Home Novel Thriller/Aksi THEMIS
THEMIS
Johari A. Julaihi
7/11/2021 00:17:06
448
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
SATU

 

Kupu-kupu itu menari-nari,mengitari lampu jalan. Bila mana Ia penat, Ia akan hinggap pada tiang lampu tersebut sambil matanya mengitari persekitarannya. Suasana malam itu diserikan dengan suara sang keridik yang menyanyi.

Ketika asyik menikmati suara-suara cengkerik yang menyanyi riang, matanya menangkap seseorang yang berbaju panas, berkerudung berwarna hitam berjalan menunduk menghampiri tempat Ia hinggap.

Wajahnya tidak jelas kelihatan lantaran kerudung yang menutupi separuh wajahnya. Tangan kiri dimasukkan ke dalam poket baju panasnya manakala tangan kanannya memegang sebuah plastik yang berisi barangan.

Kupu-kupu itu melihat dia menghampiri sebuah kereta pacuan empat roda, berwarna hitam yang diparkir ditempat letak kereta. Ia terbang mengikuti dan turut masuk ke dalam kereta tersebut bila mana pintu itu terbuka, tanpa disedari oleh empunya kereta. Ia hinggap di atas sekotak tisu yang tertidur di bahagian belakang tempat duduk kereta. Kemudian, enjin dihidupkan dan kereta tersebut bergerak menjauhi kawasan itu.

Lebih kurang dua puluh minit berkeadaan statik, Ia terbang dan hinggap di tempat duduk hadapan bersebelahan pemandu. Di hadapan tempat duduk tersebut terdapat susunan patung-patung kepala kucing yang bergetar berwarna oren, pelbagai posisi dan satu gambar kucing berwarna oren tergantung.

Kenderaan itu menyusuri jalan di mana sepanjang jalan yang dilalui, di kiri serta kanan, hanya semak-samun dan pohon-pohon kayu yang melambai. Sepanjang perjalanan, hanya sesekali mereka menemui bangsal bagi penduduk yang menanam padi sawah.

Lebih kurang empat puluh lima minit kenderaan tersebut bergerak pada kelajuan melebihi 90 kilometer per jam, pemandu itu memperlahankan kenderaan lantas membelok untuk memasuki lorong di sebelah kanan. Seterusnya dia memandu dengan menyusuri jalan denai yang berbatu sepanjang lebih kurang satu kilometer sehingga sampai ke sebuah bangunan yang dikelilingi pagar.

Kenderaan diberhentikan dan pemandu itu keluar untuk membuka pintu pagar. Dia masuk kembali dan kereta itu bergerak masuk dan berhenti di satu kawasan lapang. Enjin dimatikan.

Pemandu itu mencapai satu topeng yang terletak pada kerusi penumpang di sebelahnya. Topeng berwarna hitam yang menyembunyikan separuh wajahnya. Topeng itulah yang menjadikan dirinya seorang Themis. Dia memakai topeng itu lalu mencapai plastik yang diletakkan di sebelah tempat duduk penumpang di sebelahnya seraya keluar. Kupu-kupu itu terkejut lantas terbang keluar bila pintu kereta dibuka sebelum ditutup kembali oleh Themis. Ia terbang mengikuti pemandu itu sehingga masuk ke dalam bangunan.

Bangunan itu mempunyai ruang yang agak luas. Terdapat periuk-periuk yang sudah agak berkarat tergelentang diatas lantai dan beberapa mesin pengadun roti serta mesin ketuhar. Di atas lantai terdapat serbuk-serbuk putih bertaburan dan beberapa bekas plastik yang berlabel “TEPUNG GANDUM”. Tin-tin susu yang masih berisi dan kosong turut terlentang kaku di beberapa tempat. Terdapat juga roti-roti yang telah berkulat berselerakan.Sepertinya bangunan itu merupakan sebuah tempat pembuatan roti.

Kupu-kupu itu terbang dan hinggap pada sebuah peti sejuk yang telah hilang pintunya dan menyedari bahawa di dalam bangunan itu terdapat dua orang manusia lagi. Kedua-dua lelaki itu, leher serta tangan mereka diikat. Pergelangan kaki mereka juga diikat. Kedua-dua lelaki itu separuh bogel, hanya mengenakan pakaian dalam sahaja. Kedua-dua lelaki itu kelihatan ketakutan.

Themis mencapai satu cambuk yang terletak di atas meja kayu, bergerak menghampiri kedua-dua lelaki itu, dan berhenti memandang kedua-duanya sambil tersenyum sinis. Kedua-dua lelaki itu menunduk kepala mereka.

Themis melibas badan kedua-duanya dengan menggunakan cambuk, berkali-kali sehingga meninggalkan kesan-kesan luka pada tubuh badan mereka berdua. Jeritan kesakitan dan meminta tolong, membelah kesunyian malam. Namun, tiada siapa yang mendengar. Themis ketawa terbahak-bahak bila mana mereka berdua menjerit kesakitan dan meminta ampun kepadanya.

“Apa … apa salah kami kepada engkau?” tanya salah seorang lelaki itu dengan nada suara yang agak tinggi. Lelaki itu mempunyai tatu berbentuk ular tedung pada wajahnya.

Themis hanya menatap mata lelaki yang bertanyakan soalan kepadanya. Dia bertinggung dengan lutut sebelah kanan mencecah lantai di hadapan kedua-duanya seraya menunjukkan sekeping gambar kepada mereka yang dikeluarkan olehnya daripada poket bajupanasnya tadi.

“Kamu kenal dengan ini?”

Riak keliru terukir pada wajah mereka. “Apa yang kau merepek ni?” tanya lelaki yang bertatu itu tadi.

Themis tidak menjawab persoalan itu namun mengeluarkan sesuatu di dalam poket baju panasnya lagi.

“Atau kamu tentu kenal dengan mereka ini?” tanya dia kembali dengan menunjukkan sekeping gambar lagi kepada mereka berdua.

Kedua-duanya lelaki itu terkejut apabila ditunjukkan gambar yang kedua kepada mereka. Kedua-duanya saling berpandangan. Membisu.

Themis tersenyum sinis.

“Sudah tentu kamu kenal dengan mereka. Jadi, sudah tentu otak kamu yang berkarat itu dapat mengenali dia ini?” katanya seraya menunjukkan gambar yang ditunjukkan pada mulanya kepada mereka.

Gambar tersebut membuka suis lampu memori mereka berdua, lantas dapat menghubung kaitkan gambar pertama itu dengan gambar yang kedua. Sekaligus, menyebabkan mereka berdua membisu.

“Apa yang kamu mahu daripada kami?” tanya lelaki yang seorang lagi, memberanikan diri, meskipun terdapat getaran pada suaranya.

“Apa yang aku mahu? (diam seketika sambil memandang kedua-dua lelaki di hadapannya) Aku mahu kau berduar asa seperti yang dia rasa,” kata Themis sambil telunjuknya mengarah kepada gambar pertama yang ditunjukkan pada mereka.

“Aku pasti kau berdua ingat apa yang kau berdua buat pada dia bukan?” kata Themis sambil bangkit.

Kedua-dua lelaki itu hanya mendiamkan diri sahaja.

“Apa yang terjadi kepada dia pada akhir hayat dia, aku yakin engkau berdua pasti ingat,”

Riak ketakutan jelas terpahat pada wajah kedua-dua lelaki itu. Mereka mengingati dengan jelas kejadian itu.

“Tolong…tolong lepaskan kami. Tolong maafkan aku,” kata lelaki tanpa tatu itu.

“Adakah kau dapat hidupkan dia kalau aku lepaskan kau berdua?” Jerit Themis.

“Kau gila!” Lelaki bertatu itu menjerit.

Themis melibas cambuk itu sekuat hatinya ke arah badan lelaki bertatu itu sehingga lelaki itu mengerekot kesakitan.

“Tolonglah…tolonglah lepaskan kami,”rayu lelaki tanpa tatu itu sambil menangis.

“Tolonglah … Kenapa engkau memperlakukan kami dengan kejam?” sambungnya lagi.

Themis berpaling menatap lelaki yang merayu tadi “Kau kata aku berlaku kejam terhadap engkau berdua?”

Dia bertinggung, menatap lelaki tanpa tatu itu. Tajam sehingga lelaki tanpa tatu itu menundukkan kepalanya.

“Adakah tindakan yang engkau berdua lakukan pada dia itu, tidak kejam? Adakah itu berperikemanusiaan? Hah!” Themis meninggikan suara apabila soalan itu diutarakan.

Kedua-dua lelaki itu menikus.

“Aku mahu engkau berdua rasa apa yang dia rasa. Apa yang engkau berdua lakukan terhadap dia, itu yang akan aku lakukan kepada engkau berdua,” 

“Kami sudah menerima hukuman di atas perbuatan kami itu. Adakah itu tidak cukup?” tanya lelaki yang merayu tadi.

Themis ketawa.

Huh! Hukuman itu terlalu ringan buat orang-orang yang berperangai syaitan seperti engkau berdua. Hukuman yang layak untuk engkau berdua … hanya mati!” Themis merenung tajam ke arah kedua-dua lelaki itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.