Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kau Percaya Takdir Tak?
Kau Percaya Takdir Tak?
Iman Safiyya
1/8/2020 11:11:22
6,434
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 20

Berkat dorongan dari emaknya, Ayumi kuatkan hati untuk mencuba pekerjaan barunya sebagai...


"Apa? Hang nak pi reja kat Klang? Jauh tu weh," Lukhman seakan tidak percaya dengan berita yang disampaikan Ayumi. Jika dahulu dia juga tidak percaya bahawa sahabatnya akan pergi ke luar negara namun kerisauannya tidak seperti situasi sekarang, kerana semasa di Yaman, Lukhman tahu Ayumi tinggal bersama kakaknya. 


"Betul la, aku dah siap dah barang-barang, tunggu kak aku mai ambik ja," balas Ayumi.


"Hang dah pikiaq habih-habih ka? Mak hang sapa jaga?" Tanya Lukhman penuh prihatin.


"Kak aku ada, abang aku pun ada, lagipun mak aku yang suruh pi reja sana, cari pengalaman," terang Ayumi.


"Sorang-sorang ka kat sana?" Nadanya penuh kerisauan. 


"Dak.. aku dok dengan pelajar perempuan. Kan sekolah tahfiz." Ayumi hampir ketawa. 'Ada ja nak tanya, haish!'


"Jap-jap, hang kata pi sana nak mengajaq Quran, lepastu kena cari rumah sewa ka nanti?" Lukhman semakin keliru.


"Aku memang la pi sana nak mengajaq, tapi aku jugak kena jadi warden," Ayumi menghela nafas. 


"Lah yaka?! Habaq la awai-awai jadi warden," mahu sahaja diketuknya kepala Ayumi jika ada dihadapannya. 


"Hmm malu la nak habaq hat tu.. hehe," Ayumi tersengih sendirian, mujur sahaja hanya bermesej. Jika berbual di telefon memang tidak la dia nak beritahu kerja barunya sebenar. 


"Kepala hang, kalau macam tu takpa la, tak risau dah la aku," Lukhman menghela nafas.


"Abang aku pun tak kata apa, hang yang risau lebih," padahal abang Ayumi yang seorang lagi sebenarnya tidak berapa setuju adiknya kerja jauh, bahaya katanya. Tetapi emaknya sudah memberi lampu hijau, Ayumi sudah tidak kisah lagi sesiapa yang menghalang. Itu pilihannya.


"Aku kan abang hang jugak," balas Lukhman bersahaja. 


"Tak mau aku jadi adik hang, dah la panas baran," ejek Ayumi.


"Yelah, hati-hati kat tempat orang, jaga Iman jaga hati, jaga diri sendiri," pesan Lukhman. 


Terima kasih sokong aku, baru ada semangat nak pi," Ayumi tidak sabar untuk memulakan kerja barunya 3 hari lagi. 


"Sahabat kena la sokong benda baik yang sahabat dia nak buat," dari dahulu sehingga sekarang, itulah yang dilakukan Lukhman sebagai sahabat Ayumi. Sentiasa memberi sokongan dan dorongan.


"Belajaq macamana la? Okey ka tak okey?" Ayumi mengubah topik perbualannya ke Lukhman pula. Jika tadi Lukhman sudah memberinya semangat, kini gilirannya pula untuk berbuat sedemikian.


"Macam tu lah. Makin lama makin banyak assignment nak kena buat," memikirkan saja sudah memeningkan kepala, Lukhman tidak kisah semua itu, jika serabut dengan kertas kerja yang banyak, dia akan keluar bersiar-siar di sekitar Bandar Melaka bersama kawan-kawannya. 


Sudah hampir 2 tahun dia belajar di MMU, rakan seperjuangannya juga ramai. Motosikal kesayangan yang dibawa dari Perak itulah yang diboncengnya hari-hari ke Kolej. 


"Belanja hang cukup ka? Kawan-kawan aku ramai yang masuk KUISAS. Depa banyak pakai duit, swasta kan..." Ayumi terkenangkan keluarga Lukhman. 


Walaupun tidak pernah berjumpa kedua ibu bapak sahabatnya, namun dia tahu, jika kedua-dua kembar itu masuk kolej sememangnya memerlukan kos perbelanjaan yang banyak.


"Oii, hang lupa ka adik aku pun masuk KUISAS? Lagipun ada PTPTN lah," balas Lukhman bersahaja.


"Oh yalah! Aku lupa pulak, huhu..." Ayumi termalu sendiri.


"Tulah hang banyak makan semut," ejek Lukhman.


"Aku kalau ada semut sekoq pun dalam ayaq, aku buang semut tu, tak dak beradanya aku nak makan semut, dah la.. doakan aku tau," Ayumi ingin mengakhiri mesejnya.


"Yalah.. semoga berjaya dan kuat semangat, jangan garang-garang sangat dengan pelajar hang, habih lari depa nanti," sempat Lukhman bergurau.


"Aku garang kalau depa buat perangai ja," Ayumi membuat emoji katawa.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Iman Safiyya