Home Novel Komedi/Romantik Komedi My Cinderella
My Cinderella
Schamaya habsye
18/12/2021 17:37:13
1,390
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 4

- At some point, I used to wish I would disappear from this world

The whole world seemed so dark and I cried every night

Will I feel better if I just dissappeared?

I was so afraid of everyone's eyes on me

During those beautifully beautiful days, Iwas in pain

I hated myself for not being able to receive love -

 

9.35am waktu Malaysia..

"Alhamdulillah... Finally sampai juga Malaysia. Wahhh".

Bagasi berat diheret sehingga ke muka pintu utama lapangan terbang. Udara pagi yang nyaman dihirup berkali-kali menikmati kesegaran pagi. Terpejam matanya saat angin sepoi-sepoi Bahasa menampar permukaan kulitnya. Suasana yang sangat dirinduinya sejak sekian lamanya dia tidak pulang ke tanah airnya, di mana tempatnya dilahirkan.

"Weii.. Dani!! Kau tinggalkan segala barang dekat aku eh.. siap kau, aku mengadu dekat boss yang kau makan gaji  buta". Seorang lelaki berjalan terkedek-kedek sambil menolak dua buah troli yang berisi beg bagasi.

Serta-merta mata yang terpejam tadi dicelikkan semula.Senyuman kebahagiaan di bibirnya mengendur. “Aihh.. tak boleh tengok aku senang sikit makhluk ni”. Keluhnya perlahan. Langsung tidak diendahkan rakannya yang sedang bersusah payah mengemudi dua troli berat itu, malahan terus-menerus menghirup udara segar di luar. Maklumlah, udara di Malaysia lain dengan udara di Australia.

 

“Ohh.. kau tak nak buat kerja ehh.. siap kau”. Hati lutfi berbicara sendiri saat Daniel hanya membiarkan dirinya bersama dua troli berat.

 

Sampai sahaja di muka pintu utama, troli tersebut terus dilepaskan ke arah Daniel yang sedang terkinja-kinja seperti anak monyet. Teruja lah katakan dapat tengok Malaysia, sampaikan lupa yang sebenarnya mereka datang ke negara ini untuk berkhidmat kepada tuan mudanya. Dalam masa yang sama diberi peluang oleh majikannya untuk melepaskan rindu di tanah kelahiran mereka ini.

 

"Eleh kau.. cengeng betul. Sikit-sikit nak mengadu dekat boss. Aku sekeh kepala kau sampai leper baru tahu". Ujar Daniel sambil membuat gaya mahu menyekeh kepala rakannya itu.

Tidak lama kemudian, seorang remaja lelaki berjalan dengan penuh gayanya ke arah pintu utama lapangan terbang. Kaca mata hitam diturunkan lalu disangkut pada butang baju atasnya yang terbuka.Tangannya diselukkan ke dalam poket seluar dengan riak wajahnya yang angkuh.

Di belakangnya pula lebih dari 10 orang lelaki berbadan sasa dan berkot hitam yang mengiringnya. Semua orang tertumpu pada remaja itu oleh kerana paras rupa dan gayanya yang sangat mengagumkan. Ada yang ternganga, ada yang terlanggar tiang, ada juga yang hampir pengsan kerana ketampanan seorang Megat Rayyan Naufal.

Macam anak sultan!

"Eh aku ingat tuan muda dah keluar. Rupanya belum. Matilah kita nanti kena potong gaji sebab tinggal tuan muda". Resah Lutfi berbicara.

"Rilekslah.. kau ni asyik fikir pasal gaji je. Bukan besar sangat pun gaji kau tu. Potong miskin, tak potong pun miskin. Kalau tuan muda tanya kenapa tinggal dia, kita cakap je lah yang kita jagakan pintu depan untuk dia. Takut-takut ada penyangak datang serang dia ke.". Ujar Daniel.

"banyak lah kau penyangak. Tuan muda dah ramai bodyguard, takkan beraninya penyangak nak datang dekat. Tengok muka beku dia pun dah lari jauh.". kata Lutfi pula.

Tanpa membuang masa mereka berdua berjalan ke arah tuan muda mereka. Namun belum sempat langkah mereka sampai kepada Rayyan.Mereka dikejutkan dengan kehadiran seorang gadis bertudung di hadapan Rayyan.

“Hah.. aku dah cakap. Mesti ada penyangak punya yang datang serang tuan muda, kau tak percaya… ni kalau boss tahu ni macam mana? Kau…… adeh…”.Terus kata-kata Daniel tergantung apabila belakang lehernya ditampar kuat oleh Lutfi. Habis hilang ingatannya mahu bercakap apa.

 

“Dah tu. Buat apa kau cakap banyak lagi, pergi lah tolong”. Marah Lutfi kepada Daniel lalu segera berjalan ke arah Rayyan.

 

Pengawal peribadi lainnya segera mahu bertindak menjauhkan gadis itu dari Rayyan. Manalah tahu Rayyan ada peminat tegar sehingga sanggup menyerangnya di tempat awam.

 

Namun belum sempat para pengawal peribadi Rayyan mahu bertindak, tuan muda kepada Megat Zuhail itu terlebih dahulu menahan mereka dari membuat sebarang tindakan.

Wajah gadis di hadapannya dipandang dengan reaksi kosong. Manakala gadis itu tersenyum manis kepadanya.

"Hai Rayyan". Lembut suara dan nada yang terlontar dari dua ulas bibir merah gadis itu.

"Oh my damn it. She's just like angel from heaven". Daniel hampir pengsan apabila melihat wajah anggun milik gadis itu. Sempat belakang tubuhnya ditahan Lutfi daripada terjatuh.

 

🌺🌺🌺🌺

 

Mundar mandir Zaharah di depan pintu Balai ketibaan sejak pukul 7 pagi tadi. Sudah dua jam berdiri di situ. Kadang-kadangkalau rasa lenguh dia duduk.

Sehingga pegawai keselamatan yang berjaga di situ memandangnya hairan. Mana tidak hairannya, sudah berjam-jam gadis itu menunggu di situ tanpa adanya orang yang dia sambut.

"Haluu adik manis... Mahu tunggu siapa ini mari..".

Zaharah terkaku seketika. Kali ini sudah masuk kali ketiga pak guard bangla datang tegur dia. Kadang-kadang pening juga dirinya mahu melayan oleh kerana dirinya juga tidak beberapa faham apa yang mereka cakap.

Zaharah tersenyum kekok. Belakang tengkuknya yang berlapik tudung digosok sambil matanya mengintai-intai pintu balai ketibaan. Manalah tahu tengah syok-syok sembang dengan abang bangla nanti terlepas pandang orang yang ditunggunya itu.

"Saya... Tunggu boy friend saya.". Tipu Zaharah.

Guard itu hanya tersenyum sahaja. Kepalanya juga tergoyang-goyang sambil membebel dalam bahasanya. Entah apa yang bangla ini sedang umpatkan.

"Ayoyoyo adik manis.. ini kicik kicik sudah gatal mahu ada boy friend ka. Ini sekulah ka tidak". Ujar Guard tersebut.

Zaharah memandang dirinya. Kecil ke?Fikirnya.

"Mestilah sekolah". Jawab Zaharah polos sahaja.

"Aiyo.. budak banyak manis macam ini adik, mana boleh bercinta cintum. Nanti bodoh jadi guard macam abang la. Ada mahu jadi guard? Tada boleh tidur tada boleh main la. Holiday sekali sakala laa". Bebel guard itu lagi. Zaharah tertawa kerana tercuit hati dengan kata-kata lelaki itu.

"Mana ada orang kerja guard bodoh. Tak baik tau uncle cakap macam tu.". Kata Zaharah lagi.

"Deiii..! saya bukan uncle. Saya abang!".

Zaharah tertawa lagi. Kepalanya digelengkan beberapa kali sebelum bercekak pinggang. Kadang-kadang terhibur juga melayan pak guard di sini.

"Iya lahh.. abang.... Tak baik tau cakap orang kerja guard ni bodoh".

Guard itu terangguk-angguk.

"Mama saya cakap. Dalam dunia ni tuhan dah bagi kelebihan sama rata semuanya. Kalau kita nampak kekurangan pada diri kita maknanya kita tak bersyukur. Dan orang bodoh pula adalah orang yang malas mencari peluang. So kesimpulannya, even abang tak belajar tinggi sekali pun,abang tetap hebat.". Panjang lebar gadis itu berbicara membuatkan guard itu terangguk-angguk.

"Apa yang hebatnya pada abang. Abang tada nampak". Ujar Guard itu.

"Lah.. tak nampak ke? Abang kan guard.Mesti hebat melawan musuh… pew pew pew..". Zaharah membuat gaya mahu menembak. Automatik guard yang sedang melayannya itu ketawa.

"Ini adik banyak naughty. Abang banyak suka sama adik.".

Dahi Zaharah berkerut. Senyuman manisnya tadi bertukar kekok. Bahaya kalau bercakap dengan bangla ni. Ayat manis je selalu.

Tiba-tiba mata Zaharah menangkap figura seseorang yang ditunggu-tunggunya. Terus senyuman manisnya kembali mekar. Cerah sahaja matanya apabila ternampak seorang lelaki sedang berjalan keluar dari balai ketibaan.

"Ermm.. Abang. Saya kena pergi dah ni.Bubye..". Tergopoh-gapah gadis itu berlari ke arah balai ketibaan.

Guard itu menghantar pemergian Zaharah dengan anak matanya. Sesekali kepalanya digelengkan sambil tersenyum melihat gelagat gadis tadi.

“kicik-kicik suda gatal…. Anak siapa itu..”. gumam bangla itu sendiri.

 Sementara Zaharah pula berusaha menyelit dikerumunan orang ramai yang sedang berkumpul. Entah berapa kali kepalanya terkepit di celah ketiak orang. Tapi apa dia kisah. Asalkan dia dapat jumpa Rayyan.

"Rayyan!!". Laung Zaharah dari jauh sambil melambaikan tangannya ke arah Rayyan. Kakinya juga dijengketkan sedikit supaya dapat mengatasi ketinggian orang lain yang menghalangnya.

"Megat Rayyan Naufal!!". Tempik gadis itu lagi. Namun hampa, lelaki itu masih tidak berpaling.

Zaharah tetap tidak berputus asa. Sedaya upaya dia berusaha melepaskan diri dari kerumunan orang ramai dan akhirnya usahanya tidak sia-sia. Terlepas juga dia dari himpitan lautan manusia itu.Terus langkahnya dimajukan ke arah Rayyan dengan laju.

Wajahnya dimaniskan dengan senyuman sambil tangannya ligat membaiki awning tudungnya. Sempat dia melihat dirinya di dalam pantulan cermin tingkap yang ada di situ.

Dengan perasaan yang bercampur baur antara gugup dan teruja, Zaharah cuba meyakinkan diri. Terus langkahnya dimajukan sedikit demi sedikit sehinggalah tiba betul-betul di hadapan Rayyan.

"Hai Rayyan.".

Remaja lelaki yang tadinya berjalan angkuh itu memberhentikan langkah. Melihatkan pengwal peribadinya yang mahu bertindak,cepat-cepat dia memberikan isyarat dengan tangannya supaya tidak mengapa-apakan Zaharah.

"Oh my damn it. She's just like angel from heaven".

Daniel meletakkan tangannya di dahi sepertigaya mahu pengsan. Habis lembik sendi lututnya sehinggakan Lutfi terpaksa menahan tubuh Daniel daripada selamat mendarat di atas lantai.

Namun tidak bagi Rayyan. Dia hanya memandang wajah Zaharah dengan wajah kosong. Kecantikan gadis itu langsung tidak membuatkan dia tergugat. Makin dingin wajahnya adalah.

"Ingat saya lagi tak?". Soal Zaharah sambil membuat gaya peace dengan jarinya.

Diam. Tiada sebutir kata yang terkeluar dari dua ulas bibir Rayyan.

Senyuman Zaharah kendur apabila Rayyan hanya mendiamkan diri dan melihatnya. Langsung tiada secalit senyuman atau sebarang reaksi pada wajah lelaki itu. Zaharah malu apabila dirinya bagaikan orang bodoh yang diabaikan.

"Dah lupa saya ke? Ni Zaharah lah.Dulu kan kita selalu main sama-sama". Ujar Zaharah lagi. Senyuman pada wajahnya sudah tidak semanis tadi.

Melihatkan situasi dingin antara Zaharah dan Rayyan, membuatkan Lutfi terpaksa masuk campur. Dia tahu jika tuan mudanya diam sebegitu pasti ada sesuatu yang  tidak kena. Tangannya yang sedang menahan tubuh Daniel dilepaskan begitu sahaja ke atas lantai.

Kisah apa dengan kawannya itu. Yang penting sekarang tuan mudanya. Sebab tuan mudanya sumber gajinya!

"Ehh. Adoi.". Daniel menggosok punggungnya yang tercium lantai itu.

"Ermm.. tuan muda. Ada apa-apa masalah ke?". Soal Lutfi kepada Rayyan.

Rayyan memandang wajah Lutfi seketika.Tangan yang diselukkan di dalam poket tadi mengeluar dompet berjenama mewahnya lalu beberapa keping not RM50 dikeluar.

"Bawak pengemis ni jauh dariaku.".

Deng!

Terasa dirinya dihempap batu. Kecil hati seorang Zaharah Wadina apabila orang yang ditunggu selama  hampir 10 tahun menganggapnya pengemis. Buruk sangatkah pakaian yang dia pakai. Lusuh sangatkah warna bajunya.

Tiba-tiba sahaja tunak matanya terasa hangat. Sebolehnya dia menahan air matanya daripada berkaca. Dia tidak mahu Rayyan memandangnya lemah. Kalau boleh, mata yang berkaca dengan air mata pun dia tidak mahu tunjuk.

"cik.". Lutfi menyentuh bahu Zaharah, membuatkan gadis itu tersentak.

Senyuman tawar pada wajah Lutfi membuatkan Zaharah akur dengan ajakan lelaki itu. Wajah beku Rayyan dipandang seketika sebelum kakinya mengikut langkah Lutfi. Sesekali dia menoleh ke belakang melihat Rayyan.

"Sampai hati awak Rayyan.". Bisik hati kecil Zaharah.

Empangan air matanya sedaya upaya ditahan daripada mengalir. Merah wajahnya kerana menahan tangisan.

Lutfi memandang Zaharah dengan perasaan simpati. Mesti hati gadis itu terasa bagai disiat-siat apabila buah hatinya melayannya begitu. Namun apa boleh buat, tuan mudanya memang seorang  hati beku.

"Jangan ambik hati sangat lah denganTuan muda tu. Dia memang macam tu.".

Zaharah memandang wajah Lufti lalu menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Nah."  Lutfi menghulurkan duit yang diberi Rayyan tadi kepada Zaharah. Namun Zaharah menolak sambil menggelengkan kepala.

"Ambiklah. Kalau cik tak ambik, teruk saya kena marah dengan tuan muda nanti.".

Zaharah akur lalu diambilnya juga duit itu dengan teragak-agak.

"Oh.. By the way. Awaklah Zaharah kan.Am I right?".

Zaharah menganggukkan kepalanya. Dalam masa yang sama dia juga hairan bagaimana lelaki muda itu tahu namanya.

"Macam mana abang kenal saya.".Soal Zaharah polos.

Lutfi tersenyum sebelum bibirnya menutur kata.

"Puan Aisyah selalu ceritakan tentang cik kepada semua pekerjanya. So thats why, saya kenal cik.".

Zaharah tertawa, membuatkan hati lelaki Lutfi terusik  kerana keindahan senyuman gadis itu.

“Bonda sihat?”. Soal Zaharah dalam senyumnya. Rindu dengan wanita yang dianggapnya ibu itu.

“Alhamdulillah sihat. Kalau sakit pun, ada lah sakit sikit-sikit. Alah.. sakit orang tua..”. balas Lutfi membuatkan Zaharah tersenyum sendiri.

 

Sedar akan keterlanjurannya berbual dengan gadis yang baru diketemunya hari ini, membuatkan Lutfi segera meminta diri. Takut jika tuan mudanya bising kepadanya nanti.

 

"kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu ya. Tuan muda tunggu saya tu". Pamit Lutfi lalu meninggalkanZaharah.

 

🌺🌺🌺🌺

 

Zaharah menuntun basikalnya di sepanjang perjalanan pulangnya dari lapangan terbang. Membazir masa dan tenaganya sahaja mengayuh basikal sejauh 10KM semata-mata mahu bertemu dengan Rayyan. Namun hampa segalanya. Jejaka itu tetap sama seperti dahulu, tidak suka menerima kehadiran dirinya.

Bangku yang berada di pinggir jalan dihampirinya lalu melabuhkan punggung di atas bangku tersebut. Basikalnya ditongkatkan di hadapannya. Masam mencuka wajah Zaharah apabila teringatkan peristiwa tadi. Dia tidak kisah jika Rayyan membencinya, tetapi janganlah sampai menganggapnya pengemis. Malu tahu tak.

Disebabkan oleh itu dia terus menghamburkan tangisnya memandangkan tiada orang yang lalu lalang di situ. Teresak-esak gadis itu menagis. Dia sendiri pun rasa dirinya bodoh kerana membazirkan air matanya kerana seorang lelaki.

"Tak apa lah. Ara dah tak nak kejar Rayyan dah. Ara tak nak ingat Rayyan lagi dah. Ara putus asa. Ara cari orang lain je lah. Ara dah penat nak tunggu Rayyan.". Omel gadis itu seorang diri diselang-selikan dengan tangisannya yang tersedu sedan. Hingus yang hampir meleleh dilapkan di hujung lengan bajunya.

Namun tiba-tiba hatinya terasa makin sebak.Mana sanggup dia nak lupakan Rayyan. Crush sejak kecik kot.

"Huwaaaa!!". Gadis itu menghamburkan tangisannya yang kian menjadi-jadi.

"Rayyan selalu ignore Ara..Huwaaa!!!". Gadis itu menangis lagi.

Slurp.

Air hidung yang hampir meleleh disedut Zaharah.Rupa cantik gadis itu sudah tidak semengah. Merah padam wajahnya.

"Tak apa Ara.". Zaharah bangkit dari bangku lalu menuntun basikalnya ke pinggir jalan.

Zaharah naik di atas basikalnya. Air mata yang membasahi wajahnya dilap sehingga kering. Dengan penuh semangatnya dia mengepalkan tangannya untuk mengumpul kekuatan. Bibirnya diketap rapat.

Ini kalau ada orang tengok Zaharah sekarang, pasti mereka kata Zaharah gila.

"kau kena buktikan. Yang kau boleh lupakan Rayyan. Ya.. kau kena yakin!". Ujar gadis itu bersemangat dengan suaranya yang masih sebak. Air hidung yang  meleleh disedutnya lagi.

Kakinya dibawa ke pedal basikal lalu dikayuhnya menuju ke sisi jalan raya. Namun nasib tidak menyebelahinya, entah dari mana datangnya kereta yang dipandu laju masuk ke simpang.

Zaharah tidak dapat mengawal basikal yang ditunggangnya dengan baik. Nyaris sahaja gadis itu dilanggar kereta yang laju itu.

Skrettt!! Buk!!

Zaharah jatuh dari basikalnya. Yang paling kesian, basikalnya pula jatuh menimpa di atas tuannya. Inilah yang dikatakan sudah jatuh ditimpa tangga.

"aduhh.". Zaharah mengadu kesakitan. Telapak tangannya yang terasa pedih disentuh dan dilihatnya.

Kesan calar dan luka di telapak tanganZaharah disapunya untuk membuang pasir-pasir yang melekat. Matanya kembali berkaca. Perlahan-perlahan dia  kembali menagis tersedu sedan seperti tadi.

"Huwaaaa!!!". Matanya kembali berkaca.

Basikal yang jatuh menimpanya ditolak lalu ditendangnya perlahan. Tidak sanggup mahu tendang kuat-kuat. Rosak basikalnya nanti, tidak mampu dia beli yang baharu.

"Ini semua salah Rayyan.". Marah Zaharah sendiri. Kakinya menendang basikalnya lagi.

"Lelaki selalu salah. Huwaaaa!!".

Wajah yang basah dengan air mata ditekup Zaharah. Tanpa dia sedar ada seseorang yang sedang berdiri di sebelahnya sambil memerhatikannya. Basikal Zaharah yang jatuh diangkat oleh orang tersebut.

Secara automatik gadis itu mengangkat wajahnya melihat siapakah gerangan yang membantunya itu. Terkebil-terkebil mata sembabnya melihat lelaki yang sedang menongkatkan basikalnya itu.

Wajah yang terselidung di sebalik mask menyebabkan Zaharah tidak dapat melihat siapakah lelaki itu. Kepala lelaki itu pula ditutupi dengan penutup kepala hoodie yang disarungkan. Hanya sepasang mata sahaja yang kelihatan.

"Kau dah sewel ke menangis dekat tengah-tengah alam macam ni. Tak tahu malu ke?".

Zaharah bangkit dari duduknya. Punggungnya dikebas-kebas untuk membuang habuk lalu handel basikal yang dipegang lelaki itu dirampasnya.

"Mana ada saya menangis.". Balas Zaharah sambil menyeka air matanya dengan belakang telapak tangannya.

"Habis tu? Yang kau melalak tadi tu apa? kau menyanyi?.". Sindir lelaki itu.

Zaharah menggelengkan kepalanya.

"Terima kasih tolong saya.". Zaharah berura-ura mahu pergi. Dia memang begitu, malas mahu melayan orang yang mahu mencari gaduh dengannya.

Namun baru beberapa langkah Zaharah derapkan, terasa bajunya ditarik dari belakang. Terus gadis itu menoleh.

Lelaki itu menghulurkan tisu kepada Zaharah lalu Zaharah ambil sahaja tanpa banyak bicara. Dahinya sedikit berkerut.

"Tu namanya tisu. Guna untuk lap hingus kau. Dah tak ada rupa aku tengok kau sekarang.".

Zaharah menganggukkan kepalanya lalu tisu di tangannya dibawa ke hidung. Segala cecair yang terkumpul pada organ itu terkeluar apabila gadis itu tanpa segan silu menghembuskan hingusnya sehingga menghasilkan bunyi. Lelaki itu hanya diam melihat tingkah laku Zaharah.

“lain kali, kalau ye pun nak menangis, bangun lah dulu,duduk dekat tempat selamat. Ini tidak, duduk dekat tengah-tengah jalan, macam minta kena langgar. Kau tu muda lagi nak bunuh diri. Perjalanan jauh lagi.”.Kata lelaki itu kepada Zaharah.

 “Mana ada saya nak bunuh diri”. Marah Zaharah.

“Ya aku tahu. Aku saja je.”. Balas lelaki itu.

 

"kalau macam tu, saya minta diri dulu.Dah lewat ni. Terima kasih sebab tolong saya.". Ucap Zaharah lalu menuntun basikalnya pergi dari situ.

Lelaki itu masih kekal berdiri di situ. Memerhati gerak geri dan langkah Zaharah sehingga gadis itu hilang dari pandangannya. Tanpa sesiapa tahu, lelaki itu mengukirkan senyumannya disebalik wajahnya yang terselindung. Hatinya sedikit terusik dengan perasaan, apabila bertemu dengan gadis itu buat kali pertama.

"She's damn cute than my imagination.". gumamnya sendiri sambil bibirnya tidak lekang dari senyuman.

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Schamaya habsye