Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU SETELAH ENGKAU
AKU SETELAH ENGKAU
Ema Raimah
11/6/2020 12:58:26
590
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 2

TEPAT pukul 10.00 malam Hara meninggalkan kedai serbaneka di Itaewon. Dari Itaewon ke kediamanya yang terletak di Hannam-Dong hanya memakan masa lebih kurang 30 minit jika berjalan kaki.

Dia menyusuri tepi jalan sambil mendengar lagu menggunakan earphone untuk menghiburkan diri yang keseorangan. Dia mengikat rambut yang terhurai lalu menaikkan sedikit mafla yang dililit di leher menutupi mulutnya.

Dah nak springpun sejuk lagi. Dia menggosok-gosok tapak tangan untuk memansakan badan.

Suasana di Itaewon ketika itu masih meriah dengan kehadiran orang ramai. Malah lebih meriah berbanding waktu siang kerana terdapat banayak pusat hiburan dan kelab di sekitar kawasan tersebut. Jadi tak adalah dia risau sangat. Apa yang merisaukan jika dia terserempak dengan orang mabuk. Itu bahaya.

Semakin jauh dia meninggalkan kawasan yang sibuk itu. Semakin sepi kawasan disekelilingnya. Tidak ada lagi kedengaran bunyi lagu kedengaran, orang ramai berjalan dan kedai di kiri dan kananya. Apa yang kelihatan hanya jalan raya yang lengang, pokok-pokok dan lampu jalan.

Dia mula berfikir, mungkin ada baiknya dia pulang menggunakan teksi sahaja memandangkan hari sudah lewat. Nanti tak pasal-pasal dia terserempak dengan orang jahat. Selepas berfikir seketika diapun mengubah arah menuju ke perhenti bas yang terletak tidak jauh dari situ.

langkahnya semakin laju apabila kelihatan sebuah kereta Honda hitam berhenti tidak jauh dihadapanya. Dua orang lelaki keluar dari kereta lalu menghampirinya. Hara buat-buat tenang dan terus berjalan tanpa memperdulikan kehadiran dua lelaki itu.

"Jangan panik, jangan panik. Mungkin dorang nak pergi kelab kut" gumamnya sambil mengerling ke arah dua lelaki itu.

Seorang lelaki berjaket hitam dan bertopi putih berdiri didepanya. Manakala seorang lagi kawanya memakai topi merah memerhati tidak jauh dari situ.

"Yeppeun agasshi ireon neujeun bami eodigaseyo? (Hai, cik adik cantik, malam-malam buta ni nak ke mana?)" soal lelaki berjaket hitam itu.

Dia tak memperdulikan pertanyaan itu dan terus berjalan. Terasa seperti lelaki itu mengekorinya di belakang. Tetapi dia berpura-pura tak menyedarinya. Kau serang aku, aku hentak kepala kau dengan tiga tin kola ni. Bisik hatinya. Penumbuk sudah bersedia untuk dilepaskan.

"Opparang gati nolja (Marilah berhibur dengan abang) kata lelaki bertopi merah di depan.

Ya Allah apa aku nak buat ni? Kalau aku lari sekarang dorang mesti kejar aku. Aku kena buat sesuatu. Fuhh... tenang Hara, jangan penik, jangan panik. Berulang kali perkataan itu dia ucap dalam hati.

"Mwolbwa? (Apa pandang-pandang?)" soal lelaki berjaket hitam.

Senyuman sinis lelaki itu dia balas dengan renungan tajam. Sedaya upaya dia tak nak tunjukkan ketakutan yang sedang menghantui diri. Dia tak boleh bayangkan kalau maruah dan kesuciannya tergadai di tangan dua lelaki itu. Aku rela mati dari diperkosa oleh dua lelaki tak guna ni. Nafas dilepas berat masih berfikir cara untuk dia melepaskan diri.

Dia melihat sekeliling. Tak ada orang lain berada di situ melainkan mereka bertiga. Sekarang baru rasa menyesal menolak tawaran Hyun Woo untuk menghantarnya pulang. Hyun Woo lebih boleh dipercayai berbanding dua orang asing yang tak dia kenali ini.

"Museowo? Museowo hajima? (Awak takut? Hei, janganlah takut)" lelaki berjaket hitam tersenyum lebar sampai ke telinga. Kecut perut Hara melihat senyuman yang menakutkan itu.

"Uriga nappeun saram anya, geunyang agasshirang kati neulgeo sipeo (Kamibukanya orang jahat. Kami cuma nak berhibur dengan cik adik)" celah lelaki bertopi bessball.

"Majayo, honjaneun jaemi eobsseo (Betul tu, tak seronoklah kalau seorang-seorang)" sambung lelaki berjaket merah lagi.

"Huh!" dengusnya setelah puas mendengar kata-kata dua lelaki itu. Ada senyuman sinis terukir di hujung bibirnya.

"Huh?" mereka saling berpandangan lalu kembali pada Hara.

"Yah! Jigeum useo? (Hei! Awak ketawakan kami?)" soal lelaki bertopi bessball.

"Ne saengageneun? (Kau fikir?)" balas Hara. Selamba sahaja dia berkata seperti itu. Rasa takut yang merasuk dia cuba sembunyikan dengan sikap dinginnya. Harap dia orang tak perasan aku belakon.

Langkah dua lelaki itu semakin laju merapati Hara. Jarak mereka kini semakin dekat menyebabkan dia menggenggam kuat plasik berisi tiga tin kola yang diberikan oleh Hyun Woo. Bila-bila masa sahaja plastik ini menjadi senjatanya.

"Jaba! (Tangkap dia!)" arah lelaki berjaket hitam.

Ayat pendek. Tetapi tegas itu menyebabkan dia kaku untuk seketika. Perlahan-lahan kaki berundur ke belakang mengelak dari lelaki bertopi merah. Di kirinya kelihatan lelaki berjaket hitam juga sedang mengatur langkah untuk mendapatkan dia. Muka mereka sungguh menakutkan dengan senyuman penuh bermakna terukir dibibir.

Ya Allah matilah aku! Tak ada orang nak selamatkan aku ke? Tolonglah ada orang lalu. Teksi ke berhenti? Takkan dia orang tak nampak ada lelaki miang, jahat, gatal tengah kacau perempuan tepi jalan? Ujarnya dalam hati. Mata sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan memerhati dua lelaki yang semakin menghampiri.

"Yah! Eodi ddeomanga? (Hei, awak nak lari ke mana?)" soal lelaki jaket hitam.

"Let me go" pinta Hara.

"Leteu mi go? Oh! woeguginguna (Lepaskan saya? Oh! orang asing rupanya)" lelaki bertopi merah ketawa.

"Geunde hangugeo neomu jalhane (Tapi bahasa Korea dia bagus)" lelaki berjaket hitam angkat kening.

"Geureone (Betul)" jawab lelaki bertopi merah lalu ketawa. Faham atau tak faham itu tak penting kerana perkara yang terpenting adalah mereka dapat berhibur.

"Beautiful girl, let go. No! Let's play first" lelaki bertopi merah.

"Geojeo (Pergi berambus!)" balas Hara.

"Geojeorago? Shireunde (Berambus? Tak nak)" mereka ketawa.

Hara ketap bibir tak tahan dengan sikap dua lelaki itu. Kalau ikutkan hati nak sahaja dia taekwondokan mereka. Twtapi dalam keadaan gelap, dua lelaki pula tu. Dia tak yakin dia mampu menewaskan mereka. Apa yang dia mampu lakukan sekarang adalah melarikan.

Macam mana aku nak larikan diri bila tak ada ruang untuk aku larikan diri. Sekali aku melangkah. Dia orang akan terkam aku. Bia masih memerhati sekeliling untuk mencari ruang melepaskan diri.

"Don't think. Let's go to heaven" lelaki berjaket hitam menyentuh dagu runcingnya. Tapi dengan pantas Hara menepis tangan itu.

"Don't you ever dare to touch me! Pervent!" suara Hara juga tinggi melambung. Harapnya lelaki jahat itu akan takut.

"Sorry, I don't understand. No english" balas lelaki berjaket hitam.

Hara ketawa sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki itu. Namun tawanya mati bila lelaki itu berdiri betul-betul didepannya dan memegang erat tanganya. Hara kaku, tak tahu nak buat apa. Renungan dua lelaki itu sungguh menakutkan. Sekarang dia sedar keadaan ini serius dan dia pula berseorangan.

"Museowo? (Takut?)" soal lelaki itu.

"Don't touch me!" tangan lelaki itu ditepis kasar.

"Wae? Jaemige haja uri (Kenapa? Jomlah berseronok)" kening diangkat sambil mengukirkan senyuman sinis. Lagilah senanglah mereka berurusan kalau perempuan didepan mereka ini fasih berbahasa Korea.

"Noah! (Lepaskan saya!)" pinta Hara dengan suara sedikit kuat dan kasar.

Namun dua lelaki itu langsung tak mengendahkan permintaanya. Sebaliknya dia memngarahkan supaya kawannya mengheret Hara ke dalam kereta yang terletak beberapa langkah sahaja dari tempat mereka.

"Car, in!" lelaki berjaket hitam menolak Hara pada lelaki bertopi merah.

Kereta? Dia orang nak bawa aku ke mana pula ni? Ya Allah! seamatkan hambaMu dari segala perbuatan yang jahat. Ya Allah tolong aku. Dia cuba sedaya upaya untuk melepaskan diri dari dua lelaki itu. Tapi kekuatannya tak mampu untuk menewaskan mereka.

"Nohrago! Dowajuseyo! (Lepaskan saya! Tolong!)" dia menjerit minta pertolongan. Tetapi tak ada sesiapa berada di situ.

"Let me go stupid! Pervant!" meronta-ronta dia merayu supaya dilepaskan.

"Salgo sipeumyeon joyonghae (Diam kalau awak nak terus hidup)" bentak lelaki itu. Dia menarik kasar rambut Hara.

"Noah! (Lepas!)" jeritnya lagi.

Lelaki berjaket merah itu terus menolak Hara masuk ke dalam kereta.

Hara menggeleng sambil cuba menahan kakinya dari terus melangkah lagi ke depan. Dia tahu, dia takkan selamat sebaik sahaja masuk ke dalam kereta yang kelihatan agak usang itu. Apapun yang berlaku dia perlu menyelamatkan dirinya.

"Cha-e ppalli ta! (Cepat masukkan dia ke kereta" arah lelaki berjaket hitam. Dia masuk ke dalam kereta setelah membuka pintu kereta seluas-luasnya untuk Hara. Namun belum sempat lelaki berjaket hitam itu menolak Hara ke dalam tiba-tiba seseorang menenadangnya dari belakang sehingga tersungkur jatuh ke tanah.

Pantas lelaki itu menarik Hara bersembunyi di belakangya. "Awak tunggu sini" bulat mata gadis itu saat memandang wajah lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya.

Daniel melepaskan pegangan tanganya lalu bergerak ke depan untuk berhadapan dengan dua lelaki itu. Tetapi langkahnya mati apabila dia merasakan seseorang memegang erat pergelangan tanganya.

Daniel menoleh. "Awak nak buat apa?" suara Hara sedikit menggigil kerana cuaca sejuk tambahan pula hujan mula turun renyai-renyai.

"Tunggu dekat sini" Daniel ukir senyum, sekali lagi dia melepaskan pegangan tangan Hara dan terus maju ke depan tanpa perasaan teragak-agak.

Lelaki berjaket hitam bingkas bangun dan mula menyerang Daniel. Tetapi berjaya dia elak, muncul lelaki berjaket merah keluar dari kereta menendang Daniel dari arah belakang menyebabkan dia tersembam jatuh ke tanah. Belum sempat dia bangun, salah seorang dari penjenyah itu memijak perutnya sebelum menendangnya bertubi-tubi.

"Hara pergi dari sini cepat" arah Daniel yang dalam kesakitan. Dia melindungi mukanya dengan kedua-dua tangan bila lelaki itu cuba menumbuk wajahnya.

Pergi dari sini? Takkanlah aku nak tinggalkan orang dah selamatkan nyawa aku macam tu je? Dia menggeleng-gelengkan kepala. Penumbuk didenggam erat sambil kakinya mula melangkah laju ke depan.

"Hei1 pergi!" arah Daniel. Tindakan berani tak bertempat Hara menambah rasa bimbang dihati. Apalah yang perempuan itu boleh buat?.

"Yah nappeun sarama! (Hei orang jahat!)" jeritnya lalu menandang lelaki berjaket merah sehingga tertongek di atas tanah. Kemudian dia beralih pada lelaki berjaket hitam lalu melakukan tendangan tinggi tepat ke muka lelaki itu.

Kesempatan ini digunakan oleh Daniel untuk bangun dan berlawan semula dengan lelaki berjaket merah. Sesekali matanya mengerling pada Hara yang kelihatan begitu marah dan memukul lelaki berjaket hitam menggunakan beg silangnya.

"Aku tak kacau kau! Aku tak kacau kau! Aku tak kacau kau! Kenapa kau kacau hidup aku lelaki jahat! Kau tunggu polis sampai biar kau meringkuk dalam penjara. Takg guna!" kemarahan itu dilepaskan menggunakan Bahasa Melayu. Lantaklah lelaki Korea tu faham ke tak.

Namun bunyi siren dari kereta peronda polis mengejutkan mereka berempat. Hara pantas menolak lelaki itu ke tepi dan berlari ke tepi jalan melambai-lambaikan tangan ke arah kereta peronda yang melalui kawasan itu.

"Ppalli Tteomanga (Cepat lari)" arah lelaki berjaket merah. Dia menolak Daniel ke tepi dan terus masuk ke dalam kereta untuk melarikan dir.

"Yah! Eodi ga?! (Hei! Nak ke mana?!)" Daniel cuba menahan dua lelaki itu. Tetapi mereka melarikan diri umpama lipas kudung. Sekelip mata hilang dari pandangan.

Mereka menghela nafas lega. Kereta peonda polis tadi hanya berlalu seperti itu sahaja. Entah dia nampak ke tidak Hara meminta pertolongan. Mujur orang jahat itu percaya dan pergi tanpa mengapa-apakan mereka. Tapi Daniel...

Hara melarikan pandangan pada Daniel yang sedang mengesat darah di bibir menggunakan tangannya. Ya Allah kesianya Daniel, gara-gara aku dia pula yang dibelasah. Tapi macam mana dia boleh ada dekat sini? Sedangkan dah malam buta kut. Takkanlah dari tadi dia tak balik-balik lagi?.

Dia berjalan mendekati Daniel lalu menghulurkan beberapa helai tisu. Sayangnya belum sempat Daniel mengambil tisu di tanganya, tisu telahpun hancur disebabkan hujan yang semakin lebat.

"I'm sorry" dia betul-betul rasa bersalah melihat keadaan Daniel.

Tak pasal-pasal muka yang kacak tu tercalar disebabkan aku.

"It's okay, jomlah balik" dia berpaling membelakangi Hara lalu berjalan perlahan-lahan ke perhentian bas yang berada beberapa meter dari tempat mereka.

"Err... awak pergi dulu"

Mati langkah Daniel. Pantas dia menoleh memandang gadis yang sedang menggigil akibat kesejukan. "Awak nak ke mana?" soal Daniel hairan.

"Farmasi. Tunggu saya dekat bus stop" jawab Hara. Kemudian dia berlari dalam hujan mendapatkan ubat buat Daniel. Takkanlah dia nak biarkan Daniel macam tu je sedangkan semua ni berpunca darinya.

"Sahara Irdeena!" panggil Daniel. Sayangnya suaranya tidak mampu didengari dalam kelebatan hujan.

Nafas dia tarik dalam-dalam lalu dihembus berat sebelum meneruskan langkah ke perhentian bas. Sakit pinggang, sakit belakang, sakit muka pun iya juga. Tu lah tak tahu berlawan nak jadi hero selamatkan orang lain. Sekarang diri sendiri yang terpaksa menanggung kesakitan. Mujur cedera di mukanya itu tidaklah teruk mana.

Dia duduk di perhentian bas yang sepi sambil anak mata tidak lari memandang ke kiri menunggu Hara yang belum muncul-muncul. Tak ada apa-apa yang berlaku kat dia kan? Isk! Dia ni buat orang susah hati betulah. Keluhnya.

"Daniel! Daniel!" samar-samar suara Hara memanggil nama lelaki itu sambil berlari ke arah perhentian bas. Seluruh badanya basah lecun. Tetapi dia masih boleh tersenyum menyapa Daniel yang berwajah dingin umpama bongkahan ais di kutub selatan.

Dia melabuhkan duduk di sebelah lelaki itu lalu mengeluarkan ubat sapu untuk membersihkan luka di wajah Daniel. Daniel cuba menolak dan melakukannya sendiri. Tetapi Hara tetap berkeras mahu menyapu ubat itu dengan tanganya sendiri.

"Im sorry sebab buat awak cedera and thank you sebab selamatkan saya tadi. Tak tahulah apa jadi dengan saya kalau awak tak ada dekat situ. Tapi..." mati ayat Hara saat bebola mata lelaki itu menikam terus ke dalam matanya.

Entah kenapa renungan itu menyebabkan jantungnya berdebar lebih pantas dari biasa. Satu tubuh menggigil entah sebab kesejukan ataupun gementar. Dia tunduk memandang tangan yang mencalit ubat pada kapas sebelum melarikan semula pandangan pada Daniel.

"Tapi apa?" Daniel bertanya serius.

"Tapi macam mana awak boleh ada dekat situ? Takkan awak tak balik lagi dari petang tadi?" kening dia angkat sambil senyum sekilas diukir.

"Oh, saya tertinggal something. Dahlah sya nak tahan teksi. Kita balik guna teksi je" dia meleraikan tangan Hara dari wajahnya lalu bangun untuk menahan sebuah teksi yang tidak jauh lagi sampai ke arah mereka.

Ubat dan kapas yang ada kesan darah dia masukkan ke dalam beg lalu bangun berdiri disebelah Daniel. Hidup ni memang susah nak jangka. Orang yang dia kata tak peramah, pendiam kadang-kadang dingin itulah yang telah menyelamatkan nyawanya.

Betul kata pepatah jangan menilai orang dari luaran. Walaupun dah lima tahun aku kenal dia. Tapi masih banayk tentang dia yang aku tak tahu.

"Hara"

Suara Daniel menyedarkan dia dari lamunanya. Cepat-cepat dia memandang Daniel yang berdiri dekat pintu teksi.

"Awak tunggu apa lagi? Cepatlah masuk"

"Uh? nak masuklah ni" kelam kabut dia masuk ke dalam perut teksi. Diikuti dengan Daniel mengambil tempat di sebelah gadis itu.

Sepanjang perjalanan pulang Daniel hanya melarikan pandangan ke luar tingkap. Hara pula sesekali menjeling lelaki itu. Sepanjang perkenalan lima tahun antara mereka. Hari ini buat pertama kali dia duduk makan berdua, jalan berdua, menaiki teksi berdua bersama Daniel.

Paling susah nak percaya lelaki itu menjadi penyelamatnya. Walaupun akhirnya dia sendiri yang tercedera. Muka handsome macam tu manalah tahu nak bertumbuk bagaikan. Tapi sekurang-kurangnya dia ada effort nak lindungi aku. Alahai sweetnya.

Tanpa sedar bibirnya mengukirkan senyuman sambil memandang Daniel.

"Awak dah kenapa senyum seorang-seorang?"

Pertanyaan Daniel mematikan senyuman dibibir Hara. Dia menggelengkan kepala lalu melarikan pandangan ke hadapan. Alamak! Malunya, dia mesti fikir aku ni syok sendiri. Hara-Hara fokus, jangan malukan diri kau depan dia.

*****YA Allah Ya Tuhanku, kau dah kenapa basah lecun, rambut serabai macam ni Cik Hara oi?"

Bebola matanya seperti nak tercabut keluar melihat rakan serumah merangkap kawan baiknya sejak dibangku sekolah itu pulang ke rumah dalam keadaan seperti itu.

"Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Kau tak nampak ke dekat luar tu hujan lebat?" dia menanggalkan kasut lalu cepat-cepat masuk ke ruang tamu mengambil sehelai tuala yang tergantung dekat penyidai pakaian dekat pintu balkoni yang tertutup.

"Amboi, bukan main dia berperibahasa bagai. Aku tahulah dekat luar tu hujan. Tapi takkanlah kau sampai lecun macam ni? Kau jalan kaki ke apa?" Tiara ke dapur membancuh teh panas.

"Something happened" ringkas dia menjawab sambil tangan sibuk mengeringkan rambut yang basah menggunakan kepala.

"something happened? What?"

"Ah Choo!" suara bersin Hara beberapa kali menggegarkan rumah sederhana besar di Hanam-dong itu. Hingus dia tarik lalu duduk di kerusi dekat meja makan.

"Nah minum ni green tea. Boleh panaskan badan"

"Terima kasih sahabat dunia akhirat" ucapnya dengan senyuman. Perlahan-lahan dia menghirup air yang dibuat khas oleh Tiara untuknya.

Tiara menarik kerusi lalu duduk bertentangan dengan Hara. Wajah Hara dia renung sedikit lama. Dari riak wajah Hara, jelas sesuatu telah berlaku pada kawan baiknya. Tetapi belum sempat dia mengulang pertanyaan yang sama sekali lagi suara bersin Hara memenuhi ruangan itu.

"Aku rasa kau nak selesema ni. Pergilah mandi lepas tu rehat"

"Aku habiskan dulu air ni. Esok-esoklah aku cerita apa yang jadi tadi"

"Ya" Tiara ukir senyum.

"Sedap" Hara angkat cawan lalu tersenyum.

"Terima kasih. Eh cepatlah minum, lepas tu mandi. Kau demam aku juga yang susah nanti"

"Aku bawa masuk biliklah ye. Nak mandi lepas tu tidur" dia angkat punggung dari kerusi lalu berjalan masuk ke dalam biliknya. 


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.