Home Novel Thriller/Aksi HENZR
HENZR
nurshaza
22/3/2021 12:39:58
3,187
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
Bab 5

PETRA mulai resah melihat wajah Henzr yang bengis itu. Tertelan-telan liurnya melihat wajah tegang dan bengis lelaki itu.

"Henzr, sumpah weyh! Aku minta maaf. Aku tak sangka diaorang boleh terlepas..."

Henzr mengacip giginya sehingga terlihat rahang di pipinya bergerak-gerak. Tanpa sebarang amaran, sebiji penumbuk terus dilayang ke pipi Petra.

Anak buah yang lain, masing-masing terdiam takut untuk bersuara. Mereka hanya memerhatikan Petra yang sedang dibelasah teruk oleh Henzr.

"Otak mana otak? Huh! Kau ingat senang ke nak tangkap diaorang? Macam mana diaorang boleh lepas?" marah Henzr. Panas hatinya tatkala mendengar khabar, musuh ketat yang berjaya mereka tangkap dengan begitu mudah melepaskan diri.

Petra yang sudah terduduk akibat tumbukannya itu ditarik kasar. Kolar baju lelaki itu dicengkam. Mencerlung anak matanya memandang sepasang anak mata Petra ketika itu.

"Aku minta maaf. Aku janji akan cari diaorang." Perlahan lelaki itu membalas. Tak terdaya mahu melawan si kawan yang sedang diamuk amarah itu.

"Bodoh!" Lagi sekali tumbukan padu dilayangkan.

Ayan yang sedang dipeluk oleh Kai terus menggigit tangan lelaki itu bilamana dia terdengar suara tinggi milik Kaer. Si kecil itu terus meluru masuk ke dalam bilik 'seksaan' itu. Dia terpaku. Kehadirannya di situ langsung tidak disedari oleh sesiapa. Matanya terus merakam segala aksi Henzr yang sedang membelasah Petra tanpa belas kasihan.

Henzr terus menerus menumbuk wajah Petra. Rasa bengang menyelubungi hatinya. Tidak lagi dia ingat yang Petra adalah kawan baiknya yang selama ini sentiasa ada di kala susah dan senang. Apa yang dia lihat terhadap lelaki itu ketika ini adalah amarah. Bengang.

"Kau dengar sini! Aku tak kira! Aku beri korang semua masa satu hari! Cari dan tangkap semula! Kalau tak nyawa korang yang aku cabut! Faham?" Tubuh lemah Petra ditolak ke dinding. Lelaki itu terhentak sebelum perlahan melorot jatuh ke lantai.

"Ya faham...," balas Petra, lemah.

Nafas Henzr menderu laju. Geram. Marah. Bercampur baur menjadi satu.

"Ayan! Sini!" jerit Kai perlahan.

"Abi..." Perlahan suara Ayan memanggil.

Henzr menolehkan kepalanya. Matanya dan mata si kecil itu bertaut buat beberapa detik. Henzr tersentak.

"Kai! Kenapa Ayan ada kat sini?"

"Ma... maafkan saya bos. Dia gigit tangan saya kuat. Sakit..." Sempat lagi Kai mengadu walaupun dia tahu aduannya hanya didengar kosong.

Henzr melepaskan dengusan kasar.

"Ayan... sayang abi..." Kaer cuba mendekati Ayan namun Ayan segera mengundur, takut. Pantas kakinya berlari naik ke bilik.

"Ayan nanti!"

Kaer segera lari mengejar Ayan. Laju si kecil itu mengunci diri di dalam bilik. Dia memeluk lutut menangis tanpa suara.

"Sayang... bukak pintu ni. Ayan..." Kaer mengetuk-ngetuk dedaun pintu kayu putih itu namun tiada sahutan kedengaran.

"Ayan... abi tak macam yang Ayan fikir. Abi buat semua ni bersebab..."

"Please Ayan! Bukak pintu ni. Let me explain..."

Megat melangkah naik ke tingkat itu. Kunci pendua dihulur kepada Kaer. Tanpa membuang masa, dia terus mengambil kunci itu lalu diselitkan di dalam lubang dan tombol pintu dipulas.

Ayan segera menyorok di bawah katil. Tangan naik menekup mulutnya.

"Ayan, keluar sayang. Don't be like this..." Dia membongkokkan tubuh ke bawah katil.

Ayan segera berguling ke arah sebelah sana dan mahu lari keluar dari situ namun dengan pantas Kaer menutup pintu itu sekali gus membatalkan niat si kecil itu untuk melarikan dirinya.

"Ayan, please. Let me explain..."

Ayan hanya mendiamkan diri. Kaer tersandar ke daun pintu sebelum jatuh terduduk. Matanya terpejam rapat.

"Abi mengaku, abi memang buat semua tu."

"Tapi abi ada sebab. Sebab abi yang tersendiri." Dia berhenti berbicara buat seketika sebelum menyambung.

"Abi tak bunuh orang saja-saja. Abi bunuh orang yang selayaknya mati. Abi tak pernah sentuh orang yang tak bersalah."

"Lagi-lagi budak. Semua abi jaga dalam sel." Mata kembali dibuka. Air mata mengalir perlahan keluar dari tubir matanya.

"Abi minta maaf sebab buat Ayan takut. Please, jangan jauhkan diri Ayan dari abi. Abi sayang Ayan..."

Kanak-kanak itu segera mendekati Kaer lalu tubuh itu didakap erat.

"Ayan pun sayang abi." Lembut telapak tangan kecil itu mengusap pipi Kaer dan menyeka air mata abinya.

Kaer mengukir senyuman kelat.

"Jangan tinggalkan abi tau."

Ayan menganggukkan kepalanya.

"Okey abi..." Dia tersenyum comel.

"Ayan nak minta maaf... sebab err... tadi..." Kepala yang tidak gatal digaru.

"Ayan tergigit tangan Uncle Kai." Si kecil itu tersengih comel.

Kaer tertawa.

"Biar dia. Padan dengan muka dia." Kepala Ayan diusap lembut.

"Abi, Ayan nak tidur dengan abi..." Ayat Ayan tergantung tatkala satu suara kuat melaung dari tingkat bawah.

"Henzr!" suara Petra melaung kuat.

Kaer terkejut. Segera dia berlari keluar dari bilik.

Petra mengheret dua susuk tubuh si musuh manakala Kai mengheret seorang lagi.

"Bodoh! Sial! Nak attack konon! Tapi macam cicak! Sengal!" Petra menunjal-nunjal dahi salah seorang musuh mereka itu. Tubuh mereka ditolak ke dalam bilik 'seksaan'.

"Kai! Jaga Ayan! Jangan sampai terlepas!" Henzr segera berlari menuruni anak tangga. Kai mengangguk. Ayan hanya memerhati dari tingkat atas.

Tak menunggu lama, tubuh itu terus digendong masuk ke dalam kamar.

Petra siap mengikat tubuh musuh-musuhnya lalu dijarakkan satu meter dengan bantuan anak-anak buah yang lain. Henzr melangkah masuk ke dalam bilik itu. Satu per satu wajah si musuh dipandang tajam bak pisau belati.

"Ni konco-konco Black Joker! Dari topeng je aku dah kenal! Bodoh!" Petra merengus, marah.

Henzr mencapai hammer di atas meja lalu digenggam dengan kemas. Satu-satu topeng yang dikenakan oleh si musuh itu ditanggalkan. Hammer ditayang di hadapan wajah mereka bertiga.

Petra menyandarkan tubuh sambil bersilang tangan memerhati 'drama' itu.

"Lama aku tak main baseball kepala orang ni." Henzr tertawa sinis. Seketika kemudian, parang pula dicapai lalu dibelek-belek. Sebelah tangannya memegang penukul sementara sebelah lagi membelek serta memusingkan parang beberapa kali.

"Woi! Lepaslah! Sial!" Que meludah.

Henzr melangkah mendekati lelaki itu. Tamparan kuat diberi.

PANG!

Kepala Que terteleng ke tepi.

"Woi! Bodoh! Gila! Siot! Lepaslah! Erghh!" Jon meronta. Giliran Jon mula merasa tamparan kuat dari Henzr.

Anak mata kini tepat memandang ke arah Doni. Penampar diberikan sama buat lelaki itu.

"Arghhhh!" Doni mengerang kesakitan. Perit rasa di pipi tidak dapat disangkal lagi.

"Hye!Penukul dihala.

"Bising siak! Aku nak ajak main je pun. Relax ahWanna join me huh?" Lelaki itu tersengih seperti Joker.

"Bodoh! Gila! Sial! Psiko! Lepaslah! Kau bunuh ketua kitaorang!" Doni menjerit-jerit kuat bagai orang hilang akal.

Henzr meletakkan parangnya di tepi lalu terus mencapai sebilah pisau yang mempunyai mata yang tajam. Pisau itu kemudiannya dilekapkan ke pipi Que lalu ditekan dan ditoreh membuat corak.

"Argh!" Que terjerit kesakitan.

Darah merah segar mula mengalir hangat. Henzr calit jarinya pada darah itu lalu dibawa ke lidah. Dijilat.

"Wow! Amazing babe! So sedap. I like it..." Dia tertawa.

"Kau bunuh ketua kitaorang!" jerit salah seorang dari mereka.

"Dah ketua korang tu menyebalkan. Layak mati je," balas Petra diikuti anggukan dari Henzr.

Tanpa mereka sedari, Jon telah pun berjaya meleraikan ikatan pada tangannya. Segera pisau lipat di dalam poket seluar dikeluarkan dan tanpa membuang masa terus dia menikam tepat ke bahu Henzr.

Petra terkejut. Tangkas dia meluru ke arah Jon dan kepala lelaki itu ditarik lalu dihentakkan kuat ke dinding.

"Arghhh! Tak guna sial!" Tangan Henzr laju mencapai revolver yang terdekat. Terus dihala ke arah Jon yang masih dalam keadaan separuh sedar itu.

Petra mengundurkan beberapa langkah ke belakang. Dengusan kasar dilepaskan.

"Matilah kau!" Picu ditarik dan tembakan terus dilepaskan ke arah lelaki itu.

BANG!

Henzr bangun melangkah mendekati Que yang berwajah pucat tak berdarah. Hammer di tangan masih digenggam kemas.

"Kau ada kata-kata terakhir sebelum nyawa kau melayang kat atas?"

"Kau memang giler!"

Henzr tersenyum sinis.

"Jom tengok aku segila mana..." Hammer diangkat tinggi dan terus diketuk ke kepala Que dengan kadar yang kuat.

Lelaki itu terus tidak sedarkan diri lagi. Henzr mencabut pisau yang masih mencucuk di bahagian bahunya lalu ditikam bertubi-tubi pada bahagian dada si musuh. Dada musuhnya itu dirobek tanpa belas lalu jantung ditarik keluar untuk dicincang kemudiannya.

Henzr berpaling pula pada Doni. Tersenyum penuh aura menakutkan yang mampu membuatkan Doni tak senang duduk. Seriau melihat wajah Henzr ketika itu.

Henzr menarik kerusi dan duduk rapat dengan Doni. Pisau yang berdarah dimain-mainkan ke pipi lelaki itu.

"Kau yang terakhir. So, aku nak main lama sikit," kata Henzr.

"Lepaskan aku." Takut-takut Doni mahu bersuara. Henzr melepaskan tawanya.

"Apa? Tak dengar lah. Lepas? Lepas apa? Lepas penumbuk macam ni?" Segera tumbukan dilayangkan ke hidung Doni.

"Arghh!" Doni mengerang kesakitan.

Dia tersenyum suka melihat Doni yang sedang kesakitan itu.

"Aku rasa kan..." Pisau mula digerakkan ke pipi lelaki itu dengan lembut.

"Daging kau ni aku sedekah je kat anjing-anjing belakang sana. Kau okey? Ke nak aku sedekahkan dekat harimau kat zoo?" Kening sengaja diangkat tinggi. Wajah si musuh ditatap seketika.

"Lepaskan akulah...," suara Doni mulai berubah lemah.

Henzr ketawa. Tumbukan dilepaskan ke perut lelaki itu. Tindakannya itu membuatkan Doni menyemburkan darah dari mulutnya.

Henzr pura-pura terkejut.

"Alamak! Nak mati dah ke? Alaaa... jap lah weyh. Aku belum puas."

Petra tergelak mendengar omongan kawannya itu.

Si musuh sudah tidak lagi mampu untuk bersuara. Hanya anak mata layunya masih mampu memandang.

Henzr mencebik sedih.

"Alaa, sedihnya muka. Kau haus? Nak air?"

Doni diam menyepi.

"Nak makan?"

Lelaki itu masih tetap mendiamkan dirinya.

Henzr menjeling tajam. Pisau digerakkan lalu corak hati pecah dilukis di atas dada lelaki itu.

Doni batuk berdarah. Mata terus terkatup rapat tatkala pisau sudah pun terbenam di bahagian dada kirinya. Henzr mencabut pisau itu tanpa sedikit pun rasa berdosa.

"Settle! Badang! Macam biasa!" arahnya.

Badang segera mengangguk dan selesaikan mayat tiga orang musuh mereka itu.

Henzr tersandar ke dinding dengan mata yang terpejam rapat. Petra menghampiri si kawan baiknya itu bersama sekotak first aid di tangan.

"Sini aku cuci luka kau tu. Buka baju kau tu." Dia melabuhkan duduk di sebelah Henzr. Lelaki itu tanpa banyak cakap terus menurunkan butang bajunya lalu diselak menampakkan segaris luka yang masih berdarah. Petra fokus merawat luka Henzr. Luka dibalut kemas.

Kai mendukung si kecil yang terus-terusan menangis. Segala pujukannya langsung tidak berjaya. Laju langkah lelaki itu turun menuju ke bilik itu.

"Bos, Ayan nangis," ujar Kai dari muka pintu bilik.

Henzr perlahan membuka matanya. Cepat-cepat baju dibetulkan lalu dia bangun melangkah keluar.

"Ayan kenapa ni?" tanya Kaer.

Ayan toleh. Tangan didepa ke Kaer. Kaer dukung dengan sebelah tangannya. Mata Ayan terpaku memerhatikan tiga orang mayat yang terkapar tidak bernyawa itu. Dia terkedu.

Megat pantas menutup dedaun pintu itu. Kaer menghela nafas ringan. Kepala si kecil itu diusap lembut.

"Jangan ingat apa yang Ayan tengok. Lupakan," pesan Kaer. Pipi Ayan dikucup lembut. Sisa-sisa air mata Ayan diseka.

"Ayan nak tidur dengan abi."

"Kai, kau bantu yang lain urus diaorang," arah Kaer.

Kai mengangguk faham. Dia segera masuk ke dalam bilik itu. Kaer membawa Ayan menuju ke biliknya untuk ditidurkan memandangkan hari sudah memasuki waktu dinihari.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.