Aku,
Seekor unta di padangpasir,
Membawa tuan entah kemana,
Yang bersenangan hinggatertidur lena,
Yang membiarkan akuberjalan sendirian,
Berjalan dengan tanpaarah tuju,
Untuk menerokai sebuahpadang tandus.
Aku,
Berjalan di atassebidang pasir,
Luas terbentang penuhdebu,
Kering-kontang tiadaair,
Berjalan aku tiadahala,
Tanpa aku sedar,
Tersungkur aku,
Di atas debu menutupimuka,
Lalu menusuk ke mata,
Lalu kelam jalan kaburpandangan,
Tidak kulihat jalan tuktuan.
Tuan hanya mengikutjejakku,
Tanpanya sedar,
Dirinya semakin hanyut,
Di tengah padang pasir,
Yang turut beribut,
Menyelimuti dirikubersama rimbunan debu,
Juga sama tuanku,
Yang baru sedar darilamunan mimpi.
Aku,
Terus melangkahmenongkah dedebu,
Bersama tuan yang terusmemacuku,
Memujukku untuk terusbertahan,
Walau kaki sudahkehausan,
Terus bertahan mencarijalan.
Akhirnya,
Cahaya bintang mulakelihatan,
Buat tuan sebagaipanduan,
Mencari jalan untukkeluar,
Dari padang penuh debuini,
Menuju kota penuhcahaya,
Menuju kota penuhbarakah,
Perjalanan musafirpenuh dengan harapan,
Cuba mengaut kembali Segunungkeimanan,
Demi mencari secebiskasihnya empunya tuan,
Empunya Unta sebenar,
Empunya jalan,
Empunya alam semesta,
Empunya sekalianmakhluk kehidupan.