Home Novelet Fantasi BILA KASYAF BERTEMU SAFIYYAH
BILA KASYAF BERTEMU SAFIYYAH
Eyra Shazleyra
26/3/2020 22:32:07
921
Kategori: Novelet
Genre: Fantasi
Part 15

“ANDAI dapat... ku undurkan putaran dunia. Ingin ku ubahsemula, kata-kata dan tingkah lakuku...”

“Dah! Tak ada maknanya nak undur-undurkan masa,” NureenSafiyyah menbantah. Tapak tangan menekup mulut suaminya.

Kasyaf Iman berkerut dahi. Tercantas keterujaan.

“Kenapa Yin suka abang?”

“Sebab Yin makmun abang dan Abang Iman Yin.”

Kasyaf Iman kembali berkerut dahi. Namun Nureen Safiyyahberiak serius.

Pick-up line ke?”

“Taklah. Kebenaran. Sebab Abang Iman orang punya.”

“Maknanya Yin pun abang punya?” perlahan nada Kasyaf.Memang jelas punya maksud tersendiri.

Pen ditinggalkan, Kerusi yang diduduki dikesot kesebelah.

“Abang!” Nureen membulat biji mata. Namun dibalas senyumsinis Kasyaf Iman.

“Abang, jangan!” Nureen mahu mengundurkan kerusi yangdiduduki, tapi kedua tempat letak lengan telah dipegang suaminya. Dan Kasyafbertindak menarik merapatkan kedudukan mereka.

“Sayang...”

“Abang! Jangan nak buat perangai kucing gatal!” marahNureen. Langsung tak mampu melindungi diri. Tanpa senjata juga. Pensil ditangan sudah dilempar suaminya ke tengah meja.

“Tadi kata abang milik Yin. Maknanya Yin pun milikabang,” mengendur sudah suara Kasyaf Iman. Gaya merajuk.

Tapi kedudukan langsung tak berubah bahkan semakinmendekat. Kedua paha Nureen dikepit dengan lututnya.

“Tahulah.”

“Abang suami Yin, kan?”

Nureen Safiyyah diam tak mahu menjawab. Enggan membiarkandiri terperangkap dalam ayat sendiri sekali lagi.

“Nureen, abang suami Reen, kan?”

“Abang, orang nak buat kerja sekolah,” Nureen membantahberterusan. Bukan menidakkan kenyataan.

“Lusa abang dah kena balik U. Nanti dah tak boleh jumpa,”Kasyaf terus mengumpan.

It’s okay. Orang video call abang.”

“Nanti kat sana abang dah sibuk dengan tugas, assignment,aweks...” siap huruf ‘s’ ditambah pada belakang ayat demi memaksudkanbetapa ramai awek yang ada dan menunggu kepulangan dia. Setelah hampir tibaminggu cuti emergency.

“Tak kisah. Orang pun ada...”

“Siapa? Zakuan?” berubah riak wajah Kasyaf Iman.Tiba-tiba rasa insecure.

Hot headprefect yang tak jemu nak dekat denganorang. Bukan macam badboy tu. Langsung tak pandang. Huh! ” Nureenmencemuh. Sekaligus mengejek.

“Sayang. I’m your husband. Berdosa tau curang padasuami.”

“Dah tu curang dengan isteri tak berdosa?” Nureenmengembalikan soalan. Menjeling dengan hujung mata.

Tubuh sudah kaku tersandar pada kerusi. Mujur mulut masihmampu bersuara.

“Berdosa juga. Tapi lebih berdosa kalau menghalangkeinginan suami,” serentak Kasyaf bangun dari kerusi.

Nureen terngadah memandang. Liur ditelan. Sementelahdengan ayat yang... entah apa-apa! Memang patut disensor. Dia baru 17 tahun!

“Abang! No!!” Nureen menjerit nyaring setelahtubuhnya diangkat tiba-tiba. Bukan dicempung romantik ala-ala pengantin. Tapidipikul ke bahu macam kena culik.

“Abang!”

“Syhh! Nanti ayah dengar.”

“Abang!”

Bum! Belakang badan Nureen Safiyyah jatuh ke tilam.Kasyaf Iman sudah merenung tajam di depan muka.

“Abang. Dua tahun. Eh! Tak. Setahun,” satu jari ditegakkandi depan wajah suaminya. Wajah yang semakin lama semakin mendekat.

Nope!

“Abang! Ayah marah nanti.”

“Sayang...”

“Che Na!!” tiba-tiba Nureen menjerit. Pantas Kasyafmenekup mulut itu.

“Yin!”

Namun Nureen terus menggeleng.

Sumpah dia tak nak. Bukan sebab tak punya keinginanserupa sedangkan makhluk penggoda sudah ada di depan mata. Tapi fikir jauuuuhke depan. Dan ayah pun melarang.

Bukan sekarang. Nanti habis sekolah. Lagi enam bulan.

“Sayang... abang...”

“Iman!!” serentak pintu bilik dibuka dari luar.

Melompat Kasyaf Iman terjun turun dari katil. Terhempappunggungnya ke lantai keras. Nureen Safiyyah segera bangkit dari baringanmemeluk lutut rapat ke dada.

“Tadi kata nak ajar Reen buat kerja sekolah aje. Bukanajar yang lain,” Che Na bercekak pinggang di muka pintu.

Nureen Safiyyah merona warna muka.

“Iman memang ajar homework lah,” Kasyafmempertahankan tingkahnya. Perlahan bangun dari lantai sambil menggosokpunggung yang sakit.

“Buat homework kat meja tulis bukan katil.”

“Itu housework,” sahut Kasyaf tanpa rasa bersalah.

Che Dina sudah tergeleng kepala. Langkah kaki dibukamasuk ke dalam.

“Iman!”

“Ibu! Sakit!” Kasyaf sudah terjerit setelah telingaditarik ibunya. Nureen yang menyaksikan bulat biji mata.

Dulu. Sewaktu dia menangis disakat Abang Iman, itulahyang selalu Che Dina lakukan. Telinga anaknya dipiat sampai merah.

“Ikut ibu masuk bilik. Reen, kunci pintu.”

“Baik, ibu,” Nureen menyahut laju.

“Sayang... abang suami...”

“Tahulah suami. Tapi masa tak sesuai. Tahan dulu,” celahCik Dina.

“Ib!. Mana boleh tahan? Iman dah dewasa. Dah 21 tahun.”

“Nanti kalau jadi apa-apa, macamana?”

“Tak ada apa akan jadi. Iman janji,” tangan terentang dibahu demi janjinya. Sebab ada ura-ura ibu akan bersetuju. Telinga kiri masihtak dilepaskan sampai senget kedudukan dia.

Isterinya di birai katil dipandang.

“Abang!!”

“Ibu! Okey! Jangan panggil ayah,” Kasyaf Iman mengalah.Tahu takut.

“Pergi masuk tidur,” arah Che Dina. Telinga anaknyadilepaskan.

“Okey, okey. Iman masuk tidur. Tapi nak wish good nightjap,”

“Kasyaf Iman!”

“Ibu... please...” Kasyaf merayu. Bersinar-sinarpandangan matanya.

“Satu minit.”

“Okey!” Kasyaf melompat. Terus mendapatkan Nureen yangterkaku. Kedua tangan isterinya diraih.

Janji perlu dikotakan. Janji dangan ayah untuk... dah!Tak payah sebut. Tak sesuai. Dan janji seminit dengan ibu.

“Selamat malam, sayang. Mimpikan abang, eh?” Kasyaftersenyum manis memandang wajah pemilik hatinya.

“Selamat malam, abang. Orang minta maaf.”

It’s okay. Abang pun tak nak jadi manusiamunafik.”

Nureen Safiyyah tersenyum manis.

“Iman!” Che Dina di muka pintu memanggil.

“Yin, kiss abang,” Kasyaf Iman menyuakan pipi.Nureen Safiyyah tersipu malu sebelum menurut.

Namun bulat biji mata. Ada orang ambil kesempatan!Memalingkan wajah saat dia hulurkan bibir.

Love you, sayang,” ucap Kasyaf langsung tanparasa bersalah. Rambut di kepala isterinya digosok-gosok sebelum dahi dikucup.

Love you too, abang,” sahut Nureen perlahan.Tersipu malu.

Setelah daun pintu yang dipandang tertutup rapat,tubuhnya spontan rebah ke tilam. Kedua tangan melekat di dada. Jantung sedangmelompat-lompat penangan seorang Kasyaf yang telah menjadi lelaki Nureen.

Dua hari kemudian...

 “Ingat sayang.Jaga diri hiasi peribadi,” pesanan yang serupa dengan arwah umi. Cuma ada ayattambahan. “Jaga maruah Yin sebagai seorang isteri. Jangan nak dekat denganlelaki lain.”

Nureen Safiyyah angguk seadanya. Air mata bercucuranjatuh ke pipi. Erat tubuh Kasyaf Iman didakap langsung tanpa rasa segan padamata-mata yang sedang memandang.

“Dengar cakap ayah, jangan melawan cakap ibu. Nantitiap-tiap malam abang akan call. Jangan amalkan tidur petang-petangjuga, nanti boleh penyakit sawan. Solat awal waktu, jangan sampai bersuruh.”

“Iye. Orang ingat. Abang pun jaga diri. Jangan nak jadikasanova.”

“Iye, abang janji.”

“Yin sayang Abang Iman.”

“Abang Iman pun sayang Yin.”

Bila Kasyaf bertemu Safiyyah, dunia seakan berhentiberputar.

 

 

 

TAMAT

 

 

[email protected]

Gong Pauh, Kemaman

09 Feb 2020, 01.51am

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eyra Shazleyra