Home Puisi Keluarga Titisan Budi Bonda
Titisan Budi Bonda
Amy Zaila
11/4/2019 14:10:45
5,249
Kategori: Puisi
Genre: Keluarga

Titisan Budi Bonda

 

Deruan ombak berlagu di lautan

Disulami damainya angin yang menyapa wajah

Mencarik hati sekeping jiwa

Beralaskan pasir ibarat permata

Berpaksikan pelangi nan indah.

 

Ku susuri pantai yang meluas

Menitipkan langkah demi langkah

Ku depangkan kedua tangan

Ku bilang titisan hujan yang kian menghilang

Rindu….

Itu yang kurasakan.

 

Duhai sayang

Kekasih hati dunia akhirat

Kasih yang dicurah tiada terbalas

Pengorbanan diri tiada berganti

Engkaulah intan, engkaulah permata

Hanya satu tiada galangnya.

 

Wahai bonda si ratu hatiku

Rindu anakmu tiada berpenghujung

Terima kasih atas budimu

Walau nyawa terpisah dua

Moga kamu di bawah jagaan Dia 

Tidak sekali-kali akan ku lupa

Doa ku sepanjang masa

Sentiasa iringi kamu, duhai bonda.

 

Nukilan :

Amy Zaila

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham