Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kau Percaya Takdir Tak?
Kau Percaya Takdir Tak?
Iman Safiyya
1/8/2020 11:11:22
10,191
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 26

"Ayumi, bangun.. tengok tu," kejut Izah sejurus selepas bas yang mereka naiki melalui kawasan lapang yang terpampang di papan tanda jalan bertulisan besar 'Welcom to Tarim'. Ayumi mencelikkan mata, lama betul rasanya perjalanan mereka, sakit pinggangnya dan badannnya sengal-sengal kerana duduk terlalu lama. 


"Alhamdulillah ya Allah," Air mata diseka. 


"Aok nak tahu, saya hairan betul masa dekat airport tu bila ada budak perempuan tunjuk-tunjuk saya dari jauh. Mesti diorang sangka saya ni aok," Izah memulakan perbualan bagi menghilangkan kebosanan.


"Anak-anak murid saya lah tu," Ayumi merendah diri. Terharu kerana pelajarnya seramai 10 orang sanggup datang untuk mengiringi pemergiannya. Dan Ustaz Hanif pun ada sekali. Ayumi tidak pedulikannya.


Rancak mereka berbual sehingga masing-masing sudah tiada modal atau topik untuk dibualkan.


"Hmm, Ayumi. Nanti sampai kejut ye, saya nak tidur sekejap," sejurus selepas itu, Izah atau nama panjangnya Izah Haffiza Nor melelapkan mata, masih berbaki 30 minit sebelum sampai ke hotel penginapan sementara mereka, itu yang dikatakan ketua rombongan mereka.


*****


"Man, aku dah dekat airport dah ni," sayu suara Ayumi saat menghubungi temannya itu.


"Ha, baik-baik jalan, jaga diri kat tempat orang," Lukhman mungkin akan disalah anggap sebagai teman lelaki Ayumi, kerana dia satu-satunya teman yang Ayumi maklumkan pemergiannya ke luar negara. Mereka rancak berbual sementara Ayumi menunggu tiket dan passport diuruskan ketua rombongan.


Berat hati Lukhman dengan pemergian kali ini, sudah puas dipujuk supaya Ayumi berfikir panjang sebelum membuat keputusan. Disuruh fikir tentang emaknya yang sudah lanjut usia, Syurga Ayumi satu-satunya. 


Namun Ayumi masih dengan keputusannya. 


Akhirnya Lukhman merelakan sahaja, siapa dia untuk jadi batu penghalang untuk sahabatnya berjaya. Jika itu boleh menggembirakan Ayumi, dia seharusnya sokong tanpa bantahan.


"Aku mintak maaf lah tak dapat turun hantaq hang, esok aku ada final exam," Ayumi sudah maklum dengan situasi itu, 


"Aku tak cakap apa pun," Ayumi sudah tergelak.


Tiba-tiba Ayumi terdengar namanya dipanggil dari jauh, mungkin sudah selesai pengurusan tiket. Ayumi meminta diri sebentar lalu gagang telefon diletak.


Sebelum bertolak masuk ke emigration, Ayumi dan kakaknya masuk ke tandas. Sedang Ayumi membetulkan tudungnya di hadapan cermin, telefonnya berbunyi menandakan panggilan masuk, kelam-kabut dia menjawab panggilan itu.


"Assalamualaikum," bunyi suara di corong telefon memberi salam. Ayumi yang masih di dalam tandas cepat-cepat membalas,


"Wehh, aku dalam tandas mana boleh nak jawab salam hang," mereka kemudian tergelak.


"Oh yaka, mana nak tau kot dah naik kapal terbang," Lukhman masih ketawa.


"Dah kenapa telefon banyak kali?" Tanya Ayumi tanpa berbasa basi. Masuk kali ini, sudah dua kali Lukhman menelefonnya sebelum dia berangkat masuk ke perut kapal.


"Saja la, tak boleh ka? Kredit aku bukan kredit hang pun," Lukhman terasa hati.


"Hm dah tu kerap-kerap sangat, aku bukan nak pi perang pun sampai tak balik pulak," Usik Ayumi.


"Ni hang nak pi berapa lama pulak?" Ayumi sudah mengagak soalan itu yang akan ditanya Lukhman.


"Lima..." Jawab Ayumi sepatah.


"Oh lima hari?" Sengaja Lukhman mengusik.


"Tampaq kang, lima tahun," Balas Ayumi kasar.


"Pi lama-lama buat apa? Dua tahun cukup la, kesian mak hang," Lukhman mencuba nasib memujuk entah ke berapa kali.


"Tengok cuaca, okey lah, nak kena pergi dah ni, doakan aku tau," Ayumi melangkah laju memandangkan ramai sudah yang melepasi pintu emigration. 


"Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk sahabat aku," Kata Lukhman sebelum gagang diletak. 


*****


"Hui!! Tersenyum sorang-sorang kenapa? Taknak turun ke?" Izah menjeling Ayumi dikerusi sebelah. Memandangkan dia duduk di bahagian tepi tingkap, terpaksalah biarkan Ayumi keluar dahulu, tetapi hairan pula kerana Ayumi yang tidak bergerak malah tersenyum itu. 


"Oh sampai dah ka?" Ayumi pura-pura terkejut bagi menutup malu.


"Eleh, kalau tak tegur tu entah sampai ke mana dah tu?" Izah mencucuk pinggang Ayumi yang sedang menarik beg galas yang disangkutkan di kerusi hadapan. Terjerit kecil Ayumi kerana kegelian.


"Kakkkkkk! Nasib baik ramai dah turun, kalau tak malu la orang dengar saya terjerit tadi," Ayumi memuncungkan bibir bersama jelingan mata.


"Hahaha! Maaf." Mereka kemudian turun bersama-sama dan menuju ke pintu hotel yang telah ditempah.


"Ayumi, sape tu? Laju je jalan ke sini," Izah menuding jari ke arah seorang wanita yang berkerubung hitam. 


"Oh! Kakak saya, Noor," Ayumi sangat teruja, jika tidak memikirkan dia sekarang di tempat awam, mahu sahaja dia berlari ke arah kakaknya yang sudah lama tidak bertemu itu.


"Assalamualaikum, Ayumi kan?" Tanya Noor sambil menghulurkan tangan, Ayumi sudah ketawa gembira.


"Waalaikumsalam, Yelahhh! Mesti tak cam kan dah semua pakai hitam," tangan kakaknya disalam diikuti oleh Izah.


"Ni sapa?" Tanya Noor kepada wanita yang berada di sebelah Ayumi.


"Saya Izah, datang nak berlajar sama dengan Ayumi," jawab Izah sopan. Ayumi sudah tersenyum di sebelahnya.


"Oh, nanti Ayumi ada kawan lah kat asrama," Ayumi angguk tanda setuju dengan kata-kata kakaknya.


Setelah 10 minit berbual, Ayumi mengikut kakaknya pulang ke rumah manakala Izah dan ahli rombongan yang lain menetap selama sehari di hotel itu.


"Esok jumpa kat sini ye, kita pergi asrama sama-sama," pesanan Izah dibalas anggukan tanda memahami.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.