Home Novelet Fantasi Di Luar Normal-lah
Di Luar Normal-lah
Iqadamantium
7/1/2020 22:21:44
740
Kategori: Novelet
Genre: Fantasi
Senarai Bab
BAB 4

Shahirah mendongak dan melihat matahari yang tegak di atas kepalanya. Terik. Peluh yang sejak dari tadi tidak putus-putus mengalir di pipinya itu diusap perlahan dengan lengan baju sekolahnya. Kemudian, dia melirik ke arah Shahir yang berada di sebelahnya. Nampaknya, abangnya itu juga mengalami nasib yang sama. Apa tidaknya, mereka berjalan kaki pulang dari sekolah di bawah panas cahaya mentari.


"Abang!"


Senyap.


"Abang?"


Senyap lagi.


 "Ohh abangku!". 


Shahirah terus menerus memanggil abangnya yang tidak menyahut panggilannya.


"Kau nak apa budak? Boleh senyap tak aku tengah penat ni". Shahir tidak tahan lagi dengan panggilan Shahirah bertalu-talu.


"Orang nak cakap je, adik pun penat jugaklah". Shahirah sudah merajuk. Panjang muncungnya. Walaupun dia masih jalan seiring dengan Shahir tapi dia tidak mahu memandang abangnya itu.


"Yelah, yelah kau nak cakap apa?. Cakap cepat!". Shahir mengaku kalah juga, malas dia nak bermasam muka dengan Shahirah. Nampaknya, Shahirah seperti ada cerita yang tidak sabar nak diberitahunya.


"Abang kau tahu tadi kat sekolah, aku nampak hantu baru, tak ada kepala, dia baru jalan sikit langgar tiang, jalan lagi dia langgar dinding. Adik nak je tunjukkan dia jalan yang lurus. Hahahaha". Geli hati Shahirah mengenangkan perkara yang dilihatnya tadi.


"Aikk, tak takut pula kau?". 


'Berani pula, Shahirah, selalunya dia menjerit ketakutan'.


"Memanglah, takut tetap takut, tapi dia tak nampak adik pun lah, dia kan tak ada kepala.". Kata Shahirah dengan nada berlagak.


"Walaupun dia tak nampak kau, kalau kau tegur dia, dia boleh mengekor kau, buat lah main-main". Shahir menakut-nakutkan adiknya itu.


"Ishhh!. Adik tak buat pon. Tak tegur pon dia". Seram memikirkan jika hantu itu mengekorinya kehulu kehilir.


"Abang, kau perasan tak sejak kebelakangan ni, banyak hantu berkeliaran, sampai adik tak boleh beza mana manusia, mana yang bukan".

Kata Shahirah sambil membetulkan gelang di tangannya.


"Macam yang kat depan kita ni!". Shahirah terjerit sedikit dan memaut erat lengan abangnya itu, kerana tiba-tiba sahaja ada hantu yang pecah tengorak kepalanya menerjahnya.


Shahir juga perasan akan hal demikian. Seperti sekarang, berapa ramai hantu yang bertegek dan berjalan di hadapannya ini. Sampai sukar untuk dia dan Shahirah mengelak daripada melanggarnya. Walaupun mereka tidak boleh memegang hantu-hantu itu, mereka tetap juga tidak mahu melanggarnya. Disebabkan oleh rupanya yang menyeramkan barulah dia dapat membezakan yang manusia yang mana satu yang bukan.


"Mungkin dah nak dekat bulan hantu ni, tu hantu-hantu keluar holiday, tak payah fikirlah, buat tak nampak je". Hanya itu sahaja alasan yang boleh difikirkannya.


Asyik Shahirah dan Shahir berborak sampai juga mereka di perkarangan rumah kerana sekolah mereka berhampiran dengan rumah mereka. Apabila Shahirah tiba di pintu pagar rumahnya, pantas dia berlari masuk ke dalam rumah.


'Dahaga, dahaga, air sejuk'. Meluru dia ingin pergi ke dapur mengambil air di dalam peti ais.


"Adik ambilkan ABANG kau ni air sedap". Laung Shahir dari jauh. Dia baru sahaja masuk kedalam rumah lalu duduk di atas sofa di ruang tamu itu.


"Tak nak, ambil sendiri, kita lahir beza 4 minit je ok!". Laung Shahirah semula dari dapur.


Shahirah membuka pintu peti ais mencari air sejuk untuk melegakan dahaganya.


'Ermmm, air apa yang tekak aku nak minum'. Shahirah bersenandung perlahan, memikirkan air sejuk yang bakal diminumnya.


"Hhmmmm, hhhmmm, hmmmm,hhhhmmmm". Shahirah mendengar suara orang bersenandung, lagu yang baru sahaja dia senandungkan dan juga bunyi gesekan loceng kaki. Terhenti pergerakan tangannya. Memang dia terdengar sayup-sayup suara orang bersenandung semasa baru sahaja memasuki dapur ini, tanpa sedar otaknya mengikuti senandungan yang di dengarinya itu.


'Baru aku sedar suara siapa tu?'. Shahirah menutup pintu peti ais. Selepas itu dia tidak bergerak sama sekali.


Di hujung matanya, dia seperti nampak orang bergerak-gerak. Tapi dia tidak berani menoleh.


"Hmmm..hhhhmmm...hmmmm". Suara senandung dan bunyi loceng kaki itu masih kedengaran. Malah suara itu semakin dekat dengannya. Shahirah sudah rasa lain macam. Dia menundukkan kepalanya ke bawah. Dan ingin beredar daripada situ.


Kichingg..kichingg.


Senyap.


Bunyi yang didengarinya tadi sudah berhenti. Shahirah tidak mendengar apa-apa bunyi lagi. Rasa ingin tahu membuatkan dia menoleh ke belakangnya.


Kosong.


Tiada sesiapapun yang berada dengannya di dapur itu. Walaubagaimanapun, dia masih berasa takut dia ingin beredar dari situ.


"Arghhhh..."Shahirah menjerit lantang. Dia terlanggar almari di belakangnya menyebabkan gelas kaca yang diletakkan di situ pecah berderai. Dia terkejut kerana ada hantu berwajah ngeri memberhentikan langkahnya untuk beredar dari situ.


Dia terus menutup matanya.


Kichingg...kichingg. Bunyi gesekan loceng kaki bermula lagi.


"Shahirah, Shahirah, Shahirah". Hantu itu memanggil namanya berkali-kali.


Pada waktu itu, Shahirah sudah terjelepok di lantai sambil menutup kedua mata dan telinganya. Dia tidak mahu mendengar kata-kata hantu itu.


"Tak nak!, tak nak!, tak nak!". Shahirah menutup matanya erat, berharap supaya hantu itu pergi dari situ.


Shahirah mendengar bunyi derapan kaki dan suara kakak dan abangnya.


Apabila Mia melihat keadaan Shahirah, laju dia pergi ke adiknya itu.


"Adik!, adik!, kakak ni, cuba cakap kenapa ni?". Mia cuba berkomunikasi dengan Shahirah. Mia juga cuba melepaskan tangan Shahirah daripada menutup telinganya.


"Ada hantu kak, ada hantu, dia kacau adik". Shahirah sudah menangis sambil memeluk Mia.


Apabila sahaja Mia mendengar balasan daripada Shahirah, dia terus memandang Shahir untuk kepastian.


"Ada lagi ke hantu tu Shahir?"


"Ada kak, kat situ" Shahir menunding jari pada satu arah berhampiran Shahirah.


"Dia buat apa, kacau adik ke?"


"Tak, dia tengah menari". Shahir juga tak percaya dengan apa yang dilihatnya.


"Hah menari?"


"Dia perempuan yang pakai baju tradisional  dan menari tarian negara Tailand."


"Macam mana hantu dari negara seberang boleh tersampuk datang sini kacau adik?".


Shahir juga tidak tahu. Tiba-tiba sahaja muncul di hadapannya hantu dari luar negara.


"Adik, buka mata tu dia tak kacau adik la, dia menari je." Mia melepaskan pegangannya pada Shahirah.


Shahirah membuka matanya apabila mendengar  kata-kata Mia walaupun di dalam hatinya ada perasan syak wasangka.


Dia melihat sekeliling dapur. Kosong. 


'Aikk, dah pergi ke hantu tu tadi?'


"Tak ada dah hantu tu". Shahirah berkata pada abang dan kakaknya.


"Mana, ada lagi, ni kat situ menari-nari!". 


"Adik tak nampak pun, abang tipu ni". Shahirah menundingkan jarinya pada Shahir. Lega hatinya hantu menari itu telah pergi.


"Eh, dia gerak pergi kat kau la dik!"


"ABANG! Janganlah takutkan adik".


"Aku cakap betul ni, dia betul-betul berdiri depan kau sekarang ni". Shahir berkata dengan muka yang serius.


Shahirah juga jujur dengan kata-katanya, dia benar tidak nampak walau satu pun hantu di sekitarnya.


Mia yang berdiri sebelah Shahirah tidak tahu yang mana satu yang ingin dipercayainya.


"Kat mana bang? Sini ke?". Mia bertanya sambil menghuyung hayangkan tangannya di hadapan Shahirah. Tempat di mana Shahir katakan tadi.


"KAK!!!!" Shahir tiba-tiba sahaja menjerit.


"Ada apa? Kenapa?". Mia terkejut dengan jeritan Shahir yang secara tiba-tiba.


"Kak kau tahu tak apa yang kau buat tadi?". Shahir berkata dengan nada tinggi, matanya juga masih terbeliak tidak percaya.


"Ada apa? Cakaplah abang." Tidak sabar Mia ingin mengetahui apa yang Shahir nampak tadi.


"Kak, kau tampar hantu tu kak! Sampai dia jatuh terbaring kat situ". Shahir menundingkan jarinya lagi ke suatu arah yang lain.


"Ha? Sini?". Mia sudah pelik mendengar kata-kata Shahir. Ini macam Shahir ingin mengenakan dia. Masakan dia boleh menyentuh hantu. Nampak hantu pun dia tidak boleh inikan lagi ingin sentuh hantu itu. Shahir dan Shahirah juga hanya boleh melihat dan tidak boleh menyentuh hantu.


Mia ikutkan sahaja kata-kata Shahir, lalu dia pergi ke arah tempat yang Shahir katakan hantu itu terbaring.


"Dah pergi dah hantu menari tu?". Kata Mia dengan nada bergurau. Dia yakin Shahir hanya ingin mengenakannya kerana Shahirah tidak nampak hantu yang Shahir katakan itu.


'Mentang-mentanglah dia tak nampak hantu menari tu. Digula-gulakan aku'. Mia ketawa di dalam hatinya.


"Macam mana hantu menari nak pergi, gerak pun dia tak boleh".


"Kenapa pula dia tak boleh gerak? Dia tak takut ke kena penampar dengan kakak lagi!"


"Macam mana hantu tu nak bergerak, kalau kau pergi pijak rambut dia kak!" 


'Kesian pula aku tengok hantu menari ni, dahlah kena tampar, lepastu kena pijak rambut sampai tak boleh dia pergi kemana-mana'. Shahir mengeleng-gelengkan kepalanya.


"Habis tu, nak kakak angkat ke kaki ni?". Mia sudah ingin mengangkat kakinya. Penat dia ingin melayan kerenah Shahir.


"JANGAN!!!". Serentak Shahir dan Shahirah bersuara melarang Mia mengangkat kakinya.


"Hantu menari tu marah betul kat kakak, nanti dia serang kakak. Baik dia baring je kat situ". Shahirah berkata senafas. Selepas beberapa saat yang lalu dia sudah dapat melihat hantu yang menari itu kembali. Pada mulanya, Shahirah juga tidak mempercayai kata-kata Shahir, mana mungkin Mia boleh menampar hantu itu, tapi bila melihat Mia memijak rambut hantu itu dengan matanya sendiri barulah dia tahu bahawa Shahir jujur dengan kata-katanya.


"Habis, takkan selamanya kakak kena berdiri sini?. Mia sudah naik geram. Nampaknya kali ini Shahirah menyertai Shahir untuk mengenakannya.


"Ehh, kejap. Shahirah cuba kau tengok kat tangan hantu tu!". Shahir perasan sesuatu di tangan hantu itu.


Shahirah memberanikan diri melihat apa yang berada di tangan hantu itu. Gelang tangan. Kemudian, dia melihat gelang yang berada di tangannya itu. Sama bentuk. Sama corak. Ini hadiah hari jadi kawannya yang baru balik bercuti di Tailand.


"Tapi ini hadiah hari jadi adik!". Shahirah berat ingin melepaskan gelang pemberian kawannya itu.


"Kau nak hantu ni terus menerus kacau kau? Pulangkanlah gelang tu, nanti kita beli yang lain". Shahir memujuk Shahirah.


Mia memerhati perbualan dua orang adiknya itu. Dia melihat Shahirah perlahan-lahan mencabut gelang itu dan memberikannya pada Shahir. Apabila Shahir membunyikan loceng pada gelang itu, hantu itu menoleh pada Shahir. Matanya tertumpu pada gelang yang berada di tangan Shahir.


'Oo, bunyi loceng ini yang membuatkan dia kacau Shahirah tadi, hantu menari ni nak ambil semula gelangnya'.


"Macam mana kau nak bagi gelang tu abang?". Shahirah bertanya dia juga tertanya-tanya.


"Kita kan ada kakak. Kakak, ambil gelang ni sarungkan pada tangan hantu tu. Nanti aku tunjukkan arah.". Walaupun Shahir tidak pasti samada cara ini akan berhasil, dia ingin mencuba nasib.


Mia terkesima dengan arahan daripada Shahir itu.


'Seriuslah ni?'. Mia melihat wajah serius adik-adiknya itu. Kalau benar mereka mengenakan dia selepas ni, tahulah apa yang ingin di lakukan pada mereka.


Mia mengambil gelang yang dihulurkan oleh Shahir kepadanya itu.


"Ok, sekarang kakak bongok kebawah, kaki tu jangan angkat".


Mia mengikut arahan Shahir satu persatu.


"Kakak pergi ke kanan sikit, tangan hantu kat situ".


Hantu itu bagaikan tahu apa yang ingin Mia lakukan. Dia tidak mengerakkan tangannya.


'Macam faham bahasa melayu pula hantu luar negara ni'. Desis hati Shahir.


"Kakak buka gelang tu kat situ. Lepas itu klip." Perlahan-lahan Shahir memberikan arahan yang terakhir pada Mia.


Shahirah yang juga menyaksikan abang dan kakaknya tanpa sedar menahan nafasnya.


Mia melakukan arahan terakhir daripada Shahir itu.


Ktakk..


Mia selesai mengklipkan gelang itu tapi dia masih lagi tidak melepaskan pegangannya daripada gelang itu. 


Tiba-tiba gelang itu, menjadi samar-samar sebelum menghilang sepenuhnya. Mia tidak mempercayai matanya. Kini Mia bagaikan memegang angin.


'Betul lah kata abang dan adik!'


"Kak angkat kaki tu, hantu menari nak pergi luar negara dah".


Mia mengangkat kakinya, kali ini dia yakin Shahir berkata perkara yang benar. Mereka bertiga ingin berlalu daripada dapur. Rasa terkejut masih tidak hilang dengan segala yang terjadi tadi.


"Ramai-ramai kat dapur ada apa?". 

Puan Soleha yang baru turun dari bilik di tingkat 2 bertanya.


'Macam mana boleh lupa ada Mama dalam rumah ni juga?'. Desis hati Shahir.


"Mama tak dengar ke tadi adik ada jerit?" Shahirah bertanya pada Puan Soleha.


"Mama tak dengar apa-apa pun, tadi tunggu kakak kamu balik dari kedai, lambat sangat mama pergi mandi dulu kat atas."


"Ooo. Mama mandi tadi patutlah tak dengar adik jerit".


"Jadi kenapa adik jerit?, jangan buat mama tertanya-tanya kat sini." Perasaan ingin tahu Puan Soleha membuak-buak kala itu.


Mia, Shahir dan Shahirah hanya tersengih memandang Puan Soleha.




















Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Iqadamantium