Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 60




          “Kenapa boleh jadi macam ni, bang?” Laura cuba untuk untuk membuka rantai besi yang telah diikat pada tangan pengawal keselamatan itu.

          Tetapi tidak berhasil untuk meleraikannya.

          “Arkkk.” Pengawal keselamatan itu hanya mampu menahan kesakitan akibat tercedera di bahagian belakang badannya.

          “Abang. Macam mana saya nak buka ni. Siapa yang buat abang macam ni?” Tanya Laura lagi.

          “Ada seorang laki tu. Arkkkk.” Kepalanya pula yang mula berasa sakit dan berdeyut-deyut sahaja.

         “Hahh. Siapa? Abang tunggu sini, saya pergi panggil abang guard yang lain.” Gegas Laura meninggalkan tandas awam itu.

          “Cikkkk. Nanti. Arkkkkkkk.” Belum sempat dia ingin memberitahu perkara sebenar, Laura sudah pun beredar dari situ.

          “Aduh! Aku nak minta tolong siapa ni.” Laura melihat di sekeliling kawasannya sahaja.

          “Mana pergi abang guard yang tadi? Aku nak buat apa ni?” Bingung Laura seketika.

          “Okay okay. Baik aku pergi panggil Kira.” Tanpa berfikir panjang, Laura terus menuju ke arah kedai butiknya itu.

          Tercungap-cungap Laura ketika dia sedang berlari.

          Memang panik dibuatnya apabila salah seorang pengawal keselamatan di dalam ‘Mall’ itu mengalami kecederaan yang sangat teruk seperti dipukul dengan benda yang keras secara bertubi-tubi di bahagian anggota badannya itu.

          Hatinya mula semakin resah.

          Fikirannya juga mula terganggu dan menjadi runsing seketika.

          “Shakira!” Jerit Laura.

          “Kira. Kau kena tolong aku. Abang guard..” Laura terhenti seketika.

          Dia mula mencari rakan sekerjanya di Dalam kedai butik itu.

          “Kira.” Panggil Laura sambil memerhatikan sekeliling tempat di kedai butiknya itu.

          Laura berasa hairan kerana tiada sahutan daripada Shakira.

          “Kira. Kau kat mana?” Jerit Laura sedikit.

          Dia melihat sahaja di kaunter pembayaran, tetapi masih tidak dijumpai rakan sekerjanya itu.

          “Kira.” Panggil Laura lagi.

          “Kau jangan main-main, boleh tak. Kita ada masalah ni. Kira.” Jantung Laura ingin sahaja mahu tercabut keluar.

          Dia cuba untuk menghampiri bilik stok yang berada di belakang itu.

          Semakin menghampirinya.

          Dengan secara perlahan-lahan, Laura memulas tombol pintu itu.

          Lalu, dia cuba untuk menolak pintu itu dengan perlahan-lahan. Cuba untuk menjenguk ke dalam.

          Melihat dari atas bumbung hingga ke bawah lantai. Dia terlihat sesuatu.

          “Shakira!” Jerit Laura lalu dia terus mendapatkan Shakira yang sudah terlantar di atas lantai itu.

          “Shakiraaa, kau dah kenapa. Siapa yang sanggup buat kau macam ni? Ya Allah, Kira.” Menangis Laura apabila melihat keadaan Shakira yang tidak sedarkan diri.

          Laura cuba untuk bangunkan Shakira, tetapi masih tidak menyedarkan dirinya lagi.

          Laura menangis teresak-resak dan buntu kerana tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Selepas dia terjumpa abang guard yang sudah tercedera parah, kini Shakira pula yang menjadi mangsa keadaan.

          ‘Apa yang telah berlaku kat sini? Kenapa? Siapa yang sanggup buat kerja kejam macam ni? Ya Allah, apa patut aku buat? Aku nak minta tolong kat siapa? Pak cik Guard..!’ Fikir Laura sejenak.

          “Ya, betul. Pak cik guard. Pak cik ada kat bawah.” Terfikir Laura seketika.

          “Shakira, kau tunggu sini kejap ye. Aku minta pertolongan.” Laura mengesatkan air matanya lalu bingkas bangun untuk keluar dari kedai butiknya itu.

          Dia berlari keluar untuk melihat Pak cik guard di bahagian tingkat bawah. Sebelum dia mendapatkan lift, dia melihat di kawasan bawah ‘Mall’. Mula melilau mencari Pak cik guard, tetapi keadaan di bawah begitu sunyi dan agak menyeramkan.

          Laura mula menjerit dari tingkat dua.

          “PAK CIKKKK..! PAK CIKKK..!”

          Laura melihat tiada sesiapa pun yang berada di bawah. Yang ada hanyalah kesunyian di waktu malam dan kedipan-kedipan lampu yang bercahaya tetapi agak sedikit malap.

          Laura gelisah dan air matanya mengalir semula.

          “SESIAPAAAA, TOLONGGGGG..! PENGAWALLLLL..!”

          Laura menangis teresak-resak lagi kerana tiada seorang pun yang menyahut panggilannya itu.

          Dia semakin buntu. Ketakutan dalam dirinya semakin membuak-buak.

          Dia cuba untuk mencari pengawal keselamatan yang lain, tetapi tiada seorang pun yang dia lihat di dalam kawasan ‘Mall’ itu. Dia tahu, hanya enam orang pengawal keselamatan sahaja yang perlu mengawasi setiap tingkat di ‘Mall’ bagi tiada kecurian berlaku. Dia juga tidak tahu, di mana empat orang lagi pengawal keselamatan yang perlu berada di situ. Atau yang lain pun sudah tercedera seperti abang guard yang dia jumpa di dalam tandas awam itu tadi.

          Laura tidak dapat berfikir dengan tenang. Hanya mampu menangis sahaja di ruang kawasan itu.

          Fikirannya mula terjenak.

          “Phone! Phone, phone aku mana.” Kedua-dua belah tangan Laura mula mencari-cari di bahagian poket seluarnya itu.

          Dia mengeluarkan telefon pintarnya lalu terus membuka fail penama dalam panggilannya itu. Terlihat nama ‘Papa’ yang sudah tentera di muka kaca skrin telefon pintarnya itu.

          Mahu sahaja jari-jemarinya itu terus menekan.Tetapi……

          “Tak! Aku tak boleh call papa. Kalau terjadiapa-apa kat papa dengan mama lagi macam mana. Aku tak boleh bahayakan diorang.” Laura terfikir seketika.

          Dia sudah tiada idea untuk berfikir. Kali ini dia betul-betul buntu.

          Air matanya hanya mampu mengalirkannya sahaja lalu dia memejamkan matanya untuk bertenang seketika.

          ‘Lan.’ Matanya terbuka semula.

          Fikirannya hanya tertumpu pada satu nama yang boleh membantunya apabila dia dalam kesusahan. Walaupun, dia tahu hubungan dia dengan Lan tidaklah seakrab seperti dulu.

          Laura terus mencari nama Lan di Dalam telefonnya itu.

          Terus menghubungi.

          Laura mengesatkan air mata di pipinya itu dan dia mula berharap agar Lan dapat membantunya.

          “Tuttt..tuttt..”

          “Tuttt..tuttt..” Laura menanti.

          “Huishhh. Siapa pula yang call ni. Aku dah nak menang kot.” Marah Lan seketika apabila dia sedang bermain permainan game di dalam telefon pintarnya itu.

          “Ehh!” Lan bingkas bangun.

          Dia melihat ada seseorang yang sedang memanggilnya di telefon. Dia terkejut dan terdiam seketika.

          “Tak pernah-pernah dia nak call. Ni, ada Apa pula?” Lan hanya memikirkannya sahaja.

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.