6,066
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab Sebelas
  

                                                                  BAB 11

DERINGAN telefon terasa benar-benar mengganggu. Dija mematikannya. Tidak dipedulikan sama sekali siapa yang memanggil. Dia terus ‘membunuh’ panggilan itu. Namun, deringan seterusnya menjerit lagi. Dija mematikannya lagi. Tapi, suara jeritan telefonnya terus bergema. Memecahi suasana sepi di rumah sewanya itu.

“Hissyyyh...siapa ni?” soal Dija sambil merenung telefonnya. Tertera nombor yang tidak dikenali. Dija mematikannya lagi. “Mengacau aje!”

Tapi, sebaik sahaja dia ingin meletakkan telefonnya, jeritan berbunyi lagi.

“Hello, siapa ni!!?” Dija kegeraman dan menjawab kasar.

Ada tawa di hujung talian. Suara seorang lelaki.

Dija kehairanan. “Siapa?”

“Siapa lagi?” lelaki itu ketawa sinis. “Malaikat maut motor kau!”

Dija terdiam. Siapa? Malaikat maut motosikal?

Kedengaran ada tawa mencecah telinga Dija. “Hei, kau ni siapa hah?”

“Kan dah cakap, malaikat maut motosikal kau!”

Dija mengerutkan dahi.

“Motosikal yang dah kojol tu, tanda amaran buat kau! Jangan nak berlagak. Jangan nak tunjuk hebat. Jangan nak tunjuk pandai. Jangan nak tunjuk gatal...!” suara lelaki itu sudah menggertak. Kasar dan garang.

Dija diam. Darah tersirap ke muka. Apa maksud mamat tu?

“Mana kau sayang, motor atau maruah kau? Baik kau pilih sendiri. Kalau kau sayang motor, boleh tak aku cabut maruah kau pulak? Ha ha ha...”

Tawa yang menyengat telinga. Berkerut lagi dahi Dija.

Siapa agaknya mamat tu? Dari mana dia dapat nombor telefon aku? Soal hati Dija. Dadanya mulai bergetar dalam debar dan gementar. Mamat manakah yang sedang mengugutnya sekarang? Sudah pasti, mamat itulah yang membunuh motor kesayangannya semalam.

“Apa yang kau nak ni? Dahlah kau bunuh motor kesayangan aku, sekarang, kau ganggu aku pulak!” marah Dija. Suaranya berani tapi hatinya kecut. Berani dalam takut. Takut dalam berani. Namun Dija tetap kuatkan semangatnya. Dia mesti tunjuk berani walaupun hakikatnya dia amat takut.

Ada tawa lagi di hujung talian. Kuat dan sinis. Membingitkan telinga Dija.

“Kau tanya aku nak apa , ya?”

“Ha’ah, kau nak apa?” marah Dija. Kasar dan geram berbaur.

“Nak kau!” tawa lagi.

Dija terdiam. Hatinya membahang.

“Kalau boleh aku nak rogol kau!” suara lelaki itu terus ketawa. “Lepas tu, potong badan kau. Cincang daging kau. Campak aje dalam gaung. Dimakan dek binantang buas! Kau mati tak berkubur. Tak ada siapa tahu. Tak ada siapa sedar yang kau dah lenyap dari muka bumi ni. Baru sesuai dengan rupa hitam legam kau tu!”

Darah Dija tersirap lagi ke muka. Hatinya jadi bergetar dan semakin takut.

“Kalau kau nak selamat, dengar sini!” suara lelaki itu semakin garang.

Dada Dija terus gementar. Dia mulai menggigil. Dia ingin mematikan talian dengan segera. Tapi...

“Kau jangan matikan talian sekarang. Kalau tidak, nahas!” ugut suara itu.

Dija mengeluh. Takut tapi geram. Kalaulah dia tahu siapa yang sedang bercakap dengannya sekarang...

“Aku nak kau tinggalkan niat jahat kau tu!” suara lelaki itu semakin meninggi. Tiada lagi tawa tapi sebaliknya hanya tengkingan dan kemarahan.

“Niat jahat? Woi, mana kau tahu dalam hati aku? Apa yang aku dah buat ni?” antara takut dan berani, Dija menyoal. Geram mencengkam hatinya.

“Ohhh, kau tanya apa yang kau dah buat ya?” sinis suara itu.

“Yalah, apa yang dah aku buat?” marah Dija. Tiba-tiba perasaan takutnya hilang. Timbul pula rasa ingin berlawan dengan orang itu. Rasa berani tiba-tiba pula muncul. Entah kenapa, dia sendiri tidak tahu.

“Jangan kau nak rapat dengan datuk. Mentang-mentang gadis pulau kau ingat senang nak kikis harta datuk dengan godaan gatal kau tu?” marah suara lelaki itu.

Dalam rasa takut begitu, Dija rasa tercabar. Dia melenting geram. Bila masanya dia menggoda datuk? Siapa yang sebarkan cerita karut marut itu? Ada hati ke aku nak goda datuk yang dah tua tu? Nak ke datuk tu kepada aku? Dah laa hitam legam, kurus melidi pula. Anak orang pulau yang tak tersohor, macam dia, takkanlah datuk boleh berkenan. Eh, siapa si gatal mulut bawa cerita buruk ni?

“Eh, kau ni siapa hah? Pandai-pandai je tuduh aku buat perkara buruk tu. Dari mana kau dengar bidaah ni? Tak masuk akal langsung gadis rupa buruk macam aku ni nak goda datuk tu...Nonsense!” marah Dija.

Eh, tahu pulak ya, aku guna Bahasa lnggeris dengan mamat ni. Ahh, lantak ajelah. Sepatah dua tu kira ok juga!

“Aku ni pembunuh upahan!

“Pembunuh upahan?” soal Dija antara dengar dengan tidak. Bergegar dadanya. Berderau darahnya. Subhanallah...

“Aku sanggup buat apa saja demi untuk wang! Kalau ‘bos’ cakap kau kena bunuh, aku bunuh kau! Kalau ‘bos’ cakap kau mesti dirogol, aku rogol kau!” suara amaran lelaki itu terus kedengaran.

“Aku selalu perhatikan kau! Jadi, kalau kau nak selamat, lebih baik kau tinggalkan datuk! Batalkan niat kau nak goda datuk. Apa lagi nakkan hartanya!”

“Amboi, sedapnya bahasa? Kau ingat aku ni gadis pulau yang gilakan semua tu? Woii, tengok orang laa. Aku ni buruk rupa je, tapi hati aku tak hitam macam hati kau! Aku masih lagi ingat Tuhan. Ingat agama aku. Ingat hidup mati aku. Ingat lagi dengan balasan akhirat! Tak macam kau dan bos kau tu!” panjang lebar pula Dija bersuara.

“Woiii...berani kau melawan cakap aku, ya! Kau tahu siapa bos aku?”

“Manalah aku tahu?” balas Dija. “Ha, cakap, siapa bos kau yang tak guna tu!? Kalau boleh aku nak bersemuka dengan dia.”

“Woii, kau cakap baik-baik sikit..! Jangan nak kutuk aku ataupun bos aku.,,”

“Dah tu, kau tu cakap baik-baik ke? Bos kau tu baik ke?” marah Dija dengan semangat barunya. Eh, berani pula aku ni , ya?

“Ciss, kau memang tak takut mati...!” jerkah lelaki itu.

“Habis, kau tu takut mati ke?” marah Dija terus melawan.

“Woii, kenapa kau ni keras kepala sangat? Nak mampus cepat ke?” marah lelaki itu lagi. Melenting benar suaranya apabila Dija melawan begitu.

“Alaa, bukan susah nak mati. Semua orang akan mati. Takut apa dengan mati? Kalau hari ini kau bunuh aku, esok lusa, Tuhan boleh siksa kau sampai mati jugak. Kau ingat aku takut ke nak mati?”

“Cis, cakap besar!” lelaki itu marah lagi.

“Cakap kecik ke cakap besar ke, kau peduli apa? Kalau kau rasa aku ni boleh maut di tangan kau, ha, kau bunuh ajelaa. Tapi, kalau aku mati di tangan kau, lagi senang. Nanti, kau kena tanggung semua dosa aku. Aku pula dapat jumpa Tuhan tanpa sebarang dosa sebab kau dah galas semua dosa aku. Kau tu bukannya banyak pahala pun! Pembunuh upahan, tahu ke nak buat pahala?” sinisnya suara Dija. Beraninya!

“Woii, budak sial. Mana kau tahu, aku tak banyak pahala?” soal lelaki itu, geram.

Dija ketawa sinis. Eh, berani pulak aku ni mengutuk pembunuh upahan tu!

“Dah tu, kau cakap kau tu pembunuh upahan. Kalau pembunuh mana ada banyak pahala. Asyik buat dosa, bukannya ada masa nak kumpul pahala. Ha, dah berapa orang rakyat Malaysia ni yang kau bunuh?” soal Dija sinis lagi.

Diam.

“Kenapa kau diam? Jawablah. Kalau kau dah bunuh sepuluh orang ha, hebatlah tu. Dah sepuluh nyawa kau kena tanggung di akhirat nanti. Kau kena tanggung dosa-dosa dia orang tu. Ha, kalau aku pulak yang kau bunuh, tambahlah sorang lagi beban kau. Cakaplah, berapa orang yang kau dah bunuh?” desak Dija separuh mengejek.

Eh, eh, berani betul aku ni ya? Dija tersengih sendiri. Tiba-tiba saja dia seperti mendapat kekuatan bila berpeluang bertengkar dengan pengugutnya itu. Kalau tadi, jantung dan hatinya kecut, entah kenapa tiba-tiba dia terasa berani untuk berlawan kata dengan orang yang tidak dikenalinya itu. Entah siapa! Ah, lantaklah...

Tiada suara jawapan di hujung talian. Entah kenapa Dija tidak mengerti. Walaupun berani namun terasa juga takut membelenggu. Entah bagaimana nasibnya nanti, Dija sendiri tidak mampu untuk memikirkannya.

Tup!

Dija mematikan talian.

Tapi, panggilan datang dengan segera.

Dia membiarkan. Dia tidak menjawab panggilan itu. Dadanya bergetar. Debar mencengkam jiwa. Dalam kesendirian di rumah sewa itu, Dija tidak tahu apakah dia selamat atau tidak. Matanya mulai melingas ke sana ke mari. Jangan-jangan lelaki berkenaan sedang berada di sekitar rumah sewanya. Mungkin juga dia sedang memerhatikan Dija. Mengekori ataupun menjadi bayang-bayang kepada Dija.

Semakin melayani fikirannya, Dija semakin berdebar. Kecut dadanya. Seakan di sekelilingnya hanya ada bayang-bayang lelaki yang sedang mengancamnya.

Telefonnya berdering lagi.

Dija membiarkan. Namun dadanya bergetar dalam ketakutan.

“Ya Allah...” rayu hati Dija. “Di manapun aku berada, Kau tetap di sisiku. Aku tetap mengharapkan Engkau untuk bersamaku dalam senang dan susah. Aku pasrah keapdaMu ya Allah, maka janganlah Kau biarkan aku musnah oleh kejahatan manusia dan syaitan...”

Rintihan penduka yang sudah teraniaya. Itulah suara hati Dija.

Saat menakutkan begitu, hatinya tiba-tiba terbang singgah di sisi ibu dan ayah tercinta di desa sana. Pulau indah yang menjadi tempat bermain dan membesar itu semakin mendekat di dalam ingatan.

“Kenapalah aku mesti berada di sini? Kenapa mesti aku tinggalkan pulau kesayangan yang sekian lama membesarkan aku? Kenapa?” hati Dija terus menyoal dan menyoal.

“Mak...ayah....” seru hati Dija. Dia meraba dada. “Dija nak balik...”

Suara bisikan hati sudah mendayu. Dija mulai sebak sendiri.

“Apalah nasib aku?”

Selama ini, Dija tak pernah ada musuh. Tapi, kenapa bila kakinya terlangkah ke bandaraya metropolitan begitu, musuh tiba-tiba saja datang menjengah? Mengacau hidup bahagianya selama ini.

Apalah salahnya sehingga dia diberi musuh yang begitu ganas?

Wajah kedua orang tuanya hadir lagi.

Dija mengesat birai mata.

“Ayah...kenapalah ayah suruh Dija berhijrah ke Kuala Lumpur ni. Bukankah pulau kita lebih indah daripada segalanya?” bisik hati Dija. Dalam takut dan debarnya itu, dia tetap berdoa dan berharap kepada Allah. Semoga dia tetap selamat walau apapun keadaannya.

Dija berfikir sendiri. Andai betul dia akan diperlakukan seperti kata orang yang menelefonnya tadi, tentu kedua orang tua kesayangannya akan bersedih.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh