Ku Haramkan Celana Singkat Itu

hey kamu

duduk kangkang didepanku

kecewa melihat pakaianmu.


hey kamu

jejaka bercelana singkat

bintik bintang putih berlatar biru pekat.


hey kamu

celana apa ini?

sendat seluruh sisi

lutut dedah tak dirukup

khazanah perkasa membentuk tak tertutup

menaik syahwat manusia nafsu susuk.


demikian benci

celana ini

mana hilang malu diri

mana resah di hati

berseluar canggah kata Ilahi.


kitab suci 

kiasnya ditafsiri 

tutuplah aurat

dengan jalinan benang yang berselirat

keaiban digebar tanda taat.


ini satu nasihat

buatmu sahabat

kita saling leka

zaman sering bertukar cara

hadapilah dengan akal

bukan nafsu bebal.


11/1/2020, Malaysia.🙃

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh