Home Novelet Cinta MENCINTAIMU
MENCINTAIMU
Eyra Shazleyra
28/3/2020 00:35:40
673
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Senarai Bab
Part 4

(rasa itu ada)

 

 

 

SETAHUN menjadi tunangan sebelum majlis pernikahan yang dirancang, Faryatak pernah bertemu lelaki itu. Langsung! Tak pernah walau sekali. Selain asbabjarak yang cukup jauh KL dan KT, memang dia tak pernah ada plan nak bertemu Ariff Heyqal walaupun ketika bercuti.

Dan Ariff pula tak pernah memaksa. SehinggaFarya terkadang merasa sangsi. Langsung tak menyangka Ariff tak terkesan denganlong distance relationship tu. Lagi diatak percaya, Ariff terlalu setia.

Bukan tak ada perempuan cantik kat Usana yang nak berkenalan mengorat ke apa, tapi macam tak terkesan. Seolah-olah lelakiitu tak punya perasaan. Sebab Farya siap pasang spy. Kawan lama satu kelas ketika di sekolah dulu yang menyambung pelajarandi sana. Dan akhirnya dia jugayang disalahkan Che Su kata dah guna-gunakan Ariff sampai ke tahap dah tergila-gila.Padahal Che Su yang 28 tahun tu pun masih single.

Another annoying!

          Tapiwalau tak berjumpa, setiap malam akan smspadahal ada masanya tak dilayan. Ikut mood.Kalau terdesak sangat, Akhma yang jadi tukang balas. Seminggu sekali skype dengan niat nak tengok muka. Tapitetap tak dapat.

“Hai my sweet Bambam!” panggilanbervideodari UMT Terengganu.

Tapi macam biasa Farya langsung taktunjukkan muka. Bercakaplah dengan dinding Encik Tunang annoying dia tu. Sampai Akhma yang memandang tak sudah tergelengkepala. Kadang berdecit marah. Langsung tak bersetuju dengan tingkah sepupunyaitu.

Kenapalah Abang Ariff jatuh cintadengan Farya? Dia kan ada.

“Rya, tak sudi nak tengok muka Ariffke?”

“Urff!” annoying!

“Kau ni melampaulah,” terdengar komendari orang sebelah, Farya julingkan biji mata.

“Kejap,” terpaksa juga Farya menyahut. Terusmencapai mask lalu ditampal pada wajah.Akhma sudah terkekeh ketawa sampai terguling-guling di atas katil.

“Hem... nak apa?” barulah dia bertanyanamun layanan tetap dingin. Secarik senyum langsung tiada di wajah.

Tapi boleh pula memuji dalam hati kata hensemEncik Tunang dia tu dengan rambut sememeh. Baru siap mandi kut dengan tuala dileher. 

Terdengar tawa Ariff Heyqal dariseberang sana, tapi Rya tetaptak peduli.

“Rya, macam tu sekali tak nak Ariff tengokmuka.”

Whatever.Awak nak apa? Cakap cepat. Saya nak tidur.”

“Awalnya tidur. Baru pukul sembilan.”

“Penat,” pendek jawapan yang diberikan.Tangan mencapai sebiji bantal lalu dibalingkan pada Akhma yang tak henti ketawadi atas katil.

“Okeylah. Ariff nak beritahu esok Ariffakan turun KL. Kak Rosa suruh surveybarang kawin kita. Rya dah tahu, kan?”

“Emm...” sahut dalam tekak. Langsung Faryatak rasa excited. Orang lain gamaknyamelompat nak beli barang kawin dengan tunang.

Dia dah kenapa, hah? Mental? Plus buta tak nampak kebaikan lelakiitu.

Sebab sudah tertanam kebencian sejak daridulu lagi. Tak tahulah apa yang dibenci sangat tu? Tapi ada orang kata kalaubenci sangat-sangat, lama-lama boleh menjadi cinta yang tak terkawal.

“Nanti Ariff jemput Rya kat rumah, eh?”

“Tak payah. Kita jumpa dekat TimesSquare dah.”

“Oh. Okey. Tapi Rya nak tunggu katmana?”

“Nantilah saya inform balik.”

“Okey.”

“Dahlah. Saya nak tidur ni. Bye.Assalamualaikum.”

Don’tyou ever love me, Rya?” soalan cepumas yang tak disangka tiba-tibaterlontar dari mulut Ariff Heyqal, si mamat annoying.

Farya tergamam sesaat sebelum menariknafas panjang. Bibir terketap menahan rasa. Liur ditelan kesat.

Mysweet Bambam Farya Yazid. Are youstill there? Takkan dah hang-up kut?”

“Ada lagi Abang Ariff. Tengah nangis,” Akhmatiba-tiba menyahut dengan alasan yang entah apa-apa.

“Lah. Dah kenapa nangis pulak? Malu nakmengaku Rya sayang Ariff eh?” tanya Ariff sebelum kembali terdengar tawa yangmeletus. Farya membaling bantal seterusnya pada Akhma.

Kenapa dia selalu sangat rasa sakithati? Mungkin sebab dia tak pernah menerima semua itu dengan hati dan fikiran yangterbuka. Dah Ariff bertanya sayang ke tidak, mengaku ajelah apa susah? Takkantak sayang langsung?

Sayang juga. Rasa itu sudah ada bilasaban hari kena brainwash dengan CheSu Nani. Dah kenapa layan Ariff macam tu sekali? Akhma tak terkecuali. Bersahajakata dia sawan sebab menafikan kasih dari seorang lelaki sebaik Ariff Heyqal.

Iyelah.

 Termasuk mengenangkan kesungguhan lelaki itumendekati, mahu dapatkan dia sejak kali pertama perkenalan. Berani Ariff berterus-terangdengan babah sejak kali pertama merancang nak merisik ketika dia berusia 15tahun. Kesungguhan Farya melarikan diri ke KL sebab tak nak pandang muka Ariff seolah-olahlelaki itu ada penyakit kusta. Cuma tak mampu nak diakuinya. Takkan mengakusampai ke sudah juga.

Aci kerat hidung pun dia takkanmengaku.

“Okeylah, Rya. Tak nak mengaku pun takapalah. Ariff tak paksa. Ariff letak phonedulu. Bye my sweet Bambam. Sleep tight. Mimpikan Ariff, ya?Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Dan untuk pertama kalinya Faryamimpikan Ariff Heyqal. Berpimpingan tangan di pinggir pantai ketika senjasedang melabuhkan tirainya. Lebih hebat lagi dengan pakaian pengantin tengah fotoshoot.

Apa-apaan sih? Dah kena penangan cinta AriffHeyqal?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eyra Shazleyra