Home Puisi Cinta SYURGA MILIK KITA
SYURGA MILIK KITA
R VIVIYANTY MOHD NASIER
11/1/2016 12:24:24
912
Kategori: Puisi
Genre: Cinta
Apakah dirimu mencintaiku
Sedalam cinta Yusuf kepada Zulaikha
Sehangat kasih Muhammad kepada Khadijah
Seharum wangian Syurga

Bimbinglah aku menjadi Aisyah
Ajari aku ketabahan Asiah
Pimpinlah aku menjadi khadijah
Memiliki sifat wanita solehah

Kau adalah Yusuf ku
Wajah kacak tiada tanding
Kau adalah Muhammad ku
Imam disepanjang perjalanan hidupku

Moga Syurga itu milik kita
Menjadi kediaman yang terindah
Menyaksikan penyatuan cinta
Yang suci dan diberkati Allah

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh R VIVIYANTY MOHD NASIER