Home Novel Komedi/Romantik Komedi Star Buddy
Star Buddy
DarkSkyGirl
19/5/2020 06:15:27
418
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 2
 "Allahuakhbarallah..!" aku tersedar dari lena apabila kedengaran azan berkumandang. Ya Allah, macam mana boleh tertidur ni? Zohor dan Asar pun aku terbabas. 

Aku mengucap panjang sebelum cepat-cepat ke bilik air untuk mengambil wudhuk dan solat Maghrib dan qada' solat Zohor dan Asar tadi. 


   Selesai solat, aku keluar dari bilik. Keadaan rumah senyap sunyi. Mungkin emak sedang solat di dalam bilik agaknya. Jam dinding di ruang tamu sudah menunjukkan pukul 7.45 malam. 


  Uishh.. Aku kena siapkan makan malam. Turun ke dapur. Hari ni aku tak bersilat, kung fu, karate, taekwondo kat dapur sebab lauk tengahari tadi masih ada. Cuma panaskan je. Kira warm-up lah tu kan. Hehehe.


Selepas siap menghidangkan makanan di atas meja makan, aku bercadang nak naik atas untuk panggil emak turun makan. 


    Dan, sekali lagi mata aku tertumpu pada pintu bilik yang bermangga di sebelah tangga. Apa pasallah menarik sangat pintu ni untuk dipandang?


   Tiba-tiba aku sedar yang di celah-celah bawah pintu tu bercahaya. Eh!? Macam ada orang buka lampu kat dalam. Aku lagi terkejut bila ada nampak bayang-bayang di bawah pintu tu. Ada orang berdiri belakang pintulah….!!


 Dum!! 


Terkejut beruk aku bila tiba-tiba saja pintu tu dirempuh dari dalam. Macam lipas patah kaki aku meluru naik ke atas. Sampai tersadung beberapa kali. Ah, aku takut kot!!!!


   Akhirnya, aku jatuh tertiarap tup-tup di hadapan emak yang berada di hujung tangga. Aku mengaduh kecil. Hampir saja wajah aku mencium permukaan tangga. Nafas aku bukan main laju. Tercungap-cungap aku dengan tubuh yang masih setia pada tangga sambil memandang emak.


  "Eh, Lina ni dah kenapa? Macam mana boleh jatuh? Naik tangga tu pandang bawah bukan berangan-angan! Kalau terhantuk kepala tu macam mana? Mak juga yang susah!" bebel emak tanpa sebarang bantuan dihulur kepada aku. 


 Aduh, badan aku sudahlah sengal-sengal dan boleh pula  emak membebel. Bukan mahu tolong pun! Aku berdiri tegak perlahan-lahan. 


   "Mak, tadi lampu dalam bilik yang berkunci tu terbuka! Lepastu ada orang tolak dari dalam. Bukan bilik tu tak ada orang ke? Lina rasa ada hantulah dalam bilik tu!" tergesa-gesa aku memberi penjelasan. Nafas pun rasa tak cukup. Dahi emak sudah berkerut. Nampak sangat tak percaya. 


Belum sempat emak balas apa-apa, aku sudah heret emak ke bawah. Kami berdua berhenti di hujung tangga. Emak hanya mengintai pintu bilik yang masih bermangga sejak tiga tahun lepas. Aduss… Macam mana bilik tu gelap balik? Bukan tadi terang je ke?


  "Mana lampu terbukanya? Tak ada pun mak tengok. Ish, dah dahlah tu. Siapa suruh tidur petang! Segala benda mengarut diangankan. Malaslah mak nak layan!" emak membidas tegas. Dia meneruskan langkah ke meja makan. Aku terkebil-kebil merenung pintu bilik tu sebelum mengikut jejak emak. 


Hati aku cuba menerima pendapat emak tadi. Barangkali memang imaginasi aku. Mungkinlah.

***

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh DarkSkyGirl