Ketua Kelab
Masa Kini...
Sebuah kotak diletakkan di hadapan pintu bilik milik anak sulung saya, Khalis. Pintu biliknya diketuk.
"Khalis! Mama ni, boleh buka pintu tak?" Nyaring saya memanggil. Mengharapkan suara itu didengarinya.
"Sekejap!" Khalis menyahut. Tidak lama itu, dia membuka pintu bilik. Terkejut dia apabila mendapati saya membawa masuk sebuah kotak ke dalam.
"Apa ni mama?" Khalis kehairanan.
"Ni ha, mama bawa kotak," jawab saya sambil meletakkan kotak tersebut di atas lantai.
"Kotak?
"Kotak ni special tau. Dalam ni ada sesuatu yang Khalis akan suka. Nak tengok?" Saya mengajaknya.
"Sesuatu yang Khalis suka? Apa dia?"
Saya tersenyum lalu membuka kotak tersebut. Khalis yang kehairanan menghampiriku. Sebaik dibuka, barulah terlihat isi di dalam kotak itu berisi beberapa buah buku. Salah sebuah buku diambil lalu saya mengusapnya perlahan. Ia berhabuk, harus dicuci. Apabila habuk itu terlerai dari kulit, saya berikan pula buku itu kepada Khalis.
"Cuba Khalis tengok buku ni. Mama pasti Khalis mesti suka."
Dia mengambil buku tersebut. Bola mata Khalis bergerak bermula dengan membaca tajuk sehinggalah ke nama penulisnya. Dia amatinya dengan teliti.
"Jiwaku Hanya Untukmu, hasil tulisan... Fahim!" Terus matanya memandang wajah saya.
"Mama! Mana mama dapat ni?" Terkejutnya anak gadis saya ini hingga terjerit-jerit. Mana tidaknya, buku itu ditulis oleh penulis novel kesuakannya.
"Khalis, nak tahu?" Dia mengangguk sungguh.
"Sebenarnya inilah buku yang mama pernah beli dulu. Kalau Khalis nak tahu, buku inilah yang temani mama sewaktu mengandungkan Khalis."
"Seriuslah mama! Patutlah Khalis suka baca buku-buku Fahim. Rupanya mama baca waktu mengandungkan Khalis."
Perasaan terujanya membuat saya gembira. Bibir ini mengukir senyum. "Mama tengok Khalis ni minat sangat baca novel Fahim. Alang-alang mama kumpul novel dia, mama bagi kesemua buku ni dekat kamu," jelas saya sambil menepuk kotak itu.
"Iya ke! Terima kasih mama," ucap Khalis. Dia bersyukur setelah mendapat pemberian dari ibunya ini.
Melihat dia tersenyum begini, sama sekali membuatkan saya gembira. Dia saling tak tumpah seperti seseorang yang saya kenali. Mereka sama-sama suka membaca.
Cumanya... saya tertanya-tanya. Apakah impian Khalis ingin menjadi penulis?
"Khalis, boleh mama nak tanya kamu sesuatu? Mama teringin nak tahu apa minat kamu yang sebenar-benarnya? Kamu tak pernah pun cerita apa impian kamu dekat mama." Sengaja soalan itu ditanyakan.
"Err... itu..." Khalis teragak-agak. Barangkali takut jika saya memarahi impiannya itu.
Bahunya disapa lembut. "Jangan takut dengan mama, sayang. Mama nak tahu je. Lagipun, mama akan sentiasa sokong apa sahaja minat kamu tu. Sebab kamu anak mama." Pujuk dan Rayu saya seperti mengetuk pintu hati Khalis. terserlah pada wajahnya.
"Urrmm... sebenarnya Khalis... Khalis minat nak jadi penulis, mama." Jadi benarlah tekaan saya. Dia juga berminat hendak menjadi penulis.
"Oh, penulis ke. Itu memang minat Khalis?"
Khalis membalas dengan anggukan. "Khalis sebenarnya ada juga menulis cerita secara online. Tapi secara amatur je lah," jawabnya jujur.
Rasa teruja menerjah diri. "Wah, ya ke! Nanti mama nak baca boleh? Mana tahu cerita kamu menarik."
"Eh! Tapi... Khalis malulah mama. Nanti mama tak suka macam mana?"
"Khalis," panggil saya meleret.
"Mama kan dah cakap yang mama akan cuba untuk sokong impian kamu. Tahu tak waktu mama sebaya kamu ni, mama pun ada impian tersendiri. Malangnya, keluarga mama tak sokong.
Disebabkan perkara tu terjadi, mama bertekad yang mama akan sokong sahaja apa impian anak mama ni," terang saya. Harapnya ia dapat menambahkan keyakinan Khalis. Ketika ini dia mungkin berasa takut. Takut jika saya mencerca karyanya. Tapi ketahuilah, saya bukanlah sebegitu, apabila anak saya mempunyai impian, haruslah saya menyokongnya dari belakang.
Dari riak muka Khalis, dia seperti yakin dengan saya. Sekali lagi dia mengangguk. "Yalah, mama. Nanti Khalis share cerita Khalis dekat mama."
Senyuman saya melebar. Akhirnya pujuk dan rayu saya, berjaya melembutkan hatinya. "Lagi satu Khalis, kamu nak tahu satu rahsia, mama?" Kepala Khalis didekatkan ke arah saya. Dia seperti berminat untuk mendengar.
"Rah... sia?"
"Kalau Khalis nak tahu, Fahim ni kawan mama. Kitaorang dah kenal sejak zaman sekolah tau."
Mata anak sulung saya ini mula berubah. Mulutnya juga terbuka luas.
"Eh! Tak mungkinlah. Mama jangan main-main."
Saya tergelak saat melihat reaksinya. Comel betul. "Betullah. Buat apa mama nak tipu kamu?"
"Seriuslah? Kenapa mama tak pernah cerita pun sebelum ni?"
"Sebab mama tak tahu yang anak mama ni minat baca buku dia." Saya tersenyum sinis.
"Oh ya! Lupa pula." Mata saya kembali beralih pada kotak. Saya membongkok sedikit sebelum membelek beberapa buku. Apabila menjumpai buku yang dimahukan, saya serahkan ia kepada Khalis.
"Nah, ini buku debut Fahim. Dalam buku ni ada beberapa babak datang daripada idea mama tau. Nama tajuknya "Kaulah Heroinku" dan ini adalah cetakan yang pertama," ujarku.
"Ehhhh! Debut? Cetakan pertama?" Pantas tangan mulusnya mengambil buku dari tangan saya. Dia belek dengan asyiknya. Gembira dan teruja.
"Khalis suka tak?"
"Mama... mestilah suka! Terima kasih, mama. Sayang mama." Pantas gadis berusia 16 tahun ini memeluk tubuh ini. Saya membalas dengan mengusap belakang kepalanya.
"Mama pun sayang kamu juga, Khalis."
Setelah pelukan dileraikan, saya pun meminta diri. "Okeylah, mama rasa ini je yang mama nak sampaikan dekat kamu."
"Ermm... mama," panggil Khalis.
"Ya?"
"Boleh tak mama cerita tentang Fahim dekat Khalis? Khalis... teringin nak tahu tentang dia. Sebab dia idola Khalis." Saya memandangnya tanpa sebarang reaksi. Tidak lama selepas itu, saya mengangguk.
"Boleh. Tapi bukan sekarang ya. Ada masa nanti mama cerita dekat kamu."
Khalis bersetuju.
"Baiklah. Khalis tunggu." Hanya senyuman terukir di bibir ini. Jika ada masa, akan saya ceritakan segalanya kepada Khalis.
*****************************
27 tahun yang lalu...
Sudah sebulan berlalu sejak sesi persekolahan bermula. Inilah tahun terakhir saya sebagai seorang pelajar.
Bunyinya agak indah, bukan?
Ramai menyangka sebaik tamat zaman persekolahan, bolehlah kita berehat, dapatlah kita menggapai kebebasan yang selama ini diidamkan. Walhal, itu semua dusta belaka. Kita terlalu memikirkan kebebasan sehingga terlupa, bahawa itu hanyalah langkah permulaan untuk menuju ke alam dewasa.
Langit yang mendung berubah cerah. Kini langit petang sudah mula menampakkan cahaya. Walau hari sudah pun petang, malangnya saya masih belum pulang. Bukan hari ini sahaja, ikutkan hampir setiap hari saya terpaksa pulang lewat.
Mengapa begitu?
Semuanya salah Rina. Ceritanya bemula tiga bulan yang lalu. Oleh kerana tahun ini merupakan tahun senior bagi kami, saya telah dilantik oleh Cikgu Shuna, merangkap guru penasihat kelab kaunseling untuk menjadi pengerusi kelab.
Hendak mengeluh, sudah tidak berguna. Terpaksalah saya menggalas cabaran ini. Malah saya tidak keseorangan. Rina telah bertindak sebagai penolong pengerusi, manakala Mei sebagai setiausaha.
Dan...
ada satu kejutan telah berlaku. Kekasih hati saya, Rafie menjadi ahli baru kelab kami. Saya tidak membantah, malah gembira dengan keputusan Rafie itu. Dapatlah saya tatap wajahnya setiap masa. Biarlah muak, asalkan hati ini sayang.
Berbalik kepada urusan saya, setiap minggu saya dikehendaki untuk menghantar laporan kelab di bilik pengawas. Di sekolah kami, pengawaslah yang bertanggungjawab untuk mengumpul segala laporan daripada kelab demi meringankan beban guru-guru.
Ini bermakna, aktiviti kokurikulum dikawal sepenuhnya oleh pelajar, dan guru hanya menasihati sahaja.
Setelah lama berjalan, akhirnya saya pun tiba di hadapan bilik pengawas. Nafas saya tercungap-tercungap. Penat rasanya. Biasalah, bilik pengawas ini terletak di tingkat satu, manakala bilik kelab di tingkat tiga. Dengarnya pun sudah dapat bayangkan betapa penatnya jika hendak berulang alik.
Saya mengetuk pintu. Ucapan salam juga diberi sebelum membuka pintu.
"Assalamualaikum."
Ucapan itu disambut oleh seorang perempuan bertudung biru. Orangnya putih melepak, sama dengan saya. Matanya bulat dan besar. Hidungnya pula mendasun tunggal. Shasha namanya. Dialah setiusaha pengawas.
"Waalaikumussalam, iya ada apa?" soal Shasha kepada saya.
"Saya nak hantar laporan kelab saya dekat sini."
"Ooohh... boleh saya tahu awak dari kelab mana?" Shasha datang menghampiri saya.
"Kelab bimbingan kaunseling." Jawapan saya itu membuat raut wajahnya berubah.
"Kelab bimbingan kaunseling? Ermm... maaf bertanya awak ni presiden kelab ke?" Shasha meminta kepastian.
"Ya, kenapa awak tanya." Kening saya terjongket hairan.
"Maaflah, tapi tadi Zarul ada cakap, kalau pengerusi dari kelab bimbingan kaunseling datang, dia minta untuk berjumpa dengannya dalam bilik tu," terang Sasha dengan jarinya ditujukan pada pintu bilik ketua pengawas.
Tak mungkin. Dia nak saya masuk dalam bilik itu?
Saya menelan air liur. Sekiranya saya masuk ke dalam bilik tersebut, sudah tentu saya terpaksa berhadapan dengan ketua pengawas yang mana jantinanya ialah lelaki.
"Dia nak jumpa saya seorang je ke?"
"Nampak gayanya macam tu lah." Hati saya berdetak debar. Setelah puas berfikir, saya pun akur.
"Ye lah, saya akan berjumpa dengan dia. Terima kasih ya."
"Sama-sama."
Saya pun berjalan menuju ke pintu bilik tersebut. Terpampang papan tanda yang bertulis 'Bilik Ketua Pengawas'.
Pintu bilik diketuk.
"Masuk!" Kedengaran seseorang memanggil masuk.
Sebaik pintu bilik dibuka, kelihatan seorang lelaki yang memakai kot berwarna biru, memandang ke arah saya. Dialah Zarul, ketua pengawas sekolah.
Kaca matanya dibuka. Dia merenung tajam ke arah saya. Hnaya tuhan sahaja yang tahu betapa gementar saya rasa. Dari gayanya macam hendak marah. Tambah pula dia lelaki, lagilah saya takut.
Saya cuba mengawal diri. Tenang Inas, dia pun manusia juga, bukannya hantu.
"Inas, dah lama saya tunggu kedatangan awak." Zarul membuka mulut. Saya menunduk sedikit sebelum maju ke hadapan.
"Ini laporan untuk minggu ini." Sebuah fail berisi laporan dihulurkan kepadanya.
"Okey, nanti aku review." Zarul mengambil laporan itu lalu diletakkan di atas meja.
Bibir saya dikemamkan sedikit. Teragak-agak untuk bertanya akan sebab dia menyuruh saya untuk masuk ke bilik ini. Dengan rasa takut saya pun bertanya kepada Zarul.
"Maaf bertanya, tadi Shasha cakap awak nak berjumpa dengan saya? Kenapa ya?"
"Oh, lupa pula." Zarul menepuk tangan sekali.
"Nasib awak ingatkan saya. Sebenarnya saya nak tahu, kelab awak ni ada buat apa-apa event tak untuk Hari Keusahawanan yang akan datang?" tanya Zarul kepada saya.
Alahai, dia tak ingat rupanya fasal itu. Menyesal saya ingatkan dia.
Bila bercerita mengenai hari keusahawanan, pasti kita akan terbayang akan kemeriahan pada hari itu. Hari di mana kesemua pelajar berseronok dan bersuka ria.
"Oh, tentang tu... kami belum buat keputusan lagi."
"Belum lagi?" Suaranya ditinggikan. Nampaknya itu bukanlah jawapan yang dikehendaki oleh Zarul. Saya pun menyengih senget. Kepala yang diselaputi tudung sengaja digaru.
"Inas, awak kena ambil serius tau tentang ni. Kami kumpulan pengawas, kena buat anggaran bajet untuk diperuntukkan kepada setiap kelab. Kalau kelab awak lambat buat keputusan ia akan membantutkan lagi proses persiapan untuk hari keusahawan tu." Begitu tegas Zarul menasihati saya.
Kepala ini tertunduk malu.
"Maafkan saya. Saya akan cuba usahakan. Lagipun kami tengah cari idea lagi ni." Itulah alasan yang mampu diberi.
Zarul mula berpeluk tubuh. "Okey, saya tunggu. Cuma saya nak awak tahu, dalam banyak-banyak kelab, kelab awak sahaja yang belum hantar borang tu tau." Zarul memberi peringatan.
Hati saya tersentuh. Kata-katanya itu bagai memanah hati ini hingga terasa sakitnya.
"Ya, saya faham. Maafkan saya. Saya tahu ini semua salah saya. Saya tak berjaya nak kendalikan kelab saya dengan baik." Suara saya kedengaran serak. Hampir menangis, tetapi rasa itu ditahan.
Zarul melepaskan nafas berat.
"Saya tak salahkan awak, Inas," ujar Zarul.
"Terus teranglah saya cakap. Awak ni antara pelajar cemerlang dekat sekolah ni tau. Cikgu-cikgu semua suka dekat awak. Jadi saya tak naklah nama awak tercalar disebabkan perkara ni. Jadi, saya harap awak dapat ambil perkara ni dengan lebih serius."
Nasihat jejaka berkot ini diambil baik oleh saya.
"Baik, Zarul. Mungkin esok atau lusa, saya akan hantar borang itu." Saya memberikan janji.
"Okey, saya faham. Maaf kalau saya terkasar sikit tadi. Saya cuma nak nasihat je."
"Tak mengapa, saya faham."
Setelah itu, saya pun bergegas keluar daripada bilik pengawas. Pancaran lega makin terukir pada raut wajahku. Akhirnya, selesai juga di antara saya dengan ketua pengawas. Walaupun saya bagai digertak dan dimarahi sebentar tadi, namun ada beberapa perkara positif yang berjaya diubah.
Saya... sudah boleh bersembang dengan orang lelaki. Ya, inilah perkara positif yang berlaku kepada saya sekarang.
Nasib tiada apa-apa yang berlaku sepanjang berada di dalam bilik tersebut. Walaupun saya sendiri tidak biasa dengan situasi sebentar tadi, dapat juga saya atasinya dengan lancar.
Telefon bimbit dicapai dalam poket. Tak sabar rasanya hendak kongsikan perkara ini kepada Rafie.
***
Inas: Awak, saya dah selesai tugasan saya. Jom kita berjumpa nanti?
Rafie: Nice! Tepat pada masanya. Sebenarnya saya ada sesuatu nak tunjukkan dekat awak. Kita jumpa dekat depan Bilik Impian ya, sayang.
Inas: Eh, seriuslah? Apa dia?
***
Rafie bagaimanapun tidak membalas. Sebaliknya hanya memberikan emoji muka kenyit mata. Telefon bimbit disimpan. Apalah sesuatu itu? Harapnya ia sesuatu yang istimewa. Tanpa berlengah, langkah kaki ini dibuka untuk menuju ke foyer sekolah.
Bersambung...