkan Zara Irdina walaupun dia tahu Zara Irdina
hanya anak angkat kepada Wan Yusuf dan Wan Aisyah.
“Baik
bonda, usah lah bonda risau, nanti Akif hantar Zara balik!”
“Jangan
lama-lama di sini, lepas makan terus balik!” pesan Tengku Cempaka lagi.
Aku kena
kuatkan diri, kuatkan hati untuk menghadapi segala kemungkinan. Semalam sempat
menyoal mama dan papa tentang latar diri sendiri. Siapa kita yang sebenarnya
dan kita nie anak siapa? Mama hanya cakap, ibu kandung kita namanya Sharifah
Kamariah, Mama kenal macam-macam itu saja, dan Sharifah Kamariah terpaksa
serahkan kita kepada mama, sebab kita anak tidak sah taraf demi masa depan kita
dan masa depan Sharifah Kamariah sendiri. Selebihnya mama tidak tahu tentang
Sharifah Kamariah lagi. Sedangkan papa
hanya mendiamkan diri saja.
Ibu
tinggalkan kita sebab ibu sendiri tidak sanggup membesarkan kita yang berdarah
kotor ini. Betulkan ibu? Betulkan Zara ini jijik sangat?
“Fikir
banyak sangat, macam semua masalah tu kau boleh selesaikan sendiri..,” tegur
Tengku Akif. Tentu fikirkan tentang dirinya.
“Kita tak
setaraf lah Akif. Aku ni anak haram lah. Kau kena jaga darjat dan maruah kau
dan keluarga kau..,” ucap Zara Irdina. Dulu aku tolak dia kerana, dia anak raja,
sekarang aku memang kena tolak dia, kerana aku anak haram.
“Kenapa
kau hina diri kau sendiri, Zara Irdina? Kau ke yang minta semua ini? Kalau
bukan kehendak kau, tentu bukan kehendak aku juga kan? Aku pun tak pernah
meminta agar aku dilahirkan sebagai anak orang berdarjat, siapa pun aku, di
sisi ALLAH, aku hanya insan biasa..,” jelas Tengku Izraf Akif. Jangan jadikan
taraf dan kedudukan kita sebagai alasan untuk menolak cintaku, Zara Irdina.
“Kita
tetap berbeza lah, Akif. Aku tak layak untuk kau,” dah banyak kali jelas
perkara ini kepada Tengku Akif tetapi dia tidak pernah memahaminya. Degilnya
mengalahkan Gunung Kinabalu.
“Apa pun
terjadi kau tetap ada dalam hati aku, dan sekarang aku tak nak main tarik tali
dengan kau, buat tak kisah dengan kau, atau turut saja kemahuan kau tu, aku...”
“Apa?”
“Kau tetap
jadi isteri aku dalam masa terdekat nih, itu janji aku!”
“Hah??”
“makan lah
cepat sikit, dari kau berbual kosong dengan aku, baik kau makan!” kata Tengku
Izraf Akif sambil menarik telinga Zara Irdina biar pun Zara Irdina memakai tudung.
Hmm...,
Bual
kosong?? Semua yang aku cakap tadi hanya perbualan kosong bagi dirinya?
“Susah lah
cakap dengan kau, kalau aku berlembut, kau semakin mengada-ngada, kalau aku
berkasar, kau gertak aku!”
“Ha ha
ha.., “
“Makan
lah, lepas tu makan ubat, yang lain-lain tu kita selesaikan bersama nanti,”
“Hmm..,”
“Kita
kahwin, beri hak kepada aku dan aku akan jalankan tanggungjawab aku ke atas
kau. Kalau macam nie, orang asyik kata kat kita berdua saja!”
Senang
sangat dia bercakap. Serah hak aku kepada dia? Aku ni sudah lah ditimpa dengan
macam-macam masalah. Ingat nak nikah
kahwin ni senang ke? Mudah sangat ke? Malas lah nak fikir tentang nikah kahwin
nih.
“Orang akan
hina kita nanti..,”
“Hish tak
habis lagi ke? Fikir orang hina kau lah, apa lah. Biar kan kita buat kerja yang
ALLAH tak redha tak fikir pula. Kau ingat aku suka ke sentuh kau macam nie,
pegang kau tak tentu pasal? Yang aku buat nie lagi lah ALLAH marah, itu pun tak
boleh nak fikir ke?” Jeng.. jeng.. jeng,
kata-kata Tengku Izraf Akif ini buat Zara Irdina rasa tercekik saja. Mujurlah
sempat hirup air tadi, kalau tidak mesti dah terlekat nasi.
“Siapa
suruh kau ambil berat tentang aku?”
“Amboi,
menjawab yer kau sekarang. Kalau aku buat tak peduli, kau tu dah pengsan hari
ni...,” ucapnya. Marah sangat sebab Zara Irdina sekali lagi menolak cintanya
secara terang-terangan. Hampanya mendengar tetapi keyakinan di dalam hati tidak
pernah sedikit pun terpadam.
Kena
dengar leteran Tengku Izraf Akif sepanjang jalan, malah dia terlena di dalam
kereta Tengku Akif, bila sedar dia sudah berada di atas katil di dalam
biliknya. Tetapi yang buat dia terkejut beruk sangat tu, sebab Tengku Izraf
Akif sedang tidur di sebelahnya.
Hah????