Home Novel Kisah Hidup SEMUA TENTANG KITA
SEMUA TENTANG KITA
Haiza Haifa
14/6/2021 00:49:59
719
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Senarai Bab
Bab 4

SEKEMBALINYA KE PEJABAT, Lisa kembali sibuk dengan urusan kerja. Namun bertahan seketika sahaja, skrin komputer sekadar ditatapnya lama tanpa perasaan. Fikirannya melayang memikirkan mimpi yang dia alami awal pagi tadi. Buli? Dia pernah dibuli dengan kejam? Lisa yakin yang semua itu bukan mimpi. Itu adalah kebenaran?! Dia mahu bertanya dengan lebih mendalam dan seringkali jawapan ibu amat menghampakan. Ibu akan kata dia letih. Penat. Tak cukup tidur dan sebagainya. Lalu harusnya bagaimana dia sendiri binggung. Dan lelaki kedai buku tu? Siapa dia? Kenapa dia berdebar lain macam tadi?

   “Lis, kau tenung apa tu?” Tersentak tangkai jantung Lisa dengan sapaan teman sekerjanya itu.        “Paulina… kau ni kan? Tak reti bagi salam ke?”

Paulina tersengih, “Sorry, tapi kan… kau lupa kot. Aku bukan Muslim la.”

Sorry!” Boleh pula dia terlupa yang Paulina ini berdarah kacukan Iban dan Australia. Paulina mencebik lalu menarik kerusi duduk disebelah Lisa. “Kau fikir apa dari tadi ni?”

“Benda yang tak penting pun.”

“Kalau tak penting. Muka kau takkan serius macam ni tau.”

“Kau tahukan aku pernah bagitau kau yang aku ada amnesia.”

Paulin aangguk. “The after effect of the accidet years ago?!

“Sejak itu, aku selalu dapat mimpi yang macam betul. Macam bukan mimpi. Macam benda tu pernah terjadi kat aku. Tapi aku tak ingat. Entahlah, aku rasa macam orang gila bila cuba nak ingat balik semua cebisan yang hilang itu!”

Tisha yan gduduk di sebelah meja Lisa yang dari tadi sekadar mendengar menyampuk, “Like it was a dejavu but not exactly a dejavu? Macam tu?”

Lisa anggu klaju.

“Kau adaj umpa doktor yang rawat kau masa tu?” tanya Paulina.

“Sebulan sekali memang aku akan pergi jumpa dia. Tapi dia hanya akan kata, itu hanyalah mimpi. Aku dapat rasa Doktor Imran berkomplot dengan ibu aku.”

Tisha pula bertanya, “Kenapa pulak?”

“Sebabnya aku tak rasa semua itu hanya mainan tidur. Aku dapat rasa semua itu adalah realiti!”

Lisa pasti. Dan dia akan cari gali jawapan kepada segalanya.

Tisha dan Paulina membatu. Bersilih ganti mereka berdua memandang Lisa. Terbit perasaan simpati kepada Lisa yang tak pernah berputus asa dalam mencari ingatannya yang hilang.

 

 

MALAM ITU, Lisa bermimpi lagi.

 

“Kalau kau diberi peluang kedua untuk ubah hidup kau yang sekarang mahu tak?” Kedengaran suara seorang perempuan bertanyakan soalan. Lisa membawa langkahnya ke sebelah sana. Ke sebuah tasik. Yang sangat jernih airnya. Di situ dia ternampak ada seorang lelaki dan perempuan duduk menghala ke arah tasik. Suasana ketika itu menghampiri waktu senja.

“Kenapa? Kau tak suka dengan kehidupan kau?” Soalannya si gadis dibalas dengan soalan oleh sang lelaki.

Si gadis angkat bahu, “Entah random question, tak berkait pun dengan hidup aku,”

Lelaki itu angguk. Orang yang lalu lalang menjadi tumpuan mereka berdua. Puas di himpit dengan sunyi dari tadi. Si lelaki menjadi pemula bicara, “Kau okey ke ni?” tanyanya dalam nada ambil berat.

Si gadis senyum segaris “Muka aku macam orang yang ada masalah ke?”

Si lelaki senyum tanpa perisa. “Dari apa yang aku nampak memang ada.”

Si gadis tak membalas. Dia membatukan diri.

“Semua orang takkan dapat lari dari masalah. Terpulang pada diri kita macam mana nak menghadapi situasi tu, secara positif atau negatif,”

Si lelaki menyatakan dari sudut pandangnya. Dari pengalaman sendiri. Dari sisi kelam yang pernah dia lalui suatu ketika dahulu. Dan sebenarnya dia masih bergelut atau sebenarnya bertahan dari berbuat kerja gila itu lagi.

Si gadis sekadar merenung tanpa perasaan, “Bercakap itu mudah. Bertindak itu payah,”

“Aku setuju,tapi terpulang pada diri kita. Mahu baik atau buruk,”

“Titik mula kita semua tak sama… tapi penghujungnya tetap sama kan?”

Si lelaki senyum segaris, “Kau ingat lagi apa yang aku kata?”

Si gadis tersengih hambar, “Ingat, mahunya tak! Muka kau masa tengah marah, memang gerun gila. Rasa nak luruh jantung aku!!”

“Salah siapa?”

Si gadis mencebik,“Yalah salah aku juga. Terlalu ikutkan perasaan gila aku saat itu,”

Good girl. Keep that in mind. Jangan terlalu di buai perasaan nanti memakan diri,”

Yeah… I’ll remember that!”

Bella, just stick to that okay! Promise me girl!

 

Perlahan-lahan semua itu kabur dari pandangan. Matanya berkerdip memandang keliling. Dia di dalam bilik tidur. Atas katil. Dan semua itu hanyalah mimpi??  Dia bermimpi lagi tapi kali ini bukan yang meresahkan tapi mendamaikan. Siapa lelaki itu?

Mengapa baru sekarang dia muncul di dalam mimpinya? Sakit kepala Lisa berdenyut-denyut apabila dia cuba mengingati seraut wajah lelaki itu. Namun gagal. Siapa Bella? Apa hubungan lelaki itu dengan Bella? Sebetulnya apa kaitan lelaki itu, dan si gadis bernama Bella itu dengan dirinya. Dan… tempat itu. Dia yakin bukan di Malaysia. Tapi di mana? Sepertinya lokasi tasik itu seperti diluar negara. Dia pernah ke luar negara ke sebelum ni?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.