Home Puisi Islamik TAUBAT SEORANG HAMBA
TAUBAT SEORANG HAMBA
R VIVIYANTY MOHD NASIER
11/1/2016 12:37:49
2,009
Kategori: Puisi
Genre: Islamik
Islamkah aku
Jika solatku suam-suam kuku
Jika puasa ku tak mahu
Jika mengaji ku tak tahu

Islamkah aku
Andai hatiku alpa pada Mu
Andai jiwaku hanyut dengan dunia Mu
Andai batinku lalai mengingati Mu

Ya Allah ya Tuhanku
Berikanlah aku petunjuk Mu
Kuatkanlah Iman di dada ku
Bantulah aku mengenali Mu

Ya Rahman ya Rahim
Jauhkan aku dari dusta dunia Mu
Lindungi aku dari syaitan ciptaan Mu
Jauhkanlah aku dari siksa neraka Mu

Ya Allah ya Rabbi
Terimalah taubat ku
Teguhkan aku dengan Agama Mu
Cekalkan hatiku untuk mengingati Mu
Sungguh aku merindui Mu

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.