Home Novel Komedi/Romantik Komedi Undercover Chef
Undercover Chef
awa
21/5/2021 11:36:17
751
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 4

"Saya tak faham dengan manusia zaman sekarang.” Tuan Hasnal panggung kepala. 



Ayat ini, saban hari menyapa telinga setiap kali ada kes yang perlu mereka selesaikan. Lebih teruk jika kes mereka menemui jalan buntu!




"Awak dah hantar anggota ke sana untuk mengintip?” Pegawainya masih tidak jemu bertanya.




"Sudah Tuan!” Pantas Tuan Hasnal memberi jawapan. Tanpa disuruh, dia terlebih dahulu sudah mengagih tugasan sebelum diarah.




"Bagus..” Kepala pegawai atasan sudah umpama burung belatuk. Memuji tindakan Tuan Hasnal yang selangkah lebih cepat dari jangkaanya.




"Pastikan anggota awak selidik betul-betul. Maklumat yang tepat, bukan hanya dengan risikan beberapa hari. Boleh makan masa berbulan-bulan baru kita dapat maklumat yang sahih.”




"Baik tuan!”




"Awak boleh pergi.”



Tanpa berlengah, Tuan Hasnal angkat punggung. Terus hilang debaran dihati. 



Setiap kali dia masuk ke sini, semuanya jadi tidak kena. Takut jika segala soal siasat tidak dapat dijawab tanpa gagap.



Jawapan pula, mesti lah pantas. Kalau tidak, jangan harap dia boleh keluar dari bilik ini dengan selamat tanpa sebarang makian.



"Tapi, sebelum tu..”




Kaki Tuan Hasnal terpasung. Tak jadi melangkah. Dada terus kembali berdetak hebat.



"Siapa yang awak hantar ke hotel Tan Sri?”




Bibir Tuan Hasnal bagai terkunci. Teragak sama ada mahu berterus terang, atau diamkan sahaja.




"Adif?” Soal pegawai atasan lagi bila mulut Tuan Hasnal tiba-tiba berat.



"Tak tuan.” Lekas Tuan Hasnal menidakkan.




"Saya hantar Luthfia!”




Tuan Hasnal perasan, senyuman pegawainya tadi terus lenyap. Pandangan matanya turut sama berubah. Dalam waktu yang sama, matanya juga memberi isyarat tidak setuju dengan keputusan Tuan Hasnal menghantar Luthfia untuk menyelesaikan kes ini.




"Awak tahu kan, kes ini melibatkan golongan yang berkelas. Dan awak sendiri tahu status Luthfia. Kalau kes ini jadi perhatian umum, macam mana?”




Silap Tuan Hasnal kerana lupa tentang empunya hotel yang boleh dikategorikan orang ada-ada. Tapi, dia juga tidak silap kerana memilih Luthfia. Dia tahu sejauh mana kemampuan Luthfia.




"Saya tahu, Luthfia seorang yang professional dalam menjalankan tugas. Dan kita semua juga tahu, Luthfia tak pernah mencampur aduk kan urusan kerja dan peribadi.” Tegas Tuan Hasnal.




Mata Tuan Hasnal perlahan-lahan naik. Mengikut gerak pegawainya yang sudah bangun, berdiri bersama-sama dengannya.




"Saya pegang kata-kata awak. Dan saya tak nak, timbul cerita yang kurang enak dipendengaran saya tentang orang bawahan awak.”




Tuan Hasnal bertatapan dengan pegawainya untuk seketika, sebelum kepala dia jatuh. Tunduk memberi hormat. Sudah memadai, sebagai jawapan yang dia patuh dengan arahan pihak atasan. Dalam diam, bibir atas dan bawahnya bertemu. Sedikit gusar dengan janjinya sendiri.




•••


 



Peluh didahi, aku seka dengan hujung baju. Baju yang kering, kini lembap kerana peluh yang terbit dari segala celah badan. Tudung pun sudah senget-senget.




"Jangan nak curi tulang, bersihkan betul-betul.” Sergah satu suara.




Pantang nampak aku berhenti berehat untuk seminit dua, suara dia sudah memetir dari depan.




"Puan Fia!!” Suara lain pula berbisik keras dari depan pintu, memanggil aku.




Aku menoleh malas.




Ini lagi seorang. Pesanan aku semua dia campak keluar agaknya sebelum masuk sini. Dah berkali-kali aku pesan, jangan panggil aku begitu disini.




"Puan okay? Biar saya basuh semua ni.” Adib tawar diri untuk membantu. Kesian pula melihat Luthfia yang meregangkan badan. Mungkin terlalu lama membongkok.




"Kau lupa pesanan aku?!” Aku jegil mata, bersama suara yang tertahan. Takut ada yang mendengar.




Adib tersengih, menggaru kepala.




"Dah terbiasa.” Ujar Adib bersama sengih.




"Sekali lagi aku dengar kau panggil aku macam tu...” Ayat aku terhenti, kepala bergerak ke kiri dan kanan.




“Berus ni dulu masuk dalam mulut kau!!” Kayu berus lantai bilik air aku suakan pada Adib yang berdiri tegak didepan pintu bilik air.




“Jadi, awak nak tunjuk gangster dekat sini?”




Tanpa disangka, Luzari muncul disebalik dinding. Spontan Adib beralih bila Luzari menghampiri pintu bilik air. Sekali gus mengambil tempat Adib berdiri sebentar tadi, bersama muka tegang.




Cepat-cepat aku jatuhkan kembali kayu tadi. Sempat aku menjeling Adib yang tampak serba salah, berdiri dibelakang Luzari.




"Baru hari pertama dekat sini, awak dah tunjuk besar kepala. Dengan semua orang awak nak bergaduh, huh?!”




Aku diam tidak berkutik.




Tapi jauh dalam hati menafikan. 




Rasanya, Adib orang pertama yang menegur aku disini. Yang selebihnya pelakon berpengalaman. Langsung tidak menegur apatah lagi mahu memandang aku yang sedang mencuci tandas.




"Atau awak nak tunjuk protes sebab kena cuci tandas?” Kening Luzari terangkat tinggi.




Luzari mengingatkan kembali janji Luthfia sebelum diterima bekerja disini. 




Bukankah gadis ini juga yang berlagak sangat mahu lompat sampai ke bintang jika diterima bekerja disini? Tapi kenapa wajah gadis ini umpama tapak sulaiman yang tidak bersinar. Tiada apa-apa perasaan langsung.





Dan gadis ini juga sanggup belajar dari bawah. Jadi, ini lah kerja paling bawah perlu Luthfia lakukan terlebih dahulu sebelum dia mengajar Luthfia tentang perkara lain.




"Baik chef keluar, kerja saya masih belum siap.” Halau aku.




Tak tahan dengan renungan Luzari, aku segera menutup daun pintu. Rapat! Rengusan Luzari jelas menyapa telinga disebalik pintu. Dan aku sudah tidak dengar lagi suara Luzari yang tenggelam berselang seli dengan berus aku yang sudah bising, menggosok lantai jubin.




Aku duduk diatas lantai, melunjur kaki. Sambil badan bersandar pada loker. Terasa urat saraf aku hampir putus gara-gara tenaga aku dikerah sepenuhnya oleh Luzari.




Tak cukup dengan mencuci tandas, habis semua lantai dapur aku terpaksa bersih dan keringkan. Hanya aku seorang yang bekerja sambil diperhatikan Luzari. Dihalaunya semua staff lain keluar, kerana takut mereka semua ringan tulang akan membantu aku.




Aku mengetap bibir.




"Tak guna punya Luzari!!” Maki aku perlahan.




Tak tahu lah kenapa lelaki ni benci sangat pada aku. Ada saja yang tak kena dimata dia.




Tangan aku naik, menumbuk perlahan dari bahu turun ke lengan. Habis sakit-sakit badan aku dibuat Luzari. Lutut pun terus ketar, hingga tak mampu nak tampung badan aku sendiri.




"Nah!”




Sebotol air sudah menyapa sepasang mata aku. Melenyapkan terus wajah Luzari dari pandangan mata.




Aku diam. Tak peduli dengan pemberian dia.




Spontan dia turut sama duduk sama persis dengan aku. Tangan dia masih setia menghulurkan sebotol air pada aku.




"Ambil lah. Pu..Tak..Fia penat kan?” Adib gugup. Tak biasa mahu berborak santai dengan wanita ini.




Tanpa berlengah, air ditangannya aku sambar. Sememangnya, aku penat. Setitik air pun belum melalui tekak sejak aku menjadi bibik dari pagi tadi.




"Kau dah dapat cari tempat tu?” Soalan yang aku lontarkan. Kalau boleh, lagi cepat lagi bagus. Lagi cepat aku bla dari sini.




"Be..lum..”Jawab Adib tanpa berani angkat muka.




Terus kepala aku menoleh. Mencari wajah lelaki ini. Sempat mata helang aku meliar, takut kalau ada yang sedang mencuri dengar perbualan mereka berdua.





"Kan aku dah pesan kau sebelum ni? Kau tak buat kerja lah?” Mulut aku laju memarahi Adib yang sudah tayang gigi penuh.




"Macam mana saya nak cari, saya pun baru kerja dekat sini tiga bulan.” Giliran Adib membela diri. Tak terima dengan tuduhan Luthfia.




Aku bungkam. Sedar dengan keterlanjuran mulut aku menuduh Adib tidak melakukan kerja yang disuruh.



Aku melepaskan rengusan kuat. Itu saja cara aku melampiaskan marah. Nak marahkan Adib, dia bukan salah pun.




"Dah berapa kali kau masuk bilik tu?” Nada suara aku kendur. Mula bersembang santai dengan Adib.




"Baru sekali.”




Penutup botol aku buka kembali, air yang berbaki separuh aku teguk. Rakus.




Kalau sekali, macam mana Adib mahu memberi aku panduan ke sana? Tempat ni bukan lah kecil. Besar! Salah tempat, mungkin masuk ke tempat yang tidak sepatutnya.




"Ada jumpa apa-apa yang pelik dekat sini?” Aku mula soal siasat Adib.




Laju Adib mengeleng kepala.




"Bilik kau?” Entah kenapa, mulut aku ni tak berhenti mahu menyoal Adib.




Secara kebetulan, Luzari melalui disitu. Dan tanpa sengaja dia terdengar suara Luthfia. Kaki Luzari terpasung. Terasa bagai ada magnet yang menarik dia mendekat, untuk mencuri dengar perbualan Luthfia.





"Bilik? Fia nak masuk bilik saya juga ke?” Suara Adib sedikit meninggi. Terkejut bila Luthfia bertanyakan keberadaan bilik dia. Tak kan bilik dia juga Luthfia mahu geledah.




"Syhhh..!!” Jari aku naik, melekat pada bibir sendiri.




Jangan kata Adib, Luzari yang dengar pun terkejut! Cepat dia sembunyi disebalik dinding bila mata helang Luthfia melilau ke tempat dia berdiri.




"Kenapa kau cakap kuat-kuat?” Marah aku bersama mata dibesarkan.




"Sa..ya..Saya..”Adib sudah tidak keruan bila Luthfia tiba-tiba berubah serius.




Sorotan mata aku berubah bila Adib mahu bersuara, tajam merenung dia. Sekali lagi, jari telunjuk kanan aku naik ke bibir. Mata aku menghantar isyarat, merenung dinding dibelakang Adib.




Entah kenapa, aku rasa tidak sedap hati.




Perlahan-lahan aku bangun, menghampiri dinding yang memisahkan antara pintu keluar dan bilik loker menyimpan barang. 



Selepas kiraan tiga, terus aku menyergah. Tapi, kosong!




Firasat aku kuat mengatakan ada seseorang yang berada disini tadi.




"Lepas ni, kita jangan jumpa dulu!”




Usai berkata, aku keluar meninggalkan Adib yang masih terpinga-pinga.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh awa