Home Novel Keluarga SELAMAT MALAM TAN SRI
SELAMAT MALAM TAN SRI
Sri Diah
16/2/2017 14:00:26
34,480
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
Bab (10) Persetujuan Tanpa Syarat

Bawa daku pulang walau belum saatnya tiba

Kerana kepulangan bukan sesuatu yang memberi rugi

Ia adalah persetujuan yang santun dan bersyarat

_________________________________

CUACA malam di bandar raya Kuala Lumpur tetap panas membahang.

Hujan rintik-rintik yang turun sekejap petang tadi sedikit pun tidak menyejukkan malam. Jalan raya masih lagi sibuk dengan kenderaan dan manusia yang hilir mudik entah ke mana-mana. Malam yang panas terasa sangat panjang.

Hanim baru saja habis menjalankan tugasnya hari itu dengan membuat liputan mengenai majlis makan malam penganugerahan Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan di sebuah hotel.

Dia tidak ada rancangan lain selepas itu. Memandangkan majlis tamat agak lewat, dia mahu terus balik saja ke rumah. Keletihan kerana seharian bekerja di luar pejabat menjadikan dia benar-benar lesu.

Kebetulan minyak kereta juga sudah memberi amaran minta diisi, Hanim memberanikan diri asuk ke stesen minyak dan menghentikan keretanya di sebuah pam. Kemudian dia masuk ke dalam kedai, membayar harga minya dan membeli secawan kopi.

Sedang dia tekun menggenggam kepala pam minyak, subuah kereta berhenti di belakang keretanya dan memainkan lampu tinggi. Kemudian pemandu kenderaan pacuan empat roda itu membunyikan hon pula. Hanim tidak memperdulikannya.

“Sabarlah... tunggulah, tak boleh bersabar ke?” Katanya hampir menjerit ke arah kereta di belakangnya.

Setelah hon dibunyikan dua kali, Hanim naik berang. Dia tak suka pada orang yang tak sabar. Lagipun takkan lelaki itu tak nampak Hanim sedang mengisi minyak, bukan duduk-duduk melongo!

Hanim berdiri bercekak pinggang. Kemudian seorang lelaki turun dari kenderaan itu, menuju ke arah Hanim. Hanim dah bersedia, kalau lelaki itu marah-marah dan meninggalkan suara, dia tahulah apa nak jawab.

“Hai! Selamat malam! Tak sangka kita dapat berjumpa malam ini.” Lelaki itu menyapanya. Hanim yang sedang mengisi minyak, mendongak ke arah suara yang sangat dikenalinya itu.

Hanim terkejut. Lelaki itu muncul tiba-tiba di hadapannya.

“Err, Selamat malam Tan Sri. Iyalah, tak sangka kita bertemu disini, tengah-tengah malam buta pulak tu,” jawab Hanim.

“Maafkan saya buat Hanim marah. Nasib baik minyak tak jadi api.” Kata lelaki itu, tersengih, berlawak kecil tetapi membuatkan Hanim ketawa besar.

“Tadi saya dah nak melenting dah. Tak sabar-sabar, orang lain pun nak mengisi minyak juga,” tambah Hanim kemudian.

Lelaki itu terdiam tersipu-sipu. Dia membetulkan cermin matanya yang berbingkai putih. “Err.. kenapa Hanim tak jawab pesanan saya?”

“Iya, berkali-kali Tan Sri telefon,” jawab Hanim.

“Pesanan saya pun tak berbalas, padahal saya tahu Hanim baca semua pesanan itu. Kan?”

Hanim terkedu seketika, akhirnya perlahan menjawab, “saya dapat semua pesanan itu. Tapi maaflah agak sibuk akhir-akhir ini. Tentang janji semalam tu, bukan Hanim sengaja tak mahu datang. Lagipun...”

Lelaki itu tersenyum. Kemudian cepat-cepat dia menjawab. “Tak mengapa, majlis itu tak seberapa penting. Hanya MoU syarikat saja. Tak sampai sepuluh minit, hanya menyaksikan tandatangan serah memorandum. Lagipun tak ada apa yang menarik untuk disiarkandalam majalah untuk orang perempuan.”

Hanim lega bila mendengar jawapan lelaki itu. Dia bimbang juga bila terpaksa mungkir janji untuk ke majlis anjuran syarikat Tan Sri Rahman Shah itu setelah beriya-iya berjanji dengan setiausahanya mahu datang.

“Er, Hanim, kalau tak berhalangan, tolong datang ke pejabat saya esok. Pukul 11.00 pagi ya. Tak perlu bawa jurugambar, syarikat akan siapkan gambar. Berapa keping Hanim nak?” soal lelaki itu perlahan. Tersenyum.

Gerak fizikalnya mahu segera pergi. Memang mereka mengganggu pengguna lain yang mahu mengisi minyak. Hanim juga mohon mengundur diri. Di tengah-tengah dadanya, terasa ada getaran, berdetak-detak.

Tidak lama kemudian mereka berpisah.

Hanim membiarkan kereta pacuan empat roda lelaki itu meluncur pergi dulu. Dia hanya mengekori perlahan-lahan di belakangnya. Dia hanya mengekori perlahan-lahan di belakangnya, sebelum kereta itu pergi kian jauh dan jauh.

“Mahu jumpa pukul sebelas, esok?” Alamak Hanim rasa dia terjebak lagi.

Ajakan itu tidak sempat dia jawab, lelaki itu sudah segera pergi. Tiba-tiba Hanim perasan, kereta lelaki itu berhenti di stesen minyak, tetapi tidak mengisi minyak!

Di rumah, puas dicubanya untuk melelapkan mata namun gagal. Mandi sudah, minum susu pun sudah. Dia tidak tahu apa lagi yang patut dia buat untuk cepat tidur. Hanim resah.

Mungkin benar kata kawan-kawan, dia menghidap insomnia sejak akhir-akhir ini apabila dia sukar untuk lena. Malah dia boleh tiba-tiba terjaga tengah malam dan kemudian susah untuk tidur semula..

Hanim teringat satu frasa yang sangat disukainya, dia membuka akaun instagramnya dan membaca semula status beserta gambar yang telah dipostnya minggu lalu; 

When i am with you, we stay all night. 

When you’re not here, I can’t go to sleep. 

Praise God for those two insomnias 

and the difference between them.

Untuk segera tidur, Hanim melayan matanya menonton video ‘Bulan Tersusuk Illalang’ yang dipinjam daripada teman pejabatnya. Mujur rasa mengantuk segera tiba. Hanim terus menekan punat off pada televisyen.

Dia turut menutup lampu di tepi katilnya dan menarik selimut.

Dalam mimpinya, muncul kelibat Netty Karmila. Dengan jalannya yang lenggang-lenggok, tersenyum santun penuh gaya bekas ratu cantik.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.