Home Puisi Islamik Seruan Jihad
Seruan Jihad
Hasan Z. Ali
29/2/2020 09:18:25
207
Kategori: Puisi
Genre: Islamik

semboyan telah bergema

kau masih tidur

bangkitlah anak muda ! 

gagahkan dikau dari tersungkur.


ini bukan masa rai ceria

ini bukan masa menatap hiba

ini masa bersuara ! 

bukan lalai hanyut dan leka.


maruah agama TERGADAI

kau masih SANTAI

saudara kita sedang DIBANTAI

kau masih BERCERAI-BERAI


bangkitlah anak muda

berjuanglah untuk bangsa dan agama ! 

siapkan pena, kata dan senjata

mengiringi kekuatan  rendeng dan tadah doa

riuhkan balayang suci kala subuh menjelma

gentarkan musuh-musuhNya

dengan pengharapan penuh pada yang Esa.


jihad, jihad dan jihad

hentikan dengkurmu

siagakan jenteramu

pisaukan nafsumu

agar jihadmu ikhlas

matlamatmu jelas.


Allahu Akbar !

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.